Nuffnang Ads

Friday, February 17, 2017

Cara Check Kembung Perut Bayi

Sementara tunggu pukul 10 nak tengok Maharaja Lawak Mega 2017 kejap lagi rasanya sempat kot Ainn update 1 lagi entry. Yang simple2 je.

Kali ni Ainn nak share macam mana nak check perut baby, nak tahu sama ada kembung ke tak. Nak2 pulak bila baby nangis. Kadang2 baby nangis sebab perut kembung. Perut kembung ni bahasa mudah bagi perut masuk angin atau perut berangin.

Macam mana nak tahu perut baby tu kembung ke tak? Ada yang cakap tepuk2 la sikit perut tu. Maa pulak tak kasi buat macam tu. Dia ajar buat cara lain sikit. Senang aje caranya, tak perlukan apa2 bahan pon. Just gunakan jari telunjuk dan jari hantu kedua2 tangan.

Caranya dengan menggenggam jari kedua2 tangan, tetapi jari telunjuk dan jari hantu tak digenggam. Dua2 jari ni dirapatkan dan diluruskan. Jadi macam huruf U ikut bahasa isyarat. Letakkan jari kiri kat perut baby. Kemudian jari kanan pulak mengetuk jari2 yang kat atas perut baby tadi. Boleh dengar macam perut tu terik sangat kalau perut baby kembung.

Kalau perut kembung cepat2 panaskan tunku, tekap kat perut baby dan tapak kaki. Inshaa Allah sekejap je baby akan berhenti menangis.


Nama Anak

Tiba2 je teringat sembang2 dengan Raudhah dan Kak Linda pasal nama anak. So Ainn nak cerita pasal nama anak la kali ni. Hamboi bukan main ye ko mengarang hari ni. Entah entry ke berapa entah untuk hari ni. Biarlah, belog sendiri kot. Suka hati la nak post seberapa banyak entry sekali pon. Kalau dah senyap karang berbulan2 senyap takde post pape cerita.

Selalunya nama anak ni siapa yang bagi? Rasanya mommies la kan yang lebih excited berbanding daddies, walaupon adalah lebih afdhal daddies yang bagi nama. Nak2 pulak bakal mommies. Anak pertama ni. Macam2 nama ada dalam list. Daddies just pilih je nama yang ada dalam list tu.

Ada jugak yang bagi2 turn nak kasi nama anak ni. Let say anak 1st mommy yang kasi nama, anak 2nd pulak daddy pulak la yang kasi namanya. And so on. Rasanya jarang kot yang buat cara ni. Selalunya ramai yang ikut jantina. Kalau anak perempuan mommy yang kasi nama, kalau anak lelaki daddy yang kasi nama. Atau sebaliknyalah. Ainn percaya ramai yang ikut cara ni.

Then nama anak tu macam mana? Selalunya daripada pemerhatian kawan2 Ainn diorang suka gabung pangkal huruf. Contohnya nama Ainn (Nurul Ain) start huruf A (ambik Ain je), nama hubby pulak (Mohd Faridhisyam) start huruf F (ambik Farid je). So nama anak kitorang nanti mesti AF, tak pon FA. Depan tu ada la Nur ke, Muhammad ke, Putri ke, Megat ke, apa2 lah. Ada jugak yang gabung semua jadi NAMF, tak pon MFNA. Macam sepasang suami isteri ni, si isteri namanya Nor Hayati, si suami pulak nama Mat Hussin. Kalau anak perempuan nama anaknya jadi NHMH, kalau anak lelaki nama anaknya jadi MHNH. Kan susah sikit kan nak cari nama H, nama anaknya yang sulong Nur Hidni Mizatul Hakma. Hambik kau nakkan H punya pasal! Ada la tu maksudnya yang baik2. Takkan senang2 je nak kasi nama tu kat anak.

Lagi satu nama anaknya tu mesti panjang. Seolah dah jadi budaya parents berlumba2 nak panjang2kan nama anak. Hahaha Ainn selalu ngusik hubby pasal nama dia. Nama hubby panjang sedepa, nama abah pulak sejengkal je. Tak balance. Nama Ainn ngan nama wan balance je, nama Ainn 8huruf nama wan 9huruf. Okay la tu kan, kira balance la tu.

Masa sembang2 dengan Kak Linda dan Raudhah hari tu kitorang semua sependapat. Tak suka nama anak panjang2. Kesian anak nanti 'penat' nak tulis nama diorang panjang2. Kalau Ainn pulak tak kisah sebenarnya nama anak panjang, asalkan balance dengan kepanjangan nama ayah. Bila Raudhah cakap macam tu Ainn teringat hubby pernah cerita masa sekolah dulu dia suka tulis nama dia 'Mohd Farid' je, 'Hisyam' tu jarang sangat nak ditulis. Hah dia sendiri pon malas nak tulis nama dia sendiri, anak nanti nak panjang macam dia jugak ke?

Nak pilih nama anak cukup 2 'perkataan' je. Macam anak Kak Linda namanya Naura Marissa, sorang lagi Naifa apa entah belakang tu. Depan tu takde pon Nur ke Putri ke apa ke. Kira 2 perkataan je. Hahaha sama jugak macam Ainn. Kalau nak letak Nur depan kena 1 je lagi nama kat belakang. Kalau nak 2 xpayah letak Nur ke apa kat depan tu.

Sama jugak kalau anak lelaki. Sama ada nak letak Muhammad dengan 1 nama je lagi kat belakang atau takde Muhammad. Macam arwah anak Raudhah namanya Muhammad Zulfahmi. Kak Linda pon dah ada nama untuk anak lelaki, Muhammad Xxxx. 1 nama je belakang Muhammad tu.

Ainn bagi pilihan kat hubby sama ada nak nama Muhammad dengan 1 nama kat belakang atau 2 nama. Tapi 1 nama tu dijadikan nama keluarga. Adik2nya nanti nama sama je, bezanya 1 nama depan tu je la. Hubby pilih nama keluarga. Sebenarnya dulu2 Ainn berkenan nama Adam. Kalau boleh nak anak2 Ainn nama Adam Xxxx. Tapi Adam macam dah ramai sangat. Pastu Ainn pilih nama malaikat yang menurunkan rezeki. Inshaa Allah semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Antara Adam dan Mikail hubby pilih Mikail. Senang kalau perepempuan tambah je a kat belakang jadi Mikaila. Kalau Adam tambah a kat belakang jadi Adama macam tak kena je.

Nama keluarga dah ada, nama sendiri je belom ada. Kalau ikutkan nama perempuan Ainn suka nama Aisyah. Entah macam mana 1malam tu Ainn search maksud nama, tiba2 terjumpa nama Aisy. Hurmm singkatan dari nama Aisyah, okay jugak kan. So Ainn aim terus nama Aisy, jadi Aisy Mikail.

Sebab ada sesetengah eja Mikail, ada jugak yang eja Mikael. So gabung je la dua2 ejaan tu. Nak buat ejaan Mikaiel takut nanti ada yang sebut macam Daniel. So tukar e dengan i jadi Mikaeil. Sebutannya tak lari. Cuma ejaan je la nampak macam moden sikit. Konon.

Walaupon Ainn takde ambik pangkal huruf macam kebanyakan pasangan lain, sebenarnya Ainn nak ngelat ngan hubby. Memang la Ainn tak guna huruf A ke huruf N ke, tapi nak guna huruf jawi. Nama Ainn kan salah satu huruf jawi. So Ainn nak buat huruf 'ain untuk nama anak2 Ainn. Masa isi borang nak daftarkan Aisy dulu Ainn letak la tanda *'* kat depan, jadi 'Aisy Mikaeil. Sekali hubby pergi daftar tak boleh la letak tanda *'* kat depan. Kalau letak tengah2, ada Muhammad ke kat depan tu boleh la. Kalau untuk paling depan tak boleh. Huhuhu tak boleh jugak nak ngelat. Sebenarnya ada bagusnya jugak tak boleh nama tu. Bila Ainn double check ejaan Aisy kot jawi tu huruf alif la, bukan huruf 'ain.

Pernah sekali Ainn search maksud nama Aisy, sekali keluar nama Aisy maksudnya lain, nama Aish pulak maksudnya lain. Apa bezanya ya ikut ejaan jawi? Azri pulak cakap nama Aish macam tergantung je, macam tak habis.

Sebenarnya nama Aisy ni menimbulkan sedikit kontroversi. Aisy tu maksudnya 'mewah, melimpah-ruah', Mikaeil pulak nama malaikat yang menurunkan rezeki. Kononnya kami suami isteri gila harta, fikirkan dunia. Sedih sebenarnya. Bukan sedih apa, sedih bila ramai lagi yang percaya rezeki tu dalam bentuk harta, wang ringgit semata. Rezeki tu kan dalam pelbagai bentuk. Rezeki kesihatan, Ainn harapkan diberi kesihatan yang baik. Rezeki ilmu semoga diberikan ilmu yang bermanfaat. Rezeki kebahagiaan semoga hidup ni bahagia, gembira selalu. Bagi Ainn semua kurniaan yang diambil secara positif itu adalah rezeki. Please lah, jangan sempitkan konsep rezeki tu.

Bila kitorang tak guna pon nama Muhammad. Memang la nama Muhammad tu bagus, nama jungjungan besar Nabi kita. Macam Ainn cakap tadi la, Ainn taknak nama anak panjang2 sebab nak balance dengan nama ummi dan abi dia. Ainn tak guna nama Muhammad pada nama anak2 Ainn tak bermaksud Ainn memandang rendah dengan nama tu. Ainn tak pernah hina pon nama Muhammad tu. Tak pernah pon rasa kolot je bila ada nama Muhammad. Lagi pon bukannya rukun untuk orang Islam menamakan anaknya dengan nama Muhammad. Dan bukannya Ainn nak namakan anak Ainn dengan nama yang bukan2. Ainn tetap rujuk jugak maksudnya. Tetap jugak menggunakan nama yang baik2. Tetap jugak dengan panggilan yang baik2. Kalau bercakap dengan kawan2 dan family je Ainn biasakan namanya Aisy. Kalau bercakap dengan Aisy sendiri Ainn sebut nama penuhnya, Aisy Mikaeil. Tak pernah pon nak singkatkan namanya jadi nama yang tak ada maksud. Ainn yakin, Ainn percaya apa yang dipanggil tu lah doa.

Bila mula2 lahir orang tanya nama baby, Ainn jawab je nama Aisy. Ada yang tanya, 'Aisy aje ke?' atau 'Nama penuh?' Hubby pernah jawab, 'tengok je surat beranak nanti.' Bukannya kitorang taknak share nama anak kitorang. Tak salah kan kalau kita ambik sunat umumkan nama pada hari ke7. Awal2 tu bagitahu je nama panggilan je dulu. At least orang datang nak mengagah ke apa ada nama yang nak disebut.

