Nuffnang Ads

Thursday, February 16, 2017

Maybank Picture Card

Tahun lepas kan kecoh pasal kena tukar kad bank. Yang menariknya kad Maybank boleh letak gambar sendiri. Ainn beria la nak letak gambar kat kad tu walaupon kena bayar. Hubby mulanya dah frust sebab maybank2u dia ada masalah. Rupanya boleh je guna akaun maybank2u orang lain. So hubby pon apply jugak la kad bergambar tu.

Ini gambar pilihan Ainn sendiri. Saja nak abadikan hari akad nikah pada kad ni. Dan suka sangat gambar ni sebab Ainn nampak kurus. Tak nampak kan berat Ainn macam 80kg++? Tapi bila nak guna gambar ni nak kena rotate la. Tak rotate karang nampak badan aje la. Tak nampak la kesliman Ainn tu. Hihihi.

Ini pulak gambar pilihan hubby. Gambar ni outdoor shoot 2hari lepas majlis bertandang. Ikutkan hubby sebenarnya dia nak gambar bertiga dengan Aisy. Tapi masa kitorang apply kad ni belom ada pon lagi gambar kitorang 1family. Nak taknak terpaksa la hubby guna gambar ber2 jugak. Tapi dia dah taknak ambik gambar masa akad nikah. Asalnya Ainn suggest gambar masa hari akad nikah jugak, tapi gambar lain la tak sama dengan yang Ainn punya. Hubby pulak taknak sama, so dia chose yang ni. Bila ingat balik status Ainn masa ni kira gambar ber3 jugak la ni ye. Masa ni Ainn dah pregnant 3bulan. Hihihi bersanding ber3.

Masa hubby nak gambar ni Ainn sebenarnya tak suka. Sebabnya nampak kan gambar Ainn yang bersaiz XXXL tu. Dan macam ada yang tak kena je ngan gambar ni. Tapi hubby berkeras dia nak jugak gambar ni. Dah boleh bayangkan dah betapa buruknya kad hubby nanti. Hahhahhah. Ainn nak tunggu gelak je bila kad dah siap nanti. Dah la dia punya tak payah nak rotate ke nak edit pape, ikut aje mana yang dia dah crop tu.

Setelah berbulan2, hubby mula duk bising pasal kad Maybank ni. Dari bulan lepas lagi. Takde la berbulan2 pon, sebulan je lepas tu hubby dah sibuk ajak Ainn tanyakan pasal kad ni kat Maybank Kulai. Sebabnya dah tak boleh nak withdraw kat ATM bank lain. Nak kena kat ATM Maybank je. Jauh nak kena ke Kulai tiap kali nak withdraw. Memang susah sejak Maybank Senai Utama dah tutup. Nak kena bersesak2 kat Kulai. Dah la parking susah, jem, jauh, orang ramai. Nak tak nak terpaksa la ke sana jugak.

Ainn bukannya taknak pergi tanya, cuma taknak dapat jawapan yang mengecewakan je. Ikutkan emel yang Ainn dapat kad ni boleh siap dalam masa 30hari bekerja. Kira punya kira dalam bulan Februari la baru dapat. 2, 3hari lepas Ainn baru perasan kat situ jugak dia ada cakap, kalau kad ni tak dituntut dalam masa 3bulan kira tak dapat la kad ni. Dan bayaran untuk kad tu tak akan dipulangkan. Ikutkan 3bulan pon sama la bulan ni jugak. Agak cuak jugak sebab emel tu 15 Disember 2016. Terus Ainn call Maybank tanya pasal status kad Ainn ni. Katanya 16 Disember esoknya tu kad Ainn ni dah ready dah pon. Huk aloh, gitu pulok.

Tengahari tadi lepas waktu sekolah kitorang terus pergi Maybank Kulai. Harap2 dapat diselamatkanlah kad Ainn tu walaupon dah 3bulan. Dan inilah yang Ainn dapat.

Ini Ainn punya kad. Agak frust jugak bila tengok kad ni. Tulisan 'Visa paywave' dan 'MyDebit' tu jadi warna biru. Tulisan 'VALID THRU' pulak jadi warna hitam. Dan nombor2 tu memang warna putih, tapi ada shadow la pulak kat tulisan tu. Memang warna macam ni ke? Bukan ke semuanya tu warna putih je? Bukan main kita pilih gambar putih2 je, dan edit gambar tu biar kena kat bahagian putih je. Yang dapatnya lain pulak. Tapi hubby cakap oke la, sebab warnanya tu 'masuk'. Cantik. Masuk ke tak masuk ke nak jugak warna putih.

My card should be like this!!! Cantik je dengan tulisan putih tu. Kenapa mesti nak kena tukar warna tu? Kenapa nak kena ada shadow kat tulisan tu? Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Hah, ni pulak hubby punya kad. Elok aje semua yang kaler2 Ainn punya tadi tu warna putih aje. Eh2 gambar tu terus jadi hitam je? Yang nampaknya cahaya matahari yang makin tenggelam aje. Cantik la pulak jadiknya gambar ni. Tak jadilah nak gelak. Muncung pulak sebab kad kita tak cantik. Huhuhuhu je la.

Bila pergi ambik kad tadi rupanya hubby punya kad dah sampai kat branch Kulai ni 21 Disember 2016 lagi! Dan Ainn punya baru sampai minggu ni, 13 Februari 2017. Yang peliknya kitorang apply sama2, pada hari yang sama, menggunakan akaun maybank2u yang sama. Cuma gambar aje lain2. Ke lambat sebab nak edit tulisan tuh? Huh kalau ikut kata hubby nak tanya pasal kad ni awal2 ari tu alamatnya dapat ambik kad dia sorang je la. Dan yang bertambah peliknya masa Ainn call semalam kat HQ cakap kad Ainn dah siap 16 Disember 2016 lagi. Kenapa Maybank Kulai baru dapat 13 Februari 2017? Lama betul pos!

Tak puas hati, nak jugak telek dua2 kad ni sama2. Bila diletakkan sama2 kad2 ni. Nak tukar!!!! Nak yang sunset tu!!!!!!!!

Wednesday, February 15, 2017

Perlukah Breast Pump Dibeli Sebelom Kelahiran?

Sebab tengah duk pam susu Aisy rasa nak share pasal breast pump je. Takde nak cerita banyak2 just nak give opinion base on experience Ainn je.

Memang niat dari awal lagi nak guna teknik marmet je. Huh macam pandai je kan nak perah dengan tangan je. Kononnya! Sebabnya masa tu ekonomi sangat2 kritikal. Banyak benda yang terlintas di fikiran ni nak dibeli. Barang2 keperluan baby especially. Dan masa tu 'kerja' hubby macam tak menjadi sangat. Ainn memang tak boleh dan tak nak mengharapkan sumbangan dari hubby. Duit Ainn pulak takde la banyak sangat. Dengan gaji yang tak seberapa tu la nak bayar ansuran kereta, sewa rumah, personal loan. Dan balancenya pulak nak beli barang dapur, bayar bills, isi minyak kereta. Semuanya dengan gaji yang tak seberapa tu. Sebab malu nak cakap takde duit plus nak sedapkan hati sendiri Ainn cakap je la nak guna teknik marmet je. Cara nurse ajar pon macam senang je nak buatnya.

