Awal2 lagi dah berkira malas nak goreng dalam kuali. Nak senang campak je dalam air fryer. Cukup masa boleh hidang. Sambil2 tu boleh buat kerja lain.
Setelah 15minit, ting! 'Hah, masok doh kepok ummi!' Aik dia pulak yang beria bila keropok dah masak.
Pernah ada sorang kawan tanya, 'sedap ke goreng guna air fryer?' Bagi Ainn sedap la. Lebih sedap dari deepfry. Kalau deep fry kan berminyak je, nak pegang pun rasa semacam. Kadang2 siap sediakan tisu nak 'perah' minyak tu dulu.
'Kenapa aku buat tak menjadi je? Mula2 je sedap. Bila dah sejum dah xsedap dah.' Ainn rasa Ainn tahu kenapa. Sebabnya Ainn pun pernah jugak alaminya masa mula2 guna air fryer ni 3tahun lepas. Masa tu Ainn goreng fries. Tak tahulah boleh dikelaskan sebagai goreng ke tak, sebab langsung tak letak minyak. Mula2 makan masa masih panas memang sedap, bila dah sejuk je macam biskut lemau pun ada.
Belajar dari situ, Ainn mula guna minyak. Macam hari ni Ainn goreng sebatang keropok lekor Ainn guna dalam ½tbs minyak. Caranya, lepas potong keropok tu Ainn gaul je dengan minyak. Lepas tu baru masukkan dalam air fryer. Sama jugak kalau nak goreng ikan ke, ayam ke. Perap dulu ayam ikan tu, bila time nak goreng lumur dulu dengan minyak. Kalau tak lumur minyak rasa macam ayam ikan bakar la pulak.
Kalau guna minyak jugak sama je la macam goreng kat dapur biasa! Eh, sape yang cakap tu? Kalau goreng kat dapur biasa kita akan guna minyak yang banyak. Dan masa menggoreng tu entah berapa banyak minyak yang diserap. Kalau guna air fryer kita boleh control penggunaan minyak. Lagipun masa proses menggoreng tu, minyak2 yang berlebihan akan menitis kebawah. Menitis dalam bucket air fryer tu la. Kalau goreng ayam pon, minyak2 dari ayam tu sendiri pun ada yang menitis keluar. Jimat banyak minyak guna air fryer ni. Dan semestinya kita takkan ulang guna minyak yang dah digunakan. Kalau goreng kat dapur at least 2kali guna jugak minyak tu. Dah 2kali guna nak buang rasa sayang. Tapi memang kena buang jugak. Dah membazir kat situ.
Kalau guna air fryer, bil letrik la pulak melambung! Dari segi penggunaan letrik Ainn tak tahulah sejauh mana. Tiap2 bulan lebih kurang je bil letrik. Lagipun dapur pun Ainn guna dapur letrik. Setakat air fryer macam takde beza sangat, sama ada setiap hari guna ke atau kadang2 je guna. Kakau dapur ke air cond ke memang ketara la bezanya bil letrik tu. Kalau yang guna dapur gas, tak guna air fryer penggunaan gas pulak banyak kan?
Yang paling best guna air fryer ni sebab boleh tinggal gitu je. Dah masukkan bahan dalam tu, set temperature dan timer, boleh buat kerja lain. Kalau masak atas dapur pun boleh jugak sambil2 nak cuci pinggan, lap meja, lap dapur. Tapi tak boleh tinggal jauh2 kan? Ambik contoh situasi pagi2 berkejar nak pergi kerja. Masukkan je bahan dalam air fryer, boleh siap2 kat bilik je. Kalau tak mandi lagi pun boleh je tinggal pergi mandi. As long as set temperature dan timer betul.
Lagi satu, yang jenis penakut macam Ainn ni sesuai sangat2 guna air fryer. Penakut macam mana? Penakut dengan minyak panas! Kalau minyak dah panas tu, nak masukkan ayam, ikan, keropok, fries, nugget, apa2 aje lah memang takut. Takut minyak tu terpercik ke muka. Kalau kat kampung Ainn guna bantuan pinggan. Ainn guna pinggan kaca yang lutsinar tu untuk tutup muka masa nak masukkan apa yang nak digoreng tu. Kat rumah sendiri takde pinggan macam tu, air fryer ni la penyelamatnya.
Oke, berbalik kepada keropok goreng tadi. Ainn goreng dengan temperature 180° selama 15minit. Temperature dan masa tu bergantung kepada makanannya apa, saiz, kuantiti. Selain lauk2 dan 'jajan' ni Ainn pernah guna air fryer ni untuk bakar kek dan roti. Oven ada, tapi tak reti guna. Hihi.
Tak paham dengan Aisy Mikaeil. Makan keropok makanan Melayu ni pun nak cicah mayonis?
No comments:
Post a Comment