Cerita pasal tunggu hari ke7 ni ada jugak yang belom ready nama baby. Bila baby dah lahir tak tahu nak panggil apa. Sudahnya orang lain pulak yang kasi nama. Taknak lah jadi macam tu. Haisy nak kena cari siap2 nih nama anak lelaki. Kalau lepas ni dapat perempuan takpelah, guna je nama yang dipilih hari tu. Dibuatnya dapat lelaki lagi, belom ada nama lagi nih. Huh cakap macam dah pregnant je. Hohoho.

Picit Tetek Bayi

Agak kasar bunyinya tajuk entry kali ni. Tapi inilah amaran yang Ainn dapat. Mula2 dengar macam pelik . Tak pernah pulak Ainn dengar pasal kena picit tetek baby ni. Yang bagitahu Ainn tu orang yang dalam bidang perubatan. Semua anak2 buahnya dibuat macam tu. Means termasuk Aisy jugak ke kena buat macam tu?

Mula2 tu Ainn buat tak endah je. Maa sendiri cakap dia takut nak picit, orang lain yang tolong picitkan. Bila dah lama2 orang asyik tanya je Ainn try jugak buat. Mula2 tu takut jugak nak picit, takot Aisy sakit. Picit pon pelan2 je. Bila dah picit rupanya senang aje. Just picit guna 2jari kat puting tu sehingga keluar air, macam air susu yang cair. Ada jugak yang cakap macam getah betik. Sikit je. Tak payah buat berterusan. Hari ni buat sikit, esok sambung pulak buat sikit. Sampai rasa ketulan kat tetek tu takde.

Kenapa nak kena picit tetek baby pulak? Ini sebagai langkah pertama untuk mengelakkan dia terkena breast cancer. Jangan ingat perempuan aje ye yang kena breast cancer, lelaki pon tak terkecuali! Kena buat awal2 masa masih baby lagi, sebelom ketulan tu keras. Walaupon was2 sebab tak pernah dengar tips ni sebelom ni Ainn tetap buat jugak. Tak salah rasanya kalau setakat nak ikhtiar.

Perlukah Telinga Bayi Dibersihkan?

Petang ni kita cerita pasal kebersihan baby kita je. Mula2 tadi Ainn dah share macam mana nak bersihkan lidah. Lepas tu Ainn share pulak cara Ainn bersihkan kerak kat kepala Aisy. Kali ni nak cerita pasal telinga pulak. Tapi kali ni bukan nak share macam mana Ainn bersihkan telinga Aisy ye, bukan.

Kali ni Ainn nak bagi pendapat Ainn je. Soal kebersihan telinga baby. Ainn dan hubby selalu jugak bersihkan telinga Aisy. Sekali tu masa duk rumah tok ayoh macam biasa Ainn dan hubby bersihkan telinga Aisy. Lepas tu ada seseorang menegur, 'Telinga baby tak payah cuci. Tahi dia keluar sendiri nanti.'

Sentap jugak sebenarnya bila ada yang mempertikaikan apa yang kita dah buat dekat anak kita. Telinga anak kita kot, takkan nak biarkan macam tu aje? Memang la tahi telinga tu keluar sendiri. Tapi duk melepek aje kat situ kalau tak dibersihkan nampak kuning2 kat telinga tu cantik ke? Elok ke macam tu? Macam anak takde mak aje, macam takde orang nak ambik tahu soal kebersihan dia je. Kitorang bukannya korek dalam lubang telinga tu. Just bersihkan kuning2 tu je. Dan bersihkan jugak kat celah2 telinga dan belakang cuping telinga. Kalau dibiarkan lama2 bukan ke makin kotor?

Cara Membersihkan Kerak di Kepala Bayi

Kenapa ye kulit kepala baby berkerak? Kepala Aisy pon berkerak jugak kat bahagian atas. Su kata sebab lepas mandi tak dilap dengan betul. Kiranya tak betul2 kering masa lap kepalanya tu. Air tu lama kelamaan jadi 'daki'. Daki yang berkumpul tu lama2 ia akan jadi berkerak macam tu. Kalau Ainn yang siapkan Aisy lepas mandi memang Ainn lap betul2. Kalau orang lain yang siapkan Aisy tu taka tahulah. Mungkin ada betulnya jugak kot tu faktornya.

Angah ajar cuci je guna syampu. Tapi air tu kena kaup ke belakang la. Nanti karang masuk mata melalak pulak Aisy. Masalahnya Aisy ni tak boleh nak mandi lama2. Air tu kalau dah sejuk sikit je dah mula nangis. Sempat sabun badan aje. Ummi abi Aisy pulak tak cekap sangat nak mandikan Aisy, terkial2 aje. Nak sapu syampu tu kat kepala maunya sejuk dulu air tu.

Dah dekat 2bulan Aisy belom lagi dibotakkan. Ingatkan lepas botak baru nak cuci kerak tu. Macam senang sikit kot. Tapi ayoh su pulak kata takut nanti Aisy sakit. Ye la kerak tu kira tebal la jugak. Bila kena bilah mesin rambut tu nanti mesti la sakit. Tapi Ainn perasaan kalau Ainn lap kepala Aisy dengan towel ada sikit2 kerak tu tertanggal. Takde pulak Aisy nangis. Tak sakit la tu kot. Dengan alasan tu kira on aje botakkan dulu kepala Aisy kemudian baru dicuci keraknya tu.

Ini kepala Aisy yang selepas dibotakkan. Sebelom botak lupa pulak nak ambik gambarnya. Nampak tak setompok kat atas tu tak boleh nak botak? Sebabnya rambut2 tu melekat kat kerak2 tu la. Itu yang tak dapat 'dimakan' dek mata bilah mesin rambut. Oh, kitorang tak guna mesin rambut. Hubby just guna mesin jambang je. Bila dah botak macam ni baru nampak dengan jelas kerak2 tu. Senang la nak bersihkan nanti.

Cara Ainn bersihkan kerak2 ni senang je. Nak guna syampu macam tak boleh je. So Ainn just gunakan minyak TYT dan putik kapas. Sapukan aje minyak TYT kat tempat kerak tu biar ia mengembang. Kemudian ambik putih kapas gosok2 kat kerak tu. Sekali gosok je dah tanggal. tak perlu gosok kuat2, lembut aje geraknya.

Geli pulak tengok kerak2 yang dah tertanggal ni. Ni baru sikit tau. Yang dekat helaian tisu yang lagi satu lagi banyak keraknya tu. Lagi geli nak tengok huhuhu.

Hasilnya! Lihatlah dunia, my hero dah bersih dah kepalanya. Dalam masa 10minit je dah siap nak bersihkan kerak2 tu. Mommies yang nak try cara ni, selamat mencuba.

Cara Membersihkan Lidah Bayi

Perasan tak kat lidah baby macam ada lapisan tebal warna putih. Ainn tak pasti semua baby jadi macam tu ke atau segelintir je. Masa nurse pergi rumah masa hari ke20 nurse suruh bersihkan lidah tu. Tapi Ainn tak tahu nak bersihkan macam mana. Nurse ada terangkan caranya, Ainn pulak bercampur dengan tak berani jugak sebenarnya.

Bila dah sebulan, bawak Aisy pergi klinik. Pon sama, nurse tegur pasal lidah. Kalau tak dicuci lidah tu takot jadi serawan susu pulak nanti. Apa pulak serawan susu tu? Ainn tak tahu, tapi dapat agak la ianya benda yang tidak bagus untuk baby. Kali ni nurse ajar sambil buat demo. Terus cuci lidah Aisy. Lepas2 ni kena cuci sendiri la.

Mula2 kena pastikan waktu nak cuci lidah tu baby bukan baru lepas menyusu. Agak2 lebih setengah jam selepas menyusu baru boleh nak buat misi ni. Lagi lama lagi bagus. Kalau macam Aisy yang kerap menyusu selepas setengah jam kira okay je. Tunggu lagi karang takut dia dah nak menyusu pulak. Habis tu bila nak cuci?

Alatan yang diperlukan cukup dengan sekeping kain kasa. Ye kot kain kasa namanya. Alah kain jarang2 yang balut luka tu. Kalau takde kain tu boleh je guna kain lampin. Kalau guna kain lampin kena basahkan sikit kain lampin tu.

Kain yang digunakan tu balut jari telunjuk. Kalau guna kain lampin pastikan part yang basah tadi la yang balut jari telunjuk ni. Lepas tu gosok2 lidah baby dengan jari telunjuk yang berbalut tadi. Nanti boleh tengok ada 'kerak' putih pada kain tu. Itulah lapisan putih pada lidah baby. Ainn takde pulak ambik gambar nak tunjuk macam mana. Boleh bayangkan sendiri kan macam mana.

Mula2 nurse buat Aisy menjerit bukan main kuat. Tu buat Ainn makin takot nak cuci lidah Aisy. Tapi bila pikir balik takot jadi serawan susu yang Ainn tak tahu macam mana tu Ainn kuatkan diri. Alhamdulillah Aisy tak nangis. Alah sekali je kot Ainn cuci. Sekarang Ainn tengok macam takde je lapisan putih tu kat lidah Aisy. Lepas ni kalaau jadi lagi at least Ainn dah tahu macam mana nak buat.

Kronologi Bersalin

Tak habis lagi rupanya ye cerita pasal Ainn bersalin. Ni baru anak sorang macam2 ceritanya nak update. Anak ke2 ke3 nanti tak tahulah macam mana. Hihihi. Kali ni Ainn cerita direct pasal bersalin je. Kronologinya macam mana. Just nak share pengalaman, yang rasanya berbeza setiap orang.

17 September 2016:
Ainn perasan ada macam cecair keluar, tetapi sikit saja. Macam terkucil, tapi pekat sikit cecair tu. Macam keputihan pon ye jugak, tapi kalau cecair keputihan agak pekat. Kiranya kepekatan cecair tu tengah2 la antara cecair keputihan dan urine. Dan takde warna, macam air kosong tu je. Ainn suruh hubby tanya MokNik kot2 itu air ketuban ke apa. Mula2 MokNik memang cakap air ketuban sikit je, Ainn dah mula rasa cuak. Lepas tu MokNik cakap air ketuban keluar macam air kencing, takde lah sebanyak tu. So bukan la kot. Entahlah, Ainn pon tak pasti. Dua kali cecair tu keluar untuk hari ni aje.

