Nuffnang Ads

Wednesday, December 7, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu Part 1

Hari ni bermulanya misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu. Idea yang dicetuskan Mr. Hubby. Sebab agak lama jugak nak stay kat rumah tok ayoh apa salahnya bawak Aisy jalan2. Pilihan ummi dan abi Aisy semestinya jalan2 cari makan.

Kitorang plan misi ni berjalan 3hari 2malam je. Ainn cari dan plan tempat makan, hubby pulak cari dan plan tempat nak menginap. 2,3hari jugak Ainn duk menggoogle tempat2 makan best kat Kota Bharu ni. Ada la beberapa list. Hubby pon dah jumpa dah hotel yang dia berkenan, Tune Hotel kononnya nak jadi Datuk2.

Malam tadi terpaksa ubah plan. Tak jadi stay kat Tune Hotel sebab banyak komen negatif, especially in cleanliness issue. Dan baru Ainn tahu Tune Hotel tu hotel bajet? No wonderlah exterior dia macam guna cat murah je. Tapi harganya tak macam budget hotel pon. Ke commenter tu classified Tune Hotel as budget hotel base on his experience stay kat sana.

Dah kesuntukan masa hubby suruh Ainn je pilih hotel mana yang nak stay nanti. Oke kali ni dah tak pandang dah macam mana interior hotel tu. Look exclusive or not. Yang tu Ainn put aside. Ainn tengok comments je, cleanliness je. Kalau setakat ratenya OK Ainn reject, apa lagi kalau rate POOR atau VERY POOR, lagi la taknak. Nak yang VERY CLEAN tu kesian pulak hubby nak kena banyak keluar. So kalau dapat CLEAN je pon Ainn pilih je.

Dan pilihan Ainn Destiny Riverside Hotel untuk 1st night, dan Thank Q Inn untuk 2nd night. Ainn focus on price jugak, lowest to highest. Tengok la macam mana nanti Ainn stay kat dua2 hotel ni. Puas hati ke, tak puas hati ke, rasa nak stay je kat hotel taknak keluar bilik ke, rasa nak tukar hotel lain je terus lepas check in ke. Ainn cerita pengalaman Ainn nanti. Tunggu ya.

Dah tukar hotel ni means plan tempat makan pon kena ubah jugak la ya. Ainn arrange tempat makan tu ikut distance dengan hotel jugak. Main redah je lah nanti makan kat mana2 pon.

No comments:

Post a Comment