Nuffnang Ads

Tuesday, February 28, 2017

Latihan Intensif Boling @ Palm Bowl

Semalam cuti sebab Aisy demam, hari ni teragak2 nak pakai apa nak pergi sekolah pagi tadi. Tak tahu jadi ke tidak program hari ni nak berboling. Tak silap Kak Ain ada cerita pasal masalah kewangan, tapi lepas dapat baju t kelas Kak Ain pesan suruh pakai baju ni nak pergi boling hari Selasa. Means hari ni la kan?

Nak selamat Ainn pakai je baju t. Alah kalau tak jadi pergi main boling tu pon boleh aje pakai baju t tu kan. Dah la baju Ainn tertinggal kat kelas. So Ainn pergi sekolah pagi tadi baju merah siap2, match dengan shawl merah jugak. Kalau jadi pergi boling boleh je tukar baju pakai baju JDT tu.

Nak cerita sikit je, latihan intensif boling ni tiap2 tahun kitorang buat. Sambil2 ajar diorang main boling, sambil2 kitorang intai2 siapa yang ada harapan, yang boleh digilap. Senang la untuk pertandingan nanti.

Sebelom ni kitorang selalu pergi kat Danga City Mall. Pernah pergi sekali tanpa survey rupanya kat sana tutup. Tak sure permanently ke just for current untuk baik pulih ke apa. Lepas tu kitorang pergi ke Skudai Parade.

2tahun lepas start pergi ke Le Grandeur Palm Resort. Tahun tu kitorang hantar ramai peserta untuk peringkat PPD. So latihannya seminggu lebih jugak. Sebab nak dekat, datang buat latihan kat sini je walaupon rate kat sini tinggi sikit. Tapi kat sini senang nak dela, nak2 pulak untuk anak2 syurga ni.

Untuk hari ni punya cerita pulak, layan je la mana2 gambar yang Ainn share sekeping dua nih.

Cikgu2 lain semua berdiri. Cikgu Nurul je la nak sorokkan 'ketinggian'.
Sebelom bergerak sempat bergambar sekejap. Kebetulan masa duk susun ayur anak2 ni ada sorang murid aliran perdana lalu kat situ, mintak tolong dia snap jap.

Jing Ting siap dengan seat beltnya!
Hari ni Cikgu Nurul bawak anak2 dara je. Bila yang bulat2 duk depan, yang kecik2 duk blakang selfie macam ni la jadiknya. Sorry ye anak2 Cikgu Nurul tak boleh drive laju2, setakat 60km/j je. Dah lama tak drive macam ni. Pergi sekolah pon hubby yang hantarkan, apa lagi nak keluar 'jauh' macam ni.

Orang lain sibuk buat peace, posing bagai, Yoke Ling buat tak tahu je siap garu kepala lagi.
Dah sampai kat tempat boling Cikgu Raudhah kumpul murid2 kat luar dulu. Kena beratur ikut kelas. Apa yang dia buat lepas tu tak tahulah. Cikgu Nurul awal2 lagi terus masuk dalam. Terus cari seat nak duduk. Nervous tak hilang lagi drive tadi. Air 1.5liter macam tak cukup je diteguk.

Ahmad yang conduct tak nampak mukanya sebab ambik gambar dari belakang.
Sebelom main kena stretching dulu. Stretching? Stretching tu apa? Hahaha cakap warm up barulah tahu.

Serius je, sakit jari nak tekan huruf2 tu.
Dah siap2 bahagi kumpulan, kena key in nama players dulu. 1st time nih Cikgu Nurul buat kerja ni. Sebelom ni harapkan Cikgu Azri je la.

oke, layan diorang main pulak. Tak banyak pon yang Ainn snap tadi.

Adib yang menang gaya.

Kata Ahmad dia belajar melalui TV!

Hafis main baling je.

Wuuu macam nak terbang je Si Kimi ni.

Asyraf Muslem juara kita hari ni.

Tengok apa semua tu? Tengok bola masuk longkang ke?
Huh, dah berterabur dah semuanya. Tapi masih dalam kumpulan masing2. Kumpulan ikut level murid.

Gaya tu yang penting. Bola nak ke longkang ke ikut suka dia la.
Cikgu Nurul pon taknak kalah. Cilok sikit2 yang Yoke Ling dan Jing Ting. Dapat baling 2, 3 kali cukup la. Nak main puas2 tunggu lawan ngan hubby nanti.

Helmi ni Cikgu Nurul dah pesan jangan kacau Cikgu Nurul nak posing, nak jugak dia nyelit.
Sebab tak main kan, posing ajelah kerjanya.

2tempat Jing Ting kerja susun bola ni. Tanpa siapa suruh.
Ini contoh nilai murni ya. Dah habis main kan, tolong kumpulan lain yang belom main. Bukan tolong baling, tolong suusn bola2 tu, takde la berkumpul kat tengah tu aje.

Mana yang lebih menyerlah? 'Palm Bowl' ke modelnya? Ke dua2 suram je?
Alahai Cikgu Nurul ni, asyik posing je kerjanya.

Oke, last picture yang nak share hari ni. Siap pinjam trofi kat situ nak bergambar. TQ adik yang kerja kat situ tadi layan kitorang bergambar. Inshaa Allah kami datang lagi nanti.

No comments:

Post a Comment