Dalam pada duk canang nak guna teknik marmet tu at the same time ada jugak la Ainn usha2 breast pump ni. Bukannya usha kat kedai, just tanya member2 je. Tanya pendapat diorang breast pump mana yang okey. Bila ingat balik rasa macam kelakar pulak, selamba je sembang pasal breast pump ni kat group WhatsApp. Si Suami dan abang2 bujang dalam group tu diam2 je baca kitorang duk menyembang. 2 group je pon yang Ainn duk usha. Dan kedua2 group ni ramai yang suggest Ainn try dulu breast pump mana yang 'sedap' diguna. Kena pergi kedai yang ada tester la ye kalau gitu? Dan mestilah kena tunggu lepas bersalin dulu baru boleh try. *Masa ni seriously Ainn memang tak tahu sebenarnya susu dah keluar. Kalau nak try tak payah tunggu bersalin dulu*. Dan ada jugak yang suggest Ainn try teknik marmet je dulu. Kalau susu banyak, dan Ainn pandai perah sendiri tak payah susah2 nak beli breast pump. Save banyak kat situ.

Yes, with that 2nd point la Ainn tak beli lagi breast pump. Masa beli barang2 baby pon Ainn bagitahu hubby tak payah beli lagi breast pump ni, Ainn nak try teknik marmet dulu. Lagipon Ainn kan cuti 3bulan, nanti dah dekat nak sekolah baru beli pon takpe. Buat stok susu sikit2 je dulu pon takpe. Lagi pon keadaan ekonomi kan memang tak mengizinkan waktu tu. Ainn rasa lebih baik Ainn beralah dulu dengan baby, beli je keperluan baby yang lain dulu. Susu baby boleh bagi direct je. Rasanya tak perlu kot nak sibukkan breast pump ni dulu kan. Yang ni pikir kemudian je, fokus on keperluan baby je dulu.

Bila Ainn dah mula lahirkan Aisy, malam pertama tu Aisy kena admid wad. So Ainn tak tahu bila masanya Aisy dah berjaga nak susu. Dan wad Aisy sangat jauh dengan wad Ainn. Banyak kali Ainn ngan hubby pergi ke wad Aisy tapi Aisy asyik tidur je. Masa tu rasa menyesalnya tak beli breast pump awal2. Ikutkan breast pump termasuk dalam list barang keperluan yang nak bawak ke hospital. Masa duk pack barang tu terpikir jugak apa kepentingannya breast pump ni. Langsung tak terpikirkan kes2 macam ni. Sebab takde jawapan untuk persoalan kepentingannya tu lagi la Ainn abaikan list yang satu ni. Bila dah terkena baru nak menyesal.

Awal2 baru je masuk alam baru, mostly mommies tak pandai sangat nak susukan baby. Baby pun sama, tak pandai lagi nak nyonyot nipple. Lagi kasihan kalau nipple pendek. Sebelom bersalin elok aje nipple terbentuk. Nurse ke doktor ke check cantik je diorang cakap. Tapi bila baby dah keluar tiba2 je nipple ni macam meleper pulak. Lagi susah baby nak nyonyot. Bila situasi macam ni ramai mommies yang give up, terus bagi formula milk. Alasannya? Baby taknak hisap nipple dia. Memang la, dah nipple tu tak keluar macam mana baby nak nyonyot? Kena la keluarkan dulu nipple tu. Macam mana nak tarik niple tu keluar? Cara paling senang bagi Ainn sedut je guna breast pump. Memang la sekali pam je nipple tu tak terus keluar, nak kena bagi susu yang dah keluar tu dulu kat baby. 2, 3hari lepas tu nipple tu keluar la, then baby pon dan boleh nak nyonyot. Jangan cepat buat keputusan bagi formula milk ya. Bila dah jadi situasi macam ni barulah kelam kabut nak cari breast pump. Tak ke naya macam tu?

Lagi satu situasi bila mommies terpaksa tinggalkan baby untuk urusan kerja. Memang la kita dalam tempoh cuti bersalin lagi. Tapi dibuatnya ada urgent cases yang terpaksa kita tinggal baby kat rumah, at least ada bekalan untuk baby bila dia lapar. Macam kes Ainn pulak Ainn ni yang jenis tak boleh duduk rumah je. Habis je pantang terus ajak hubby ke bandar. Kebetulan pulak ada urusan, nak tukar kad bank lah kononnya. Dan nak beli keperluan Aisy yang dah nak habis. Maa tak kasi bawak Aisy, kesian lama2 nak tunggu giliran kat bank tu. So maa suruh tinggal je Aisy kat rumah. Kena tinggalkan jugak la 'makanan' Aisy. Dan sekali lagi Ainn tinggalkan Aisy kat maa sebab nak tampal gigi. Dah tak tahan sangat, dah tak boleh nak tunggu Aisy besar sikit. Bila dah ada breast pump boleh je sediakan breast milk untuk Aisy. No nned formula milk.

Dengan 3pengalaman ni Ainn simpulkan:
Mommies, please READY YOUR BREAST PUMP AWAL2 oke. Tak perlu tunggu baby tu keluar dulu baru sibuk nak cari breast pump. Remember this:
BREAST MILK IS BABY'S #1 NEEDED! Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak terjangka.

Tuesday, February 14, 2017

Biar Sedikit Tetapi Berterusan

Hello! Hello! Hello! Hai...! I'm back babies. Hahaha macam ada je yang menunggu kemunculan new entries. Hihihi saje je nak poyokan diri sendiri. Kan dah lama tak bersiaran. Rasanya last masa misi Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu berlangsung. Terus stop kat situ. Huisy dah lama sangat tu. Kiranya ni 1st entry untuk tahun 2017. Welcome 2017! Dah Februari dah pon, baru nak wish ke? It's oke, awal lagi kan. Belom pon tengah tahun atau akhir tahun.

Hurmm panjang pulak mukadimah kali ni. Mentang2 dah lama senyap. Oke balik kepada tujuan asal, kali ni Ainn nak cerita pasal nafkah. Nafkah zahir je. Nak share sikit je pon, kisah sendiri.

Tak tahulah kenapa, dari mana datangnya idea ni. Tiba2 je hujung tahun lepas Ainn suarakan niat/pendapat Ainn kat hubby. Ainn cakap mulai tahun ni Ainn nak duit belanja sekolah RM10 sehari. Tak kira macam mana pon, ada duit ke takde duit ke, kot2 mana pon Ainn nak jugak duit belanja sekolah RM10 sehari tu.

