Tiba2 je teringat sembang2 dengan Raudhah dan Kak Linda pasal nama anak. So Ainn nak cerita pasal nama anak la kali ni. Hamboi bukan main ye ko mengarang hari ni. Entah entry ke berapa entah untuk hari ni. Biarlah, belog sendiri kot. Suka hati la nak post seberapa banyak entry sekali pon. Kalau dah senyap karang berbulan2 senyap takde post pape cerita.
Selalunya nama anak ni siapa yang bagi? Rasanya mommies la kan yang lebih excited berbanding daddies, walaupon adalah lebih afdhal daddies yang bagi nama. Nak2 pulak bakal mommies. Anak pertama ni. Macam2 nama ada dalam list. Daddies just pilih je nama yang ada dalam list tu.
Ada jugak yang bagi2 turn nak kasi nama anak ni. Let say anak 1st mommy yang kasi nama, anak 2nd pulak daddy pulak la yang kasi namanya. And so on. Rasanya jarang kot yang buat cara ni. Selalunya ramai yang ikut jantina. Kalau anak perempuan mommy yang kasi nama, kalau anak lelaki daddy yang kasi nama. Atau sebaliknyalah. Ainn percaya ramai yang ikut cara ni.
Then nama anak tu macam mana? Selalunya daripada pemerhatian kawan2 Ainn diorang suka gabung pangkal huruf. Contohnya nama Ainn (Nurul Ain) start huruf A (ambik Ain je), nama hubby pulak (Mohd Faridhisyam) start huruf F (ambik Farid je). So nama anak kitorang nanti mesti AF, tak pon FA. Depan tu ada la Nur ke, Muhammad ke, Putri ke, Megat ke, apa2 lah. Ada jugak yang gabung semua jadi NAMF, tak pon MFNA. Macam sepasang suami isteri ni, si isteri namanya Nor Hayati, si suami pulak nama Mat Hussin. Kalau anak perempuan nama anaknya jadi NHMH, kalau anak lelaki nama anaknya jadi MHNH. Kan susah sikit kan nak cari nama H, nama anaknya yang sulong Nur Hidni Mizatul Hakma. Hambik kau nakkan H punya pasal! Ada la tu maksudnya yang baik2. Takkan senang2 je nak kasi nama tu kat anak.
Lagi satu nama anaknya tu mesti panjang. Seolah dah jadi budaya parents berlumba2 nak panjang2kan nama anak. Hahaha Ainn selalu ngusik hubby pasal nama dia. Nama hubby panjang sedepa, nama abah pulak sejengkal je. Tak balance. Nama Ainn ngan nama wan balance je, nama Ainn 8huruf nama wan 9huruf. Okay la tu kan, kira balance la tu.
Masa sembang2 dengan Kak Linda dan Raudhah hari tu kitorang semua sependapat. Tak suka nama anak panjang2. Kesian anak nanti 'penat' nak tulis nama diorang panjang2. Kalau Ainn pulak tak kisah sebenarnya nama anak panjang, asalkan balance dengan kepanjangan nama ayah. Bila Raudhah cakap macam tu Ainn teringat hubby pernah cerita masa sekolah dulu dia suka tulis nama dia 'Mohd Farid' je, 'Hisyam' tu jarang sangat nak ditulis. Hah dia sendiri pon malas nak tulis nama dia sendiri, anak nanti nak panjang macam dia jugak ke?
Nak pilih nama anak cukup 2 'perkataan' je. Macam anak Kak Linda namanya Naura Marissa, sorang lagi Naifa apa entah belakang tu. Depan tu takde pon Nur ke Putri ke apa ke. Kira 2 perkataan je. Hahaha sama jugak macam Ainn. Kalau nak letak Nur depan kena 1 je lagi nama kat belakang. Kalau nak 2 xpayah letak Nur ke apa kat depan tu.
Sama jugak kalau anak lelaki. Sama ada nak letak Muhammad dengan 1 nama je lagi kat belakang atau takde Muhammad. Macam arwah anak Raudhah namanya Muhammad Zulfahmi. Kak Linda pon dah ada nama untuk anak lelaki, Muhammad Xxxx. 1 nama je belakang Muhammad tu.
Ainn bagi pilihan kat hubby sama ada nak nama Muhammad dengan 1 nama kat belakang atau 2 nama. Tapi 1 nama tu dijadikan nama keluarga. Adik2nya nanti nama sama je, bezanya 1 nama depan tu je la. Hubby pilih nama keluarga. Sebenarnya dulu2 Ainn berkenan nama Adam. Kalau boleh nak anak2 Ainn nama Adam Xxxx. Tapi Adam macam dah ramai sangat. Pastu Ainn pilih nama malaikat yang menurunkan rezeki. Inshaa Allah semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Antara Adam dan Mikail hubby pilih Mikail. Senang kalau perepempuan tambah je a kat belakang jadi Mikaila. Kalau Adam tambah a kat belakang jadi Adama macam tak kena je.
Nama keluarga dah ada, nama sendiri je belom ada. Kalau ikutkan nama perempuan Ainn suka nama Aisyah. Entah macam mana 1malam tu Ainn search maksud nama, tiba2 terjumpa nama Aisy. Hurmm singkatan dari nama Aisyah, okay jugak kan. So Ainn aim terus nama Aisy, jadi Aisy Mikail.
Sebab ada sesetengah eja Mikail, ada jugak yang eja Mikael. So gabung je la dua2 ejaan tu. Nak buat ejaan Mikaiel takut nanti ada yang sebut macam Daniel. So tukar e dengan i jadi Mikaeil. Sebutannya tak lari. Cuma ejaan je la nampak macam moden sikit. Konon.
Walaupon Ainn takde ambik pangkal huruf macam kebanyakan pasangan lain, sebenarnya Ainn nak ngelat ngan hubby. Memang la Ainn tak guna huruf A ke huruf N ke, tapi nak guna huruf jawi. Nama Ainn kan salah satu huruf jawi. So Ainn nak buat huruf 'ain untuk nama anak2 Ainn. Masa isi borang nak daftarkan Aisy dulu Ainn letak la tanda *'* kat depan, jadi 'Aisy Mikaeil. Sekali hubby pergi daftar tak boleh la letak tanda *'* kat depan. Kalau letak tengah2, ada Muhammad ke kat depan tu boleh la. Kalau untuk paling depan tak boleh. Huhuhu tak boleh jugak nak ngelat. Sebenarnya ada bagusnya jugak tak boleh nama tu. Bila Ainn double check ejaan Aisy kot jawi tu huruf alif la, bukan huruf 'ain.
Pernah sekali Ainn search maksud nama Aisy, sekali keluar nama Aisy maksudnya lain, nama Aish pulak maksudnya lain. Apa bezanya ya ikut ejaan jawi? Azri pulak cakap nama Aish macam tergantung je, macam tak habis.
Sebenarnya nama Aisy ni menimbulkan sedikit kontroversi. Aisy tu maksudnya 'mewah, melimpah-ruah', Mikaeil pulak nama malaikat yang menurunkan rezeki. Kononnya kami suami isteri gila harta, fikirkan dunia. Sedih sebenarnya. Bukan sedih apa, sedih bila ramai lagi yang percaya rezeki tu dalam bentuk harta, wang ringgit semata. Rezeki tu kan dalam pelbagai bentuk. Rezeki kesihatan, Ainn harapkan diberi kesihatan yang baik. Rezeki ilmu semoga diberikan ilmu yang bermanfaat. Rezeki kebahagiaan semoga hidup ni bahagia, gembira selalu. Bagi Ainn semua kurniaan yang diambil secara positif itu adalah rezeki. Please lah, jangan sempitkan konsep rezeki tu.
Bila kitorang tak guna pon nama Muhammad. Memang la nama Muhammad tu bagus, nama jungjungan besar Nabi kita. Macam Ainn cakap tadi la, Ainn taknak nama anak panjang2 sebab nak balance dengan nama ummi dan abi dia. Ainn tak guna nama Muhammad pada nama anak2 Ainn tak bermaksud Ainn memandang rendah dengan nama tu. Ainn tak pernah hina pon nama Muhammad tu. Tak pernah pon rasa kolot je bila ada nama Muhammad. Lagi pon bukannya rukun untuk orang Islam menamakan anaknya dengan nama Muhammad. Dan bukannya Ainn nak namakan anak Ainn dengan nama yang bukan2. Ainn tetap rujuk jugak maksudnya. Tetap jugak menggunakan nama yang baik2. Tetap jugak dengan panggilan yang baik2. Kalau bercakap dengan kawan2 dan family je Ainn biasakan namanya Aisy. Kalau bercakap dengan Aisy sendiri Ainn sebut nama penuhnya, Aisy Mikaeil. Tak pernah pon nak singkatkan namanya jadi nama yang tak ada maksud. Ainn yakin, Ainn percaya apa yang dipanggil tu lah doa.
Bila mula2 lahir orang tanya nama baby, Ainn jawab je nama Aisy. Ada yang tanya, 'Aisy aje ke?' atau 'Nama penuh?' Hubby pernah jawab, 'tengok je surat beranak nanti.' Bukannya kitorang taknak share nama anak kitorang. Tak salah kan kalau kita ambik sunat umumkan nama pada hari ke7. Awal2 tu bagitahu je nama panggilan je dulu. At least orang datang nak mengagah ke apa ada nama yang nak disebut.
Cerita pasal tunggu hari ke7 ni ada jugak yang belom ready nama baby. Bila baby dah lahir tak tahu nak panggil apa. Sudahnya orang lain pulak yang kasi nama. Taknak lah jadi macam tu. Haisy nak kena cari siap2 nih nama anak lelaki. Kalau lepas ni dapat perempuan takpelah, guna je nama yang dipilih hari tu. Dibuatnya dapat lelaki lagi, belom ada nama lagi nih. Huh cakap macam dah pregnant je. Hohoho.
No comments:
Post a Comment