Nuffnang Ads

Thursday, August 6, 2020

Jalan2 Cari Makan Kuala Krai @Kedarotippaye

02/08/2020
Buat pertama kalinya nak servis kereta hubby. Yang susahnya Proton ni pusat servis dia xsebanyak Perodua. Alang2 kat kampung kami decided nak servis kat kampung je. Nak pulak diorang cuti 2hari je. Kami servis hari Ahad, Isnin boleh la rehat dulu sebelum balik Kulai.

Lepas servis kereta pusing2 cari tempat makan. Beberapa kedai makan yang ada dalam list *Ainn dah google sehari sebelumnya* semuanya tutup. Musim2 raya ni barangkali masih beraya. Nak pulak raya puasa hari tu tak beraya sangat kan. Pusing punya pusing, cari punya cari, kami singgah Kedarotippaye Kuala Krai.

Kalau tahu, tak susah pun nak cari kedai makan ni. Kedai ni letaknya kat belakang pasaraya Pantai Timor Kuala Krai. Pusing je ke belakang pasaraya tu kedai tu yang mula2, corner lot. Jalan belakang tu jalan sehala.

Yang tak tahu apa tu roti ppaye, berasal dari perkataan 'roti tempayan'. Hah tak pernah dengar jugak nama roti tempayan? Roti apa yang dimasak dalam 'tempayan'? Bila disebut 'roti tempayan' ni teringat pulak ada kawan dari kampung order kat kedai mamak kat Bangi. Adui pening kepala mamak tu tak tahu apa tu roti tempayan.

Roti tempayan tu roti naan. Kalau kat Kelantan kitorang panggil roti ppaye. Kalau disebut roti naan tu mungkin akan ada yang tahu, mungkin jugak ada yang tak tahu.

Panjang pulak mukadimah pasal roti ppaye ni. Oke sambung pasal kedai yang kitorang singgah. Roti ppaye kat situ ada yang biasa, cheese, cheese + nutella. Macam nak try yang ada nutella, tapi dah agak dah hubby mesti tak nak punya. So kitorang order roti ppaye cheese. Untuk kuahnya pulak kami pilih kari kambing. Pilihan lain kari ayam dan kari daging lembu.
Part best bermain dengan cheese ni bila main tarik2 macam ni. Sedap, xmuak macam Ainn pernah makan kat kedai roti ppaye femes kat Kota Bharu suatu ketika dahulu. Harga yang ni tak tahu sebab masa hubby bayar sorang2, Ainn takde masa bayar tu.
Selain roti naan aka roti ppaye, ada jugak side dish lain. Sementara menunggu roti ppaye Ainn order meatball ni. Meatball tu rasanya beli siap proses je. Sos black pepper tu walaupon sedikit cair tapi sedap. Brokoli tu pun masih rasa crunchy lagi. Yang ni harganya RM7. Selain meatball ada chicken chop, fries. Nampak macam ada stall burger tapi tak bukak hari tu.Overall untuk kedua2 menu ni Ainn suka. Air dia pun sedap. Ainn order air asam boi limau, hubby pulak air oren. Untuk makan santai2 Ainn recommend kedai ni.

No comments:

Post a Comment