Dan bermulalah episod hubby bagi duit belanja sekolah bermula 26 Disember 2016. Setiap hari RM10. Kalau takde duit kecik hubby bagi RM20, sekali ngan untuk esoknya lah. Kadang2 bagi terus RM50. Susah sikit la kalau bagi tengah minggu macam hari Selasa ke. Selasa minggu depan baru boleh mintak lagi. Takot tak ingat je. Apa susah, bila dah ingat balik tuntut la balik duit belanja tu! Hewhewhew.

Minggu ke2 pernah sekali hubby terlupa nak bagi, Ainn sendiri pon lupa nak mintak. Balik tengahari tu Ainn tuntut. Hahaha boleh ek gitu? Boleh je, bukan orang lain pon. Laki kita jugak kan? Nak manja2 je kot mintak duit belanja ni.

Pernah sekali Ainn kena pergi sekolah hari Jumaat sebab nak siapkan roti yang PIBG order untuk mesyuarat esoknya. Hah untuk hari tu pon Ainn mintak jugak tau. Tak kira hari apa, asalkan kena pergi sekolah. Tak kira dah makan sebelom pergi sekolah ke, dah bawak bekal ke. Yang tu belakang kira. As long as that day Ainn pergi sekolah means ada peruntukan untuk Ainn RM10.

Nak dijadikan cerita Ainn terkena sakit gastrik. Hubby pesan la suruh jaga makan. Hubby borong macam2 untuk bekalan Ainn makan kat sekolah. Belvita, nestum, macam2 jenis biskut. Semua tu stok untuk Ainn makan masa kat sekolah dan waktu petang. Bila beli makanan kat kantin dah kena 2x beli. Breakfast and lunch. RM10 habis gitu je. Tak boleh nak buat simpanan.

Ainn up mintak RM20, 'botak la sy...'. Hamboi3 berkira ye ngan bini sendiri. Ingat tau abang2 kat luar sana, 'HAPPY WIFE MEANS HAPPY LIFE'. Kalau nak rasa life tu happy kena happykan wife dulu. Kalau mampu jangan nak berkira sangat dengan isteri. Murah hati dengan isteri in shaa Allah berganda murah rezeki Allah balas. Idea ni je Ainn selalu guna nak kenakan hubby balik.

Macam kes Ainn ni lain la. Ainn dah ada income sendiri. Duit dapur semua hubby yang belanja. Sesekali makan luar pon hubby je yang payung semua. Eh jap, sesekali ke? Rasanya macam selalu jek makan kat luar. Every weekends rasanya kot. Hahaha tak kisahlah yang tu. Oke sambung balik. Kes Ainn ni kes mengada je nak manja2. Tapi sempat jugak la merasa hubby bagi RM50 untuk 3hari.

Ainn cerita ni bukannya nak cerita suami Ainn ni baik hati. Siap bagi duit belanja sekolah even dah ada income sendiri. Atau nak tunjuk yang suami Ainn ni banyak duit. Padahal ramai je yang duk mengata status kerjaya dia tu, so takde apa yang nak ditunjuk2 yang dia tu banyak duit. Atau nak cakap untungnya diri Ainn tak payah keluar duit sendiri untuk belanja. Padahal gaji Ainn banyak duk menanggung hutang itu, hutang ini.

Inilah main story untuk entry ni. Cerita2 atas tu Ainn ceritakan supaya sedap sikit kot jalan ceritanya. Tak pon senang sikit kot nak paham. Dan biasalah bila dah lama tak bersiaran banyak pulak cerita2 lain yang diselitkan. Oke ini kisahnya.

Masa cuti Chinese New Year hari tu hubby mintak Ainn buatkan jadual 'gaji' dia. Katanya nak withdraw sebulan sekali je, macam Ainn dapat gaji. Macam jugak orang2 lain yang makan gaji. So Ainn tetapkan 10hb dia punya gaji. Kalau 10hb tu jatuhnya hari Sabtu Ainn bawak ke 9hb, awal le sehari gajinya bulan tu. Kalau 10hb tu jatuhnya hari Ahad Ainn bawak ke 11hb, so lewat sehari gaji bulan tu.

Oke setel bab tarikh gaji. Sama2 deal. Then hubby cakap 'gaji' dia tu akan ditransfer ke akaun bank Ainn. Wowww best kan terus direct ke akaun bank kita! Macam gaji sendiri pulak rasanya. Tapi yang tak bestnya Ainn nak kena manage duit tu. Untuk bayar bills, sewa rumah, belanja barang dapur, isi minyak kereta, dan lain2 perbelanjaan termasuk bil internet dia. Dan duit belanja Ainn yang RM10 sehari tu termasuk dalam ni lah.

Mula2 tak rasa apa pon. Naik sekolah macam biasa hubby bagi RM10 sehari. Last Friday 10hb bermulalah 'gaji pertama' masuk ke akaun bank Ainn. Inilah perubahan yang Ainn rasa. Tadi yang nak kena manage duit tu dah rasa tak best dah. Tapi yang ni lagi rasa tak best sangat2.

Tang mana tu?

Tang duit belanja RM10 tu la. Sebelom ni setiap hari lepas salam hubby hulur duit belanja, rasa macam dimanja sangat2. Rasa bahagia je. Walaupon kadang2 tak guna pon duit tu, kadang2 guna tak habis, kadang2 ngam2 RM10 belanja kat kantin. Walaupon sudahnya duit balance tu Ainn gunakan untuk 'belanja' hubby makan kat luar. Tapi perubahan ni terasa sangat. Nak sangat buat muka seposen mintak duit ngan hubby. Nak sangat buat muka senyum semeweh bila hubby hulur duit belanja tu. Nak sangat... arghh susah nak explain la perasaan masa tu. Semua tu dah takde dah bila duit belaja dah direct ke akaun bank.

Tadi Ainn suarakan kat hubby. Selamba je hubby cakap, 'Bagi sy kad bank!' Huh, sy bagi duit je nanti. RM200 untuk sebulan. Oke la tu untuk 4minggu sy kerja. Part yang tu je yang paling tak best. Yang lain2 boleh buat kot.

Walaupon banyak lagi cara lain nak bermanja, tapi cara senang ni taknak tinggal. Cara lain tu cara lain la. Cara ni pon nak jugak. Kalau boleh nak manja2 24/7. Bukannya nakkan duit tu, tapi nakkan situasi tu. Hahaha nasib la yang dapat isteri manja.

Thursday, December 8, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Lamb Chop & Chicken Grill @ Gle'wak Cafe

Hubby share gambar kitorang makan maggi ketam & maggi udang galah kat Relax Cafe kat group WhatsApp family dia, pokteh terus ajak keluar makan malam tu kat Gle'Wak Cafe. Tapi Aisy dah penat, dah mula meragam. Ummi dan Abi Aisy pon sama, penat jugak. Cuma tak meragam macam Aisy. Lagipon esoknya *semalam* kan dah nak mula misi jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu.