19 September 2016 (Lebih kurang 12am):
Ainn ada rasa macam ada cecair keluar. Masa tu Ainn pakai towel je, dan cecair tu terkena pada towel. Mulanya Ainn ingatkan cecair tu hubby punya, mungkin Ainn cuci tak bersih agaknya. Tapi baunya lain. Dah 9bulan kot kawen, boleh tahu bau hubby punya tu baunya macam mana. Yang ni baunya agak busuk. Dan ada warna, macam hijau cair nak ke kuning. Bila bagitahu hubby dia kata mungkin dia punya je. Dan dia suruh tidur je. Yelah dah lewat malam kan. Ainn rasa tak sedap hati, terus google je. Masa tu Ainn rasa takut sangat, dan hubby pon Ainn tengok tidur dengan lenanya lagi la buat Ainn takot. Dan masa tu langsung Ainn tak terpikir nak kejutkan hubby nak ajak dia pergi klinik. Walaupon Ainn ada terbaca cecair hijau-kuning tu berkemungkinan baby dah berak and need to see doctor a.s.a.p! Agak lama Ainn duk mengadap hp malam tu. Rasanya dalam pukul 3lebih hubby terjaga, dan dia tengok Ainn masih belum tidor, dia suruh Ainn tidor. Tidur pon gitu2 je la.

19 September 2016 (6.00am):
Ainn kejutkan hubby. Ajak dia pergi klinik pagi ni. Memang sepatutnya hari ni Ainn kena pergi klinik untuk check up. Lepas solat Subuh masa nak bukak telekung tiba2 keluar cecair meleleh kat paha. Ain  gesa suami suruh bersiap nak pergi klinik pagi2 buta tu jugak. Agak geram jugak dengan hubby masa tu bila dia buat sambil lewa je. Mamai ke apa entah.

19 September 2016 (6.50am):
Kitorang pergi klinik, terus ke rumah nurse yang bertugas untuk on call hari tu. Kat klinik nurse check tekanan darah, suhu badan, tanya itu, tanya ini. Lepas tu biasalah, check 'jalan'. 2 orang nurse check, dua2 kata bukaan 1cm. Sorang nurse prepare untuk refer ke hospital.

19 September 2016 (lebih kurang 10.00am):
Weee 1st time naik ambulans. Ainn pergi hospital dengan sorang nurse teman. Hubby pergi kemudian. Barang2 keperluan dia tak ready siap2 kat dalam kereta. So hubby balik dulu ambik pakaian dia dan inform wan pasal Ainn yang dah ke hospital.

19 September 2016 (Lebih kurang 11.00am):
Kat Hospital Gua Musang terus kena pakaian. Kena pakai baju pink tu la. Lepas tu nurse check tekanan darah dan jugak check 'jalan'. Eh2 kat sini katanya bukaan tak sampai 1cm pon, setakat sentuh hujung jari je! Bila doktor check pon sama katanya. So Ainn kena warded kat situ. Doktor kata kalau petang tu 'jalan' tak bukak jugak kena transfer ke Hospital Kuala Krai.

19 September 2016 (Lebih kurang 2.00pm):
Doktor Azmi pulak check. Ni pakar dari Hospital Kuala Krai yang datang. Doktor cakap petang ni kena pergi Hospital Kuala Krai. Macam mana pon Ainn kena bersalin hari ni jugak. Macam mana caranya? Kalau jalan tak bukak, induce ke, operate ke, tahulah doktor kat sana nak buat macam mana. Alahai tak sabar rasanya nak bersalin.

19 September 2016 (Lebih kurang 3.30pm):
Kena transfer ke Hospital Kuala Krai pulak. Hubby awal2 lagi dah gerak ke sana. Lepas Doktor Azmi bagitau Ainn kena transfer ke Hospital Kuala Krai, kak suruh hubby terus ke sana. Nak ke Hospital Kuala Krai ni Ainn berteman. Ada sorang lagi pesakit, tak tahu pulak apa sakitnya atau apa masalahnya. Yang pasti bukan kes nak bersalin macam Ainn. Yang kelakarnya Ainn siap tertidur dalam ambulans tu, siap berdengkur2 lagi. Haa nampak tak effect tak cukup tidur malam tadi. Yang Ainn perasan sampai Sungai Bayu je, lepas tu terus lelap. Jaga2 je dah sampai kat simpang traffic light Kuala Krai.

19 September 2016 (Lebih kurang 5.00pm):
Sampai kat Hospital Kuala Krai, nurse suruh timbang berat. Lepas tu nurse check 'jalan' lagi. Tekanan darah, jantung baby. Tak ingatlah apa lagi yang dicheck masa tu. Agak lama jugak, dekat pukul7 baru boleh masuk wad.

20 September 2016 (6.30 am):
Doktor masukkan apa entah namaya kat 'bawah' tu. Ubat tu supaya 'jalan' bukak. Doktor terangkan ubat tu 3kali percubaan. Kalau hari ni 'jalan' tak bukak jugak pagi esok masukkan lagi. Kalau tak bukak jugak pagi lusa masukkan lagi. 3kali masukkan 'jalan' tetap jugak macam tu je bukaannya kena ikhtiar cara induce pulak. Kiranya kaedah cesarean ni ikhtiar terakhir la.

20 Septembe 2016 (9.20pm):
Ayoh Ngoh call. Ajar bacaan2 supaya cepat2 bukak 'jalan'. Mintak2 tak kena operate. Lepas tu kak long pulak chat tanya perkembangan, dan tips. Plan nak tidur awal malam ni tergendala. lewat jugak tidur. Dalam pukul 11 jugak rasanya baru boleh tidur.

Kat wad ni dalam 5 kali jugak sehari kot nurse check tekanan darah dan jantung baby. Banyak kali jugak nak kena check 'jalan' sehari tu. Nurse pesan suruh pakai pad je. Tiap kali nak check 'jalan' mesti kena tunjuk pad tu. Bersih je, takde apa pon. Setitik cecair pon takde.

21 September 2016 (3.30am):
Ainn terjaga dari tidur. Terasa nak buang air kecik. Ainn turun katil nak ke tandas. Baru je langkah setapak tiba2 ada cecair keluar. Banyak sangat, sampai basah lencun kain yang Ainn pakai. Alamak! Terkencing kat sini ke? Malunya!!! Huh, nasib baik orang semua tidur, takde la malu sangat. Hihihi. Nak kena cepat2 ke tandas la ni. Baru je selangkah sekali lagi cecair laju je keluar. Kali ni lagi banyak dari yang tadi. Terus Ainn terpikir, entah2 air ketuban la ni kot. Ainn bagitahu kat nurse. Sorang nurse dan sorang doktor check. Kat pad Ainn penuh ada cecair pekat warna hijau macam green tea. Doktor check 'jalan' bukaan masih lagi 2cm. Sama aje bukaannya macam semalam. Dengar doktor dan nurse duk cakap2, takot baby dah berak aje. Tapi yang peliknya diorang suruh Ainn sambung tidur je dulu.

21 September 2016 (5.00am):
Nurse kejutkan Ainn suruh mandi dan solat Subuh. Padahal sejak jaga 3.30am tadi Ainn tak tidur pon. Kau rasa boleh ke aku nak tidur dalam keadaan macam tu? Kalau setakat air ketuban je keluar mungkin boleh nak tidur. Bila tahu 'mungkin baby dah berak' tu yang buat hati rasa takut aje.

21 September 2016 (6.00am):
Lepas solat Subuh doktor lain pulak check. Pad yang Ainn pakai pagi tu dah bersih dah. Yang lepas doktor dan nurse check 3.30am tadi pon bersih aje. Doktor check kat dalam katanya bersih je. Takde pon kata baby berak ke apa. Tapi nurse dan doktor yang check tadi berkeras dengan apa yang diorang tengok tadi. Doktor kata Ainn terpaksa kena induce sebab air ketuban dah keluar tapi 'jalan' tak bukak lagi. Doktor suruh bagitahu hubby, dan prepare apa yang patut. Ainn tak dibenarkan makan atau minum, sebab takut kena operate. Kalau lepas 6jam induce 'jalan' macam tu jugak terpaksa kena induce. Atau kalau jantung baby lemah dalam tempoh 6jam tu pon Ainn kena operate jugak. Sebab tu Ainn tak boleh makan atau minum. Walaupon setitik air! Ainn call hubby tak berjawab. Ainn chat je kat hubby. Dan chat jugak kat group family.

21 September 2016 (8.00am):
Ainn masuk labor room. Relax kat atas katil. Dalam 15minit lepas tu baru kena induce. Nurse panggilkan hubby masuk, teman Ainn kat dalam.

21 September 2016 (8.40am):
Contraction dah mula rasa. Kadang2 rasa sakit yang amat sangat kat ari2. Tapi sakitnya tu sekejap2 aje. Masih lagi boleh sembang dengan hubby. 2, 3 kali sakit kat ari2 lepas tu mula sakit kat tulang pelvis pulak. Hubby tolong picit2 je bila sakitnya tu datang menyerang. Sakit kat tulang pelvis ni tak boleh nak cakap sakitnya macam mana. Sakit sangat2.

21 September 2016 (10.00am):
Ainn mula rasa nak pitam. Rasa nak pitam sebab tak makan. Mana taknya lebih 12jam tak makan. Last makan pukul 6pm semalam. Air cond dah tak terasa dah, berpeluh2. Nurse suruh bukak je tudung.

21 September 2016 (11.00am):
Ainn rasa dah tak tahan menanggung rasa sakit. Rasa nak mintak operate je. Masa tu dah pikir bukan2. Kalau nak operate kenapa kena tunggu lama2 macam ni. Kenapa tak terus masuk operation theater je terus. Dah lupa dah yang doktor cakap tadi kena operate kalau 'jalan' tak bukak selepas 6jam atau kalau jantung baby lemah je. Masa tu duk ingat yang doktor cakap kena operate je. Nak je cepat2 kena operate, tak tahan sangat sakitnya ni. Tapi bila tak sakit sempat terlelap, siap berdengkur. Hihihi.

21 September 2016 (1.00pm):
Nurse masuk check 'jalan', bukaan baru 3cm! Masa tu nekad nak bersalin normal. Sia2 weh menanggung rasa sakit ni kalau akhirnya kena operate. Tapi bukaannya baru 3cm, macam mana tu?

21 September 2016 (2.00pm):
Rasa sakit dah lain macam. Rasa macam nak buang air besar je. Rasa nak meneran pon ada. Ainn ingat MokNik dan Dila pernah pesan, kalau rasa sakit tu teran je sikit2 biar 'jalan' terbukak. So Ainn teran je la sikit2 bila sakit. Lagipon rasa sakitnya tu rasa nak meneran. Automatik kot meneran tu. Hubby panggil nurse cakap Ainn nak buang air besar. Ainn dengar nurse cakap, 'bagus la kalau dah rasa tu.' Ada suara cakap apa, Ainn tak dengar jelas. Lepas tu ada suara lelaki jawab Ainn punya ni 2.45. oke, 45minit je lagi. Sabar je ye. Kalau berjam2 Ainn boleh tahan, takkan 45 minit ni Ainn tak boleh tahan.

21 September 2016 (2.45pm):
Oke, dah sampai masa. Ainn suruh hubby panggilkan nurse. Ainn dengar nurse jawab, apa entah tak dengar sangat butirannya. Yang Ainn dengan 'tunggu' je.

21 September 2016 (3.00pm):
Sorang nurse masuk bagitahu Ainn kena tunggu doktor pakar. Kes Ainn ni kena bersalin di bawah pemantauan doktor pakar katanya. Allah, kena tunggu lagi? Sakit masa tu dah mula berkurang. Dah mula rasa sejuknya air cond.

21 September 2016 (3.15pm):
Sorang doktor perempuan berbangsa Cina masuk. Doktor betulkan kedudukan kaki Ainn. Oh kena duduk macam ni rupanya nak bersalin ya. Tak pernah pulak Ainn tahu sebelom ni. Naif betul. Bila doktor betulkan kedudukan kaki Ainn tu dan2 je hilang rasa sakit. Doktor tanya sama ada Ainn nak buang air kecik ke tak, Ainn jawab 'ya' je. Padahal masa tu tak rasa pape pon. Bila doktor keluarkan tiub Ainn ingatkan doktor nak sambungkan tiub tu lepas tu gantung beg kat tepi katil, macam selalu Ainn tengok masa melawat orang kat hospital. Rupanya doktor sedut air kencing tu keluar. Agak lama jugak, memang banyak urine tu yang disedut. Lepas tu rasa lega sangat2. Yang kononnya takde rasa nak buang air kecik tadi rasa seolah2 dapat buang lepas duk menahan berjam2.

21 September 2016 (3.30pm):
Ainn mula push nak lahirkan Aisy. Mula2 push tu rasa seronok sangat. Seronoknya tu rasa macam nak bagitahu je doktor apa yang Ainn rasa. Tapi simpan je rasa tu. Baru tahu, oh macam ni rupanya ye bersalin. Masalah Ainn masa proses ni adalah Ainn dah tak rasa sakit. Sebenarnya rasa sakit itulah yang membantu memudahkan proses bersalin. Rasa sakit itulah yang membuatkan kita nak push. Bila sakit tu takde, rasa nak push pon takde. Itu yang menyukarkan proses ini. Doktor ajar Ainn supaya ambik nafas dalam, kemudian hembus kuat2 sambil push. Push tu macam sembelit. Sembelit? Ainn tak rasa apa pon, apa lagi nak rasa sembelit. Doktor cakap dah banyak kali kepala baby keluar, bila Ainn stop push baby tu masuk balik. Ainn rasa ada benda nak keluar, tapi rasa macam lembut dan kecik aje. Rasa saiz yang keluar tu sebesar jari kelingking je. Kalau macam tu je, pastu lembut pulak tu rasanya macam mana nak push? Takde rasa langsung. Mungkin sebab Ainn main push je, nurse cakap suruh push bila rasa sakit je. Tak pon bila rasa perut mengeras. Sebab dua2 tu Ainn tak rasa so Ainn relax je la dulu. Bila nurse cakap perut Ainn mengeras baru Ainn sibuk nak push. Huh, dah tak sempat dah. Mengerasnya tu sekejap je. Doktor dah mula 'ugut' nak forsep kalau sejam baby tak keluar jugak lagi. Sebab masa tu tak rasa apa Ainn redha je doktor nak buat apa pon. Ainn dah tak kisah dah. Agaknya kalau doktor cakap nak kena belah perut ni baru lain kot agaknya masa tu. Tapi langsung takde cakap pasal tu. Sebab Ainn ni kan saiznya agak besar, agak susah nak pegang kaki. Doktor bagi tempat letak kaki. Yang orang patah kaki tu. Ainn terpaksa letak kaki kat situ. Tapi tetap jugak susah nak push, sebabnya Ainn takde 2faktor penting tu; rasa sakit dan mengeras.

21 September 2016 (4.00pm):
Dah setengah jam baby tetap taknak keluar jugak. Ikut prosedur kat situ kalau setengah jam kena gunting. Doktor bagi peluang sekali je lagi kat Ainn nak push. Doktor siap tunjuk gunting tu kat Ainn. Ainn redha je la. Rasa doktor gunting, pedih2 sikit. Macam pisau terkena jari. Tak cukup sebelah digunting, doktor gunting sebelah lagi. Bila dah banyak kali, lebih 5kali agaknya baby dah keluar then masuk balik, doktor suruh hubby 'tinggalkan' Ainn kejap, tengok baby yang dah keluar paras dahi tu. Bila hubby tengok dia pon sama2 jerit dengan doktor dan nurse tu. Suruh Ainn push lagi, sampai kepala baby keluar. Jujur Ainn cakap kekuatan Ainn datangnya dari jeritan hubby. Kenapalah hubby tak tengok awal2. Kenapalah doktor suruh hubby jaga Ainn kat belakang je. Kalau awal2 kan awal2 lagi baby dah selamat keluar. Tapi semua ni kan ketentuan Tuhan. Bila kepala baby dah keluar doktor suruh rehat kejap. Rasa macam dia gerak2kan kepala baby. Lepas tu dia suruh push kuat2, sekali push aje.

21 September 2016 (4.20pm):
Doktor yang menyambut letakkan baby kat dada Ainn. 1 perkataan je yang terkeluar kat mulut Ainn, 'Aisy!' Hahaha nampak sangat sebelom ni tak pernah pon scan jantina baby. Cuma naluri Ainn je la dapat rasakan tu baby boy. Ainn belai2, rasa hangat2. Kejap je dapat sentuh doktor terus ambik baby bawak keluar. Tak lama lepas tu doktor masuk balik, dia suruh hubby keluar azankan baby. Ainn pulak kena jahit kat 'bawah' tu. Doktor keluarkan jugak darah. Terasa darah tersembur keluar. Doktor cakap itulah darah ibu bersalin, darah wiladah kata nurse. Masa doktor jahit pon tak rasa apa pon. Cuma nak jahit yang part kena gunting tu je doktor bius dulu. Nak bius tu la yang terasa sakitnya sikit. Dah siap jahit doktor check 'lubang'. Siap jahit doktor suruh susukan baby. Kejap je baby menyusu, terus tidur. Nurse suruh rehat dulu. Tak lama lepas tu masuk doktor lelaki, pakar bedah katanya. Doktor ni check jahitan Ainn. Cantik katanya. Lepastu dia golek2 perut Ainn. Lagi sekali darah tersembur keluar. Kemudian doktor suruh sambung rehat.

21 September 2016 (6.30pm):
Ainn mula dimasukkan ke wad setelah agak lama jugak berehat kat labor room tadi. Maa, mokngoh, ayoh ngoh dan ayoh chik datang melawat. Kesian datang awal2 dah nak habis waktu melawat baru Ainn masuk wad. Sempat jugak diorang jumpa cucu sedara baru.

Oke setakat ni je la cerita Ainn. Kronologi bersalin je kan. Ni pon dah melalut sampai masuk wad bagai. Oke jumpa lagi di lain cerita, inshaa Allah.

Thursday, February 16, 2017

Maybank Picture Card

Tahun lepas kan kecoh pasal kena tukar kad bank. Yang menariknya kad Maybank boleh letak gambar sendiri. Ainn beria la nak letak gambar kat kad tu walaupon kena bayar. Hubby mulanya dah frust sebab maybank2u dia ada masalah. Rupanya boleh je guna akaun maybank2u orang lain. So hubby pon apply jugak la kad bergambar tu.

Ini gambar pilihan Ainn sendiri. Saja nak abadikan hari akad nikah pada kad ni. Dan suka sangat gambar ni sebab Ainn nampak kurus. Tak nampak kan berat Ainn macam 80kg++? Tapi bila nak guna gambar ni nak kena rotate la. Tak rotate karang nampak badan aje la. Tak nampak la kesliman Ainn tu. Hihihi.

Ini pulak gambar pilihan hubby. Gambar ni outdoor shoot 2hari lepas majlis bertandang. Ikutkan hubby sebenarnya dia nak gambar bertiga dengan Aisy. Tapi masa kitorang apply kad ni belom ada pon lagi gambar kitorang 1family. Nak taknak terpaksa la hubby guna gambar ber2 jugak. Tapi dia dah taknak ambik gambar masa akad nikah. Asalnya Ainn suggest gambar masa hari akad nikah jugak, tapi gambar lain la tak sama dengan yang Ainn punya. Hubby pulak taknak sama, so dia chose yang ni. Bila ingat balik status Ainn masa ni kira gambar ber3 jugak la ni ye. Masa ni Ainn dah pregnant 3bulan. Hihihi bersanding ber3.

Masa hubby nak gambar ni Ainn sebenarnya tak suka. Sebabnya nampak kan gambar Ainn yang bersaiz XXXL tu. Dan macam ada yang tak kena je ngan gambar ni. Tapi hubby berkeras dia nak jugak gambar ni. Dah boleh bayangkan dah betapa buruknya kad hubby nanti. Hahhahhah. Ainn nak tunggu gelak je bila kad dah siap nanti. Dah la dia punya tak payah nak rotate ke nak edit pape, ikut aje mana yang dia dah crop tu.

Setelah berbulan2, hubby mula duk bising pasal kad Maybank ni. Dari bulan lepas lagi. Takde la berbulan2 pon, sebulan je lepas tu hubby dah sibuk ajak Ainn tanyakan pasal kad ni kat Maybank Kulai. Sebabnya dah tak boleh nak withdraw kat ATM bank lain. Nak kena kat ATM Maybank je. Jauh nak kena ke Kulai tiap kali nak withdraw. Memang susah sejak Maybank Senai Utama dah tutup. Nak kena bersesak2 kat Kulai. Dah la parking susah, jem, jauh, orang ramai. Nak tak nak terpaksa la ke sana jugak.

Ainn bukannya taknak pergi tanya, cuma taknak dapat jawapan yang mengecewakan je. Ikutkan emel yang Ainn dapat kad ni boleh siap dalam masa 30hari bekerja. Kira punya kira dalam bulan Februari la baru dapat. 2, 3hari lepas Ainn baru perasan kat situ jugak dia ada cakap, kalau kad ni tak dituntut dalam masa 3bulan kira tak dapat la kad ni. Dan bayaran untuk kad tu tak akan dipulangkan. Ikutkan 3bulan pon sama la bulan ni jugak. Agak cuak jugak sebab emel tu 15 Disember 2016. Terus Ainn call Maybank tanya pasal status kad Ainn ni. Katanya 16 Disember esoknya tu kad Ainn ni dah ready dah pon. Huk aloh, gitu pulok.

Tengahari tadi lepas waktu sekolah kitorang terus pergi Maybank Kulai. Harap2 dapat diselamatkanlah kad Ainn tu walaupon dah 3bulan. Dan inilah yang Ainn dapat.

Ini Ainn punya kad. Agak frust jugak bila tengok kad ni. Tulisan 'Visa paywave' dan 'MyDebit' tu jadi warna biru. Tulisan 'VALID THRU' pulak jadi warna hitam. Dan nombor2 tu memang warna putih, tapi ada shadow la pulak kat tulisan tu. Memang warna macam ni ke? Bukan ke semuanya tu warna putih je? Bukan main kita pilih gambar putih2 je, dan edit gambar tu biar kena kat bahagian putih je. Yang dapatnya lain pulak. Tapi hubby cakap oke la, sebab warnanya tu 'masuk'. Cantik. Masuk ke tak masuk ke nak jugak warna putih.

