Tahun lepas kan kecoh pasal kena tukar kad bank. Yang menariknya kad Maybank boleh letak gambar sendiri. Ainn beria la nak letak gambar kat kad tu walaupon kena bayar. Hubby mulanya dah frust sebab maybank2u dia ada masalah. Rupanya boleh je guna akaun maybank2u orang lain. So hubby pon apply jugak la kad bergambar tu.
Ini gambar pilihan Ainn sendiri. Saja nak abadikan hari akad nikah pada kad ni. Dan suka sangat gambar ni sebab Ainn nampak kurus. Tak nampak kan berat Ainn macam 80kg++? Tapi bila nak guna gambar ni nak kena rotate la. Tak rotate karang nampak badan aje la. Tak nampak la kesliman Ainn tu. Hihihi.
Ini pulak gambar pilihan hubby. Gambar ni outdoor shoot 2hari lepas majlis bertandang. Ikutkan hubby sebenarnya dia nak gambar bertiga dengan Aisy. Tapi masa kitorang apply kad ni belom ada pon lagi gambar kitorang 1family. Nak taknak terpaksa la hubby guna gambar ber2 jugak. Tapi dia dah taknak ambik gambar masa akad nikah. Asalnya Ainn suggest gambar masa hari akad nikah jugak, tapi gambar lain la tak sama dengan yang Ainn punya. Hubby pulak taknak sama, so dia chose yang ni. Bila ingat balik status Ainn masa ni kira gambar ber3 jugak la ni ye. Masa ni Ainn dah pregnant 3bulan. Hihihi bersanding ber3.
Masa hubby nak gambar ni Ainn sebenarnya tak suka. Sebabnya nampak kan gambar Ainn yang bersaiz XXXL tu. Dan macam ada yang tak kena je ngan gambar ni. Tapi hubby berkeras dia nak jugak gambar ni. Dah boleh bayangkan dah betapa buruknya kad hubby nanti. Hahhahhah. Ainn nak tunggu gelak je bila kad dah siap nanti. Dah la dia punya tak payah nak rotate ke nak edit pape, ikut aje mana yang dia dah crop tu.
Setelah berbulan2, hubby mula duk bising pasal kad Maybank ni. Dari bulan lepas lagi. Takde la berbulan2 pon, sebulan je lepas tu hubby dah sibuk ajak Ainn tanyakan pasal kad ni kat Maybank Kulai. Sebabnya dah tak boleh nak withdraw kat ATM bank lain. Nak kena kat ATM Maybank je. Jauh nak kena ke Kulai tiap kali nak withdraw. Memang susah sejak Maybank Senai Utama dah tutup. Nak kena bersesak2 kat Kulai. Dah la parking susah, jem, jauh, orang ramai. Nak tak nak terpaksa la ke sana jugak.
Ainn bukannya taknak pergi tanya, cuma taknak dapat jawapan yang mengecewakan je. Ikutkan emel yang Ainn dapat kad ni boleh siap dalam masa 30hari bekerja. Kira punya kira dalam bulan Februari la baru dapat. 2, 3hari lepas Ainn baru perasan kat situ jugak dia ada cakap, kalau kad ni tak dituntut dalam masa 3bulan kira tak dapat la kad ni. Dan bayaran untuk kad tu tak akan dipulangkan. Ikutkan 3bulan pon sama la bulan ni jugak. Agak cuak jugak sebab emel tu 15 Disember 2016. Terus Ainn call Maybank tanya pasal status kad Ainn ni. Katanya 16 Disember esoknya tu kad Ainn ni dah ready dah pon. Huk aloh, gitu pulok.
Tengahari tadi lepas waktu sekolah kitorang terus pergi Maybank Kulai. Harap2 dapat diselamatkanlah kad Ainn tu walaupon dah 3bulan. Dan inilah yang Ainn dapat.
Ini Ainn punya kad. Agak frust jugak bila tengok kad ni. Tulisan 'Visa paywave' dan 'MyDebit' tu jadi warna biru. Tulisan 'VALID THRU' pulak jadi warna hitam. Dan nombor2 tu memang warna putih, tapi ada shadow la pulak kat tulisan tu. Memang warna macam ni ke? Bukan ke semuanya tu warna putih je? Bukan main kita pilih gambar putih2 je, dan edit gambar tu biar kena kat bahagian putih je. Yang dapatnya lain pulak. Tapi hubby cakap oke la, sebab warnanya tu 'masuk'. Cantik. Masuk ke tak masuk ke nak jugak warna putih.
My card should be like this!!! Cantik je dengan tulisan putih tu. Kenapa mesti nak kena tukar warna tu? Kenapa nak kena ada shadow kat tulisan tu? Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Hah, ni pulak hubby punya kad. Elok aje semua yang kaler2 Ainn punya tadi tu warna putih aje. Eh2 gambar tu terus jadi hitam je? Yang nampaknya cahaya matahari yang makin tenggelam aje. Cantik la pulak jadiknya gambar ni. Tak jadilah nak gelak. Muncung pulak sebab kad kita tak cantik. Huhuhuhu je la.
Bila pergi ambik kad tadi rupanya hubby punya kad dah sampai kat branch Kulai ni 21 Disember 2016 lagi! Dan Ainn punya baru sampai minggu ni, 13 Februari 2017. Yang peliknya kitorang apply sama2, pada hari yang sama, menggunakan akaun maybank2u yang sama. Cuma gambar aje lain2. Ke lambat sebab nak edit tulisan tuh? Huh kalau ikut kata hubby nak tanya pasal kad ni awal2 ari tu alamatnya dapat ambik kad dia sorang je la. Dan yang bertambah peliknya masa Ainn call semalam kat HQ cakap kad Ainn dah siap 16 Disember 2016 lagi. Kenapa Maybank Kulai baru dapat 13 Februari 2017? Lama betul pos!
Tak puas hati, nak jugak telek dua2 kad ni sama2. Bila diletakkan sama2 kad2 ni. Nak tukar!!!! Nak yang sunset tu!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment