Nuffnang Ads

Tuesday, June 20, 2017

Jom Belajar Menjahit

Dah lama sebenarnya tak menjahit. Senang kata lepas kawen memang tak pernah menjahit. Setakat jahit mana2 yang koyak sikit2 je tu ada la. Dan alter baju yang beli siap. Dan jugak jahit langsir untuk rumah baru. Tu pon tak siap2 lagi. Baru tahu susahnya nak buat kerja bila ada anak kecik. Masa pregnant pulak memang Ainn terkena virus M yang sangat2 kritikal. Sebelom kawen pon last jahit langsir jugak. Hihihi tukar langsir baru la untuk bilik pengantin. Setakat jahit langsir kan senang aje. Yang Ainn maksudkan ni baju kerja, tak pon baju raya.

Dari sebeom kawen tu pon entah berapa lama xmenjahit. Dalam tempoh bercinta rasanya pon macam takde sepasang pon baju yang berjahit. Bayangkanlah berapa lama tak menjahit baju sepasang. Sekarang Aisy Mikaeil dah 9bulan dah pon.

Ni semangat menjahit dah datang lagi. Nak menjahit memang kena curi2 masa la, sementara Aisy tidur je boleh buat kerja. Sekarang ni Aisy tengah membuas, tahu nak main aje. Siangnya tidur sekejap aje. Takpelah kita cari ilmu je dulu. Kumpul2 ilmu nanti ada kelapangan boleh la cuba praktikkan.

Aha Ainn nak share ada 1belog ni Ainn jumpa. Betapa baiknya tuan tanah tu share ilmu jahitannya. Dapat free je la kita ni kalau nak. Baca je la belog dia. Macam2 jenis fesyen baju yang dia share. Dari ambik ukuran, buat pola, cara nak potong kain, sampailah nak jahit. Detail ajarannya.

Sayangnya belog tu macam dah lama je tak diupdate. Huhuhuhu. Orang dah lama tak main belog Ainn baru jumpa. Hahaha tak kisahlah asalkan ilmu yang dishare tu bermanfaat. Sape2 yang berminat nak belajar ilmu menjahit ni boleh ke belog kedaijahitku-jahit.blogspot.my. Jom kita sama2 belajar.

Walaupon tak habis lagi study kat belog tuh Ainn yang jenis tak penyabar ni terus sekodeng tuan tanah tu kat facebook pulak. Jumpa weh. Siap ada page lagi. Hah tengok betapa orang ramai suka menuntut dengan dia. Oke, Ainn dah add dah Surtima Yusof, dah follow jugak page Surtima Yusof. Sorry tak boleh wat linknya.

Perancang vs Mengandung

Wuu dah bersawang dah belogku. Lama betol tak berbelog nih. Dari kes handphone rosak, banyak kerja nak kena settle, pindah rumah, kes kecurian, terus takde mood nak berbelog. Banyak sangat cerita2 yang Ainn nak share kat sini tertangguh. Tak pelah sementara ada waktu sikit nih, ini pon curi2 je. Sempat kot Ainn siapkan entry kali ni.

Sekadar nak meluahkan kegusaran di hati. Balik dari kampung 2minggu lepas Ainn selalu muntah. Takde la sekerap masa pregnantkan Aisy dulu, cuma sekali je. Setiap malam bila berbuka tu dengan air milo. Walaupon tak kerap air yang keluar tu tetap jugak bergelen2. Air je, ada sikit2 je makanan yang keluar. Tekak ni tak perit pon. Dan hubby tak payah nak tepuk2 belakang macam dulu2.

Dan sejak masa kat kampung lagi, masa tu dah seminggu puasa, Ainn asyik nak kencing aje. Dah la hujung2nya tu sakit yang amat. Perit sangat, sampai berair mata. Macam kencing tak lawas kan gitu? Mungkin jugak kencing kotor. Mungkin sebab Ainn tak minum air kosong kot. Ye lah dah berbuka dengan air manis je, minum air kosong segelas je. Tu pon kadang2 tak minum langsung. Bila dah balik Kulai Ainn banyakkan minum air kosong. Hasilnya tetap sama. Yang geramnya malam2 sampai 3 kali bangun sebab nak buang air kecik tu.

Semalam pagi2 lagi Ainn dah kena hadap masalah kencing2 tu. Kak Ain tegor, 'ko nagndung tak?' Boleh ngandung ke? Kan dah ambik perancang. Ainn yakin je tak mengandung, tak cukup air je yang Ainn duk pikir. Bila Kak Ain duk cakap masa dia ngandungkan Yaya dulu selalu kencing2 macam ni, ujung2 tu rasa sakit macam ada ciri2 jugak kat Ainn ni. Dengan muntah2 tu lagi. Ainn just abaikan apa yang Kak Ain cakap tadi.

Dah 10pagi Ainn masih lagi berulang ke tandas. Dah tak selesa je rasanya ni. Dila pulak tegor, "Ko ngandung ke?" Hahaha yakin je Ainn jawab 'Tak!' Lepas tu Dila tanya ada datang period tak? Huhuhu bulan puasa ni pon dah tinggal dah. Tapi, eh ada tapi lah. Hihihihi. Ainn ingat Ainn period 3hari sebelom puasa. Hari last sebelom puasa tu dah bersih dah, takde apa. Kiranya 2hari je la yang periodnya. Dan darah yang keluar tu warna coklat sikit2 je.

Dan hari puasa ke9 period lagi, malam tu. Pelik, kan baru je lepas period takkan period lagi. Ikutkan tak cukup lagi 15hari suci. Macam istihadhah la kan? Tapi kali ni tak sampai pon 24jam, petang esoknya darah coklat2 dah takde dah. Kalau tak sampai 24jam memang bukan darah haid la kan? Itu yang Ainn paham. Tapi dah tak puasa dah hari tu. Hihihi.

Bila ingat balik sebelom disahkan mengandungkan Aisy dulu pon Ainn punya period macam tu jugak. 2hari je, dan darahnya sikit je warna coklat tu. Dila ngandungkan Aaqil pon macam tu jugak. Ina nak ngandungkan anaknya yang gugur baru2 ni pon macam tu. Haisy banyak pulak pengalaman2 macam tu yang menunjukkan mengandung.

Dah la petangnya ada appointment nak kena inject. Ainn ambik perancang yang injection tiap2 12minggu tu. Senang berbanding makan ubat. Ainn memang takde disiplin bab ni, so nak senang inject je. Nak ambik IUD takot pulak rasanya. Hihihi. Kalau mengandung tapi inject jugak kandungan boleh gugur tau! Itu yang takotnya. Takot mengandung je, kalau tak mengandung takpe je.

Ainn whatsapp hubby cerita kat dia apa yang Kak Ain dan Dila duk cakap tu. Saje je la suruh dia belikan pregnancy test nak ambik Ainn tengahari nanti. Hihihi excited pulak rasanya. Tapi hubby awal2 lagi dah pesan jangan berharap sangat. Alah bukan nak berharap pon, kan dah plan nak rancang sampai hujung tahun ni. Senang bila dah confirm kan. Kalau tak mengandung boleh inject, kalau mengandung dah tak payah inject.

Kan dah ambik perancang, masih boleh mengandung ke? Boleh, sayang. Perancangan tu hanya 99% je jaminannya. Lagi 1% tu kuasa Allah Taala. Walaupon 1% je tapi 1% ni lagi kuat dari 99% tadi. Kun faya kun je. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia.

Tengaharinya Ainn rasa kepala pusing2 je. Rehat kejap kat katil, ingat nak baring2 gitu je. Sekali terlena terus. Hihihi. Baru terjaga kejap lepas tu hubby sampai. Tak sabar ni nak test, alahai hubby tak beli pulak. Saje je la. Dah la terus balik rumah. Suruh Ainn rehat je. Memang Ainn nak rehat je sebab kepala dah pusing2.

Malamnya Ainn goreng popia yang Ainn buat petangnya tadi. Biasalah Ainn ni hantu cheese, Ainn taruk cheese dalam popia tu. Yang geramnya tekak ni tiba2 je tak boleh nak telan cheese tu. Potong selera je nak makan.

Adakah ketidakpenerimaan tekak ini terhadap cheese sebab mengandung? Begitu jugak ketidakpenerimaan terhadap milo? Adakah? Tunggu dan lihat je lah nanti. Kalau Dia nak bagi awal mungkin kitorang dah ready. Kalau belom lagi maksudnya kitorang belom ready lagi la ye. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya.

Tuesday, April 4, 2017

Ular Takut Ibu Mengandung?

Mula ceritanya bila Kak Ain cerita pasal suaminya yang kemaruk nak pergi memancing. Terpaksa tangguhkan hobinya tu sebab Kak Ain mengandung. Lepas bersalin pon kena jaga jugak, takkan anak kecik lagi dah nak ditinggalkan? Sama macam hubby, dia pon sama gila memancing. Bezanya hubby dengan Ruzaini hubby tak memancing di semua tempat yang boleh memancing, dia lebih kepada sungai besar atau tasik. Rasanyalah kot. Yang pasti hubby tak memancing kat laut. Mabuk laut kot. Ruzaini pulak main redah aje, semua dia layan. Tak kira kat sungai, laut, tasik, mana2lah asalkan boleh memancing.

Sama jugak Ruzaini dengan hubby, terpaksa tangguhkan minatnya yang kaki pancing tu sebab isteri mengandung. Kalau ikutkan orang2 lama memang menjadi pantang semasa isteri sedang mengandung suami tak boleh memancing. Takut terkenan katanya. Kalau ikutkan Ainn macam pelik jugak, datang mana pulak kenannya tu. Bukannya kita nak seksa ikan2 tu. Macam mana kalau memang kerja si suami tu menangkap ikan? 9bulan la ye tak tangkap ikan?

Walaupon Ainn macam tak boleh terima sangat pantang larang yang ni takde pulak Ainn nak paksa hubby pergi memancing. Ikut suka hati dia la nak memancing ke tak. Dalam kes Ainn ni tak nak memancing pon takpe, nak memancing pon bagi Ainn takpe. Takde halangan dan takde paksaan untuk berbuat demikian di pihak Ainn.

Masa Kak Ain duk tekankan isu kenan ni Dila pulak mencelah, 'bergantung pada niat sebenarnya'. Yelah kita bukannya nak seksa haiwan tu. Dan kena beringat la isteri tengah mengandung. Bukan setakat memancing, nak lastik cicak dalam rumah ke, nak bunuh lipas ke. Semuanya bergantung pada niat. Kalau ikut tak boleh bunuh haiwan, takkan nak kena biarkan aje nyamuk hisap darah kita, ye dok? Lipas yang merayap, berterbangan dalam rumah kita tu pon nak kena biarkan je jugak? Hihihi ke situ pulaknya perginya.

Dila cerita Khairul *suami Dila* pernah pukul ular. Masa tu memang tengah kecoh pasal ular. Banyak ular ditemui kat sekolah, termasuk jugak sekolah Ainn. Rasanya sampai sekarang pon isu ular ni tak setel lagi. Kalau tak jumpa ularnya, ada yang terjumpa telurnya. Tak pon kulitnya. Nampak sangat bukan sekor je, dan ular tu pon kian membesar! Kisah Khairul pukul ular tu kat rumah la, bukan kat sekolah. Takde kena mengena antara Khairul dengan sekolah ya. Masa Khairul duk pukul ular tu rasanya Dila tengah ngandungkan Aiman. Memang Dila pesan kat Khairul, ingat yang dia tengah mengandung. Berbalik kepada celahan Dila tadi, 'tak jadi kenan kalau bukan niat kita nak menyeksa haiwan tu'. Sebab ular ni antara haiwan berbahaya itu sebabnya Khairul pukul je ular tu.

Ainn teringat pernah suatu ketika dahulu jiran Ainn pernah terjumpa ular. Jiran Ainn tu sedang mengandung waktu tu. Dia terus capai kayu dan 'tangkap' ular tu. Macam mana tu? Macam dia tekan bahagian kepala ular tu dengan kayu yang dia capai tadi la. Tak percaya? Setakat ular dah biasa sangat dah dia pukul sampai mati. Kecik2 dulu memang banyak ular kat kawasan rumah Ainn. Almaklum kitorang ni duk kat kawasan pedalaman. Tapi kali ni jiran Ainn tu tak pukul pon ular tu walaupon dah jadi 'kepakaran' beliau membunuh ular. Mungkin dia beringat yang dia tengah mengandung kot. Dia panggil orang lain untuk setelkan ular tu. Bukannya untuk dipukul, tetapi sekadar menghalau ular tu.

Dah keluar cerita ular ni Kak Linda pulak cerita dia pernah jumpa ular masa mengandungkan kedua2 anaknya. Kisahnya masa tu dia duk kawasan estet kat Sarawak. Ular ni memang banyak. 1st masa mengandungkan Naura ada ular tedung betul2 duk kat kaki dia. Masa tu dia nak ambik pisang. Pisang kat pokok, bukannya pisang kat atas para2 ke, dalam bakul ke. Tiba2 ada sorang kakak tu jerit bagitahu Kak Linda ada ular kat kaki dia. Kepala ular tu dah tegak, tengok aje ke arah Kak Linda. Tapi ular tu sekadar tengok je la, takde pulak jelir2kan lidah ke apa. Dah namanya ular, tak jelir lidah pon takot weh. Dah la kepalanya dah tegak. Nasib baik tak patuk je.

Masa mengandungkan Naifa pon Kak Linda ada kisahnya jugak dengan ular. Masa tu Kak Linda tengah suap makan kat Naura. Sedap nih makan2 kat bawah pokok. Memang asyik je kan hidup jauh dari kota. Kali ni pon sama tak perasan jugak dengan kehadiran ular kat situ. Tiba2 ada kawan suaminya jerit, 'Eh, Najib ular tu! Cepat bawak lari isteri dan anak kau!' Masa tu la baru tengok ada ular duk kat dahan pokok yang diorang duk berteduh tu. Kawan Najib 'tunjukkan jalan' kat ular tu arah mana dia patut pergi. Takde pukul pon ular tu.

Dila cakap ular memang takot ibu mengandung. Sebab tu dia tak apa2kan Kak Linda. Sebab masa tu kan Kak Linda tengah mengandung. Mungkin ada betulnya jugak. Ma pon pernah cakap macam tu. Cuma ma takde la cakap ular takut ibu mengandung, cuma ma cakap ular takkan apa2kan ibu mengandung.

Macam mana pulak ma tiba2 boleh cerita pasal ni kat Ainn? Hihihi. Kisahnya mok nik pernah cerita kat Ainn dia pernah jumpa ular. Masa tu mok nik tengah ngandungkan Syawal. Hah, moknik bukan setakat jumpa ular je tau. Ular tu siap menjalar lagi kat leher mok nik!

Kisahnya masa tu mok nik duk rumah mertua dia kot. Biasalah ibu mengandung, sama macam Ainn jugak. Penat kan, tidur la petang tu. Sedap tengah tidur tu tiba2 mok nik rasa ada benda sejuk kat leher dia. Dalam mamai tu dia ambik benda sejuk kat leher tu terus buang. Dah buang baru celik matanya, rupanya benda sejuk tu ular! Huhuhu kalau tahu itu ular ada berani nak pegang macam tu aje?

Masa mok nik cerita tu la ma bagitahu ular takkan apa2kan ibu mengandung. Hah lepas ni kalau tengah mengandung tiba2 jumpa ular tak payah takut ye. Tapi jangan nak main acah2 dengan ular tu. Ni fakta bukan saintifik. Orang lama 'bercakap' berdasarkan pengalaman.

Monday, April 3, 2017

Alahai Pak Belalang

Sekarang ni sedang bersiaran di TV2 cerita Nujum Pak Belalang. Siapa yang duk layan cerita ni, angkat tangan!! Yayyy kita geng...!

Bukan nak cerita pasal Nujum Pak Belalang ni kat sini. Tak kuasalah nak bebel pasal cerita ni. Dah berzaman kot, dah berpuluh2 kali duk tengok. Yang ratus2 kali ada jugak tak? Hmmm mungkin ada kot, ni dalam kategori die hard fans la ye. Ainn pon suka jugak tengok cerita ni, ulang jugak tengok walaupon dah tengok dari zaman budak2 lagi. Tapi takde la tahap nak cari kat internet ke, cd ke, just tengok kalau ada kat tv je la.

Nak ambik sikit je inti sari daripada cerita ni. Pak Belalang ni watak seorang ayah kepada seorang budak yang bernama Belalang. Dari awal cerita lagi Pak Belalang digambarkan sebagai seorang pemalas. Kerja pon harapakn anaknya Belalang yang masih kecik lagi tu.

Ainn tertarik dengan 1 dialog; 'Kalau Pak Belalang jadi bapak aku dah lama aku suruh mak aku mintak cerai!'

Apa yang menariknya di sini? Bila kita dah tak suka dengan *perangai* seseorang kita akan jauhkan diri kita dari dia, atau buang dia jauh2. Memang kebanyakan di antara kita buat macam ni. Jarang sekali kita nak cuba dekati dia, cuba *bantu* baiki dia supaya jadi lebih baik. Bila tak suka je terus buang, jarang sangat nak baiki dulu mana tak elok tu. Dah tak nampak dah sisi baiknya orang tu. Bila disebabkan 1 faktor je kita tak suka terus buang tak semena2 yang baiknya tu turut sama terbuang.

Terpikir jugak Ainn dengan dialog tadi. Itu kalau Pak Belalang tu jadi bapak dia. Apa kata Pak Belalang tu diri dia? Nak buat macam mana?

Sama2lah kita berdoa, 'Mintak2 kita tak jadi *pemalas* macam Pak Belalang.'

Tuesday, March 28, 2017

Bila Cikgu Jadi Ancaman, Kelas Bukan Lagi Tempat Selamat

Bila cakap nak bersihkan kelas macam takde apa yang pelik pon. Macam biasalah, sapu lantai, mop lantai, lap tingkap, lap meja, susun atur dalam kelas, hias kelas. Tapi kali ni kita bersihkan kelas ni sebersih2nya. Bukan bersih yang biasa2 tu. Hmm macam mana tu?

Sejak akhir2 ni kelas kitorang bukan lagi tempat selamat. Selamat yang macam mana? Sebelom ni harta benda kitorang boleh je nak letak merata2. Tak perlu nak risaukan apa. Pergi dewan, pergi kantin, handbag tinggal macam tu je. Masuk kelas pon tak bawak handbag. Takde apa pon yang dibawa, mungkin beg duit dan handphone je la yang bernilai.

Bermula dengan handphone Raudhah hilang. Hari tu sibuk dengan roti. Buat roti dari pagi, tengahari baru Raudhah perasan handphonenya hilang. Lupa pulak tu letaknya kat mana. Seingatnya handphone tu letak kat meja makan kat dapur. Macam mana pulak tiba2 boleh hilang? Takkan anak2 ni dah pandai mencuri kot?

Kak Linda cakap dia macam perasan ada handphone Raudhah kat meja dia. Kalau betol kat meja macam tak mustahil je kalau murid aliran perdana dah ambik. Senang je nak masukkan tangan kat celah2 gril tu. Tingkap memang bukak sebab kipas dan aircond kena off. Memang ada sekelompok murid lelaki suka lepak kat belakang kelas kitorang. Selalunya diorang sembang2 je.

Puas try miss call phone number dia. Perempuan yang jawab. Siap cakap omputeh lagi. Hihihi voice mail la tu. Ima try hantar chat kat WhatsApp, senang nanti nak detect kalau tiba2 handphone tu dah on balik. Sebab miss call tadi pon masuk voice mail, chat tu pon dapat 1tick je la.

Walaupon dah suspect sekumpulan murid yang lepak kat belakang kelas yang ambik, sebelom balik tu buat jugak spot check kat murid2 PK ni. Bukan apa, walaupon diorang ni OKU akalnya panjang jugak. Macam biasalah kalau jadi macam ni fokus lebih kepada murid barulah, sebabnya sebelom2 ni tak pernah jadi pon. Tak boleh kira macam jugak. Murid lama pon boleh jadi. Manalah tahun dia rasa sebelom2 ni macam oke je, macam takde pape je, berani je la dia nak buat kerja tu.