My card should be like this!!! Cantik je dengan tulisan putih tu. Kenapa mesti nak kena tukar warna tu? Kenapa nak kena ada shadow kat tulisan tu? Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Hah, ni pulak hubby punya kad. Elok aje semua yang kaler2 Ainn punya tadi tu warna putih aje. Eh2 gambar tu terus jadi hitam je? Yang nampaknya cahaya matahari yang makin tenggelam aje. Cantik la pulak jadiknya gambar ni. Tak jadilah nak gelak. Muncung pulak sebab kad kita tak cantik. Huhuhuhu je la.

Bila pergi ambik kad tadi rupanya hubby punya kad dah sampai kat branch Kulai ni 21 Disember 2016 lagi! Dan Ainn punya baru sampai minggu ni, 13 Februari 2017. Yang peliknya kitorang apply sama2, pada hari yang sama, menggunakan akaun maybank2u yang sama. Cuma gambar aje lain2. Ke lambat sebab nak edit tulisan tuh? Huh kalau ikut kata hubby nak tanya pasal kad ni awal2 ari tu alamatnya dapat ambik kad dia sorang je la. Dan yang bertambah peliknya masa Ainn call semalam kat HQ cakap kad Ainn dah siap 16 Disember 2016 lagi. Kenapa Maybank Kulai baru dapat 13 Februari 2017? Lama betul pos!

Tak puas hati, nak jugak telek dua2 kad ni sama2. Bila diletakkan sama2 kad2 ni. Nak tukar!!!! Nak yang sunset tu!!!!!!!!

Wednesday, February 15, 2017

Perlukah Breast Pump Dibeli Sebelom Kelahiran?

Sebab tengah duk pam susu Aisy rasa nak share pasal breast pump je. Takde nak cerita banyak2 just nak give opinion base on experience Ainn je.

Memang niat dari awal lagi nak guna teknik marmet je. Huh macam pandai je kan nak perah dengan tangan je. Kononnya! Sebabnya masa tu ekonomi sangat2 kritikal. Banyak benda yang terlintas di fikiran ni nak dibeli. Barang2 keperluan baby especially. Dan masa tu 'kerja' hubby macam tak menjadi sangat. Ainn memang tak boleh dan tak nak mengharapkan sumbangan dari hubby. Duit Ainn pulak takde la banyak sangat. Dengan gaji yang tak seberapa tu la nak bayar ansuran kereta, sewa rumah, personal loan. Dan balancenya pulak nak beli barang dapur, bayar bills, isi minyak kereta. Semuanya dengan gaji yang tak seberapa tu. Sebab malu nak cakap takde duit plus nak sedapkan hati sendiri Ainn cakap je la nak guna teknik marmet je. Cara nurse ajar pon macam senang je nak buatnya.

Dalam pada duk canang nak guna teknik marmet tu at the same time ada jugak la Ainn usha2 breast pump ni. Bukannya usha kat kedai, just tanya member2 je. Tanya pendapat diorang breast pump mana yang okey. Bila ingat balik rasa macam kelakar pulak, selamba je sembang pasal breast pump ni kat group WhatsApp. Si Suami dan abang2 bujang dalam group tu diam2 je baca kitorang duk menyembang. 2 group je pon yang Ainn duk usha. Dan kedua2 group ni ramai yang suggest Ainn try dulu breast pump mana yang 'sedap' diguna. Kena pergi kedai yang ada tester la ye kalau gitu? Dan mestilah kena tunggu lepas bersalin dulu baru boleh try. *Masa ni seriously Ainn memang tak tahu sebenarnya susu dah keluar. Kalau nak try tak payah tunggu bersalin dulu*. Dan ada jugak yang suggest Ainn try teknik marmet je dulu. Kalau susu banyak, dan Ainn pandai perah sendiri tak payah susah2 nak beli breast pump. Save banyak kat situ.

Yes, with that 2nd point la Ainn tak beli lagi breast pump. Masa beli barang2 baby pon Ainn bagitahu hubby tak payah beli lagi breast pump ni, Ainn nak try teknik marmet dulu. Lagipon Ainn kan cuti 3bulan, nanti dah dekat nak sekolah baru beli pon takpe. Buat stok susu sikit2 je dulu pon takpe. Lagi pon keadaan ekonomi kan memang tak mengizinkan waktu tu. Ainn rasa lebih baik Ainn beralah dulu dengan baby, beli je keperluan baby yang lain dulu. Susu baby boleh bagi direct je. Rasanya tak perlu kot nak sibukkan breast pump ni dulu kan. Yang ni pikir kemudian je, fokus on keperluan baby je dulu.

Bila Ainn dah mula lahirkan Aisy, malam pertama tu Aisy kena admid wad. So Ainn tak tahu bila masanya Aisy dah berjaga nak susu. Dan wad Aisy sangat jauh dengan wad Ainn. Banyak kali Ainn ngan hubby pergi ke wad Aisy tapi Aisy asyik tidur je. Masa tu rasa menyesalnya tak beli breast pump awal2. Ikutkan breast pump termasuk dalam list barang keperluan yang nak bawak ke hospital. Masa duk pack barang tu terpikir jugak apa kepentingannya breast pump ni. Langsung tak terpikirkan kes2 macam ni. Sebab takde jawapan untuk persoalan kepentingannya tu lagi la Ainn abaikan list yang satu ni. Bila dah terkena baru nak menyesal.

Awal2 baru je masuk alam baru, mostly mommies tak pandai sangat nak susukan baby. Baby pun sama, tak pandai lagi nak nyonyot nipple. Lagi kasihan kalau nipple pendek. Sebelom bersalin elok aje nipple terbentuk. Nurse ke doktor ke check cantik je diorang cakap. Tapi bila baby dah keluar tiba2 je nipple ni macam meleper pulak. Lagi susah baby nak nyonyot. Bila situasi macam ni ramai mommies yang give up, terus bagi formula milk. Alasannya? Baby taknak hisap nipple dia. Memang la, dah nipple tu tak keluar macam mana baby nak nyonyot? Kena la keluarkan dulu nipple tu. Macam mana nak tarik niple tu keluar? Cara paling senang bagi Ainn sedut je guna breast pump. Memang la sekali pam je nipple tu tak terus keluar, nak kena bagi susu yang dah keluar tu dulu kat baby. 2, 3hari lepas tu nipple tu keluar la, then baby pon dan boleh nak nyonyot. Jangan cepat buat keputusan bagi formula milk ya. Bila dah jadi situasi macam ni barulah kelam kabut nak cari breast pump. Tak ke naya macam tu?

Lagi satu situasi bila mommies terpaksa tinggalkan baby untuk urusan kerja. Memang la kita dalam tempoh cuti bersalin lagi. Tapi dibuatnya ada urgent cases yang terpaksa kita tinggal baby kat rumah, at least ada bekalan untuk baby bila dia lapar. Macam kes Ainn pulak Ainn ni yang jenis tak boleh duduk rumah je. Habis je pantang terus ajak hubby ke bandar. Kebetulan pulak ada urusan, nak tukar kad bank lah kononnya. Dan nak beli keperluan Aisy yang dah nak habis. Maa tak kasi bawak Aisy, kesian lama2 nak tunggu giliran kat bank tu. So maa suruh tinggal je Aisy kat rumah. Kena tinggalkan jugak la 'makanan' Aisy. Dan sekali lagi Ainn tinggalkan Aisy kat maa sebab nak tampal gigi. Dah tak tahan sangat, dah tak boleh nak tunggu Aisy besar sikit. Bila dah ada breast pump boleh je sediakan breast milk untuk Aisy. No nned formula milk.

Dengan 3pengalaman ni Ainn simpulkan:
Mommies, please READY YOUR BREAST PUMP AWAL2 oke. Tak perlu tunggu baby tu keluar dulu baru sibuk nak cari breast pump. Remember this:
BREAST MILK IS BABY'S #1 NEEDED! Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak terjangka.

Tuesday, February 14, 2017

Biar Sedikit Tetapi Berterusan

Hello! Hello! Hello! Hai...! I'm back babies. Hahaha macam ada je yang menunggu kemunculan new entries. Hihihi saje je nak poyokan diri sendiri. Kan dah lama tak bersiaran. Rasanya last masa misi Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu berlangsung. Terus stop kat situ. Huisy dah lama sangat tu. Kiranya ni 1st entry untuk tahun 2017. Welcome 2017! Dah Februari dah pon, baru nak wish ke? It's oke, awal lagi kan. Belom pon tengah tahun atau akhir tahun.

Hurmm panjang pulak mukadimah kali ni. Mentang2 dah lama senyap. Oke balik kepada tujuan asal, kali ni Ainn nak cerita pasal nafkah. Nafkah zahir je. Nak share sikit je pon, kisah sendiri.

Tak tahulah kenapa, dari mana datangnya idea ni. Tiba2 je hujung tahun lepas Ainn suarakan niat/pendapat Ainn kat hubby. Ainn cakap mulai tahun ni Ainn nak duit belanja sekolah RM10 sehari. Tak kira macam mana pon, ada duit ke takde duit ke, kot2 mana pon Ainn nak jugak duit belanja sekolah RM10 sehari tu.

Dan bermulalah episod hubby bagi duit belanja sekolah bermula 26 Disember 2016. Setiap hari RM10. Kalau takde duit kecik hubby bagi RM20, sekali ngan untuk esoknya lah. Kadang2 bagi terus RM50. Susah sikit la kalau bagi tengah minggu macam hari Selasa ke. Selasa minggu depan baru boleh mintak lagi. Takot tak ingat je. Apa susah, bila dah ingat balik tuntut la balik duit belanja tu! Hewhewhew.

Minggu ke2 pernah sekali hubby terlupa nak bagi, Ainn sendiri pon lupa nak mintak. Balik tengahari tu Ainn tuntut. Hahaha boleh ek gitu? Boleh je, bukan orang lain pon. Laki kita jugak kan? Nak manja2 je kot mintak duit belanja ni.

Pernah sekali Ainn kena pergi sekolah hari Jumaat sebab nak siapkan roti yang PIBG order untuk mesyuarat esoknya. Hah untuk hari tu pon Ainn mintak jugak tau. Tak kira hari apa, asalkan kena pergi sekolah. Tak kira dah makan sebelom pergi sekolah ke, dah bawak bekal ke. Yang tu belakang kira. As long as that day Ainn pergi sekolah means ada peruntukan untuk Ainn RM10.

Nak dijadikan cerita Ainn terkena sakit gastrik. Hubby pesan la suruh jaga makan. Hubby borong macam2 untuk bekalan Ainn makan kat sekolah. Belvita, nestum, macam2 jenis biskut. Semua tu stok untuk Ainn makan masa kat sekolah dan waktu petang. Bila beli makanan kat kantin dah kena 2x beli. Breakfast and lunch. RM10 habis gitu je. Tak boleh nak buat simpanan.

