Masa nak masuk kat bahagian receptionist Destiny Riverside Hotel tengahari tadi cepat je mata Ainn tangkap restoran sebelahnya. 'Ohh kat sini rupanya Ali Baba Tempayan yang hangat diperkatakan tu.' Terus plan nak try makan kat situ petang nanti.
Ikutkan hubby ajak makan kat Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengahari. Tapi masih kenyang lagi makan roti titab tadi. Pergi lewat2 sikitlah. Lagi pon Nasi Ulam Cikgu bukak sampai petang.
Tengok Aisy sedap je tidur tak sampai hati pulak nak kacau dia. So Ainn suggest kat hubby makan je kat Ali Baba Tempayan. Lagi pon malam nanti Pok Teh ajak makan kat Gle'Wak Cafe.
Bergambar sementara menunggu makanan sampai. Tengoklah tu Aisy tidur bukan main sedap lagi. Qadha yang malam tadi la tu. Ada pulak malam2 nak berdukung, nak berjalan. Hubby cakap Ainn tak pesan kat Aisy, sebab tu Aisy taknak tidur.
Ini pilihan kitorang. Ikutkan hubby nak naan cheese dengan kari kambing je. Kalau nak rasa bukan ke lebih baik kita pilih yang berlainan, boleh sama2 rasa. So pilihannya naan biasa dan naan cheese. Kuahnya pulak kari ayam dan kari kambing. Ada sejenis lagi kari daging cincang.
Naan biasa tu rasanya biasa2 je. Dah nama pon naan biasa, takde apa yang luar biasa pon. Naan cheese tu bagi Ainn memang sedap. Walaupon cheesenya takde meleleh atau tertarik bila ditarik setiap piecenya macam naan cheese kat tempat lain tapi rasanya tetap sedap. Kalau nak rasa roti naan kat Ali Baba Tempayan ni Ainn suggest order naan cheese. Naan biasa harga RM2, naan cheese pulak RM5.
Kuahnya pulak. Bagi Ainn kuah kari ayam tu pon biasa2 je rasanya. Takde pulak rasa sedap sehingga menjilat jari. Kuah tu licin sebab Ainn suka makan roti cicah kuah banyak. Tak cukup kuahnya bagi Ainn. Kari kambing pulak ada sedikit berbau hamis. Ada orang suka makan kambing berbau, baru ada nikmat makan kambing katanya. Ainn pulak akan sakit kepala kalau makan kambing bau hamis. Yang tak suka kambing hamis memang Ainn tak recommend kari kambing. Oke harganya. Kari ayam RM2.50, kari kambing RM7.
Ainn pernah baca kat belog orang lain sebelom turun makan kat Ali Baba Tempayan ni tadi. Katanya roti tu saiznya kecik, makan sekeping tak kenyang. Sebab tulah Ainn order 2keping. Bagi Ainn sekeping pon dah cukup, kan roti naan ni cepat kenyang.
Ini dia kedudukan restoran Ali Baba Tempayan, betul2 sebelah Destiny Riverside Hotel. Masa Ainn makan petang tadi belom ada lagi customers lain. Kat luar ni takde orang pon, panas lagi. Gambar ni Ainn ambik masa jalan2 petang tadi.
Ramai yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan sedap hingga ada yang datang lagi, dan lagi, dan lagi. Ainn pulak rasanya dah taknak datang lagi kot kat sini. Ada yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan tersedap di dunia. Ainn pulak cakap roti naan kat sini paling kureng setakat yang Ainn pernah makan.
Setiap orang seleranya berbeza, citarasanya berbeza.
No comments:
Post a Comment