Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan Melaka Yang Nan Hado

Kononnya lepas meeting kewangan last week rasa stress sangat2. Stress sebab dan2 nak kena handle program, walaupon program kecik je. Dan minggu ni pulak nak kena observe. Balik dari sekolah hari meeting tu terus bagitahu hubby nak tidur hotel. Dapat tidur sehari je pon dah oke. Nak hilangkan stress kerja. Tak kisah duk hotel mana pon, asalkan dapat suasana hotel, bukan duk kat rumah je.

Mulanya Ainn plan nak tidur hotel dekat2 ni je. Alah bukannya nak berjalan pon plan Ainn. Hubby nampaknya macam tak berminat. Ainn suggest pergi Batu Pahat or Melaka. Nampak ada positive respond di situ. Dan kami plan nak pergi tengahari Khamis, balik dari sekolah. So malam sebelumnya hubby terus pergi cabut gigi. Masa on the way nak pergi klinik tu hubby ada cakap, 'susah jugak nak drive kalau esok baru cabut gigi. Sejam jugak nak drive nanti. Ke lebih sejam nak pergi Melaka?' Yes, hubby nak pergi Melaka!

Kat sekolah esoknya Ainn cuba siapkan semua kerja2 Ainn. Taknak tangguh2 lagi. Takot masa bercuti tu duk teringatkan kerja yang belom settle pulak. Kan spoil pulak cuti tu nanti.

Balik sekolah esoknya hubby belom pack barang apa pon. Untuk makan tengahari hubby baru nak masak. Ainn ingatkan nak makan kat luar je. Nampak hubby macam tak nak pergi mana2 je. Bila Ainn tanya pasal plan nak pergi Melaka tu hubby tanya nak stay kat mana? Nak pergi nanti kat mana? Mana arah tujunya? Pulak! Memang la hotel belom book lagi. Berlambak je hotel kat Melaka tu. Nak pergi mana? Melaka tu bukannya besar sangat pon. Pusing2 kat situ je.

Ainn tengok hubby macam nak tak nak je pergi bercuti, Ainn decide pergi esoknya je lah. Hubby pulak lepas makan terus telan ubat dan tidur. Oke senang kerja dia. Ainn pon dah rasa takde mood nak bercuti lagi. 2hari 1malam je nak pergi Melaka? Macam tak best je. Kalau nak pergi Batu Pahat tu boleh la kalau setakat 2hari 1malam je.

Malamnya hubby cakap nak pergi Melaka jugak. Oke, terus book hotel. Kitorang pilih La Boss Hotel. Tak mahal pon, bawah RM100 untuk bilik dengan katil saiz king. Dan plan siap2 nak pergi mana mula2 sampai Melaka esoknya. Nak pergi mana tu bukannya nak pergi mana pon, tempat makan la. Hahaha bila suami isteri kuat makan, taunya makan je la. Yang gemoknya si isteri je, si suami tetap keding macam tu jugak.

Pagi Jumaat tu macam biasa Aisy akan bangun lewat. Asal hari cuti je mesti lewat bangunnya. Tahu2 je tak kena hantar ummi pergi kerja, sedap je dia tidur. 9.30pagi baru Aisy bangun. Bersiap dan breakfast, dalam pukul 11 jugak baru gerak ke Melaka.

Dalam 2jam perjalanan kami sampai kat La Boss Hotel. Ingatkan boleh rehat2 dulu sebelom makan tengahari. Lagipon baru je lepas makan, perut masih kenyang lagi. Masa nak check in bilik kitorang not ready yet. And we need to wait almost 1hour! Rest kat waiting area je la. Aisy pulak asyik nak berdukung je.

Ni masa mula2 sampai. Mood Aisy oke lagi, masih lagi boleh nak selfie.
Dah puas rehat tempat tuju kitorang yang pertama ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Ainn pilih nasi beriani berlaukkan daging kambing, hubby pulak pilih nasi beriani berlaukkan daging lembu. Dua2 dapat rasa. Rupanya kitorang their last customers for that day! Kitorang keluar je terus restoran tu ditutup.  Alhamdulillah rezeki kitorang nak menikmati kesedapan nasi beriani tu. Cuma nak makan murtabak cheese je tak dapat. Inshaa Allah lain kali kalau ada rezeki.

Lepas tu kitorang hala ke Pantai Klebang. Ada orang main layang2, kuda pon ada. Ingatkan boleh nak berjalan2 di pesisiran pantai tu, tapi cuaca tidak mengizinkan. Sampai je hujan rintik2 mula turun. Sempat beli coconut shake je sorang satu. Aisy punya takde ye, ummi dan abi je yang dapat. Hihihihi.

Malam pulak Ainn ajak hubby pekena ikan bakar. Search kat google medan ikan bakar yang terdekat dengan La Boss Hotel ialah Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Masa kitorang sampai orang dah ramai, cuma takde la sampai tahap nak tunggu lama untuk dapatkan meja. Disebabkan hubby tak selera nak makan, masih rasa sakit kat tempat giginya yang baru cabut tu, berjangkit dengan Ainn sekali la terbantut rasa nak makan. Sudahnya kitorang pilih 2menu je. Sotong celup tepong, kerang rebus. Tu je! Nasi lemak pon tak makan. Cuma sementara menunggu makanan sampai tu hubby mintak buah potong.

Selesai 1hari. Esoknya kitorang breakfast kat hotel je. Tengaharinya kitorang pekena Laksa Melaka. Masa nak pergi Restoran Nasi Beriani Haji Tamby semalam ternampak laksa ni, tapi kedai tu tutup. Nak rasa jugak macam mana laksa Melaka. Hubby makan 2,3 mulut je terus taknak.

Lepas makan laksa ingatkan nak pekena murtabak cheese yang tak dapat semalam. Tapi perut masih penuh lagi, terpaksa korbankan niat tu. Dah siap makan kononnya nak jalan2, 3kali pusing takde tempat parking. Hari Sabtu kan cuti, semua nak bawak anak2 berjalan. Sudahnya kitorang balik je terus. Hubby ajak jugak pergi zoo, rasanya tunggu Aisy besar sikit la kot. Tunggu Aisy setahun dulu ke.

Macam tu je pergi Melaka. Rasa macam tak menarik pulak. Hubby dengan sakit giginya, Ainn pulak dengan selesema. Hubby plan nak datang lagi, siap pesan kat Ainn jangan makan ubat nak keluarkan cecair resdung. Nak pekena ikan bakar kaw2 nanti. Nasib baik dekat je Melaka tu. Oke tunggu dan lihat je la bila pulak nak perginya nanti.

Ni je gambar yang ada yang boleh dishare. Nampak sangat jalan2 cari makan kali ni hambar je kan?

Laksa Melaka yang lemak

Lauk nasi beriani yang rasa nam menambah2

No comments:

Post a Comment