So malam tadi kitorang makan kat Gle'wak Cafe. Walaupon ikut plan yang Ainn dah buat Gle'wak Cafe ni takde pon dalam list. Mokteh cakap cafe ni baru lagi beroperasi. Sebelom ni cafe ni hanya hidangkan menu tengahari je, baru je lagi mulakan menu untuk malam.

Ainn try google nama cafe ni petang semalam, tak banyak sangat info yang yang dapat. Banyaknya share makan western food. Katanya chicken chop kat situ sedap.

Bila dah ada lamb chop Ainn mesti nak lamb chop. Dah taknak dah chicken chop. Ini lamb chop special. Dihidangkan bersama sos lada hitam, telur goreng, fries, coleslaw dan spaghetti.

Ini pulak chicken grill. Nak order chicken chop untuk hubby takut dia rasa muak pulak asyik makan ayam bersalut tepung je. Chicken grill ni pon yang special jugak. Sama je dengan lamb chop tadi, bezanya tang ayam tu je la. Besar paha ayam yang digunakan. Hubby just makan ayam dengan telur dan coleslaw je. Fries dengan spaghetti tu Ainn la yang bedal semuanya. Hihihi.

Coffee latte untuk hubby, laici kang untuk Ainn. Comel je bila serve dalam jar macam ni. Lupa pulak nak bagitahu taknak ais. Tak boleh nak habiskan perut cepat rasa penuh bila minum air sejuk. Hubby pulak complaint tak puas hati dengan coffee latte tu. Rasa macam nescafe ais biasa je.

Bagi Ainn makan kat sini so-so je. Mungkin Ainn pernah makan lamb chop yang berganda2 lebih sedap berbanding kat sini. Lamb tu dimasak penuh, tak rasa juicy. Dan Ainn rasa diorang guna mutton, bukan lamb. Gravy dia pon kalau dipekatkan sikit je lagi baru oke pada Ainn. Tak tahu nak komen macam mana. Macam Ainn cakap tadi just so-so. Hubby senang je cakap, 'tak sedap pon makan sini!'

Suggestion Ainn? Mungkin Ainn tak recommend la untuk letakkan cafe ni dalam list jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni. Kalau tempat makan sedap2 kat tempat lain semuanya dah pernah try boleh je nak try kat sini pulak. Melainkan kalau tekak macam Ainn, telan je, asalkan makanan tu bukan dalam kategori betul2 tak sedap. Jangan salah paham dengan 'tak sedap' hubby tu. Maksud hubby tu kesedapannya tu takde apa yang nak dibanggakan pon. Masih boleh diterima. So-so. Soal harga pon sama je dengan tempat2 lain yang Ainn pernah pergi.

Bergambar kenangan dengan pengantin baru sebelom makan. Memang pasangan 2 Rabiul Awal ni suka makan2 ek?

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Tempayan *Roti Naan* @ Ali Baba Tempayan

Masa nak masuk kat bahagian receptionist Destiny Riverside Hotel tengahari tadi cepat je mata Ainn tangkap restoran sebelahnya. 'Ohh kat sini rupanya Ali Baba Tempayan yang hangat diperkatakan tu.' Terus plan nak try makan kat situ petang nanti.

Ikutkan hubby ajak makan kat Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengahari. Tapi masih kenyang lagi makan roti titab tadi. Pergi lewat2 sikitlah. Lagi pon Nasi Ulam Cikgu bukak sampai petang.

Tengok Aisy sedap je tidur tak sampai hati pulak nak kacau dia. So Ainn suggest kat hubby makan je kat Ali Baba Tempayan. Lagi pon malam nanti Pok Teh ajak makan kat Gle'Wak Cafe.

Bergambar sementara menunggu makanan sampai. Tengoklah tu Aisy tidur bukan main sedap lagi. Qadha yang malam tadi la tu. Ada pulak malam2 nak berdukung, nak berjalan. Hubby cakap Ainn tak pesan kat Aisy, sebab tu Aisy taknak tidur.

Ini pilihan kitorang. Ikutkan hubby nak naan cheese dengan kari kambing je. Kalau nak rasa bukan ke lebih baik kita pilih yang berlainan, boleh sama2 rasa. So pilihannya naan biasa dan naan cheese. Kuahnya pulak kari ayam dan kari kambing. Ada sejenis lagi kari daging cincang.

Naan biasa tu rasanya biasa2 je. Dah nama pon naan biasa, takde apa yang luar biasa pon. Naan cheese tu bagi Ainn memang sedap. Walaupon cheesenya takde meleleh atau tertarik bila ditarik setiap piecenya macam naan cheese kat tempat lain tapi rasanya tetap sedap. Kalau nak rasa roti naan kat Ali Baba Tempayan ni Ainn suggest order naan cheese. Naan biasa harga RM2, naan cheese pulak RM5.

Kuahnya pulak. Bagi Ainn kuah kari ayam tu pon biasa2 je rasanya. Takde pulak rasa sedap sehingga menjilat jari. Kuah tu licin sebab Ainn suka makan roti cicah kuah banyak. Tak cukup kuahnya bagi Ainn. Kari kambing pulak ada sedikit berbau hamis. Ada orang suka makan kambing berbau, baru ada nikmat makan kambing katanya. Ainn pulak akan sakit kepala kalau makan kambing bau hamis. Yang tak suka kambing hamis memang Ainn tak recommend kari kambing. Oke harganya. Kari ayam RM2.50, kari kambing RM7.

Ainn pernah baca kat belog orang lain sebelom turun makan kat Ali Baba Tempayan ni tadi. Katanya roti tu saiznya kecik, makan sekeping tak kenyang. Sebab tulah Ainn order 2keping. Bagi Ainn sekeping pon dah cukup, kan roti naan ni cepat kenyang.

Ini dia kedudukan restoran Ali Baba Tempayan, betul2 sebelah Destiny Riverside Hotel. Masa Ainn makan petang tadi belom ada lagi customers lain. Kat luar ni takde orang pon, panas lagi. Gambar ni Ainn ambik masa jalan2 petang tadi.

Ramai yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan sedap hingga ada yang datang lagi, dan lagi, dan lagi. Ainn pulak rasanya dah taknak datang lagi kot kat sini. Ada yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan tersedap di dunia. Ainn pulak cakap roti naan kat sini paling kureng setakat yang Ainn pernah makan.

Setiap orang seleranya berbeza, citarasanya berbeza.

Wednesday, December 7, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Titab @ Kopitiam Kita

Yayy... jalan2 cari makan lagi. Love my hubby so much for this hobby. Yang tak bestnya Ainn ni makan lebih sikit je badan cepat aje kembang. Hubby pulak makan la banyak mana pon badan maintain keding gitu jugak.

