Nuffnang Ads

Tuesday, March 28, 2017

Bila Cikgu Jadi Ancaman, Kelas Bukan Lagi Tempat Selamat

Bila cakap nak bersihkan kelas macam takde apa yang pelik pon. Macam biasalah, sapu lantai, mop lantai, lap tingkap, lap meja, susun atur dalam kelas, hias kelas. Tapi kali ni kita bersihkan kelas ni sebersih2nya. Bukan bersih yang biasa2 tu. Hmm macam mana tu?

Sejak akhir2 ni kelas kitorang bukan lagi tempat selamat. Selamat yang macam mana? Sebelom ni harta benda kitorang boleh je nak letak merata2. Tak perlu nak risaukan apa. Pergi dewan, pergi kantin, handbag tinggal macam tu je. Masuk kelas pon tak bawak handbag. Takde apa pon yang dibawa, mungkin beg duit dan handphone je la yang bernilai.

Bermula dengan handphone Raudhah hilang. Hari tu sibuk dengan roti. Buat roti dari pagi, tengahari baru Raudhah perasan handphonenya hilang. Lupa pulak tu letaknya kat mana. Seingatnya handphone tu letak kat meja makan kat dapur. Macam mana pulak tiba2 boleh hilang? Takkan anak2 ni dah pandai mencuri kot?

Kak Linda cakap dia macam perasan ada handphone Raudhah kat meja dia. Kalau betol kat meja macam tak mustahil je kalau murid aliran perdana dah ambik. Senang je nak masukkan tangan kat celah2 gril tu. Tingkap memang bukak sebab kipas dan aircond kena off. Memang ada sekelompok murid lelaki suka lepak kat belakang kelas kitorang. Selalunya diorang sembang2 je.

Puas try miss call phone number dia. Perempuan yang jawab. Siap cakap omputeh lagi. Hihihi voice mail la tu. Ima try hantar chat kat WhatsApp, senang nanti nak detect kalau tiba2 handphone tu dah on balik. Sebab miss call tadi pon masuk voice mail, chat tu pon dapat 1tick je la.

Walaupon dah suspect sekumpulan murid yang lepak kat belakang kelas yang ambik, sebelom balik tu buat jugak spot check kat murid2 PK ni. Bukan apa, walaupon diorang ni OKU akalnya panjang jugak. Macam biasalah kalau jadi macam ni fokus lebih kepada murid barulah, sebabnya sebelom2 ni tak pernah jadi pon. Tak boleh kira macam jugak. Murid lama pon boleh jadi. Manalah tahun dia rasa sebelom2 ni macam oke je, macam takde pape je, berani je la dia nak buat kerja tu.

Dekat pukul 2 chat yang Ima hantar tadi dah jadi double thicks. Means? Paham2 la ye. Cepat2 Ima calls, hihihi sekali dia reject la. Call lagi sekali dah masuk voicemail dah. Cepat je dia off balik ye handphone tu.

Memanglah setakat handphone je boleh beli yang baru. Cakap senang la, anggap je bukan rezeki. Handphone tu dah la baru beli, banyak pulak tu gambar dan video arwah Fahmi dalam tu. Itu yang buat Raudhah terkilan sangat2 dengan kehilangan tu.

Tak cukup dengan tu lebih kurang seminggu lepas tu duit Raudhah pulak hilang. Raudhah keluarkan duit tu nak mintak Ima belikan wheelchair untuk ayah dia. Tup2 duit tu kurang rm200. Yang peliknya rm200 je yang hilang. Dan duit tu Raudhah kumpulkan dengan nilai wheelchair yang nak dibeli, dan duit tu berlipat. Yang perasannya bila nak bagi duit kat Ima la, baru perasan duitnya tak cukup.

Sebelom tu Kak Linda perasan beg duitnya terkeluar sedikit dari handbagnya. Dan beg duit tu terbukak. Mulanya dia just think positive, lalai sikit kot sebab mengandung. Bila hari tu jugak Raudhah hilang duit rasanya ada kaitan tak beg duit Kak Linda terbukak dengan kehilangan duit Raudhah?

