Nuffnang Ads

Tuesday, June 20, 2017

Jom Belajar Menjahit

Dah lama sebenarnya tak menjahit. Senang kata lepas kawen memang tak pernah menjahit. Setakat jahit mana2 yang koyak sikit2 je tu ada la. Dan alter baju yang beli siap. Dan jugak jahit langsir untuk rumah baru. Tu pon tak siap2 lagi. Baru tahu susahnya nak buat kerja bila ada anak kecik. Masa pregnant pulak memang Ainn terkena virus M yang sangat2 kritikal. Sebelom kawen pon last jahit langsir jugak. Hihihi tukar langsir baru la untuk bilik pengantin. Setakat jahit langsir kan senang aje. Yang Ainn maksudkan ni baju kerja, tak pon baju raya.

Dari sebeom kawen tu pon entah berapa lama xmenjahit. Dalam tempoh bercinta rasanya pon macam takde sepasang pon baju yang berjahit. Bayangkanlah berapa lama tak menjahit baju sepasang. Sekarang Aisy Mikaeil dah 9bulan dah pon.

Ni semangat menjahit dah datang lagi. Nak menjahit memang kena curi2 masa la, sementara Aisy tidur je boleh buat kerja. Sekarang ni Aisy tengah membuas, tahu nak main aje. Siangnya tidur sekejap aje. Takpelah kita cari ilmu je dulu. Kumpul2 ilmu nanti ada kelapangan boleh la cuba praktikkan.

Aha Ainn nak share ada 1belog ni Ainn jumpa. Betapa baiknya tuan tanah tu share ilmu jahitannya. Dapat free je la kita ni kalau nak. Baca je la belog dia. Macam2 jenis fesyen baju yang dia share. Dari ambik ukuran, buat pola, cara nak potong kain, sampailah nak jahit. Detail ajarannya.

Sayangnya belog tu macam dah lama je tak diupdate. Huhuhuhu. Orang dah lama tak main belog Ainn baru jumpa. Hahaha tak kisahlah asalkan ilmu yang dishare tu bermanfaat. Sape2 yang berminat nak belajar ilmu menjahit ni boleh ke belog kedaijahitku-jahit.blogspot.my. Jom kita sama2 belajar.

Walaupon tak habis lagi study kat belog tuh Ainn yang jenis tak penyabar ni terus sekodeng tuan tanah tu kat facebook pulak. Jumpa weh. Siap ada page lagi. Hah tengok betapa orang ramai suka menuntut dengan dia. Oke, Ainn dah add dah Surtima Yusof, dah follow jugak page Surtima Yusof. Sorry tak boleh wat linknya.

No comments:

Post a Comment