Oke, untuk 1st day misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni kitorang start a bit late la. Aisy meragam malam tadi tak nak tidor. Dah dekat pukul 10 kitorang breakfast, nasi berlauk. Jangan peliklah breakfast kat Kelantan memang nasi. Macam berat je kan? Bukan 'macam' lagi, memang berat pon.

Memandangkan perut masih lagi kenyang so hubby nak pergi tempat ngeteh je. At first Ainn suggest Kedai Kopi Din Tokyo, semalam datang Kota Bharu ada nampak kedai kopi tu tepi jalan je kat tengah2 bandar. Biasalah kalau kat tengah2 bandar ni masalah parking la. Kalau kitorang berdua je boleh je nak park mana2, jauh sikit pon takpe boleh jalan kaki. Bila pikirkan kesian Aisy pulak nanti kena berpanas so we go to another choice.

2nd choice Ainn Kedai Pak Lah Milo Tunggeng. Betul la kot namanya Pak Lah. Dah sampai sana hubby cakap tak sesuai pulak untuk kitorang yang bawak baby ni. Kedai kopinya style kedai kopi dulu2, duk kat kerusi panjang. Dah la Aisy tengah meragam. Dibuatnya tengah menikmati milo kat situ Aisy tiba2 buat hal bukan aje milo Pak Lah je yang kena tunggeng, entah2 dengan kitorang sekali tertonggeng kat situ.

Okey, ini last choice ye. Kopitiam Kita. Tapi Kopitiam Kita ni dia bukak sampai tengahari je. 1.30pm dah tutup. Ada masa sejam je lagi. Harap2 sampai sana nanti takde yang kecewa lagi la.

Kalau guna maps, Kopitiam Kita tu macam duk tepi jalan besar je. Tapi kitorang follow maps tu tak jumpa pon kopitiam tu. Entah2 maps ni salah kot. Ke orang yang state location Kopitiam Kita tu salah state kat dalam maps.

Bila Ainn teringat Ainn ada baca Kopitiam ni letaknya ke dalam sikit, Ainn try google. Guna direction kat link situ je. Ikut direction situ memang kat dalam, tapi maps still bawak kat tepi jalan besar je jugak. Rezeki kali kedua ni Ainn perasankan kedai tu. Takdelah kena masuk ke dalam sangat. Dalam 10m je kot. Dan kopitiam tu tak menghadap ke jalan raya. Kalau kita tengok ke kiri awal2 lagi dah boleh nampak kopitiam tu.

Ainn tak ambik pon gambar depan kopitiam tadi. Dah tengahari kan, so paham2 la keadaan cuacanya macam mana. Takde la panas sangat, musim hujan kan. Tapi kalau ada anak kecik ni dalam kategori panas la tu. Boleh google sendiri ya. Kopitiam tu bukan macam kopitiam lain yang nampak gah dan mewah. Nampak dari luar macam kedai kopi aje.

Mungkin dah bukan waktu breakfast masa kitorang sampai tadi, orang dah tak ramai. Crew2 restoran tengah mengemas. Ada yang tengah mop lantai.

Sebab nak ngeteh je kan. Perut pon belom rasa lapar lagi. Kitorang order roti titab je, sorang satu. Hubby order teh tarik, Ainn pulak order milo tabur. Saja gantikan milo tunggeng yang tak dapat rasa tadi. Inshaa Allah tunggu Aisy besar sikit kita pergi ya.

Roti titab ni nampak je simple macam ni. Sekali rasa memang angkat ibu jari!  Kaya yang digunakan tu secukup rasa. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Ada rasa lemak2 gitu. Spread sama2 dengan telur masak separuh, roti yang dibakar sempurna. Setiap suapan terasa nikmatnya. Kalau bukan sebab misi jalan2 cari makan maunya Ainn tambah lagi roti titab ni.

Ini hubby punya, dikirimkan gambarnya untuk Aus. 'Birthday cake' katanya. Hubby tolong makan bagi pihak Aus.

Soal harga? Untuk 2roti titab RM10. Dua2 minuman tadi pulak RM7.50. Total RM18.55, GST included.

Inilah dia Muhammad Haziq al-Hafiz @ Iman Firdaus. Anak susuan Ainn. Genap setahun hari ni. Selamat hari lahir Aus. Semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, jadi anak soleh untuk dua2 ummi dan abi Aus ya. Untuk ibu kandung Aus jugak.

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu Part 1

Hari ni bermulanya misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu. Idea yang dicetuskan Mr. Hubby. Sebab agak lama jugak nak stay kat rumah tok ayoh apa salahnya bawak Aisy jalan2. Pilihan ummi dan abi Aisy semestinya jalan2 cari makan.

Kitorang plan misi ni berjalan 3hari 2malam je. Ainn cari dan plan tempat makan, hubby pulak cari dan plan tempat nak menginap. 2,3hari jugak Ainn duk menggoogle tempat2 makan best kat Kota Bharu ni. Ada la beberapa list. Hubby pon dah jumpa dah hotel yang dia berkenan, Tune Hotel kononnya nak jadi Datuk2.

Malam tadi terpaksa ubah plan. Tak jadi stay kat Tune Hotel sebab banyak komen negatif, especially in cleanliness issue. Dan baru Ainn tahu Tune Hotel tu hotel bajet? No wonderlah exterior dia macam guna cat murah je. Tapi harganya tak macam budget hotel pon. Ke commenter tu classified Tune Hotel as budget hotel base on his experience stay kat sana.

Dah kesuntukan masa hubby suruh Ainn je pilih hotel mana yang nak stay nanti. Oke kali ni dah tak pandang dah macam mana interior hotel tu. Look exclusive or not. Yang tu Ainn put aside. Ainn tengok comments je, cleanliness je. Kalau setakat ratenya OK Ainn reject, apa lagi kalau rate POOR atau VERY POOR, lagi la taknak. Nak yang VERY CLEAN tu kesian pulak hubby nak kena banyak keluar. So kalau dapat CLEAN je pon Ainn pilih je.

Dan pilihan Ainn Destiny Riverside Hotel untuk 1st night, dan Thank Q Inn untuk 2nd night. Ainn focus on price jugak, lowest to highest. Tengok la macam mana nanti Ainn stay kat dua2 hotel ni. Puas hati ke, tak puas hati ke, rasa nak stay je kat hotel taknak keluar bilik ke, rasa nak tukar hotel lain je terus lepas check in ke. Ainn cerita pengalaman Ainn nanti. Tunggu ya.

Dah tukar hotel ni means plan tempat makan pon kena ubah jugak la ya. Ainn arrange tempat makan tu ikut distance dengan hotel jugak. Main redah je lah nanti makan kat mana2 pon.

Tuesday, December 6, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Maggi Ketam @ Relax Cafe

Nak sambung cerita tadi. Hihihi. Kali ni barulah betul2 jalan2 cari makan.