Kak Linda perasan beg duitnya tu terbukak balik daripada bawak murid2 check gigi. Pergi Bilik Kesihatan tu semua murid, cikgu dan PPM pegi, kecuali sorang je. Bila dah jadi macam ni agaknya siapa yang jadi suspect utamanya?

Walaupon hari tu Ainn tak pergi sekolah sebab Aisy demam, bila dah masuk bab hilang duit ni Ainn rasa dah boleh agak siapa. Semestinya orang tu ada masalah kewangan yang sangat kritikal. Tak sangka pulak andaian Ainn tu sebenarnya terkena betul2 kepada dia yang tak ikut pergi Bilik Kesihatan tu.

Esoknya Kak Ain bawak air. Tak tahulah air apa. Katanya air bacaan. Nak takot2kan aje. Tak nak terus tuju kepada dia yang disuspect tu semua kena minum air tu. Tak kira cikgu ke, PPM ke, murid ke, semua! Dan2 lepas tu suspect tu bisik kat Kak Ain, 'Ni air ustaz betol ke ustaz tipu?' Aii takut ke?

Kebetulan Raudhah ada rapat dengan sorang murid aliran perdana yang neneknya boleh tilik. Bukan tilik masa depab, jenis yang boleh nampak. Sayangnya nenek tu tak nampak sangat siapa yang ambik duit tu, tapi yang dia nampak orang tu di kalangan cikgu bukannya murid. Dan orang tu memang tengah ada masalah soal kewangan dan perlu dibantu. Jeng! Jeng! Jeng! Tembakan macam kena je. Dan nenek tu siap cakap, bukan duit yang nak beli wheelchair tu je yang dia ambik, ada lagi duit lain.

Duit apa lagi? Kak Ain teringat duit KEBIRU. Yelah Raudhah kan bendahari KEBIRU untuk sesi pagi. Kira punya kira, ya tak cukup jugak duit tu. Nak tak nak dah jadi tanggungjawab Raudhah la nak kena ganti balik duit tu. Bila dah jadi macam ni pengetua suruh tumpang duit tu kat peti besi sekolah.

Memang kami semua dah maklum yang suspect ni ada masalah kewangan. Yang kami tak boleh terima tu caranya tu yang tak betol. Apa salahnya kalau jumpa personal, cerita perkara sebenar. Cakap je nak pinjam duit. Kalau tak dapat banyak, sikit kitorang pakat2 tolong. Daripada duk buat kerja haram macam ni. Nak buat apa dengan duit tu? Nak beli makanan untuk anak2? Kesian anak2 makan dari sumber yang tak betul. Jadi darah daging pulak tu.

Nangis2 Raudhah duit nak beli wheelchair ayah dia hilang. Bila duit KEBIRU hilang dia redha je, dah tertulis nasib dia macam tu. Salute dengan Raudhah. Macam mana dia redha dengan pemergian Fahmi tahun lepas, setakat ujian kecik ni je apalah sangat bagi dia.

Yang tak boleh terima sangat2 bukannya kata nak jumpa Raudhah personal, nak mintak maaf ke apa. Lepas je kes hilang duit tu sampai sekarang langsung tak bertegur dengan Raudhah. Paling ketara waktu rehat. Kalau Raudhah tak makan dia duduk je kat tempat dia. Suspect tu makan kat kantin. Kalau Raudhah makan kat dapur dia akan makan kat meja dia je. Tak pon tunggu Raudhah siap makan dulu. Apa2 arahan tugasan yang nak bagi kat Raudhah dia mintak orang lain tolong sampaikan. Nampak sangat nak mengelak jumpa Raudhah. Bukan Ainn sorang je yang perasan, yang lain2 pun perasan jugak.

Bila cerita kat hubby dia persoalkan, 'betul ke suspect tu yag ambik duit tu? Kalau bukan dia macam mana? Jangan nak tuduh orang sebarangan.' Bukannya nak tuduh yang, suspect je. At least sy berjaga2 lepas ni. Bukan dengan dia je, dengan semua orang kat kelas ni. Yelah kelas ni bukannya selamat macam dulu sekarang ni.

No comments:

Post a Comment