Wahh, perancangan aktiviti 2017! Untuk tempoh setahun tu plan aktivitinya. Hihihi nih perancangan aktiviti kelas la. Takde maknanya Ainn nak plan aktiviti sampai setahun. Dengan hubby selalunya last minute je. Kahwin pon boleh last minute plan, apa lagi setakat nak berjalan, makan angin je. Bila2 je rasa nak pergi, asalakan ada duit jalan je. Tak payah pening2 nak pikir.
Ni saje je sambil2 siapkan ABM untuk esok nak menyelit kat sini. Nak share aktiviti yang kitorang dah plan untuk tahun 2017. Takde banyak pon yang dirancang setakat ni, mana yang terlintas je. Lagipon Puan Penyelaras just mention nak buat meeting pasal kewanagan je, tup2 dalam meeting tu dia suruh buat plan siap2 nak buat aktiviti apa tahun ni. Yelah setiap aktiviti tu pon nak pakai duit jugak kan. So inilah hasil perbincangan kami bersembilan. Hahah macam tak cantik je perkataan 'bersembilan' tuh. Huhuhu dah kami 9 orang, jadi bersembilan la ye? Hadoi teruk betul tatabahasanya. Nasib baik SPM dulu dapat jugak A. Oke, check it out the plans!
22 Februari: Sukantara & Sukaneka
1st activity. Ainn yang kena handle. Agak kelam kabut jugak. Meeting 20hb, lusanya dah nak buat program ni. Kelam kabut nak plan acara dan nak buat kertas kerja. Kelam kabut jugak nak kejar pengetua nak dapatkan pengesahan beliau. Ainn update lain kali ye cerita pasal ni.
28 Februari: Latihan Intensif Tenpin Boling
Minggu depan dah ni hah. Tak sabar rasanya nak baling bola boling tu masuk longkang. Hahaha part paling best bila main boling kan? Yang 'bestnya' lepas tu 1badan ni sakit2. Nampak sangat tak exercise.
7 Mac:
Senamrobik di Hutan Bandar Putra dan memanah. Pernah plan ngan hubby nanti nak hantar Aisy belajar memanah. Sunnah kan memanah ni. Ha sebelom hantar Aisy belajar, kasi ummi dia dulu yang belajar memanah ya. Berapa la sangat ilmu yang dapat diceduknya nanti. Dapat ilmu yang basic je pon dah kira oke apa?
5 April: Program Homestay ke Kg Mohd Amin
Ima cakap kat sini ada diajar macam mana nak buat jala! Huhuhu nak tebar jala pon tak reti, apa lagi nak kait tali tu nak buat jala. Sama2lah kita belajar nanti ya.
18 - 20 April: Mini Camping
Buat kat sekolah je. Dan aktivitinya sepanjang waktu persekolahan je. Habis waktu sekolah balik rumah masing2. Esoknya sambung lagi. Walaupon tak tidur dalam khemah, tapi khemah tu tetap jugak didirikan. Tahun lepas buat julung kalinya program ni dibuat, tapi 2hari je. Kali ni kita up harinya jadi 3hari.
23 Mei: Kempas
Apa entah namanya tempat yang nak dituju tuh. Kak Ain cakap kat situ nanti akan diajar sembelih ayam dan sikit2 pasal penanaman cendawan.
9 - 11 Julai: Kunjungan Muhibbah Aidilfitri
Nak buat 3hari je, sempat ke nak pergi semua rumah? Kat satu2 rumah tu at least 30minit duk situ. Perjalanan nak pergi rumah lain pulak. Pergi mana sempat je la jawabnya.
21 - 28 ogos: Lawatan ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur (Kilang coklat & Farm in the City)
11 September: Jamuan Hari Lahir Semester 2
Suka2 hati je Ainn bagi nama program ni. Senang cerita sambutan hari lahir murid2 yang lahir bulan Jun - Disember. Kali ni plan nak celebrate kat luar. 1st time la ni kiranya kita celebrate kat luar.
18 September:
Terapi kuda dan tayangan 6D. 6D? 4D selalu la tengok berlambak2 kat sini. Oppsss!
10 Oktober: Pertandingan memasak
Awal2 lagi Dila dah plan nak suruh diorang masak apa masa pertandingan ni nanti. Syabas Cikgu Dila.
11 Oktober: Pertandingan Refleksologi
Yang ni tak boleh nak bayangkan macam mana prosesnya nanti. Tak tahu nak nilainya macam mana. Cikgu yang handle tu pon tak nak bagitahu, so just wait & see je la macam mana nanti.
12 Oktober: Pertandingan Permainan Dalaman
Yang ni banyak game yang boleh dimainkan. Tapi kalau untuk dipertandingkan macam tak cukup alat je. Nak kena tambah set.
Done. Kan dah bagitahu tak banyak pon.
No comments:
Post a Comment