Ihsan Google. Jangan lupa tonton! |
Sementara iklan kita menyelit kat sini. Hahaha. Huh gelak pon boleh kat sini je. Nak gelak kuat2 Aisy tengah sedap tidur tu, karang berjaga si hensem tu tak tahu bila pulak nak tidur. Untuk permulaan cerita pasal Maharaja Lawak Mega 2017 ni kita cerita pasal juri je la dulu. Baru 3 kumpulan kot yang buat persembahan *setakat Ainn duk menaip frasa ni*. 2, 3 hari sebelom ni Ainn dan hubby duk tertanya2 siapa juri MLM tahun ni. Duk main teka-teki pulak kami ber2. Nak jadi ahli nujum ke apa.
Juri pertama selalunya serius orangnya. Macam Chef Wan, Datuk Jalal, Datuk Yusof Haslam, Ziana Zain, Awie. Untuk tahun ni Ainn guest mungkin Prof. Madya A. Razak Mohaiden ke. Sape lagi ye yang serius kat Malaysia ni? Tak terpikir pulak yang ni. Yang sebetulnya juri pertama Datuk Rosyam Nor! Langsung tak terpikirkan dia. Mungkin sebab dah lama tak tengok lakonan Datuk Rosyam kot.
Juri kedua diimport dari Singapore. Najip Ali banyak kali jugak jadi juri MLM. Pernah jugak Sheikh Haikel. Siapa ye yang sekali dengan Fazura tu, yang nyanyi lagu Awak Kat Mana? Tak kenal sangat artis2 Singapore, susah nak teka. Aaron Aziz boleh tak? Aaron asal je dari Singapore, tapi dah macam artis Malaysia je statusnya. Yang sebetulnya Najip Ali la yang dah banyak kali tu. Susah agaknya nak dapatkan artis Singapore ni.
Juri ketiga pulak diterbangkan dari Indonesia. Kalau juri dari Indonesia paling hubby suka Bunga la. Sebab gelak dia tu. Bila Bunga nak komen peserta, cakap sikit aje dia gelak. Sambung cakap sikit lagi, gelak lagi. Ainn pulak paling suka Wulan. Comel sangat Wulan, kiut aje. Tahun ni turn siapa pulak ye? Rossa mungkin? Bila tadi AC umumkan juri ni dah pernah jadi juri MLM sebelom ni hubby sengeh je. Betul2 mengharapkan Bunga. Sekali AC umum Luna Maya daa. Hahaha.
Juri terakhir ni yang banyak Ainn teka. Juri keempat ni selalunya yang cantik2 la. Erra Fazira ke. Fasha Sanda pon boleh jadi. Tapi Fasha dah pernah jadi juri masa Skool of Lawak. Syamsul Yusof pon boleh jadi kalau juri pertama tu perempuan kan? Sari Yanti ke. Tak pon Anzalna. Hihihi rupanya 'kawan baik' Anzalna, Neelofa!
Yang peliknya duta Oppo kan Nora Danish? Selalunya salah seorang juri tu mesti duta penaja. Macam tahun lepas Ziana Zain duta AgeTech. Oo rupanya yang ni model lain pulak. R9s Fattah Amin la yang jadi dutanya. Fattah Amin tak jadi juri so ganti je dengan awek dia. Hahaha boleh ek gitu?
Lepas keempat2 juri dah diperkenalkan hubby nampaknya 'berkenan' nak isukan juri ke3. Sebabnya dia tak suka sikap 'gelenya' Luna Maya. Dan jugak pemakaian Luna yang agak seksi. Diikutkan Farah Quinn dan Bunga jugak agak seksi pemakaiannya. Tapi corak pemakaian mereka masih boleh diterima semasa menjadi juri MLM. Mungkin jugak musim itu Luna berganding dengan Nora Danish yang sama2 berpakaian tak cukup kain. Jadi mereka berebut2 menunjukkan ketidakcukupan kain mereka dijadikan pakaian. Tahun ni Luna nak berlumba2 dengan siapa agaknya ya? Neelofa kan bertudung. Atau mungkin pemakaiannya lebih sopan kali ni. Tengok la malam ni pakaiannya boleh dikira sopan dengan dress labuh tu.
Persoalan lain:
Juri mana yang paling banyak bagi bintang, dan juri mana yang paling kedekut bintang?
No comments:
Post a Comment