Nuffnang Ads

Tuesday, December 6, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Maggi Ketam @ Relax Cafe

Nak sambung cerita tadi. Hihihi. Kali ni barulah betul2 jalan2 cari makan.

Dah siap beli Big Apple Donuts yang mengecewakan tadi saje je Ainn buat2 tanya hubby nak pergi mana2 ke. Hubby nak terus balik je. Ainn terus suggest makan maggi ketam yang kitorang nampak balik dari makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya 2hari lepas. Dalam hati mintak2lah hubby tak penat lagi, mintak2 jugak hubby masih ingat kedai tu.

Bila hubby on aje berbunga2lah hati ni. Terus je mangosteen meluncur ke restoran yang kitorang nampak hari tu. Restoran ni letaknya depan sikit je dari Restoran Nadieya, tapi duk belah kanan. Kalau dah park kat Restoran Nadieya nak jalan kaki je pon boleh ke sini.

Masa hubby park mangosteen kat luar, ada sorang abang tengah susun meja kerusi kat luar. Ada kat luar restoran tu WAKTU OPERASI 4.44pm - 1.11am. Kitorang sampai tu belom pon pukul4 lagi. Hikhikhik awal betul kitorang terjah. Nasib baik diorang alu2kan jugak kedatangan kami. Siap suruh masuk ke dalam lagi sebab cuaca masih panas, walaupon tak terik.

Disebabkan kitorang je customers yang ada tak boleh nak tengok2 gelagat orang. So kita buat gelagat kita sendiri. Tak boleh nak bergelagat sangat sebenarnya. Setakat tengok gambar2 yang bertampal kat dinding tu sementara menuunggu order. Orang2 yang 'ada nama' yang pernah makan kat restoran ni. Wuu bukan senang tau nak memodelkan hubby. Hahahahah.

Tak lama pon untuk air ni nak sampai. Melampau weh nak buat 2air ni je nak tunggu lelama macam ramai customers. Jus kiwi pilihan Ainn, jus asam boi pilihan hubby. Terasa jusnya. Bukan jenis yang kedekut ye. Tengoklah ada buih2 kat bahagian atas gelas, bukti buah yang digunakan tu banyak. Harganya RM3 segelas. Kalau nak yang blended tambah je singgit lagi.

Hubby mintak maggi udang galah. Ada 5ekor udang galah dalam ni, Ainn mintak sekor. Hihihi. Harganya RM12 sepinggan.

Ini dia maggi ketam. Ainn suka pilih menu special kalau makan kat luar macam ni. Makan je kat mana2 mesti order menu special kedai tu. Melainkan Ainn pernah try sekali dan rasanya tak sedap pada lidah dan tekak Ainn.

Ketam ni boleh pilih. Abang tu suruh pilih nak ketam kecik ke ketam besar. Ainn tak sure kecik besar tu dari segi saiz ke dari segi jenis ketam tu. Hubby suruh ambik ketam besar je. Harga untuk maggi ketam ni pulak bergantung kepada berat ketam. RM8 untuk setiap 100g.

Lepas order tu abang yang ambik order kitorang hantar tukul dan playar, jugak kayu ala chopping board kecik. Ainn cakap kat hubby, alah gigit ngan gigi jelah nanti, tak payah nak guna tukul bagai.

Sekali bila Ainn nak makan takdenya nak gigit ngan gigi je. Ketam tu ketam yang kulit keras punya. Bukan ketam bunga oke. Nak patah gigi nak main gigit je? Terpaksalah Ainn menukang sorang2 semata2 nak makan ketam tu. 1st time makan ketam guna tukul. Macam jakun pon ada.

Sambil2 makan tadi owner restoran
 ni tegur, ala2 beramah mesra dengan customers gitu. Rupanya restoran ni dah lama bukak. Cuma bertukar lokasi je. Patutlah tengok kat menunya MAGGI KETAM KUTAN. 

Ini sementara menunggu hubby habis makan. Melayan Aisy yang nak didukung. Umminya apa lagi, selfie la dulu. Aisy pulak jual mahal, langsung taknak pandang. Dah tu siap tutup muka ummi pulak tu. Nasib baik tangan kecik aje, nampak jugak muka ummi yang comel ni. Hikhikhik.

Sebelom balik sekali lagi mintak hubby ambik gambar Ainn dengan Aisy kat depan restoran ni. Tengok tu kejamnya ummi terpaksa pegang Aisy sampai macam tu sekali sebab nak Aisy tengok depan. Hihihi takdelah kejam sangat pon.

Dalam kereta on the way balik Ainn tanya pasal harga kat hubby. Ainn tanya pendapat hubby harga maggi ketam udang galah je. Sebabnya kitorang pernah beli udang galah mentah yang belom dimasak harganya belas2 jugak. 5ekor jugak. Ini dah siap masak, dalam maggi pulak tu. Mungkin diorang dapat harga murah kot, kan borong.

Ainn cuba congak2 sendiri harga maggi ketam yang Ainn makan tadi. Rasa macam murah pulak, sebabnya kitorang makan tadi tak sampai pon RM50. Ainn tak tahu berapa berat ketam tadi, dan maggi yang tanpa ketam tu dikira macam mana.

Ini dia resit makan tadi. Oke berat ketam tu 3.4g. So harganya RM27.20. Maggi? Is it free? Dah la dalam tu ada bebola ketam dan udang jugak, walaupon udang saiz biasa restoran lain masukkan dalam menu masakan panas.

Kalau macam tu memang magginya tu free je la ya? Just bayar harga ketam je. Dan maggi udang galah pon rasanya. Entah2 bayar harga udang galah tu je.

Berbaloi2 je rasanya makan kat Relax Cafe ni. Recommended lah!

»Next time nak try ayam kampung madu pulak

No comments:

Post a Comment