Ainn up mintak RM20, 'botak la sy...'. Hamboi3 berkira ye ngan bini sendiri. Ingat tau abang2 kat luar sana, 'HAPPY WIFE MEANS HAPPY LIFE'. Kalau nak rasa life tu happy kena happykan wife dulu. Kalau mampu jangan nak berkira sangat dengan isteri. Murah hati dengan isteri in shaa Allah berganda murah rezeki Allah balas. Idea ni je Ainn selalu guna nak kenakan hubby balik.

Macam kes Ainn ni lain la. Ainn dah ada income sendiri. Duit dapur semua hubby yang belanja. Sesekali makan luar pon hubby je yang payung semua. Eh jap, sesekali ke? Rasanya macam selalu jek makan kat luar. Every weekends rasanya kot. Hahaha tak kisahlah yang tu. Oke sambung balik. Kes Ainn ni kes mengada je nak manja2. Tapi sempat jugak la merasa hubby bagi RM50 untuk 3hari.

Ainn cerita ni bukannya nak cerita suami Ainn ni baik hati. Siap bagi duit belanja sekolah even dah ada income sendiri. Atau nak tunjuk yang suami Ainn ni banyak duit. Padahal ramai je yang duk mengata status kerjaya dia tu, so takde apa yang nak ditunjuk2 yang dia tu banyak duit. Atau nak cakap untungnya diri Ainn tak payah keluar duit sendiri untuk belanja. Padahal gaji Ainn banyak duk menanggung hutang itu, hutang ini.

Inilah main story untuk entry ni. Cerita2 atas tu Ainn ceritakan supaya sedap sikit kot jalan ceritanya. Tak pon senang sikit kot nak paham. Dan biasalah bila dah lama tak bersiaran banyak pulak cerita2 lain yang diselitkan. Oke ini kisahnya.

Masa cuti Chinese New Year hari tu hubby mintak Ainn buatkan jadual 'gaji' dia. Katanya nak withdraw sebulan sekali je, macam Ainn dapat gaji. Macam jugak orang2 lain yang makan gaji. So Ainn tetapkan 10hb dia punya gaji. Kalau 10hb tu jatuhnya hari Sabtu Ainn bawak ke 9hb, awal le sehari gajinya bulan tu. Kalau 10hb tu jatuhnya hari Ahad Ainn bawak ke 11hb, so lewat sehari gaji bulan tu.

Oke setel bab tarikh gaji. Sama2 deal. Then hubby cakap 'gaji' dia tu akan ditransfer ke akaun bank Ainn. Wowww best kan terus direct ke akaun bank kita! Macam gaji sendiri pulak rasanya. Tapi yang tak bestnya Ainn nak kena manage duit tu. Untuk bayar bills, sewa rumah, belanja barang dapur, isi minyak kereta, dan lain2 perbelanjaan termasuk bil internet dia. Dan duit belanja Ainn yang RM10 sehari tu termasuk dalam ni lah.

Mula2 tak rasa apa pon. Naik sekolah macam biasa hubby bagi RM10 sehari. Last Friday 10hb bermulalah 'gaji pertama' masuk ke akaun bank Ainn. Inilah perubahan yang Ainn rasa. Tadi yang nak kena manage duit tu dah rasa tak best dah. Tapi yang ni lagi rasa tak best sangat2.

Tang mana tu?

Tang duit belanja RM10 tu la. Sebelom ni setiap hari lepas salam hubby hulur duit belanja, rasa macam dimanja sangat2. Rasa bahagia je. Walaupon kadang2 tak guna pon duit tu, kadang2 guna tak habis, kadang2 ngam2 RM10 belanja kat kantin. Walaupon sudahnya duit balance tu Ainn gunakan untuk 'belanja' hubby makan kat luar. Tapi perubahan ni terasa sangat. Nak sangat buat muka seposen mintak duit ngan hubby. Nak sangat buat muka senyum semeweh bila hubby hulur duit belanja tu. Nak sangat... arghh susah nak explain la perasaan masa tu. Semua tu dah takde dah bila duit belaja dah direct ke akaun bank.

Tadi Ainn suarakan kat hubby. Selamba je hubby cakap, 'Bagi sy kad bank!' Huh, sy bagi duit je nanti. RM200 untuk sebulan. Oke la tu untuk 4minggu sy kerja. Part yang tu je yang paling tak best. Yang lain2 boleh buat kot.

Walaupon banyak lagi cara lain nak bermanja, tapi cara senang ni taknak tinggal. Cara lain tu cara lain la. Cara ni pon nak jugak. Kalau boleh nak manja2 24/7. Bukannya nakkan duit tu, tapi nakkan situasi tu. Hahaha nasib la yang dapat isteri manja.

Thursday, December 8, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Lamb Chop & Chicken Grill @ Gle'wak Cafe

Hubby share gambar kitorang makan maggi ketam & maggi udang galah kat Relax Cafe kat group WhatsApp family dia, pokteh terus ajak keluar makan malam tu kat Gle'Wak Cafe. Tapi Aisy dah penat, dah mula meragam. Ummi dan Abi Aisy pon sama, penat jugak. Cuma tak meragam macam Aisy. Lagipon esoknya *semalam* kan dah nak mula misi jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu.

So malam tadi kitorang makan kat Gle'wak Cafe. Walaupon ikut plan yang Ainn dah buat Gle'wak Cafe ni takde pon dalam list. Mokteh cakap cafe ni baru lagi beroperasi. Sebelom ni cafe ni hanya hidangkan menu tengahari je, baru je lagi mulakan menu untuk malam.

Ainn try google nama cafe ni petang semalam, tak banyak sangat info yang yang dapat. Banyaknya share makan western food. Katanya chicken chop kat situ sedap.

Bila dah ada lamb chop Ainn mesti nak lamb chop. Dah taknak dah chicken chop. Ini lamb chop special. Dihidangkan bersama sos lada hitam, telur goreng, fries, coleslaw dan spaghetti.

Ini pulak chicken grill. Nak order chicken chop untuk hubby takut dia rasa muak pulak asyik makan ayam bersalut tepung je. Chicken grill ni pon yang special jugak. Sama je dengan lamb chop tadi, bezanya tang ayam tu je la. Besar paha ayam yang digunakan. Hubby just makan ayam dengan telur dan coleslaw je. Fries dengan spaghetti tu Ainn la yang bedal semuanya. Hihihi.

Coffee latte untuk hubby, laici kang untuk Ainn. Comel je bila serve dalam jar macam ni. Lupa pulak nak bagitahu taknak ais. Tak boleh nak habiskan perut cepat rasa penuh bila minum air sejuk. Hubby pulak complaint tak puas hati dengan coffee latte tu. Rasa macam nescafe ais biasa je.

Bagi Ainn makan kat sini so-so je. Mungkin Ainn pernah makan lamb chop yang berganda2 lebih sedap berbanding kat sini. Lamb tu dimasak penuh, tak rasa juicy. Dan Ainn rasa diorang guna mutton, bukan lamb. Gravy dia pon kalau dipekatkan sikit je lagi baru oke pada Ainn. Tak tahu nak komen macam mana. Macam Ainn cakap tadi just so-so. Hubby senang je cakap, 'tak sedap pon makan sini!'

Suggestion Ainn? Mungkin Ainn tak recommend la untuk letakkan cafe ni dalam list jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni. Kalau tempat makan sedap2 kat tempat lain semuanya dah pernah try boleh je nak try kat sini pulak. Melainkan kalau tekak macam Ainn, telan je, asalkan makanan tu bukan dalam kategori betul2 tak sedap. Jangan salah paham dengan 'tak sedap' hubby tu. Maksud hubby tu kesedapannya tu takde apa yang nak dibanggakan pon. Masih boleh diterima. So-so. Soal harga pon sama je dengan tempat2 lain yang Ainn pernah pergi.

Bergambar kenangan dengan pengantin baru sebelom makan. Memang pasangan 2 Rabiul Awal ni suka makan2 ek?

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Tempayan *Roti Naan* @ Ali Baba Tempayan

Masa nak masuk kat bahagian receptionist Destiny Riverside Hotel tengahari tadi cepat je mata Ainn tangkap restoran sebelahnya. 'Ohh kat sini rupanya Ali Baba Tempayan yang hangat diperkatakan tu.' Terus plan nak try makan kat situ petang nanti.

Ikutkan hubby ajak makan kat Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengahari. Tapi masih kenyang lagi makan roti titab tadi. Pergi lewat2 sikitlah. Lagi pon Nasi Ulam Cikgu bukak sampai petang.

Tengok Aisy sedap je tidur tak sampai hati pulak nak kacau dia. So Ainn suggest kat hubby makan je kat Ali Baba Tempayan. Lagi pon malam nanti Pok Teh ajak makan kat Gle'Wak Cafe.

Bergambar sementara menunggu makanan sampai. Tengoklah tu Aisy tidur bukan main sedap lagi. Qadha yang malam tadi la tu. Ada pulak malam2 nak berdukung, nak berjalan. Hubby cakap Ainn tak pesan kat Aisy, sebab tu Aisy taknak tidur.

Ini pilihan kitorang. Ikutkan hubby nak naan cheese dengan kari kambing je. Kalau nak rasa bukan ke lebih baik kita pilih yang berlainan, boleh sama2 rasa. So pilihannya naan biasa dan naan cheese. Kuahnya pulak kari ayam dan kari kambing. Ada sejenis lagi kari daging cincang.

Naan biasa tu rasanya biasa2 je. Dah nama pon naan biasa, takde apa yang luar biasa pon. Naan cheese tu bagi Ainn memang sedap. Walaupon cheesenya takde meleleh atau tertarik bila ditarik setiap piecenya macam naan cheese kat tempat lain tapi rasanya tetap sedap. Kalau nak rasa roti naan kat Ali Baba Tempayan ni Ainn suggest order naan cheese. Naan biasa harga RM2, naan cheese pulak RM5.

Kuahnya pulak. Bagi Ainn kuah kari ayam tu pon biasa2 je rasanya. Takde pulak rasa sedap sehingga menjilat jari. Kuah tu licin sebab Ainn suka makan roti cicah kuah banyak. Tak cukup kuahnya bagi Ainn. Kari kambing pulak ada sedikit berbau hamis. Ada orang suka makan kambing berbau, baru ada nikmat makan kambing katanya. Ainn pulak akan sakit kepala kalau makan kambing bau hamis. Yang tak suka kambing hamis memang Ainn tak recommend kari kambing. Oke harganya. Kari ayam RM2.50, kari kambing RM7.

Ainn pernah baca kat belog orang lain sebelom turun makan kat Ali Baba Tempayan ni tadi. Katanya roti tu saiznya kecik, makan sekeping tak kenyang. Sebab tulah Ainn order 2keping. Bagi Ainn sekeping pon dah cukup, kan roti naan ni cepat kenyang.