Dekat pukul 2 chat yang Ima hantar tadi dah jadi double thicks. Means? Paham2 la ye. Cepat2 Ima calls, hihihi sekali dia reject la. Call lagi sekali dah masuk voicemail dah. Cepat je dia off balik ye handphone tu.

Memanglah setakat handphone je boleh beli yang baru. Cakap senang la, anggap je bukan rezeki. Handphone tu dah la baru beli, banyak pulak tu gambar dan video arwah Fahmi dalam tu. Itu yang buat Raudhah terkilan sangat2 dengan kehilangan tu.

Tak cukup dengan tu lebih kurang seminggu lepas tu duit Raudhah pulak hilang. Raudhah keluarkan duit tu nak mintak Ima belikan wheelchair untuk ayah dia. Tup2 duit tu kurang rm200. Yang peliknya rm200 je yang hilang. Dan duit tu Raudhah kumpulkan dengan nilai wheelchair yang nak dibeli, dan duit tu berlipat. Yang perasannya bila nak bagi duit kat Ima la, baru perasan duitnya tak cukup.

Sebelom tu Kak Linda perasan beg duitnya terkeluar sedikit dari handbagnya. Dan beg duit tu terbukak. Mulanya dia just think positive, lalai sikit kot sebab mengandung. Bila hari tu jugak Raudhah hilang duit rasanya ada kaitan tak beg duit Kak Linda terbukak dengan kehilangan duit Raudhah?

Kak Linda perasan beg duitnya tu terbukak balik daripada bawak murid2 check gigi. Pergi Bilik Kesihatan tu semua murid, cikgu dan PPM pegi, kecuali sorang je. Bila dah jadi macam ni agaknya siapa yang jadi suspect utamanya?

Walaupon hari tu Ainn tak pergi sekolah sebab Aisy demam, bila dah masuk bab hilang duit ni Ainn rasa dah boleh agak siapa. Semestinya orang tu ada masalah kewangan yang sangat kritikal. Tak sangka pulak andaian Ainn tu sebenarnya terkena betul2 kepada dia yang tak ikut pergi Bilik Kesihatan tu.

Esoknya Kak Ain bawak air. Tak tahulah air apa. Katanya air bacaan. Nak takot2kan aje. Tak nak terus tuju kepada dia yang disuspect tu semua kena minum air tu. Tak kira cikgu ke, PPM ke, murid ke, semua! Dan2 lepas tu suspect tu bisik kat Kak Ain, 'Ni air ustaz betol ke ustaz tipu?' Aii takut ke?

Kebetulan Raudhah ada rapat dengan sorang murid aliran perdana yang neneknya boleh tilik. Bukan tilik masa depab, jenis yang boleh nampak. Sayangnya nenek tu tak nampak sangat siapa yang ambik duit tu, tapi yang dia nampak orang tu di kalangan cikgu bukannya murid. Dan orang tu memang tengah ada masalah soal kewangan dan perlu dibantu. Jeng! Jeng! Jeng! Tembakan macam kena je. Dan nenek tu siap cakap, bukan duit yang nak beli wheelchair tu je yang dia ambik, ada lagi duit lain.

Duit apa lagi? Kak Ain teringat duit KEBIRU. Yelah Raudhah kan bendahari KEBIRU untuk sesi pagi. Kira punya kira, ya tak cukup jugak duit tu. Nak tak nak dah jadi tanggungjawab Raudhah la nak kena ganti balik duit tu. Bila dah jadi macam ni pengetua suruh tumpang duit tu kat peti besi sekolah.

Memang kami semua dah maklum yang suspect ni ada masalah kewangan. Yang kami tak boleh terima tu caranya tu yang tak betol. Apa salahnya kalau jumpa personal, cerita perkara sebenar. Cakap je nak pinjam duit. Kalau tak dapat banyak, sikit kitorang pakat2 tolong. Daripada duk buat kerja haram macam ni. Nak buat apa dengan duit tu? Nak beli makanan untuk anak2? Kesian anak2 makan dari sumber yang tak betul. Jadi darah daging pulak tu.

Nangis2 Raudhah duit nak beli wheelchair ayah dia hilang. Bila duit KEBIRU hilang dia redha je, dah tertulis nasib dia macam tu. Salute dengan Raudhah. Macam mana dia redha dengan pemergian Fahmi tahun lepas, setakat ujian kecik ni je apalah sangat bagi dia.

Yang tak boleh terima sangat2 bukannya kata nak jumpa Raudhah personal, nak mintak maaf ke apa. Lepas je kes hilang duit tu sampai sekarang langsung tak bertegur dengan Raudhah. Paling ketara waktu rehat. Kalau Raudhah tak makan dia duduk je kat tempat dia. Suspect tu makan kat kantin. Kalau Raudhah makan kat dapur dia akan makan kat meja dia je. Tak pon tunggu Raudhah siap makan dulu. Apa2 arahan tugasan yang nak bagi kat Raudhah dia mintak orang lain tolong sampaikan. Nampak sangat nak mengelak jumpa Raudhah. Bukan Ainn sorang je yang perasan, yang lain2 pun perasan jugak.

Bila cerita kat hubby dia persoalkan, 'betul ke suspect tu yag ambik duit tu? Kalau bukan dia macam mana? Jangan nak tuduh orang sebarangan.' Bukannya nak tuduh yang, suspect je. At least sy berjaga2 lepas ni. Bukan dengan dia je, dengan semua orang kat kelas ni. Yelah kelas ni bukannya selamat macam dulu sekarang ni.

Monday, March 27, 2017

Puri Si Manja

21hb lepas genap Aisy 6bulan. Tapi ummi abi Aisy sibuk dengan pindah rumah, tertangguh sehari bagi makan kat Aisy. Busy + penat. Yang utamanya umminya ni sebenarnya takut. Tak tahulah kenapa takut nak bagi anak makan. Tengok mommies lain bukan main excited nak suap anak makan, sampai ada yang belom masuk 6bulan dah bagi makan. Ainn ni pulak terbalik. Macam2 yang Ainn pikir. Takot Aisy tak boleh terima makanan tu. Cukup ke terlebih ke makanannya yang disuapkan tu nanti. Kalau tak cukup boleh tambah lagi, kalau terlebih macam mana? Risau keadaan usus dia tu. Benda kat dalam kita tak nampak.

Terlewat sehari bagi Aisy makan. Teringat Dila pesan, sebaiknya ajar makan kurma dulu. Blend cair je. Pikir jugak takkan nak blend dengan air biasa je. Ainn belom bersedia lagi nak bagi Aisy minum air mineral. Pelan2 nak ajar Aisy terima makanan/ minuman lain selain breast milk. Nak buat dengan kuantiti yang sedikit boleh ke nak blend?

Pikir punya pikir Ainn panaskan susu dengan kurma. Susu lebih kurang 3oz Ainn masukkan 3biji kurma dalam tu. Agak2 je sehingga kurma dah lembik. Kurma tu Ainn lenyek2 je guna sudu.

Macam nilah hasil yang dapat. Hihi dah nak habis dah baru ambik gambar. Comot aje mangkuknya. Nampak ada kurma yang masih berketul2 lagi tu? Yang tu Ainn tak suap la. Ambik yang cair aje.

Dugaan betul mula2 nak suap Aisy makan. Dah la tak reti duduk diam. Asyik nak capai je sudu yang disuakan ke mulut dia. Mulut Aisy pon sama comot. Ni pon dah banyak kali lap kat baju ummi ye sayang.

Kali kedua Ainn stimkan kurma dulu biar betul2 lembik. Lepas tu baru Ainn panaskan susu yang diletakkan kurma yang dah distim tadi. Hasilnya sedikit pekat. Aisy makan sikit je. Tak tahulah sama ada dia tak suka atau dah kenyang.

Hubby suruh try yang lain pulak. Masalahnya kan baru pindah, apa je yang ada dalam ice box tu. Geledah punya geledah jumpa brokoli. Apa lagi buat puri brokoli je la. Ainn blend brokoli yang dah distim dengan lebihan kurma dan susu tadi. Aisy nampaknya macam suka je makan. Tapi brokolinya dah takde. Apa pon dah takde.

Semalam lepas hantar ma, abah, mak chu, alang dan pok su kat KTM Ainn ajak hubby singgah Mydin. Macam kurang segar je buah dan sayur kat sini. Mungkin sebab dah malam kot. So Ainn beli epal je 2biji untuk puri Aisy. Cukup la kot untuk 4hari.

Hasil daripada sebiji epal yang distim kemudiannya diblend. Kali ni Ainn blend tak campur dah susu. Kali ni blend buah tu je semata. Semestinya dengan kurma sekali la. Sebolehnya Ainn nak cuba didik Aisy makan kurma sebagai menu harian.

Dengan sebiji epal dan sebiji kurma tu dapat 4bekas kecil ni. Sebekas ni Ainn isikan 40ml. Siap sukat dengan sudu penyukat! Nampak je macam tak sama banyak, sebenarnya sama je. Yang nampak sikit tu membukit kat tengah.

Mula2 buat ni Ainn pikir bolehlah untuk 2hari. Sehari 2bekas. Malam ni boleh rehat sekejap. Malam esok pulak sambung buat puri ni. Balik sekolah tadi hubby cakap dah habis 3bekas! Hubby campurkan puri ni dengan susu, masukkan dalam botol susu tu senang Aisy hisap je.

Alang2 ada sebekas je lagi Ainn rasa macam nak habiskan malam ni je la terus. Hihihi sebiji epal untuk sehari. Ainn suap puri ni semata je, tak campur susu. Habis separuh je Aisy dah tak nak. Siap keluarkan semula yang dah disuap tu. Mulanya Ainn ingat Aisy nak main2 je. Ainn suap lagi. 2kali suap je lepas tu Aisy siap sendawa lagi. Alhamdulillah. Kenyang betul. Hihihi first time Ainn dengar Aisy sendawa macam tu. Kelakar pon ada rasanya. Tak dapat jugak nak habiskan sebiji epal dalam masa sehari ye.

