Nuffnang Ads

Tuesday, December 6, 2016

Alahai Maybank Part 2... Apa Yang Ada Di Tumpat?

Dah banyak hari hubby ajak pergi Maybank. Nak transfer duit kat sapa entah. Ainn bawak dia pergi Wakaf Bharu, lupa pulak kat Wakaf Bharu takde Maybank. Tahun lepas Ainn bayar deposit pelamin kat Maybank Tumpat. Inilah yang dikatakan 'lupa' ni salah satu nikmat Allah. Sebab 'lupa' lah Ainn dapat lepaskan gian nak makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya. Alhamdulillah rezeki.

Tadi hubby ajak pergi Tumpat, nak ke Maybank la tempat tujuannya. Puas pusing kat Bandar Tumpat tu tak jumpa pon Maybank. Ainn ni baru 2, 3 kali je ke Bandar Tumpat. Bab jalan memang susah nak ingat. Seingat Ainn Maybank tu letaknya dekat bangunan sejajar dengan Pasar Tumpat. Kalau masuk lorong pasar tu *pasar kat belah kanan* means Maybank pon duk belah kanan jugak.

2, 3 kali pusing still tak jumpa jugak. Yang jumpa BSN dan Agro Bank je. 'Takde apa pon kat Tumpat ni. Sedap je duk mengata kita yang duk dalam bukit, dalam hutan ni ulu. Bank 'besar' macam ni pon takde? At least kita *Gua Musang* ada banyak jugak bank. Maju sangat ke ni macam ni je? Dengan takde apa pon kat sini.' Itu antaranya bebelan hubby. Nak dikarang semuanya karang penat pulak nak menaip. Bla bla bla je la.

2, 3 kali pusing akhirnya Ainn perasan ada satu lot kedai tu dindingnya macam baru ditampal. Ya, kat sinilah Maybank tu! Dinding yang baru bertampal tu ATM Machine. Takkan dah tutup kot. Kan baru bukak je branch kat sini. Lagilah hubby bebel2. Maybank tak lakulah kat sini, Maybank tak pandai nak 'tarik' orang kampung bukak akaun Maybanklah. Macam2 yang dibebelkan.

Nak tak nak terpaksalah menghala ke Kota Bharu. Penat je berpusing kat Tumpat. Kan ke lebih baik ke Kota Bharu je terus tadi. Jaraknya lebih kurang aje. Cuma kat Bandar Tumpat tak jem macam kat Bandar Kota Bharu.

Balik petang tadi tok ayoh tanya. Yelah keluar sebelom Zuhur tadi dah Asar baru balik. Dahlah keluar tadi tak bagitahu apa pon. Kalau zaman sekolah dulu tiap kali nak pergi Kota Bharu awal2 lagi tok ayoh pesan pergi kejap2 je. Balik lewat sikit nasiblah siapa kat rumah tu kena bebel. Selagi tak sampai selagi tulah tok ayoh duk bebel. Bayangkan dibuatnya jalan jem ke, terlepas bas ke, bukannya tok ayoh ambik kisah pasal tu. Yang dia tahu cucu2 dia sampai awal kat rumah. So tak payah nak mengada nak pusing2 sakanlah kat bandar Kota Bharu tu.

Oke, berbalik kepada tok ayoh tadi. Ainn cerita je lah kisah mencari Maybank kat Tumpat tu. Dahlah kat Tumpat banyak kali pusing, kat Kota Bharu pon sama jugak. Asyik orang tunjuk jalan kita pusing stereng je boleh la. Kali ni sama2 'pening' dengan jalan kat Kota Bharu ni. Hah kali ni lagi jauh, lagi berbelit nak pusing.

Jawapan tok ayoh:
Maybank Tumpat tu dah tutup la!! Baru je tutup, bulan 12 ni la.

Huh memang betul la kot yang Ainn cakap tadi, lot kedai tu lah Maybank. Dan baru sama2 teringat Maybank sekarang ni dalam proses menutup branches. Penatkan diri je lah heh.

»syg, banyak sebenarnya yang ada di Tumpat ni. Walaupon bandar Tumpat tak semaju bandar Gua Musang tapi kat sinilah sy dilahirkan, kat sinilah kampong sy, kat sinilah saudara sy. Banyaknya yang ada di Gua Musang takde di Tumpat, banyak jugak yang ada di Tumpat takde di Gua Musang. Bukan antara Tumpat - Gua Musang je, mana2 pon sama aje. Semaju2 KL tu ada pantai? Setakat Pantai Dalam boleh la.

No comments:

Post a Comment