Ini dia kedudukan restoran Ali Baba Tempayan, betul2 sebelah Destiny Riverside Hotel. Masa Ainn makan petang tadi belom ada lagi customers lain. Kat luar ni takde orang pon, panas lagi. Gambar ni Ainn ambik masa jalan2 petang tadi.

Ramai yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan sedap hingga ada yang datang lagi, dan lagi, dan lagi. Ainn pulak rasanya dah taknak datang lagi kot kat sini. Ada yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan tersedap di dunia. Ainn pulak cakap roti naan kat sini paling kureng setakat yang Ainn pernah makan.

Setiap orang seleranya berbeza, citarasanya berbeza.

Wednesday, December 7, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Titab @ Kopitiam Kita

Yayy... jalan2 cari makan lagi. Love my hubby so much for this hobby. Yang tak bestnya Ainn ni makan lebih sikit je badan cepat aje kembang. Hubby pulak makan la banyak mana pon badan maintain keding gitu jugak.

Oke, untuk 1st day misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni kitorang start a bit late la. Aisy meragam malam tadi tak nak tidor. Dah dekat pukul 10 kitorang breakfast, nasi berlauk. Jangan peliklah breakfast kat Kelantan memang nasi. Macam berat je kan? Bukan 'macam' lagi, memang berat pon.

Memandangkan perut masih lagi kenyang so hubby nak pergi tempat ngeteh je. At first Ainn suggest Kedai Kopi Din Tokyo, semalam datang Kota Bharu ada nampak kedai kopi tu tepi jalan je kat tengah2 bandar. Biasalah kalau kat tengah2 bandar ni masalah parking la. Kalau kitorang berdua je boleh je nak park mana2, jauh sikit pon takpe boleh jalan kaki. Bila pikirkan kesian Aisy pulak nanti kena berpanas so we go to another choice.

2nd choice Ainn Kedai Pak Lah Milo Tunggeng. Betul la kot namanya Pak Lah. Dah sampai sana hubby cakap tak sesuai pulak untuk kitorang yang bawak baby ni. Kedai kopinya style kedai kopi dulu2, duk kat kerusi panjang. Dah la Aisy tengah meragam. Dibuatnya tengah menikmati milo kat situ Aisy tiba2 buat hal bukan aje milo Pak Lah je yang kena tunggeng, entah2 dengan kitorang sekali tertonggeng kat situ.

Okey, ini last choice ye. Kopitiam Kita. Tapi Kopitiam Kita ni dia bukak sampai tengahari je. 1.30pm dah tutup. Ada masa sejam je lagi. Harap2 sampai sana nanti takde yang kecewa lagi la.

Kalau guna maps, Kopitiam Kita tu macam duk tepi jalan besar je. Tapi kitorang follow maps tu tak jumpa pon kopitiam tu. Entah2 maps ni salah kot. Ke orang yang state location Kopitiam Kita tu salah state kat dalam maps.

Bila Ainn teringat Ainn ada baca Kopitiam ni letaknya ke dalam sikit, Ainn try google. Guna direction kat link situ je. Ikut direction situ memang kat dalam, tapi maps still bawak kat tepi jalan besar je jugak. Rezeki kali kedua ni Ainn perasankan kedai tu. Takdelah kena masuk ke dalam sangat. Dalam 10m je kot. Dan kopitiam tu tak menghadap ke jalan raya. Kalau kita tengok ke kiri awal2 lagi dah boleh nampak kopitiam tu.

Ainn tak ambik pon gambar depan kopitiam tadi. Dah tengahari kan, so paham2 la keadaan cuacanya macam mana. Takde la panas sangat, musim hujan kan. Tapi kalau ada anak kecik ni dalam kategori panas la tu. Boleh google sendiri ya. Kopitiam tu bukan macam kopitiam lain yang nampak gah dan mewah. Nampak dari luar macam kedai kopi aje.

Mungkin dah bukan waktu breakfast masa kitorang sampai tadi, orang dah tak ramai. Crew2 restoran tengah mengemas. Ada yang tengah mop lantai.

Sebab nak ngeteh je kan. Perut pon belom rasa lapar lagi. Kitorang order roti titab je, sorang satu. Hubby order teh tarik, Ainn pulak order milo tabur. Saja gantikan milo tunggeng yang tak dapat rasa tadi. Inshaa Allah tunggu Aisy besar sikit kita pergi ya.

Roti titab ni nampak je simple macam ni. Sekali rasa memang angkat ibu jari!  Kaya yang digunakan tu secukup rasa. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Ada rasa lemak2 gitu. Spread sama2 dengan telur masak separuh, roti yang dibakar sempurna. Setiap suapan terasa nikmatnya. Kalau bukan sebab misi jalan2 cari makan maunya Ainn tambah lagi roti titab ni.

Ini hubby punya, dikirimkan gambarnya untuk Aus. 'Birthday cake' katanya. Hubby tolong makan bagi pihak Aus.

Soal harga? Untuk 2roti titab RM10. Dua2 minuman tadi pulak RM7.50. Total RM18.55, GST included.

Inilah dia Muhammad Haziq al-Hafiz @ Iman Firdaus. Anak susuan Ainn. Genap setahun hari ni. Selamat hari lahir Aus. Semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, jadi anak soleh untuk dua2 ummi dan abi Aus ya. Untuk ibu kandung Aus jugak.

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu Part 1

Hari ni bermulanya misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu. Idea yang dicetuskan Mr. Hubby. Sebab agak lama jugak nak stay kat rumah tok ayoh apa salahnya bawak Aisy jalan2. Pilihan ummi dan abi Aisy semestinya jalan2 cari makan.

Kitorang plan misi ni berjalan 3hari 2malam je. Ainn cari dan plan tempat makan, hubby pulak cari dan plan tempat nak menginap. 2,3hari jugak Ainn duk menggoogle tempat2 makan best kat Kota Bharu ni. Ada la beberapa list. Hubby pon dah jumpa dah hotel yang dia berkenan, Tune Hotel kononnya nak jadi Datuk2.

Malam tadi terpaksa ubah plan. Tak jadi stay kat Tune Hotel sebab banyak komen negatif, especially in cleanliness issue. Dan baru Ainn tahu Tune Hotel tu hotel bajet? No wonderlah exterior dia macam guna cat murah je. Tapi harganya tak macam budget hotel pon. Ke commenter tu classified Tune Hotel as budget hotel base on his experience stay kat sana.

Dah kesuntukan masa hubby suruh Ainn je pilih hotel mana yang nak stay nanti. Oke kali ni dah tak pandang dah macam mana interior hotel tu. Look exclusive or not. Yang tu Ainn put aside. Ainn tengok comments je, cleanliness je. Kalau setakat ratenya OK Ainn reject, apa lagi kalau rate POOR atau VERY POOR, lagi la taknak. Nak yang VERY CLEAN tu kesian pulak hubby nak kena banyak keluar. So kalau dapat CLEAN je pon Ainn pilih je.

Dan pilihan Ainn Destiny Riverside Hotel untuk 1st night, dan Thank Q Inn untuk 2nd night. Ainn focus on price jugak, lowest to highest. Tengok la macam mana nanti Ainn stay kat dua2 hotel ni. Puas hati ke, tak puas hati ke, rasa nak stay je kat hotel taknak keluar bilik ke, rasa nak tukar hotel lain je terus lepas check in ke. Ainn cerita pengalaman Ainn nanti. Tunggu ya.

Dah tukar hotel ni means plan tempat makan pon kena ubah jugak la ya. Ainn arrange tempat makan tu ikut distance dengan hotel jugak. Main redah je lah nanti makan kat mana2 pon.

Tuesday, December 6, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Maggi Ketam @ Relax Cafe

Nak sambung cerita tadi. Hihihi. Kali ni barulah betul2 jalan2 cari makan.

Dah siap beli Big Apple Donuts yang mengecewakan tadi saje je Ainn buat2 tanya hubby nak pergi mana2 ke. Hubby nak terus balik je. Ainn terus suggest makan maggi ketam yang kitorang nampak balik dari makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya 2hari lepas. Dalam hati mintak2lah hubby tak penat lagi, mintak2 jugak hubby masih ingat kedai tu.

Bila hubby on aje berbunga2lah hati ni. Terus je mangosteen meluncur ke restoran yang kitorang nampak hari tu. Restoran ni letaknya depan sikit je dari Restoran Nadieya, tapi duk belah kanan. Kalau dah park kat Restoran Nadieya nak jalan kaki je pon boleh ke sini.

Masa hubby park mangosteen kat luar, ada sorang abang tengah susun meja kerusi kat luar. Ada kat luar restoran tu WAKTU OPERASI 4.44pm - 1.11am. Kitorang sampai tu belom pon pukul4 lagi. Hikhikhik awal betul kitorang terjah. Nasib baik diorang alu2kan jugak kedatangan kami. Siap suruh masuk ke dalam lagi sebab cuaca masih panas, walaupon tak terik.

Disebabkan kitorang je customers yang ada tak boleh nak tengok2 gelagat orang. So kita buat gelagat kita sendiri. Tak boleh nak bergelagat sangat sebenarnya. Setakat tengok gambar2 yang bertampal kat dinding tu sementara menuunggu order. Orang2 yang 'ada nama' yang pernah makan kat restoran ni. Wuu bukan senang tau nak memodelkan hubby. Hahahahah.

Tak lama pon untuk air ni nak sampai. Melampau weh nak buat 2air ni je nak tunggu lelama macam ramai customers. Jus kiwi pilihan Ainn, jus asam boi pilihan hubby. Terasa jusnya. Bukan jenis yang kedekut ye. Tengoklah ada buih2 kat bahagian atas gelas, bukti buah yang digunakan tu banyak. Harganya RM3 segelas. Kalau nak yang blended tambah je singgit lagi.

Hubby mintak maggi udang galah. Ada 5ekor udang galah dalam ni, Ainn mintak sekor. Hihihi. Harganya RM12 sepinggan.

Ini dia maggi ketam. Ainn suka pilih menu special kalau makan kat luar macam ni. Makan je kat mana2 mesti order menu special kedai tu. Melainkan Ainn pernah try sekali dan rasanya tak sedap pada lidah dan tekak Ainn.

Ketam ni boleh pilih. Abang tu suruh pilih nak ketam kecik ke ketam besar. Ainn tak sure kecik besar tu dari segi saiz ke dari segi jenis ketam tu. Hubby suruh ambik ketam besar je. Harga untuk maggi ketam ni pulak bergantung kepada berat ketam. RM8 untuk setiap 100g.

Lepas order tu abang yang ambik order kitorang hantar tukul dan playar, jugak kayu ala chopping board kecik. Ainn cakap kat hubby, alah gigit ngan gigi jelah nanti, tak payah nak guna tukul bagai.