Malam ni terpaksa la sediakan lagi. Masih lagi puri epal+kurma. Dapat 4bekas kecik macam semalam jugak. Tak tahulah esok terua habis je boleh tahan sampai 2hari. Tunggu esok ajelah baru tahu.

Sunday, March 26, 2017

Mana Tangan Abi?

Misteri. Itu je yang boleh Ainn gambarkan. Takut sangat2 mulanya tu. Macam2 perkara negatif yang terbayang.

Ainn edit gambar guna aplikasi Photo Editor. Masa nak pilih gambar tu Ainn perasan gambar tu takde pulak tangan abi Aisy. Aik? Mana perginya tangan abi? 

Bila Ainn klik kat gambar tu ada je tangan abi tengah geletek Aisy. Berulang2 kali duk tengok 2gambar ni. Macam mana kat gambar kecik tu boleh takde tangan abi? Elok aje baju Aisy, gambar pada baju Aisy, pinggang seluar Aisy pakai tu macam betul2 takde tangan abinya. Bayang2 handphone pon elok aje kat baju dan seluar Aisy. Perasan tak jari telunjuk abi Aisy tu lindung sikit lengan Aisy, pon sama lengan Aisy elok aje macam takde kena halang pape. Sama jugak dengan corak toto bahagian kiri Aisy.

Misteri yang betul2 menakutkan. Ainn tunjuk kat Kak Ain, dia pon terkejut. Tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Yang peliknya sekeping gambar ni je yang jadi macam ni. Ke memang dah banyak gambar lain jadi macam ni jugak, cuma Ainn je yang tak perasan sebelom ni. Wallahua'lam.

Aisy Dah Sunat?

Eh, Aisy dah sunat ke? Kan kecik lagi, takkan dah sunat kot? Aisy ni lelaki ke perempuan? Kalau perempuan memang ye la nak kena sunat masa baby. Tak pernah dengar pulak ada baby boy dah sunat.

Iya, Aisy dah 'sunat' dah 1Mac ari tu. Hihihi. Macam ni lah jadinya bila abinya takde kerja. Patutlah tanya ada tali ke tak. Rupanya nak 'sunatkan' anak jantan dia ni ha. Boleh pulak buat kerja ni. Idea entah pape la abi Aisy ni. Aisy pon bukan main 'layankan' abi dia. Suka je dikerjakan macam tu. Umminya pon layan jugak. Abi suruh ambik gambar laju je snap. Hahaha.

Masa kena 'sunat' tadi sengeh2 je. Abi dia tak puas hati la tu. Geletek je terus gelak besar. Sensitif betul kalau main kat perut tu.

Susu Ibu vs Psikologi Ibu

Cuti seminggu kali ni tak terasa pon. Dah la tak balik kampong, takde pergi mana2 pon. Paling jauh pergi Tanjung Balau je semalam bawak keluarga mertua jalan2 kat sana. 3hari pertama cuti ada kem kat sekolah. Takde la the whole 3days Ainn terlibat dengan kem tu. Sambil2 tu tolong hubby packing barang nak pindah. Pasal bercuti dan pindah ni Ainn cerita lain kali ye. Kali ni nak cerita pasal lain dulu.

Seminggu ni macam hari2 cuti lain Aisy menyusu direct dengan ummi dia. Dan dah start makan sikit2. Pengalaman paling mendebarkan nak bagi anak anak makan. Hihihi. Ha yang ni pon Ainn cerita lain kali jugak ye.

Pagi ni dah start kerja balik. Baru pukul8 dah rasa rindu kat Aisy. Dah la pagi tadi Aisy tak hantar ummi pergi sekolah. Nak keluar rumah tadi Aisy tak bangun lagi, just angkat Aisy baringkan sebelah mak chu dia je. Awal2 lagi dah keluar rumah, maklumlah dah pindah. Rumah jauh sikit dari sekolah. Kena la gerak awal. Sebelom ni boleh je 6.30 baru bangun. Hari ni 6.30 dah dalam perut kereta bersedia nak tinggal rumah.

Bila dah banyak hari tak pam susu, ujian paling besar bagi mommies yang menyusu baby macam Ainn ni hasil pengepaman tak meriah macam biasa. Biasa pon susu Ainn takde la meriah sangat. Sehari Ainn pam tengahari dapat lebih kurang 13oz je. Cukup untuk bekal Aisy esoknya. Dah banyak hari tak pam ni susah sikit la nak dapat susu meriah macam tu.

Pernah Ainn pam dapat beberapa titik je. Bila dah isi dalam bekas susu tu tak tutup penuh pon permukaan bawah botol tu. Bahagian bawah botol kan melengkung, susu tu duk melingkari tapak botol tu je la. Duk bawah sikit tu je. Agak frust jugak la masa tu. Nasib baik masa tu kat kampung, hubby banyak support. Cuba lagi nanti, mana tahu lepas ni dapat banyak. Jangan give up.

Yes, dont give up! Itu yang nurses selalu pesan. Dont stress dont give up. Penghasilan susu ibu sangat2 berkait rapat dengan emosi dan psikologi ibu. Nak pam susu tu ibu kena dalam keadaan tenang.

Agaknya lepas marah anak2 lepas tu kononnya nak pam susu, agak2 susu tu keluar banyak tak? Ataupon tengah gaduh ngan suami, bila pam susu banyak tak susu keluar? Sah kan nak banyak, entah2 2,3 titik je yang dapat. Ainn no comment la pasal ni. Tak pernah pulak pam susu dalam keadaan tengah bad mood.

Kalau kat rumah bila pam susu depan Aisy dapat lebih sikit susunya. Tenang je kan mengepam depan anak. Susu pon merecik aje keluarnya. Tak pon sambil2 pam sambil2 tengok video Aisy gelak. Tapi sekarang video tu dah takde. Huhuhu sedih sangat2.

Nurse ajar Ainn masa tengah pam tu bayangkan yang indah2 je. Bayangkan susu kita banyak. Bayangkan anak tengah menyusu dengan kita. Bayangkan anak kekenyangan dengan susu kita. Semuanya yang positif je la.

Bukan semudah tu sebenarnya nak berimaginasi. Tidak semua orang mempunyai kekuatan minda yang bagus. Ainn sendiri pon asyik terselit dengan imaginasi lain je. Tu yang terganggu penghasilan susunya.

1 je Ainn nak pesan. Pesanan khas untuk mommies dan diri Ainn sendiri. Jangan sesekali declare 'susu kering' atau 'takde susu' atau apa2 je statement yang berkaitan dengan ketiadaan susu. Jangan sesekali ucapkan kata2 tu. Walaupon sekadar mengeluh, walaupon sekadar cakap dalam hati. Kalau dah terlintas kat fikiran macam tu cepat2 istighfar, cepat2 cakap kat diri sendiri 'susu aku ada banyak, susu aku cukup untuk anak aku'. Cakap banyak2 kali sampai betul2 yakin, sampai dah takde dah fikiran negatif tadi. Kalau perlu tekankan kata tu, kalau perlu cakap kuat2, just do that. Untuk anak kita. Inshaa Allah dengan cara ni susu kita kembali pulih macam biasa.

Ada mommies tak cukup dengan kata2. Nak ambil supplements katanya. Ambik lah dear, ambik. Kalau itu yang boleh buat mommies yakin susu mommies jadi banyak. 1 je Ainn nak pesan, kalau ada rasa was2 dengan supplements tu lebih baik tak payah cuba. Buang duit je!

Macam Ainn cakap tadi lah, semuanya dengan psikologi mommies. Kalau mommies ambik supplements tapi was2, rasa macam susu mommies dah betul2 kering, dah tak boleh nak pulih dah. Sebab psikologi mommies tu lebih penting susu mommies rasanya macam tu je jugak. Tapi kalau ambik supplements A contohnya. Mommies yakin supplements A boleh buat susu mommies meriah. Nampak tak kat situ mommies dah psiko diri mommies dengan mengatakan susu mommies meriah, inshaa Allah susu mommies betul2 meriah.

Psikologi tu sangat2 penting. Kalau mommies perlukan any aids untuk psiko diri mommies, just get them. Tak kira berapa harganya. Kalau setakat nak try, setakat orang lain dah try dan menjadi tapi mommies tetap dengan pendirian mommies mengatakan susu mommies takde, mommies makan la supplements banyak mana pon tetap macam tu jugak hasilnya.

Supplements ni hanya membantu, yang betul2 kena bekerja adalah fikiran kita. Psikologi diri sendiri. Daddies pon kena ambik part jugak pasal ni. Banyak bagi support kat mommies ye.

Tuesday, February 28, 2017

Latihan Intensif Boling @ Palm Bowl

Semalam cuti sebab Aisy demam, hari ni teragak2 nak pakai apa nak pergi sekolah pagi tadi. Tak tahu jadi ke tidak program hari ni nak berboling. Tak silap Kak Ain ada cerita pasal masalah kewangan, tapi lepas dapat baju t kelas Kak Ain pesan suruh pakai baju ni nak pergi boling hari Selasa. Means hari ni la kan?

Nak selamat Ainn pakai je baju t. Alah kalau tak jadi pergi main boling tu pon boleh aje pakai baju t tu kan. Dah la baju Ainn tertinggal kat kelas. So Ainn pergi sekolah pagi tadi baju merah siap2, match dengan shawl merah jugak. Kalau jadi pergi boling boleh je tukar baju pakai baju JDT tu.

Nak cerita sikit je, latihan intensif boling ni tiap2 tahun kitorang buat. Sambil2 ajar diorang main boling, sambil2 kitorang intai2 siapa yang ada harapan, yang boleh digilap. Senang la untuk pertandingan nanti.

Sebelom ni kitorang selalu pergi kat Danga City Mall. Pernah pergi sekali tanpa survey rupanya kat sana tutup. Tak sure permanently ke just for current untuk baik pulih ke apa. Lepas tu kitorang pergi ke Skudai Parade.

2tahun lepas start pergi ke Le Grandeur Palm Resort. Tahun tu kitorang hantar ramai peserta untuk peringkat PPD. So latihannya seminggu lebih jugak. Sebab nak dekat, datang buat latihan kat sini je walaupon rate kat sini tinggi sikit. Tapi kat sini senang nak dela, nak2 pulak untuk anak2 syurga ni.

