Kenapa ye kulit kepala baby berkerak? Kepala Aisy pon berkerak jugak kat bahagian atas. Su kata sebab lepas mandi tak dilap dengan betul. Kiranya tak betul2 kering masa lap kepalanya tu. Air tu lama kelamaan jadi 'daki'. Daki yang berkumpul tu lama2 ia akan jadi berkerak macam tu. Kalau Ainn yang siapkan Aisy lepas mandi memang Ainn lap betul2. Kalau orang lain yang siapkan Aisy tu taka tahulah. Mungkin ada betulnya jugak kot tu faktornya.
Angah ajar cuci je guna syampu. Tapi air tu kena kaup ke belakang la. Nanti karang masuk mata melalak pulak Aisy. Masalahnya Aisy ni tak boleh nak mandi lama2. Air tu kalau dah sejuk sikit je dah mula nangis. Sempat sabun badan aje. Ummi abi Aisy pulak tak cekap sangat nak mandikan Aisy, terkial2 aje. Nak sapu syampu tu kat kepala maunya sejuk dulu air tu.
Dah dekat 2bulan Aisy belom lagi dibotakkan. Ingatkan lepas botak baru nak cuci kerak tu. Macam senang sikit kot. Tapi ayoh su pulak kata takut nanti Aisy sakit. Ye la kerak tu kira tebal la jugak. Bila kena bilah mesin rambut tu nanti mesti la sakit. Tapi Ainn perasaan kalau Ainn lap kepala Aisy dengan towel ada sikit2 kerak tu tertanggal. Takde pulak Aisy nangis. Tak sakit la tu kot. Dengan alasan tu kira on aje botakkan dulu kepala Aisy kemudian baru dicuci keraknya tu.
Ini kepala Aisy yang selepas dibotakkan. Sebelom botak lupa pulak nak ambik gambarnya. Nampak tak setompok kat atas tu tak boleh nak botak? Sebabnya rambut2 tu melekat kat kerak2 tu la. Itu yang tak dapat 'dimakan' dek mata bilah mesin rambut. Oh, kitorang tak guna mesin rambut. Hubby just guna mesin jambang je. Bila dah botak macam ni baru nampak dengan jelas kerak2 tu. Senang la nak bersihkan nanti.
Cara Ainn bersihkan kerak2 ni senang je. Nak guna syampu macam tak boleh je. So Ainn just gunakan minyak TYT dan putik kapas. Sapukan aje minyak TYT kat tempat kerak tu biar ia mengembang. Kemudian ambik putih kapas gosok2 kat kerak tu. Sekali gosok je dah tanggal. tak perlu gosok kuat2, lembut aje geraknya.
Geli pulak tengok kerak2 yang dah tertanggal ni. Ni baru sikit tau. Yang dekat helaian tisu yang lagi satu lagi banyak keraknya tu. Lagi geli nak tengok huhuhu.
Hasilnya! Lihatlah dunia, my hero dah bersih dah kepalanya. Dalam masa 10minit je dah siap nak bersihkan kerak2 tu. Mommies yang nak try cara ni, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment