Nuffnang Ads

Thursday, August 6, 2020

Selera Kita Berbeza

29/07/2020
Selepas jumpa pakar untuk tengok perkembangan selepas operation, sempat singgah Skudai untuk pasang tinted kereta hubby. Kebetulan kedai tu ada buat promotion sempena pembukaan kedainya yang ke4 tahun. Ainn habis check up lebih kurang 12.15pm terus ke kedai tu. Appointment pukul 1, nasib baik sempat sampai.

Sambil2 duk tunggu tinted dipasang kitorang pergi makan dulu. 2, 3hari sebelum dah usha2 jugak kedai makan area situ. Kebetulan sebaris dengan kedai tinted tu ada satu kedai makan, yang mana bila tengok kat google memang ramai la makan kat situ. Daripada review yang Ainn baca pakat duk kata makanan kat situ sedap. Kalau dah sampai tahap beratur tu confirm sedap la kan? Nak pulak ada 1laman web tu cakap customers beratur sebelum kedai bukak lagi.

Disebabkan kami nak elakkan crowded, nak2 pulak musim covid ni pukul2 baru pergi ke kedai tu. Masa kitorang sampai tu semua meja dah 'berpenghuni' tapi akak cashier tu cakap ada kosong. Terjenguk2 jugak, macam takde. Tapi masuk jugak la. Bila dah ambik nasi dan lauk pauk semua abang yang bubuh nasi tadi tunjuk meja yang ada sorang lelaki makan sorang2. Boleh la kami bertiga nak menumpang kat meja tu. Rasa bersalah pulak.

Lepas cuci tangan abang tadi cakap ada meja kosong. Dah ada yang dah siap makan. Maka bertukar meja lah kami dari meja paling belakang ke meja paling depan. Bila kita2 je yang kat meja tu selesa la sikit.

Ni Ainn punya. Kalau sebelum ni Ainn pernah cakap nasi kat Jatujak Tomyam & Seafood tu banyak, nasi kat sini lagi banyak. Hampir penuh pinggan tu dengan nasi. Sotong tu bukan main tamak ambik 3ekor. Ainn tekan2 sotong tu rasa macam keras, ingatkan telur sotong rupanya kepala dimasukkan ke dalam perut sotong tu. Hahah nampak sangat jakun tak pernah jumpa orang goreng sotong macam tu. Taugeh goreng dan kaki ayam tu Ainn ambik sebab baca review ramai yang cakap sedap.

Ini review ikhlas dari Ainn pulak. Sotong tu tak besar pon. Kalau ikut jari Ainn 2jari je. Sotong sambal tu dari segi rasa biasa2 je. Bukan dalam kategori sedap tapi masih boleh dimakan. Tapi yang bestnya sotong tu dimasak sempurna, tak liat pun. Ngam2 je masaknya. Sama jugak dengan taugeh goreng tu. Dari segi rasa biasa2 je *dalam kategori sedap*, tapi skill masak tu memang sempurna. Ngam2. Masih rasa crunchy tapi tak mentah.

Kaki ayam tu ambik semata nak rasa je. Ramai kot yang syorkan ambik kari kaki ayam tu. Tapi bagi Ainn tetap sama, dalam kategori tak sedap. Macam muak puan ada karinya tu. Memang agak frust jugak la bila suap ke mulut je rasa tak sedap tu. Nasib baik ambik sambal belacan. Inilah yang menyelamatkan. Habis je sambal belacan dah tak boleh nak habiskan nasi tu.

Hubby pulak ambik lauk ayam goreng, sayur taugeh dan kari kaki ayam. Kari kaki ayam dia lebih la, 4 ke 5. Nasi dah habis separuh tambah seketul lagi ayam goreng. Mana taknya, Aisy taknak makan nasi nak makan ayam goreng je. Hubby pun cakap taksedap makan kat sini.

So bagi kami sangat2 tak recommend la kedai ni. Tak tahulah, selera masing2 kan. Bagi orang lain sedap sangat2, bagi kami pulak tak sedap. Rasanya ni la kedai pertama yang kami pergi yang orang ramai cakap sedap sangat2 kami pulak cakap tak sedap. Sebelum2 ni paling teruk pon orang lain bagi 5bintang kami bagi 3bintang. Untuk yang ni orang bagi 5bintang kami nak bagi 1bintang pun agak banyak rasanya tu.

Dah patah balik ke kedai tinted tadi hubby tanya, berapa semua makan tadi? Ainn punya makan + hubby punya makan + teh ais + neslo ais. Cuba teka berapa? Hubby jawab macam biasa la rm20++. Oh tidak ye, kat sini total semua tu rm43! Bayar mahal kalau rasa sedap tak berkira pon, tapi sebab makan tak sedap tu yang rasa lain macam sikit.

No comments:

Post a Comment