Untuk hari ni punya cerita pulak, layan je la mana2 gambar yang Ainn share sekeping dua nih.

Cikgu2 lain semua berdiri. Cikgu Nurul je la nak sorokkan 'ketinggian'.
Sebelom bergerak sempat bergambar sekejap. Kebetulan masa duk susun ayur anak2 ni ada sorang murid aliran perdana lalu kat situ, mintak tolong dia snap jap.

Jing Ting siap dengan seat beltnya!
Hari ni Cikgu Nurul bawak anak2 dara je. Bila yang bulat2 duk depan, yang kecik2 duk blakang selfie macam ni la jadiknya. Sorry ye anak2 Cikgu Nurul tak boleh drive laju2, setakat 60km/j je. Dah lama tak drive macam ni. Pergi sekolah pon hubby yang hantarkan, apa lagi nak keluar 'jauh' macam ni.

Orang lain sibuk buat peace, posing bagai, Yoke Ling buat tak tahu je siap garu kepala lagi.
Dah sampai kat tempat boling Cikgu Raudhah kumpul murid2 kat luar dulu. Kena beratur ikut kelas. Apa yang dia buat lepas tu tak tahulah. Cikgu Nurul awal2 lagi terus masuk dalam. Terus cari seat nak duduk. Nervous tak hilang lagi drive tadi. Air 1.5liter macam tak cukup je diteguk.

Ahmad yang conduct tak nampak mukanya sebab ambik gambar dari belakang.
Sebelom main kena stretching dulu. Stretching? Stretching tu apa? Hahaha cakap warm up barulah tahu.

Serius je, sakit jari nak tekan huruf2 tu.
Dah siap2 bahagi kumpulan, kena key in nama players dulu. 1st time nih Cikgu Nurul buat kerja ni. Sebelom ni harapkan Cikgu Azri je la.

oke, layan diorang main pulak. Tak banyak pon yang Ainn snap tadi.

Adib yang menang gaya.

Kata Ahmad dia belajar melalui TV!

Hafis main baling je.

Wuuu macam nak terbang je Si Kimi ni.

Asyraf Muslem juara kita hari ni.

Tengok apa semua tu? Tengok bola masuk longkang ke?
Huh, dah berterabur dah semuanya. Tapi masih dalam kumpulan masing2. Kumpulan ikut level murid.

Gaya tu yang penting. Bola nak ke longkang ke ikut suka dia la.
Cikgu Nurul pon taknak kalah. Cilok sikit2 yang Yoke Ling dan Jing Ting. Dapat baling 2, 3 kali cukup la. Nak main puas2 tunggu lawan ngan hubby nanti.

Helmi ni Cikgu Nurul dah pesan jangan kacau Cikgu Nurul nak posing, nak jugak dia nyelit.
Sebab tak main kan, posing ajelah kerjanya.

2tempat Jing Ting kerja susun bola ni. Tanpa siapa suruh.
Ini contoh nilai murni ya. Dah habis main kan, tolong kumpulan lain yang belom main. Bukan tolong baling, tolong suusn bola2 tu, takde la berkumpul kat tengah tu aje.

Mana yang lebih menyerlah? 'Palm Bowl' ke modelnya? Ke dua2 suram je?
Alahai Cikgu Nurul ni, asyik posing je kerjanya.

Oke, last picture yang nak share hari ni. Siap pinjam trofi kat situ nak bergambar. TQ adik yang kerja kat situ tadi layan kitorang bergambar. Inshaa Allah kami datang lagi nanti.

Monday, February 27, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan Melaka Yang Nan Hado

Kononnya lepas meeting kewangan last week rasa stress sangat2. Stress sebab dan2 nak kena handle program, walaupon program kecik je. Dan minggu ni pulak nak kena observe. Balik dari sekolah hari meeting tu terus bagitahu hubby nak tidur hotel. Dapat tidur sehari je pon dah oke. Nak hilangkan stress kerja. Tak kisah duk hotel mana pon, asalkan dapat suasana hotel, bukan duk kat rumah je.

Mulanya Ainn plan nak tidur hotel dekat2 ni je. Alah bukannya nak berjalan pon plan Ainn. Hubby nampaknya macam tak berminat. Ainn suggest pergi Batu Pahat or Melaka. Nampak ada positive respond di situ. Dan kami plan nak pergi tengahari Khamis, balik dari sekolah. So malam sebelumnya hubby terus pergi cabut gigi. Masa on the way nak pergi klinik tu hubby ada cakap, 'susah jugak nak drive kalau esok baru cabut gigi. Sejam jugak nak drive nanti. Ke lebih sejam nak pergi Melaka?' Yes, hubby nak pergi Melaka!

Kat sekolah esoknya Ainn cuba siapkan semua kerja2 Ainn. Taknak tangguh2 lagi. Takot masa bercuti tu duk teringatkan kerja yang belom settle pulak. Kan spoil pulak cuti tu nanti.

Balik sekolah esoknya hubby belom pack barang apa pon. Untuk makan tengahari hubby baru nak masak. Ainn ingatkan nak makan kat luar je. Nampak hubby macam tak nak pergi mana2 je. Bila Ainn tanya pasal plan nak pergi Melaka tu hubby tanya nak stay kat mana? Nak pergi nanti kat mana? Mana arah tujunya? Pulak! Memang la hotel belom book lagi. Berlambak je hotel kat Melaka tu. Nak pergi mana? Melaka tu bukannya besar sangat pon. Pusing2 kat situ je.

Ainn tengok hubby macam nak tak nak je pergi bercuti, Ainn decide pergi esoknya je lah. Hubby pulak lepas makan terus telan ubat dan tidur. Oke senang kerja dia. Ainn pon dah rasa takde mood nak bercuti lagi. 2hari 1malam je nak pergi Melaka? Macam tak best je. Kalau nak pergi Batu Pahat tu boleh la kalau setakat 2hari 1malam je.

Malamnya hubby cakap nak pergi Melaka jugak. Oke, terus book hotel. Kitorang pilih La Boss Hotel. Tak mahal pon, bawah RM100 untuk bilik dengan katil saiz king. Dan plan siap2 nak pergi mana mula2 sampai Melaka esoknya. Nak pergi mana tu bukannya nak pergi mana pon, tempat makan la. Hahaha bila suami isteri kuat makan, taunya makan je la. Yang gemoknya si isteri je, si suami tetap keding macam tu jugak.

Pagi Jumaat tu macam biasa Aisy akan bangun lewat. Asal hari cuti je mesti lewat bangunnya. Tahu2 je tak kena hantar ummi pergi kerja, sedap je dia tidur. 9.30pagi baru Aisy bangun. Bersiap dan breakfast, dalam pukul 11 jugak baru gerak ke Melaka.

Dalam 2jam perjalanan kami sampai kat La Boss Hotel. Ingatkan boleh rehat2 dulu sebelom makan tengahari. Lagipon baru je lepas makan, perut masih kenyang lagi. Masa nak check in bilik kitorang not ready yet. And we need to wait almost 1hour! Rest kat waiting area je la. Aisy pulak asyik nak berdukung je.

Ni masa mula2 sampai. Mood Aisy oke lagi, masih lagi boleh nak selfie.
Dah puas rehat tempat tuju kitorang yang pertama ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Ainn pilih nasi beriani berlaukkan daging kambing, hubby pulak pilih nasi beriani berlaukkan daging lembu. Dua2 dapat rasa. Rupanya kitorang their last customers for that day! Kitorang keluar je terus restoran tu ditutup.  Alhamdulillah rezeki kitorang nak menikmati kesedapan nasi beriani tu. Cuma nak makan murtabak cheese je tak dapat. Inshaa Allah lain kali kalau ada rezeki.

Lepas tu kitorang hala ke Pantai Klebang. Ada orang main layang2, kuda pon ada. Ingatkan boleh nak berjalan2 di pesisiran pantai tu, tapi cuaca tidak mengizinkan. Sampai je hujan rintik2 mula turun. Sempat beli coconut shake je sorang satu. Aisy punya takde ye, ummi dan abi je yang dapat. Hihihihi.

Malam pulak Ainn ajak hubby pekena ikan bakar. Search kat google medan ikan bakar yang terdekat dengan La Boss Hotel ialah Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Masa kitorang sampai orang dah ramai, cuma takde la sampai tahap nak tunggu lama untuk dapatkan meja. Disebabkan hubby tak selera nak makan, masih rasa sakit kat tempat giginya yang baru cabut tu, berjangkit dengan Ainn sekali la terbantut rasa nak makan. Sudahnya kitorang pilih 2menu je. Sotong celup tepong, kerang rebus. Tu je! Nasi lemak pon tak makan. Cuma sementara menunggu makanan sampai tu hubby mintak buah potong.

Selesai 1hari. Esoknya kitorang breakfast kat hotel je. Tengaharinya kitorang pekena Laksa Melaka. Masa nak pergi Restoran Nasi Beriani Haji Tamby semalam ternampak laksa ni, tapi kedai tu tutup. Nak rasa jugak macam mana laksa Melaka. Hubby makan 2,3 mulut je terus taknak.

Lepas makan laksa ingatkan nak pekena murtabak cheese yang tak dapat semalam. Tapi perut masih penuh lagi, terpaksa korbankan niat tu. Dah siap makan kononnya nak jalan2, 3kali pusing takde tempat parking. Hari Sabtu kan cuti, semua nak bawak anak2 berjalan. Sudahnya kitorang balik je terus. Hubby ajak jugak pergi zoo, rasanya tunggu Aisy besar sikit la kot. Tunggu Aisy setahun dulu ke.

Macam tu je pergi Melaka. Rasa macam tak menarik pulak. Hubby dengan sakit giginya, Ainn pulak dengan selesema. Hubby plan nak datang lagi, siap pesan kat Ainn jangan makan ubat nak keluarkan cecair resdung. Nak pekena ikan bakar kaw2 nanti. Nasib baik dekat je Melaka tu. Oke tunggu dan lihat je la bila pulak nak perginya nanti.

Ni je gambar yang ada yang boleh dishare. Nampak sangat jalan2 cari makan kali ni hambar je kan?