Sekali bila Ainn nak makan takdenya nak gigit ngan gigi je. Ketam tu ketam yang kulit keras punya. Bukan ketam bunga oke. Nak patah gigi nak main gigit je? Terpaksalah Ainn menukang sorang2 semata2 nak makan ketam tu. 1st time makan ketam guna tukul. Macam jakun pon ada.

Sambil2 makan tadi owner restoran
 ni tegur, ala2 beramah mesra dengan customers gitu. Rupanya restoran ni dah lama bukak. Cuma bertukar lokasi je. Patutlah tengok kat menunya MAGGI KETAM KUTAN. 

Ini sementara menunggu hubby habis makan. Melayan Aisy yang nak didukung. Umminya apa lagi, selfie la dulu. Aisy pulak jual mahal, langsung taknak pandang. Dah tu siap tutup muka ummi pulak tu. Nasib baik tangan kecik aje, nampak jugak muka ummi yang comel ni. Hikhikhik.

Sebelom balik sekali lagi mintak hubby ambik gambar Ainn dengan Aisy kat depan restoran ni. Tengok tu kejamnya ummi terpaksa pegang Aisy sampai macam tu sekali sebab nak Aisy tengok depan. Hihihi takdelah kejam sangat pon.

Dalam kereta on the way balik Ainn tanya pasal harga kat hubby. Ainn tanya pendapat hubby harga maggi ketam udang galah je. Sebabnya kitorang pernah beli udang galah mentah yang belom dimasak harganya belas2 jugak. 5ekor jugak. Ini dah siap masak, dalam maggi pulak tu. Mungkin diorang dapat harga murah kot, kan borong.

Ainn cuba congak2 sendiri harga maggi ketam yang Ainn makan tadi. Rasa macam murah pulak, sebabnya kitorang makan tadi tak sampai pon RM50. Ainn tak tahu berapa berat ketam tadi, dan maggi yang tanpa ketam tu dikira macam mana.

Ini dia resit makan tadi. Oke berat ketam tu 3.4g. So harganya RM27.20. Maggi? Is it free? Dah la dalam tu ada bebola ketam dan udang jugak, walaupon udang saiz biasa restoran lain masukkan dalam menu masakan panas.

Kalau macam tu memang magginya tu free je la ya? Just bayar harga ketam je. Dan maggi udang galah pon rasanya. Entah2 bayar harga udang galah tu je.

Berbaloi2 je rasanya makan kat Relax Cafe ni. Recommended lah!

»Next time nak try ayam kampung madu pulak

Big Apple Donuts & Coffee Yang Mengecewakan

Sebenarnya ada cerita di sebalik kelewatan Ainn balik tadi. Siap urusan kat Maybank takdenya nak terus balik. Elok je suami isteri ni kaki jalan, kuat makan. Mestilah nak kena cari makan dulu. Pergi Tumpat tadi tak sempat nak jalan2 cari makan, so kita jalan2 cari makan kat Kota Bharu je lah. Penat je malam tadi berjaga cari tempat makan sedap kat Tumpat. Belom rezeki Ainn lagi nak merasa nampaknya.

Takpe, hari ni Ainn nak tuntut Big Apple Donut yang hubby janjikan dulu. Ikutkan masa tu plan nak pergi Aeon Bukit Indah, sebab dah lewat tak pergi pon. Sampailah Aisy dah 2bulan++ baru boleh tuntut. So Ainn ajaklah hubby ke KB Mall. Semata2 nakkan Big Apple Donuts oke!

Rasanya ini kali ke5 kot Ainn jejakkan kaki kat KB Mall. Tempat macam ni bukan choice Ainn lah. Tapi sebab nak Big Apple Donuts tu Ainn sanggup ke sini. Sebabnya Ainn tahu kat KB Mall je ada Big Apple Donuts kat Kelantan ni. Huhuhu teruk kan Ainn ni?

Kalau baru 5kali jejak kaki kat KB Mall ni paham2 sendiri je lah ye. Mana nak ingat lot Big Apple Donuts tu. Seingat Ainn dekat dengan KFC. So landmarknya KFC la ye. Pusing2 sampai ke hujung takde jumpa pon. Huh dah jadi macam kes cari Maybank kat Tumpat tadi je nampak gayanya ni. Dah frust dah, entah2 kat Tesco. So nak confirmkan kena tengok information board la kan.

Selingan jap:
Duk sibuk cari Big Apple Donuts tadi lalu kat kedai spec. Then hubby tanya, 'syg taknak tukar spek ke?' Hihi rezeki hari ni tukar spek baru. Tapi belom siap lagi la.

Sambungan:
Rupanya dah pindah dah. Dekat Pacific rupanya. Stall kecik je! Abes tu nak makan kat mana nanti? Terpaksa tapau la nampak gayanya. Ainn tengok2 macam tak banyak choice je. Flavour yang ada pon ada dalam 3-4bijik je. Tinggal sebijik je pon ada jugak. Ainn tengok sorang akak manis duk 'merias' donuts. Then ada sorang abang foreigner hensem serves Ainn. Alahai tak reti kecek Kelate la pulak mamat ni. Tak best betol bila kena cakap luai kat Kelatam nih. Berbelit pulak rasa lidah ni nak cakap luai.

Yang frustnya bila Ainn mintak durian flavor, jawapannya TAKDE! Frust betul. Yang teringin sebenarnya nakkan yang durian tu aje. Terpaksa banyak kali duk ulang alik kat kaunter tu nak pilih yang mana.

So inilah pilihan Ainn. Atas kiri *cheese* dan bawah kiri *mango + coconut* tu Ainn tak pernah rasa pon sebelom ni. Main pilih je. Mintak hubby pilihkan dia langsung taknak. Susah betul, tahu nak makan yang orang pilih je. Alasannya Ainn yang teringin kan, so Ainn la yang kena pilih. Masalahnya syg yang sy nak tu takde. Nampak donuts ni pon macam tak menarik je. Macam kedekut sangat accessories dia tu.

Dan bila makan agak frust dengan rasanya. Tak pernah Ainn rasa frust macam ni bila makan Big Apple Donuts sebelom ni. Tapi yang ni rasanya banyak yang tak menjadi. Bila suap kat hubby pon sama. Lagilah hubby kaki komplen. Macam donut tu yang lama je. Macam serap banyak minyak je. Macam kosong je. Macam itu. Macam ini. Macam2.

Kalau macam nilah gayanya Big Apple Donuts kat sini, tak peliklah kalau dari lot kedai pindah ke stall. Banned dah Big Apple Donuts kat KB Mall. Takde dah pergi KB Mall lagi semata2 nakkan Big Apple Donuts.

Alahai Maybank Part 2... Apa Yang Ada Di Tumpat?

Dah banyak hari hubby ajak pergi Maybank. Nak transfer duit kat sapa entah. Ainn bawak dia pergi Wakaf Bharu, lupa pulak kat Wakaf Bharu takde Maybank. Tahun lepas Ainn bayar deposit pelamin kat Maybank Tumpat. Inilah yang dikatakan 'lupa' ni salah satu nikmat Allah. Sebab 'lupa' lah Ainn dapat lepaskan gian nak makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya. Alhamdulillah rezeki.

Tadi hubby ajak pergi Tumpat, nak ke Maybank la tempat tujuannya. Puas pusing kat Bandar Tumpat tu tak jumpa pon Maybank. Ainn ni baru 2, 3 kali je ke Bandar Tumpat. Bab jalan memang susah nak ingat. Seingat Ainn Maybank tu letaknya dekat bangunan sejajar dengan Pasar Tumpat. Kalau masuk lorong pasar tu *pasar kat belah kanan* means Maybank pon duk belah kanan jugak.

2, 3 kali pusing still tak jumpa jugak. Yang jumpa BSN dan Agro Bank je. 'Takde apa pon kat Tumpat ni. Sedap je duk mengata kita yang duk dalam bukit, dalam hutan ni ulu. Bank 'besar' macam ni pon takde? At least kita *Gua Musang* ada banyak jugak bank. Maju sangat ke ni macam ni je? Dengan takde apa pon kat sini.' Itu antaranya bebelan hubby. Nak dikarang semuanya karang penat pulak nak menaip. Bla bla bla je la.

2, 3 kali pusing akhirnya Ainn perasan ada satu lot kedai tu dindingnya macam baru ditampal. Ya, kat sinilah Maybank tu! Dinding yang baru bertampal tu ATM Machine. Takkan dah tutup kot. Kan baru bukak je branch kat sini. Lagilah hubby bebel2. Maybank tak lakulah kat sini, Maybank tak pandai nak 'tarik' orang kampung bukak akaun Maybanklah. Macam2 yang dibebelkan.

Nak tak nak terpaksalah menghala ke Kota Bharu. Penat je berpusing kat Tumpat. Kan ke lebih baik ke Kota Bharu je terus tadi. Jaraknya lebih kurang aje. Cuma kat Bandar Tumpat tak jem macam kat Bandar Kota Bharu.

Balik petang tadi tok ayoh tanya. Yelah keluar sebelom Zuhur tadi dah Asar baru balik. Dahlah keluar tadi tak bagitahu apa pon. Kalau zaman sekolah dulu tiap kali nak pergi Kota Bharu awal2 lagi tok ayoh pesan pergi kejap2 je. Balik lewat sikit nasiblah siapa kat rumah tu kena bebel. Selagi tak sampai selagi tulah tok ayoh duk bebel. Bayangkan dibuatnya jalan jem ke, terlepas bas ke, bukannya tok ayoh ambik kisah pasal tu. Yang dia tahu cucu2 dia sampai awal kat rumah. So tak payah nak mengada nak pusing2 sakanlah kat bandar Kota Bharu tu.

Oke, berbalik kepada tok ayoh tadi. Ainn cerita je lah kisah mencari Maybank kat Tumpat tu. Dahlah kat Tumpat banyak kali pusing, kat Kota Bharu pon sama jugak. Asyik orang tunjuk jalan kita pusing stereng je boleh la. Kali ni sama2 'pening' dengan jalan kat Kota Bharu ni. Hah kali ni lagi jauh, lagi berbelit nak pusing.

Jawapan tok ayoh:
Maybank Tumpat tu dah tutup la!! Baru je tutup, bulan 12 ni la.

Huh memang betul la kot yang Ainn cakap tadi, lot kedai tu lah Maybank. Dan baru sama2 teringat Maybank sekarang ni dalam proses menutup branches. Penatkan diri je lah heh.

»syg, banyak sebenarnya yang ada di Tumpat ni. Walaupon bandar Tumpat tak semaju bandar Gua Musang tapi kat sinilah sy dilahirkan, kat sinilah kampong sy, kat sinilah saudara sy. Banyaknya yang ada di Gua Musang takde di Tumpat, banyak jugak yang ada di Tumpat takde di Gua Musang. Bukan antara Tumpat - Gua Musang je, mana2 pon sama aje. Semaju2 KL tu ada pantai? Setakat Pantai Dalam boleh la.