Dah siap beli Big Apple Donuts yang mengecewakan tadi saje je Ainn buat2 tanya hubby nak pergi mana2 ke. Hubby nak terus balik je. Ainn terus suggest makan maggi ketam yang kitorang nampak balik dari makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya 2hari lepas. Dalam hati mintak2lah hubby tak penat lagi, mintak2 jugak hubby masih ingat kedai tu.

Bila hubby on aje berbunga2lah hati ni. Terus je mangosteen meluncur ke restoran yang kitorang nampak hari tu. Restoran ni letaknya depan sikit je dari Restoran Nadieya, tapi duk belah kanan. Kalau dah park kat Restoran Nadieya nak jalan kaki je pon boleh ke sini.

Masa hubby park mangosteen kat luar, ada sorang abang tengah susun meja kerusi kat luar. Ada kat luar restoran tu WAKTU OPERASI 4.44pm - 1.11am. Kitorang sampai tu belom pon pukul4 lagi. Hikhikhik awal betul kitorang terjah. Nasib baik diorang alu2kan jugak kedatangan kami. Siap suruh masuk ke dalam lagi sebab cuaca masih panas, walaupon tak terik.

Disebabkan kitorang je customers yang ada tak boleh nak tengok2 gelagat orang. So kita buat gelagat kita sendiri. Tak boleh nak bergelagat sangat sebenarnya. Setakat tengok gambar2 yang bertampal kat dinding tu sementara menuunggu order. Orang2 yang 'ada nama' yang pernah makan kat restoran ni. Wuu bukan senang tau nak memodelkan hubby. Hahahahah.

Tak lama pon untuk air ni nak sampai. Melampau weh nak buat 2air ni je nak tunggu lelama macam ramai customers. Jus kiwi pilihan Ainn, jus asam boi pilihan hubby. Terasa jusnya. Bukan jenis yang kedekut ye. Tengoklah ada buih2 kat bahagian atas gelas, bukti buah yang digunakan tu banyak. Harganya RM3 segelas. Kalau nak yang blended tambah je singgit lagi.

Hubby mintak maggi udang galah. Ada 5ekor udang galah dalam ni, Ainn mintak sekor. Hihihi. Harganya RM12 sepinggan.

Ini dia maggi ketam. Ainn suka pilih menu special kalau makan kat luar macam ni. Makan je kat mana2 mesti order menu special kedai tu. Melainkan Ainn pernah try sekali dan rasanya tak sedap pada lidah dan tekak Ainn.

Ketam ni boleh pilih. Abang tu suruh pilih nak ketam kecik ke ketam besar. Ainn tak sure kecik besar tu dari segi saiz ke dari segi jenis ketam tu. Hubby suruh ambik ketam besar je. Harga untuk maggi ketam ni pulak bergantung kepada berat ketam. RM8 untuk setiap 100g.

Lepas order tu abang yang ambik order kitorang hantar tukul dan playar, jugak kayu ala chopping board kecik. Ainn cakap kat hubby, alah gigit ngan gigi jelah nanti, tak payah nak guna tukul bagai.

Sekali bila Ainn nak makan takdenya nak gigit ngan gigi je. Ketam tu ketam yang kulit keras punya. Bukan ketam bunga oke. Nak patah gigi nak main gigit je? Terpaksalah Ainn menukang sorang2 semata2 nak makan ketam tu. 1st time makan ketam guna tukul. Macam jakun pon ada.

Sambil2 makan tadi owner restoran
 ni tegur, ala2 beramah mesra dengan customers gitu. Rupanya restoran ni dah lama bukak. Cuma bertukar lokasi je. Patutlah tengok kat menunya MAGGI KETAM KUTAN. 

Ini sementara menunggu hubby habis makan. Melayan Aisy yang nak didukung. Umminya apa lagi, selfie la dulu. Aisy pulak jual mahal, langsung taknak pandang. Dah tu siap tutup muka ummi pulak tu. Nasib baik tangan kecik aje, nampak jugak muka ummi yang comel ni. Hikhikhik.

Sebelom balik sekali lagi mintak hubby ambik gambar Ainn dengan Aisy kat depan restoran ni. Tengok tu kejamnya ummi terpaksa pegang Aisy sampai macam tu sekali sebab nak Aisy tengok depan. Hihihi takdelah kejam sangat pon.

Dalam kereta on the way balik Ainn tanya pasal harga kat hubby. Ainn tanya pendapat hubby harga maggi ketam udang galah je. Sebabnya kitorang pernah beli udang galah mentah yang belom dimasak harganya belas2 jugak. 5ekor jugak. Ini dah siap masak, dalam maggi pulak tu. Mungkin diorang dapat harga murah kot, kan borong.

Ainn cuba congak2 sendiri harga maggi ketam yang Ainn makan tadi. Rasa macam murah pulak, sebabnya kitorang makan tadi tak sampai pon RM50. Ainn tak tahu berapa berat ketam tadi, dan maggi yang tanpa ketam tu dikira macam mana.

Ini dia resit makan tadi. Oke berat ketam tu 3.4g. So harganya RM27.20. Maggi? Is it free? Dah la dalam tu ada bebola ketam dan udang jugak, walaupon udang saiz biasa restoran lain masukkan dalam menu masakan panas.

Kalau macam tu memang magginya tu free je la ya? Just bayar harga ketam je. Dan maggi udang galah pon rasanya. Entah2 bayar harga udang galah tu je.

Berbaloi2 je rasanya makan kat Relax Cafe ni. Recommended lah!

»Next time nak try ayam kampung madu pulak

Big Apple Donuts & Coffee Yang Mengecewakan

Sebenarnya ada cerita di sebalik kelewatan Ainn balik tadi. Siap urusan kat Maybank takdenya nak terus balik. Elok je suami isteri ni kaki jalan, kuat makan. Mestilah nak kena cari makan dulu. Pergi Tumpat tadi tak sempat nak jalan2 cari makan, so kita jalan2 cari makan kat Kota Bharu je lah. Penat je malam tadi berjaga cari tempat makan sedap kat Tumpat. Belom rezeki Ainn lagi nak merasa nampaknya.

Takpe, hari ni Ainn nak tuntut Big Apple Donut yang hubby janjikan dulu. Ikutkan masa tu plan nak pergi Aeon Bukit Indah, sebab dah lewat tak pergi pon. Sampailah Aisy dah 2bulan++ baru boleh tuntut. So Ainn ajaklah hubby ke KB Mall. Semata2 nakkan Big Apple Donuts oke!

Rasanya ini kali ke5 kot Ainn jejakkan kaki kat KB Mall. Tempat macam ni bukan choice Ainn lah. Tapi sebab nak Big Apple Donuts tu Ainn sanggup ke sini. Sebabnya Ainn tahu kat KB Mall je ada Big Apple Donuts kat Kelantan ni. Huhuhu teruk kan Ainn ni?

Kalau baru 5kali jejak kaki kat KB Mall ni paham2 sendiri je lah ye. Mana nak ingat lot Big Apple Donuts tu. Seingat Ainn dekat dengan KFC. So landmarknya KFC la ye. Pusing2 sampai ke hujung takde jumpa pon. Huh dah jadi macam kes cari Maybank kat Tumpat tadi je nampak gayanya ni. Dah frust dah, entah2 kat Tesco. So nak confirmkan kena tengok information board la kan.

Selingan jap:
Duk sibuk cari Big Apple Donuts tadi lalu kat kedai spec. Then hubby tanya, 'syg taknak tukar spek ke?' Hihi rezeki hari ni tukar spek baru. Tapi belom siap lagi la.

Sambungan:
Rupanya dah pindah dah. Dekat Pacific rupanya. Stall kecik je! Abes tu nak makan kat mana nanti? Terpaksa tapau la nampak gayanya. Ainn tengok2 macam tak banyak choice je. Flavour yang ada pon ada dalam 3-4bijik je. Tinggal sebijik je pon ada jugak. Ainn tengok sorang akak manis duk 'merias' donuts. Then ada sorang abang foreigner hensem serves Ainn. Alahai tak reti kecek Kelate la pulak mamat ni. Tak best betol bila kena cakap luai kat Kelatam nih. Berbelit pulak rasa lidah ni nak cakap luai.

Yang frustnya bila Ainn mintak durian flavor, jawapannya TAKDE! Frust betul. Yang teringin sebenarnya nakkan yang durian tu aje. Terpaksa banyak kali duk ulang alik kat kaunter tu nak pilih yang mana.

So inilah pilihan Ainn. Atas kiri *cheese* dan bawah kiri *mango + coconut* tu Ainn tak pernah rasa pon sebelom ni. Main pilih je. Mintak hubby pilihkan dia langsung taknak. Susah betul, tahu nak makan yang orang pilih je. Alasannya Ainn yang teringin kan, so Ainn la yang kena pilih. Masalahnya syg yang sy nak tu takde. Nampak donuts ni pon macam tak menarik je. Macam kedekut sangat accessories dia tu.

Dan bila makan agak frust dengan rasanya. Tak pernah Ainn rasa frust macam ni bila makan Big Apple Donuts sebelom ni. Tapi yang ni rasanya banyak yang tak menjadi. Bila suap kat hubby pon sama. Lagilah hubby kaki komplen. Macam donut tu yang lama je. Macam serap banyak minyak je. Macam kosong je. Macam itu. Macam ini. Macam2.

Kalau macam nilah gayanya Big Apple Donuts kat sini, tak peliklah kalau dari lot kedai pindah ke stall. Banned dah Big Apple Donuts kat KB Mall. Takde dah pergi KB Mall lagi semata2 nakkan Big Apple Donuts.

Alahai Maybank Part 2... Apa Yang Ada Di Tumpat?

Dah banyak hari hubby ajak pergi Maybank. Nak transfer duit kat sapa entah. Ainn bawak dia pergi Wakaf Bharu, lupa pulak kat Wakaf Bharu takde Maybank. Tahun lepas Ainn bayar deposit pelamin kat Maybank Tumpat. Inilah yang dikatakan 'lupa' ni salah satu nikmat Allah. Sebab 'lupa' lah Ainn dapat lepaskan gian nak makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya. Alhamdulillah rezeki.

Tadi hubby ajak pergi Tumpat, nak ke Maybank la tempat tujuannya. Puas pusing kat Bandar Tumpat tu tak jumpa pon Maybank. Ainn ni baru 2, 3 kali je ke Bandar Tumpat. Bab jalan memang susah nak ingat. Seingat Ainn Maybank tu letaknya dekat bangunan sejajar dengan Pasar Tumpat. Kalau masuk lorong pasar tu *pasar kat belah kanan* means Maybank pon duk belah kanan jugak.

2, 3 kali pusing still tak jumpa jugak. Yang jumpa BSN dan Agro Bank je. 'Takde apa pon kat Tumpat ni. Sedap je duk mengata kita yang duk dalam bukit, dalam hutan ni ulu. Bank 'besar' macam ni pon takde? At least kita *Gua Musang* ada banyak jugak bank. Maju sangat ke ni macam ni je? Dengan takde apa pon kat sini.' Itu antaranya bebelan hubby. Nak dikarang semuanya karang penat pulak nak menaip. Bla bla bla je la.

2, 3 kali pusing akhirnya Ainn perasan ada satu lot kedai tu dindingnya macam baru ditampal. Ya, kat sinilah Maybank tu! Dinding yang baru bertampal tu ATM Machine. Takkan dah tutup kot. Kan baru bukak je branch kat sini. Lagilah hubby bebel2. Maybank tak lakulah kat sini, Maybank tak pandai nak 'tarik' orang kampung bukak akaun Maybanklah. Macam2 yang dibebelkan.

Nak tak nak terpaksalah menghala ke Kota Bharu. Penat je berpusing kat Tumpat. Kan ke lebih baik ke Kota Bharu je terus tadi. Jaraknya lebih kurang aje. Cuma kat Bandar Tumpat tak jem macam kat Bandar Kota Bharu.

Balik petang tadi tok ayoh tanya. Yelah keluar sebelom Zuhur tadi dah Asar baru balik. Dahlah keluar tadi tak bagitahu apa pon. Kalau zaman sekolah dulu tiap kali nak pergi Kota Bharu awal2 lagi tok ayoh pesan pergi kejap2 je. Balik lewat sikit nasiblah siapa kat rumah tu kena bebel. Selagi tak sampai selagi tulah tok ayoh duk bebel. Bayangkan dibuatnya jalan jem ke, terlepas bas ke, bukannya tok ayoh ambik kisah pasal tu. Yang dia tahu cucu2 dia sampai awal kat rumah. So tak payah nak mengada nak pusing2 sakanlah kat bandar Kota Bharu tu.

Oke, berbalik kepada tok ayoh tadi. Ainn cerita je lah kisah mencari Maybank kat Tumpat tu. Dahlah kat Tumpat banyak kali pusing, kat Kota Bharu pon sama jugak. Asyik orang tunjuk jalan kita pusing stereng je boleh la. Kali ni sama2 'pening' dengan jalan kat Kota Bharu ni. Hah kali ni lagi jauh, lagi berbelit nak pusing.

Jawapan tok ayoh:
Maybank Tumpat tu dah tutup la!! Baru je tutup, bulan 12 ni la.

Huh memang betul la kot yang Ainn cakap tadi, lot kedai tu lah Maybank. Dan baru sama2 teringat Maybank sekarang ni dalam proses menutup branches. Penatkan diri je lah heh.