Laksa Melaka yang lemak

Lauk nasi beriani yang rasa nam menambah2

Check Up Baby 5 Bulan

Untuk 5bulan ni 1st time nak bawak Aisy check up kat Klinik Desa Senai. Sebelom2 ni Aisy check up kat klinik kat kampung. Walaupon kat sini klinik desa je Ainn lebih suka check up kat sini. Servis kat sini jauh lebih baik dari servis kat klinik kat kampung, walaupon kat sini ramai orang dan kakitangannya tak ramai.

Pergi tadi lewat sikit, malas nak berebut nombor giliran. Dekat pukul 3 jugak baru pergi tadi. Rupanya Klinik Desa Senai dah upgrade jadi  Klinik 1Malaysia. Nasib baik ada lagi servis untuk ibu dan anak. Jadinya klinik ibu & anak 8.00pagi - 5.00petang, servis untuk pesakit luar pulak 2.00petang hingga 10.00malam. Agak janggal jugak mulanya ke situ tadi. Yelah tiba2 je ada dua kaunter, pastu ada pulak kaunter ambik ubat.

Oke, nak cerita kisah Aisy check up tadi. Punyalah 'cerdik' Aisy ni, nak ukur panjang/tinggi dia punyalah senang. Letak aje dia kat tempat ukur, nurse luruskan kaki dia bukan main sengeh je dia. Masa nak bukak baju nak timbang tu la mula menunjukkan 'kecerdikan' dia. Duk tendang2 alat pengukur tu sampai jatuh dibuatnya. Gelak je sorang mommy yang sama2 nak timbang anaknya ngan Aisy tadi. Masa nak timbang pulak langsung tak reti duduk diam. Letak je terus angkat kepala nak bangun. Tak tahulah valid ke tak bacaannya tadi tu. Ainn rasa macam lagi berat je Aisy ni. Entah2 dah dekat 8kg.

Kes Aiy ni baru ditransfer in dari Klinik Kesihatan Aring. So Ainn baru je bagi buku rekod Aisy kat nurse klinik kat Senai. Alahai kena 'bebel' pulak. Walaupon nurse tu bukannya bebel kat Ainn tapi Ainn yang nak kena dengarnya. Rekod untuk 4bulan langsung tak dicatit dalam buku rekod simpanan klinik. Terpaksa nurse tadi tolong catitkan. Nama nurse yang check Aisy masa 4bulan tak tahu dia tulis nama klinik je. Ainn pelik jugak macam manalah boleh nurse tu tak catit?

Oke, sambung cerita Aisy. Kat klinik tadi orang tak ramai sangat. Tapi masih boleh melihat gelagar orang kat dalam tu. Macam biasa la pergi mana2 pon mesti akan ada yang menegur atau mengagah Aisy. Suka la dia bila ada yang menegur. Ketawa je. Masuk bilik nak inject pon ketawa je bila nurse tegur. Suka betul ye orang tegur2. Bila nurse suruh grip Aisy mula dah rasa tak selesa. Dah la kena grip, kena inject pulak tu. Menjerit la sekejap. Tak sampai seminit pon. Sebabnya nurse tu terus agah Aisy. Alahai anak sorang ni pantang diagah.

Dah memang time Aisy tidur balik klinik tadi. Mungkin jugak effect ubat tu senang je Aisy tidur. Ikutkan rumah dengan klinik bukannya jauh pon. Entah sampai ke tak 5minit ngan kereta.


Risau takut Aisy demam. Malam ni asyik merengek aje tidurnya. Nak kena peluk, tak pon riba. Bila cakap 'Ummi ada', 'Ummi ada dengan Aisy', 'Ummi sayang Aisy', 'Ummi tak tinggal Aisy' barulah oke. Lepas tu merengek lagi. Banyak kali jugak merengek tadi. Inject 3bulan hari tu 2hari jugak Aisy demam. Harap2 kali ni oke je la tak demam. Awal2 lagi dah kasi ubat tadi. Bila anak demam, mak pon rasa macam nak demam.

Saturday, February 25, 2017

Perancangan Aktiviti 2017


Wahh, perancangan aktiviti 2017! Untuk tempoh setahun tu plan aktivitinya. Hihihi nih perancangan aktiviti kelas la. Takde maknanya Ainn nak plan aktiviti sampai setahun. Dengan hubby selalunya last minute je. Kahwin pon boleh last minute plan, apa lagi setakat nak berjalan, makan angin je. Bila2 je rasa nak pergi, asalakan ada duit jalan je. Tak payah pening2 nak pikir.

Ni saje je sambil2 siapkan ABM untuk esok nak menyelit kat sini. Nak share aktiviti yang kitorang dah plan untuk tahun 2017. Takde banyak pon yang dirancang setakat ni, mana yang terlintas je. Lagipon Puan Penyelaras just mention nak buat meeting pasal kewanagan je, tup2 dalam meeting tu dia suruh buat plan siap2 nak buat aktiviti apa tahun ni. Yelah setiap aktiviti tu pon nak pakai duit jugak kan. So inilah hasil perbincangan kami bersembilan. Hahah macam tak cantik je perkataan 'bersembilan' tuh. Huhuhu dah kami 9 orang, jadi bersembilan la ye? Hadoi teruk betul tatabahasanya. Nasib baik SPM dulu dapat jugak A. Oke, check it out the plans!

22 Februari: Sukantara & Sukaneka
1st activity. Ainn yang kena handle. Agak kelam kabut jugak. Meeting 20hb, lusanya dah nak buat program ni. Kelam kabut nak plan acara dan nak buat kertas kerja. Kelam kabut jugak nak kejar pengetua nak dapatkan pengesahan beliau. Ainn update lain kali ye cerita pasal ni.

28 Februari: Latihan Intensif Tenpin Boling
Minggu depan dah ni hah. Tak sabar rasanya nak baling bola boling tu masuk longkang. Hahaha part paling best bila main boling kan? Yang 'bestnya' lepas tu 1badan ni sakit2. Nampak sangat tak exercise.

7 Mac:
Senamrobik di Hutan Bandar Putra dan memanah. Pernah plan ngan hubby nanti nak hantar Aisy belajar memanah. Sunnah kan memanah ni. Ha sebelom hantar Aisy belajar, kasi ummi dia dulu yang belajar memanah ya. Berapa la sangat ilmu yang dapat diceduknya nanti. Dapat ilmu yang basic je pon dah kira oke apa?

5 April: Program Homestay ke Kg Mohd Amin
Ima cakap kat sini ada diajar macam mana nak buat jala! Huhuhu nak tebar jala pon tak reti, apa lagi nak kait tali tu nak buat jala. Sama2lah kita belajar nanti ya.

18 - 20 April: Mini Camping
Buat kat sekolah je. Dan aktivitinya sepanjang waktu persekolahan je. Habis waktu sekolah balik rumah masing2. Esoknya sambung lagi. Walaupon tak tidur dalam khemah, tapi khemah tu tetap jugak didirikan. Tahun lepas buat julung kalinya program ni dibuat, tapi 2hari je. Kali ni kita up harinya jadi 3hari.

23 Mei: Kempas
Apa entah namanya tempat yang nak dituju tuh. Kak Ain cakap kat situ nanti akan diajar sembelih ayam dan sikit2 pasal penanaman cendawan.

9 - 11 Julai: Kunjungan Muhibbah Aidilfitri
Nak buat 3hari je, sempat ke nak pergi semua rumah? Kat satu2 rumah tu at least 30minit duk situ. Perjalanan nak pergi rumah lain pulak. Pergi mana sempat je la jawabnya.

21 - 28 ogos: Lawatan ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur (Kilang coklat & Farm in the City)

11 September: Jamuan Hari Lahir Semester 2
Suka2 hati je Ainn bagi nama program ni. Senang cerita sambutan hari lahir murid2 yang lahir bulan Jun - Disember. Kali ni plan nak celebrate kat luar. 1st time la ni kiranya kita celebrate kat luar.

18 September:
Terapi kuda dan tayangan 6D. 6D? 4D selalu la tengok berlambak2 kat sini. Oppsss!

10 Oktober: Pertandingan memasak
Awal2 lagi Dila dah plan nak suruh diorang masak apa masa pertandingan ni nanti. Syabas Cikgu Dila.

11 Oktober: Pertandingan Refleksologi
Yang ni tak boleh nak bayangkan macam mana prosesnya nanti. Tak tahu nak nilainya macam mana. Cikgu yang handle tu pon tak nak bagitahu, so just wait & see je la macam mana nanti.

12 Oktober: Pertandingan Permainan Dalaman
Yang ni banyak game yang boleh dimainkan. Tapi kalau untuk dipertandingkan macam tak cukup alat je. Nak kena tambah set.

Done. Kan dah bagitahu tak banyak pon.

Friday, February 17, 2017

Cerita Juri Maharaja Lawak Mega 2017

Ihsan Google. Jangan lupa tonton!

Sementara iklan kita menyelit kat sini. Hahaha. Huh gelak pon boleh kat sini je. Nak gelak kuat2 Aisy tengah sedap tidur tu, karang berjaga si hensem tu tak tahu bila pulak nak tidur. Untuk permulaan cerita pasal Maharaja Lawak Mega 2017 ni kita cerita pasal juri je la dulu. Baru 3 kumpulan kot yang buat persembahan *setakat Ainn duk menaip frasa ni*. 2, 3 hari sebelom ni Ainn dan hubby duk tertanya2 siapa juri MLM tahun ni. Duk main teka-teki pulak kami ber2. Nak jadi ahli nujum ke apa.

Juri pertama selalunya serius orangnya. Macam Chef Wan, Datuk Jalal, Datuk Yusof Haslam, Ziana Zain, Awie. Untuk tahun ni Ainn guest mungkin Prof. Madya A. Razak Mohaiden ke. Sape lagi ye yang serius kat Malaysia ni? Tak terpikir pulak yang ni. Yang sebetulnya juri pertama Datuk Rosyam Nor! Langsung tak terpikirkan dia. Mungkin sebab dah lama tak tengok lakonan Datuk Rosyam kot.

