Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Lamb Chop & Chicken Grill @ Gle'wak Cafe

Hubby share gambar kitorang makan maggi ketam & maggi udang galah kat Relax Cafe kat group WhatsApp family dia, pokteh terus ajak keluar makan malam tu kat Gle'Wak Cafe. Tapi Aisy dah penat, dah mula meragam. Ummi dan Abi Aisy pon sama, penat jugak. Cuma tak meragam macam Aisy. Lagipon esoknya *semalam* kan dah nak mula misi jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu.

So malam tadi kitorang makan kat Gle'wak Cafe. Walaupon ikut plan yang Ainn dah buat Gle'wak Cafe ni takde pon dalam list. Mokteh cakap cafe ni baru lagi beroperasi. Sebelom ni cafe ni hanya hidangkan menu tengahari je, baru je lagi mulakan menu untuk malam.

Ainn try google nama cafe ni petang semalam, tak banyak sangat info yang yang dapat. Banyaknya share makan western food. Katanya chicken chop kat situ sedap.

Bila dah ada lamb chop Ainn mesti nak lamb chop. Dah taknak dah chicken chop. Ini lamb chop special. Dihidangkan bersama sos lada hitam, telur goreng, fries, coleslaw dan spaghetti.

Ini pulak chicken grill. Nak order chicken chop untuk hubby takut dia rasa muak pulak asyik makan ayam bersalut tepung je. Chicken grill ni pon yang special jugak. Sama je dengan lamb chop tadi, bezanya tang ayam tu je la. Besar paha ayam yang digunakan. Hubby just makan ayam dengan telur dan coleslaw je. Fries dengan spaghetti tu Ainn la yang bedal semuanya. Hihihi.

Coffee latte untuk hubby, laici kang untuk Ainn. Comel je bila serve dalam jar macam ni. Lupa pulak nak bagitahu taknak ais. Tak boleh nak habiskan perut cepat rasa penuh bila minum air sejuk. Hubby pulak complaint tak puas hati dengan coffee latte tu. Rasa macam nescafe ais biasa je.

Bagi Ainn makan kat sini so-so je. Mungkin Ainn pernah makan lamb chop yang berganda2 lebih sedap berbanding kat sini. Lamb tu dimasak penuh, tak rasa juicy. Dan Ainn rasa diorang guna mutton, bukan lamb. Gravy dia pon kalau dipekatkan sikit je lagi baru oke pada Ainn. Tak tahu nak komen macam mana. Macam Ainn cakap tadi just so-so. Hubby senang je cakap, 'tak sedap pon makan sini!'

Suggestion Ainn? Mungkin Ainn tak recommend la untuk letakkan cafe ni dalam list jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni. Kalau tempat makan sedap2 kat tempat lain semuanya dah pernah try boleh je nak try kat sini pulak. Melainkan kalau tekak macam Ainn, telan je, asalkan makanan tu bukan dalam kategori betul2 tak sedap. Jangan salah paham dengan 'tak sedap' hubby tu. Maksud hubby tu kesedapannya tu takde apa yang nak dibanggakan pon. Masih boleh diterima. So-so. Soal harga pon sama je dengan tempat2 lain yang Ainn pernah pergi.

Bergambar kenangan dengan pengantin baru sebelom makan. Memang pasangan 2 Rabiul Awal ni suka makan2 ek?

No comments:

Post a Comment