Perasan tak kat lidah baby macam ada lapisan tebal warna putih. Ainn tak pasti semua baby jadi macam tu ke atau segelintir je. Masa nurse pergi rumah masa hari ke20 nurse suruh bersihkan lidah tu. Tapi Ainn tak tahu nak bersihkan macam mana. Nurse ada terangkan caranya, Ainn pulak bercampur dengan tak berani jugak sebenarnya.
Bila dah sebulan, bawak Aisy pergi klinik. Pon sama, nurse tegur pasal lidah. Kalau tak dicuci lidah tu takot jadi serawan susu pulak nanti. Apa pulak serawan susu tu? Ainn tak tahu, tapi dapat agak la ianya benda yang tidak bagus untuk baby. Kali ni nurse ajar sambil buat demo. Terus cuci lidah Aisy. Lepas2 ni kena cuci sendiri la.
Mula2 kena pastikan waktu nak cuci lidah tu baby bukan baru lepas menyusu. Agak2 lebih setengah jam selepas menyusu baru boleh nak buat misi ni. Lagi lama lagi bagus. Kalau macam Aisy yang kerap menyusu selepas setengah jam kira okay je. Tunggu lagi karang takut dia dah nak menyusu pulak. Habis tu bila nak cuci?
Alatan yang diperlukan cukup dengan sekeping kain kasa. Ye kot kain kasa namanya. Alah kain jarang2 yang balut luka tu. Kalau takde kain tu boleh je guna kain lampin. Kalau guna kain lampin kena basahkan sikit kain lampin tu.
Kain yang digunakan tu balut jari telunjuk. Kalau guna kain lampin pastikan part yang basah tadi la yang balut jari telunjuk ni. Lepas tu gosok2 lidah baby dengan jari telunjuk yang berbalut tadi. Nanti boleh tengok ada 'kerak' putih pada kain tu. Itulah lapisan putih pada lidah baby. Ainn takde pulak ambik gambar nak tunjuk macam mana. Boleh bayangkan sendiri kan macam mana.
Mula2 nurse buat Aisy menjerit bukan main kuat. Tu buat Ainn makin takot nak cuci lidah Aisy. Tapi bila pikir balik takot jadi serawan susu yang Ainn tak tahu macam mana tu Ainn kuatkan diri. Alhamdulillah Aisy tak nangis. Alah sekali je kot Ainn cuci. Sekarang Ainn tengok macam takde je lapisan putih tu kat lidah Aisy. Lepas ni kalaau jadi lagi at least Ainn dah tahu macam mana nak buat.
No comments:
Post a Comment