Juri kedua diimport dari Singapore. Najip Ali banyak kali jugak jadi juri MLM. Pernah jugak Sheikh Haikel. Siapa ye yang sekali dengan Fazura tu, yang nyanyi lagu Awak Kat Mana? Tak kenal sangat artis2 Singapore, susah nak teka. Aaron Aziz boleh tak? Aaron asal je dari Singapore, tapi dah macam artis Malaysia je statusnya. Yang sebetulnya Najip Ali la yang dah banyak kali tu. Susah agaknya nak dapatkan artis Singapore ni.

Juri ketiga pulak diterbangkan dari Indonesia. Kalau juri dari Indonesia paling hubby suka Bunga la. Sebab gelak dia tu. Bila Bunga nak komen peserta, cakap sikit aje dia gelak. Sambung cakap sikit lagi, gelak lagi. Ainn pulak paling suka Wulan. Comel sangat Wulan, kiut aje. Tahun ni turn siapa pulak ye? Rossa mungkin? Bila tadi AC umumkan juri ni dah pernah jadi juri MLM sebelom ni hubby sengeh je. Betul2 mengharapkan Bunga. Sekali AC umum Luna Maya daa. Hahaha.

Juri terakhir ni yang banyak Ainn teka. Juri keempat ni selalunya yang cantik2 la. Erra Fazira ke. Fasha Sanda pon boleh jadi. Tapi Fasha dah pernah jadi juri masa Skool of Lawak. Syamsul Yusof pon boleh jadi kalau juri pertama tu perempuan kan? Sari Yanti ke. Tak pon Anzalna. Hihihi rupanya 'kawan baik' Anzalna, Neelofa!

Yang peliknya duta Oppo kan Nora Danish? Selalunya salah seorang juri tu mesti duta penaja. Macam tahun lepas Ziana Zain duta AgeTech. Oo rupanya yang ni model lain pulak. R9s Fattah Amin la yang jadi dutanya. Fattah Amin tak jadi juri so ganti je dengan awek dia. Hahaha boleh ek gitu?

Lepas keempat2 juri dah diperkenalkan hubby nampaknya 'berkenan' nak isukan juri ke3. Sebabnya dia tak suka sikap 'gelenya' Luna Maya. Dan jugak pemakaian Luna yang agak seksi. Diikutkan Farah Quinn dan Bunga jugak agak seksi pemakaiannya. Tapi corak pemakaian mereka masih boleh diterima semasa menjadi juri MLM. Mungkin jugak musim itu Luna berganding dengan Nora Danish yang sama2 berpakaian tak cukup kain. Jadi mereka berebut2 menunjukkan ketidakcukupan kain mereka dijadikan pakaian. Tahun ni Luna nak berlumba2 dengan siapa agaknya ya? Neelofa kan bertudung. Atau mungkin pemakaiannya lebih sopan kali ni. Tengok la malam ni pakaiannya boleh dikira sopan dengan dress labuh tu.

Persoalan lain:
Juri mana yang paling banyak bagi bintang, dan juri mana yang paling kedekut bintang?

Cara Check Kembung Perut Bayi

Sementara tunggu pukul 10 nak tengok Maharaja Lawak Mega 2017 kejap lagi rasanya sempat kot Ainn update 1 lagi entry. Yang simple2 je.

Kali ni Ainn nak share macam mana nak check perut baby, nak tahu sama ada kembung ke tak. Nak2 pulak bila baby nangis. Kadang2 baby nangis sebab perut kembung. Perut kembung ni bahasa mudah bagi perut masuk angin atau perut berangin.

Macam mana nak tahu perut baby tu kembung ke tak? Ada yang cakap tepuk2 la sikit perut tu. Maa pulak tak kasi buat macam tu. Dia ajar buat cara lain sikit. Senang aje caranya, tak perlukan apa2 bahan pon. Just gunakan jari telunjuk dan jari hantu kedua2 tangan.

Caranya dengan menggenggam jari kedua2 tangan, tetapi jari telunjuk dan jari hantu tak digenggam. Dua2 jari ni dirapatkan dan diluruskan. Jadi macam huruf U ikut bahasa isyarat. Letakkan jari kiri kat perut baby. Kemudian jari kanan pulak mengetuk jari2 yang kat atas perut baby tadi. Boleh dengar macam perut tu terik sangat kalau perut baby kembung.

Kalau perut kembung cepat2 panaskan tunku, tekap kat perut baby dan tapak kaki. Inshaa Allah sekejap je baby akan berhenti menangis.


Nama Anak

Tiba2 je teringat sembang2 dengan Raudhah dan Kak Linda pasal nama anak. So Ainn nak cerita pasal nama anak la kali ni. Hamboi bukan main ye ko mengarang hari ni. Entah entry ke berapa entah untuk hari ni. Biarlah, belog sendiri kot. Suka hati la nak post seberapa banyak entry sekali pon. Kalau dah senyap karang berbulan2 senyap takde post pape cerita.

Selalunya nama anak ni siapa yang bagi? Rasanya mommies la kan yang lebih excited berbanding daddies, walaupon adalah lebih afdhal daddies yang bagi nama. Nak2 pulak bakal mommies. Anak pertama ni. Macam2 nama ada dalam list. Daddies just pilih je nama yang ada dalam list tu.

Ada jugak yang bagi2 turn nak kasi nama anak ni. Let say anak 1st mommy yang kasi nama, anak 2nd pulak daddy pulak la yang kasi namanya. And so on. Rasanya jarang kot yang buat cara ni. Selalunya ramai yang ikut jantina. Kalau anak perempuan mommy yang kasi nama, kalau anak lelaki daddy yang kasi nama. Atau sebaliknyalah. Ainn percaya ramai yang ikut cara ni.

Then nama anak tu macam mana? Selalunya daripada pemerhatian kawan2 Ainn diorang suka gabung pangkal huruf. Contohnya nama Ainn (Nurul Ain) start huruf A (ambik Ain je), nama hubby pulak (Mohd Faridhisyam) start huruf F (ambik Farid je). So nama anak kitorang nanti mesti AF, tak pon FA. Depan tu ada la Nur ke, Muhammad ke, Putri ke, Megat ke, apa2 lah. Ada jugak yang gabung semua jadi NAMF, tak pon MFNA. Macam sepasang suami isteri ni, si isteri namanya Nor Hayati, si suami pulak nama Mat Hussin. Kalau anak perempuan nama anaknya jadi NHMH, kalau anak lelaki nama anaknya jadi MHNH. Kan susah sikit kan nak cari nama H, nama anaknya yang sulong Nur Hidni Mizatul Hakma. Hambik kau nakkan H punya pasal! Ada la tu maksudnya yang baik2. Takkan senang2 je nak kasi nama tu kat anak.

Lagi satu nama anaknya tu mesti panjang. Seolah dah jadi budaya parents berlumba2 nak panjang2kan nama anak. Hahaha Ainn selalu ngusik hubby pasal nama dia. Nama hubby panjang sedepa, nama abah pulak sejengkal je. Tak balance. Nama Ainn ngan nama wan balance je, nama Ainn 8huruf nama wan 9huruf. Okay la tu kan, kira balance la tu.

Masa sembang2 dengan Kak Linda dan Raudhah hari tu kitorang semua sependapat. Tak suka nama anak panjang2. Kesian anak nanti 'penat' nak tulis nama diorang panjang2. Kalau Ainn pulak tak kisah sebenarnya nama anak panjang, asalkan balance dengan kepanjangan nama ayah. Bila Raudhah cakap macam tu Ainn teringat hubby pernah cerita masa sekolah dulu dia suka tulis nama dia 'Mohd Farid' je, 'Hisyam' tu jarang sangat nak ditulis. Hah dia sendiri pon malas nak tulis nama dia sendiri, anak nanti nak panjang macam dia jugak ke?

Nak pilih nama anak cukup 2 'perkataan' je. Macam anak Kak Linda namanya Naura Marissa, sorang lagi Naifa apa entah belakang tu. Depan tu takde pon Nur ke Putri ke apa ke. Kira 2 perkataan je. Hahaha sama jugak macam Ainn. Kalau nak letak Nur depan kena 1 je lagi nama kat belakang. Kalau nak 2 xpayah letak Nur ke apa kat depan tu.

Sama jugak kalau anak lelaki. Sama ada nak letak Muhammad dengan 1 nama je lagi kat belakang atau takde Muhammad. Macam arwah anak Raudhah namanya Muhammad Zulfahmi. Kak Linda pon dah ada nama untuk anak lelaki, Muhammad Xxxx. 1 nama je belakang Muhammad tu.

Ainn bagi pilihan kat hubby sama ada nak nama Muhammad dengan 1 nama kat belakang atau 2 nama. Tapi 1 nama tu dijadikan nama keluarga. Adik2nya nanti nama sama je, bezanya 1 nama depan tu je la. Hubby pilih nama keluarga. Sebenarnya dulu2 Ainn berkenan nama Adam. Kalau boleh nak anak2 Ainn nama Adam Xxxx. Tapi Adam macam dah ramai sangat. Pastu Ainn pilih nama malaikat yang menurunkan rezeki. Inshaa Allah semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Antara Adam dan Mikail hubby pilih Mikail. Senang kalau perepempuan tambah je a kat belakang jadi Mikaila. Kalau Adam tambah a kat belakang jadi Adama macam tak kena je.

Nama keluarga dah ada, nama sendiri je belom ada. Kalau ikutkan nama perempuan Ainn suka nama Aisyah. Entah macam mana 1malam tu Ainn search maksud nama, tiba2 terjumpa nama Aisy. Hurmm singkatan dari nama Aisyah, okay jugak kan. So Ainn aim terus nama Aisy, jadi Aisy Mikail.

Sebab ada sesetengah eja Mikail, ada jugak yang eja Mikael. So gabung je la dua2 ejaan tu. Nak buat ejaan Mikaiel takut nanti ada yang sebut macam Daniel. So tukar e dengan i jadi Mikaeil. Sebutannya tak lari. Cuma ejaan je la nampak macam moden sikit. Konon.

Walaupon Ainn takde ambik pangkal huruf macam kebanyakan pasangan lain, sebenarnya Ainn nak ngelat ngan hubby. Memang la Ainn tak guna huruf A ke huruf N ke, tapi nak guna huruf jawi. Nama Ainn kan salah satu huruf jawi. So Ainn nak buat huruf 'ain untuk nama anak2 Ainn. Masa isi borang nak daftarkan Aisy dulu Ainn letak la tanda *'* kat depan, jadi 'Aisy Mikaeil. Sekali hubby pergi daftar tak boleh la letak tanda *'* kat depan. Kalau letak tengah2, ada Muhammad ke kat depan tu boleh la. Kalau untuk paling depan tak boleh. Huhuhu tak boleh jugak nak ngelat. Sebenarnya ada bagusnya jugak tak boleh nama tu. Bila Ainn double check ejaan Aisy kot jawi tu huruf alif la, bukan huruf 'ain.

Pernah sekali Ainn search maksud nama Aisy, sekali keluar nama Aisy maksudnya lain, nama Aish pulak maksudnya lain. Apa bezanya ya ikut ejaan jawi? Azri pulak cakap nama Aish macam tergantung je, macam tak habis.

Sebenarnya nama Aisy ni menimbulkan sedikit kontroversi. Aisy tu maksudnya 'mewah, melimpah-ruah', Mikaeil pulak nama malaikat yang menurunkan rezeki. Kononnya kami suami isteri gila harta, fikirkan dunia. Sedih sebenarnya. Bukan sedih apa, sedih bila ramai lagi yang percaya rezeki tu dalam bentuk harta, wang ringgit semata. Rezeki tu kan dalam pelbagai bentuk. Rezeki kesihatan, Ainn harapkan diberi kesihatan yang baik. Rezeki ilmu semoga diberikan ilmu yang bermanfaat. Rezeki kebahagiaan semoga hidup ni bahagia, gembira selalu. Bagi Ainn semua kurniaan yang diambil secara positif itu adalah rezeki. Please lah, jangan sempitkan konsep rezeki tu.

Bila kitorang tak guna pon nama Muhammad. Memang la nama Muhammad tu bagus, nama jungjungan besar Nabi kita. Macam Ainn cakap tadi la, Ainn taknak nama anak panjang2 sebab nak balance dengan nama ummi dan abi dia. Ainn tak guna nama Muhammad pada nama anak2 Ainn tak bermaksud Ainn memandang rendah dengan nama tu. Ainn tak pernah hina pon nama Muhammad tu. Tak pernah pon rasa kolot je bila ada nama Muhammad. Lagi pon bukannya rukun untuk orang Islam menamakan anaknya dengan nama Muhammad. Dan bukannya Ainn nak namakan anak Ainn dengan nama yang bukan2. Ainn tetap rujuk jugak maksudnya. Tetap jugak menggunakan nama yang baik2. Tetap jugak dengan panggilan yang baik2. Kalau bercakap dengan kawan2 dan family je Ainn biasakan namanya Aisy. Kalau bercakap dengan Aisy sendiri Ainn sebut nama penuhnya, Aisy Mikaeil. Tak pernah pon nak singkatkan namanya jadi nama yang tak ada maksud. Ainn yakin, Ainn percaya apa yang dipanggil tu lah doa.

Bila mula2 lahir orang tanya nama baby, Ainn jawab je nama Aisy. Ada yang tanya, 'Aisy aje ke?' atau 'Nama penuh?' Hubby pernah jawab, 'tengok je surat beranak nanti.' Bukannya kitorang taknak share nama anak kitorang. Tak salah kan kalau kita ambik sunat umumkan nama pada hari ke7. Awal2 tu bagitahu je nama panggilan je dulu. At least orang datang nak mengagah ke apa ada nama yang nak disebut.

Cerita pasal tunggu hari ke7 ni ada jugak yang belom ready nama baby. Bila baby dah lahir tak tahu nak panggil apa. Sudahnya orang lain pulak yang kasi nama. Taknak lah jadi macam tu. Haisy nak kena cari siap2 nih nama anak lelaki. Kalau lepas ni dapat perempuan takpelah, guna je nama yang dipilih hari tu. Dibuatnya dapat lelaki lagi, belom ada nama lagi nih. Huh cakap macam dah pregnant je. Hohoho.

Picit Tetek Bayi

Agak kasar bunyinya tajuk entry kali ni. Tapi inilah amaran yang Ainn dapat. Mula2 dengar macam pelik . Tak pernah pulak Ainn dengar pasal kena picit tetek baby ni. Yang bagitahu Ainn tu orang yang dalam bidang perubatan. Semua anak2 buahnya dibuat macam tu. Means termasuk Aisy jugak ke kena buat macam tu?

Mula2 tu Ainn buat tak endah je. Maa sendiri cakap dia takut nak picit, orang lain yang tolong picitkan. Bila dah lama2 orang asyik tanya je Ainn try jugak buat. Mula2 tu takut jugak nak picit, takot Aisy sakit. Picit pon pelan2 je. Bila dah picit rupanya senang aje. Just picit guna 2jari kat puting tu sehingga keluar air, macam air susu yang cair. Ada jugak yang cakap macam getah betik. Sikit je. Tak payah buat berterusan. Hari ni buat sikit, esok sambung pulak buat sikit. Sampai rasa ketulan kat tetek tu takde.

Kenapa nak kena picit tetek baby pulak? Ini sebagai langkah pertama untuk mengelakkan dia terkena breast cancer. Jangan ingat perempuan aje ye yang kena breast cancer, lelaki pon tak terkecuali! Kena buat awal2 masa masih baby lagi, sebelom ketulan tu keras. Walaupon was2 sebab tak pernah dengar tips ni sebelom ni Ainn tetap buat jugak. Tak salah rasanya kalau setakat nak ikhtiar.

Perlukah Telinga Bayi Dibersihkan?

Petang ni kita cerita pasal kebersihan baby kita je. Mula2 tadi Ainn dah share macam mana nak bersihkan lidah. Lepas tu Ainn share pulak cara Ainn bersihkan kerak kat kepala Aisy. Kali ni nak cerita pasal telinga pulak. Tapi kali ni bukan nak share macam mana Ainn bersihkan telinga Aisy ye, bukan.

Kali ni Ainn nak bagi pendapat Ainn je. Soal kebersihan telinga baby. Ainn dan hubby selalu jugak bersihkan telinga Aisy. Sekali tu masa duk rumah tok ayoh macam biasa Ainn dan hubby bersihkan telinga Aisy. Lepas tu ada seseorang menegur, 'Telinga baby tak payah cuci. Tahi dia keluar sendiri nanti.'

Sentap jugak sebenarnya bila ada yang mempertikaikan apa yang kita dah buat dekat anak kita. Telinga anak kita kot, takkan nak biarkan macam tu aje? Memang la tahi telinga tu keluar sendiri. Tapi duk melepek aje kat situ kalau tak dibersihkan nampak kuning2 kat telinga tu cantik ke? Elok ke macam tu? Macam anak takde mak aje, macam takde orang nak ambik tahu soal kebersihan dia je. Kitorang bukannya korek dalam lubang telinga tu. Just bersihkan kuning2 tu je. Dan bersihkan jugak kat celah2 telinga dan belakang cuping telinga. Kalau dibiarkan lama2 bukan ke makin kotor?

Cara Membersihkan Kerak di Kepala Bayi

Kenapa ye kulit kepala baby berkerak? Kepala Aisy pon berkerak jugak kat bahagian atas. Su kata sebab lepas mandi tak dilap dengan betul. Kiranya tak betul2 kering masa lap kepalanya tu. Air tu lama kelamaan jadi 'daki'. Daki yang berkumpul tu lama2 ia akan jadi berkerak macam tu. Kalau Ainn yang siapkan Aisy lepas mandi memang Ainn lap betul2. Kalau orang lain yang siapkan Aisy tu taka tahulah. Mungkin ada betulnya jugak kot tu faktornya.

Angah ajar cuci je guna syampu. Tapi air tu kena kaup ke belakang la. Nanti karang masuk mata melalak pulak Aisy. Masalahnya Aisy ni tak boleh nak mandi lama2. Air tu kalau dah sejuk sikit je dah mula nangis. Sempat sabun badan aje. Ummi abi Aisy pulak tak cekap sangat nak mandikan Aisy, terkial2 aje. Nak sapu syampu tu kat kepala maunya sejuk dulu air tu.

Dah dekat 2bulan Aisy belom lagi dibotakkan. Ingatkan lepas botak baru nak cuci kerak tu. Macam senang sikit kot. Tapi ayoh su pulak kata takut nanti Aisy sakit. Ye la kerak tu kira tebal la jugak. Bila kena bilah mesin rambut tu nanti mesti la sakit. Tapi Ainn perasaan kalau Ainn lap kepala Aisy dengan towel ada sikit2 kerak tu tertanggal. Takde pulak Aisy nangis. Tak sakit la tu kot. Dengan alasan tu kira on aje botakkan dulu kepala Aisy kemudian baru dicuci keraknya tu.

Ini kepala Aisy yang selepas dibotakkan. Sebelom botak lupa pulak nak ambik gambarnya. Nampak tak setompok kat atas tu tak boleh nak botak? Sebabnya rambut2 tu melekat kat kerak2 tu la. Itu yang tak dapat 'dimakan' dek mata bilah mesin rambut. Oh, kitorang tak guna mesin rambut. Hubby just guna mesin jambang je. Bila dah botak macam ni baru nampak dengan jelas kerak2 tu. Senang la nak bersihkan nanti.

Cara Ainn bersihkan kerak2 ni senang je. Nak guna syampu macam tak boleh je. So Ainn just gunakan minyak TYT dan putik kapas. Sapukan aje minyak TYT kat tempat kerak tu biar ia mengembang. Kemudian ambik putih kapas gosok2 kat kerak tu. Sekali gosok je dah tanggal. tak perlu gosok kuat2, lembut aje geraknya.

Geli pulak tengok kerak2 yang dah tertanggal ni. Ni baru sikit tau. Yang dekat helaian tisu yang lagi satu lagi banyak keraknya tu. Lagi geli nak tengok huhuhu.

Hasilnya! Lihatlah dunia, my hero dah bersih dah kepalanya. Dalam masa 10minit je dah siap nak bersihkan kerak2 tu. Mommies yang nak try cara ni, selamat mencuba.