»syg, banyak sebenarnya yang ada di Tumpat ni. Walaupon bandar Tumpat tak semaju bandar Gua Musang tapi kat sinilah sy dilahirkan, kat sinilah kampong sy, kat sinilah saudara sy. Banyaknya yang ada di Gua Musang takde di Tumpat, banyak jugak yang ada di Tumpat takde di Gua Musang. Bukan antara Tumpat - Gua Musang je, mana2 pon sama aje. Semaju2 KL tu ada pantai? Setakat Pantai Dalam boleh la.

Monday, December 5, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Aiskrim Kelapa a.k.a Aiskrim Nyior & Mi Cambol

Tiap kali balik kampung tok ayoh mesti nak pekena aiskrim kelapa ni. Atau bahasa kampungnya aiskrim nyior. Dan tiap kali nak merasai kenikmatan aiskrim nyior ni pilihan Ainn semestinya di Restoran Nadieya. Letaknya betul2 belakang bangunan pasaraya PKT Wakaf Bharu.  Sebelom ni Ainn pernah cuba aiskrim nyior ni kat tempat lain, tapi rasanya tak sesedap di Restoran Nadieya.

Pernah nak pekena aiskrim ni kat sini tapi tempah dah penuh, yang menunggu turn pun ramai so kitorang decided try makan kat restoran sebelah dia je. Restoran tu kejap je bukak, sekarang dah takde. Walaupom harganya sama tapi isinya sangat mengecewakan. Setakat air kelapa + aiskrim yang dihidang dalam buah kelapa. Isi kelapanya langsung tak ada, apa lagi accessories lain. Lepas dari kes tu kalau nak pekena aiskrim nyior ni mesti nak kena pergi Restoran Nadieya jugak.

Semalam Ainn ajak hubby pergi rumah mokngoh, ada kerja sikit pasal majlis akikah next week. Dah alang2 nak pergi situ Ainn request la nak lepaskan keinginan Ainn tu. Rasanya hubby tak pernah rasa lagi kot aiskrim nyior ni. Bawak dia makan situ dulu dia order air lain rasanya.

Welcoming drink. Selalunya kat tempat lain hidangkan teh, dalam cawan kecik macam teh Cina. Kat sini pulak air kosong, sejuk oke. Kena tunggu ais tu cair dulu baru Ainn boleh minum. Ngilu gigi minum air sejuk macam ni, guna straw takpe pulak. Hihihi acah2 orang bandar gitu nak guna straw bagai.

Ini dia aiskrim nyior dah sampai. Isi dalam tu macam tak nampak sangat kan. Semestinya ada air kelapa, isi kelapa *kena toreh sendiri* dan aiskrim. Accessories dia ada macam2. Yang paling Ainn suka ada biji kabung. Apa tu biji kabung? Tak kenal ek? Entahlah ye kat sini panggil buah/butir kabung, kat luar biji kabung jugak kot. Hihihi. Dan ada jugak macam jelly kot, kismis, coklat urai sikit.

Dan ada pulut jugak! Dah ada pulut dalam aiskrim ni maknanya ada jugak la ye menu pulut. Ada pulut mangga, pulut durian. Pulut durian tu bermusim la kot. Teringin sebenarnya nak mintak pulut mangga tapi takut Aisy kembung perut pulak kesian Aisy nanti.

Lama sikit la nak kena tunggu untuk menu ni. Inilah namanya mi cambol. Betul ke tak ek ejaannya macam tu? Lantaklah. Cambo ke, cambol ke, camboo ke, janji sebutannya betul. Tapi Ainn punya ni bukannya mi, ini kuetiaw cambol. Hubby punya barulah betul, mi cambol. Minya tu boleh pilih nak mi ke, bihun ke, kuetiaw ke. Nak campur2 pon boleh.

Mi ni lebih kurang macam mi sup je. Ada sayur kangkung sikit, dan lauk frozen cocktail. Boleh nampak kan apa yang ada dalam tu. Aha ada jugak hirisan daging.

Inilah menu wajib Ainn kalau kat sini. Kalau nak pekena aiskrim nyior mesti kat Restoran Nadieya. Dah order aiskrim nyior mesti mintak jugak kuetiaw cambol atau mi campur cambol.

Nak ke Restoran Nadieya ni senang je senenarnya. Dekat je dengan roundabout Wakaf Bharu. Tapi ramai yang confuse akan keluar susur ke Wakaf Bharu. Sebenarnya ke susur depan lagi satu, ke Pengkalan Kubor kalau tak silap Ainn. Kalau dari Kota Bharu atau dari Pasir Pekan ambik pukul12 punya. Jangan keluar yang pukul9 pulak. Nak ke situ pon boleh sebenarnya nanti jalannya boleh pusing ke situ jugak. Tapi senangnya ambik yang pukul12 la. Jalan depan sikit je ada simpang kanan, Restoran tu duk sebelah kiri betul2 depan simpang tu.

Balik dari makan kat situ semalam perasan ada restoran baru bukak. Maggi ketam! Boleh cuba ni. Hubby pon dah bagi hint macam nak pergi situ jugak nanti. Hihi.

Thursday, December 1, 2016

Special Birthday Gifts

Today is my birthday. Hihihi it was yesterday actually. Alah xbest la belom tido lagi dah cakap semalam. Tak payah ikut sangatlah jam tu. Nak jugak cakap hari ni birthday Ainn. Hihihi.

Ikutkan sebenarnya dah lupa dah. Dah busy dengan anak ni tarikh pon dah lupa. Dah tak ingat dah hari ni berapa hari bulan. Ni baru anak sorang, belom lagi 2orang ke 3orang. Sikit lagi tak tahulah macam mana.

Nak tidur malam tadi hubby asyik tanya je dah nak tidur ke? Dia duk menunggu detik 12malam la tu. Nak jadi orang pertama yang wish la ye syg? Terkejut jugak dalam pada nak tidur tu tiba2 hubby wish birthday, siap dengan doa2 dialah. Amiin. Inshaa Allah makbul doa syg.

Sebab terkejut tu satunya Ainn lupa tarikh hari ni. Tarikh birthday Ainn still ingat ye. Keduanya hubby boleh ingat hari ni birthday wife dia! Maklumlah hubby tersangatlah 'romantik'. Tahun lepas nak kena merajuk dulu baru nak ingat. Pulak tu kalau cakap pasal birthday Ainn je dia mesti duk cakap birthday Ainn is on 31st November. November ada 31hari ke syg?

Banyak special gifts yang Ainn dapat hari ni. Ainn share sikit2 ajelah ye. Ni antaranya je lah.

Bangun pagi tadi bukak paip tahu2 je air takde! Aduh nak masak macam mana ni? Pinggan mangkuk dah penuh sinki. Semalam pon takde air jugak, malam baru ada. Tapi malam tu duk layan rasa malas tak terus dicuci semua tu. Periuk kuali semua dah digunakan, dan belom bercuci. Nak makan apa hari ni? Pagi2 lagi dah dapat special gift dari Kelantan Water. Kelantan Water ke yang bagi hadiah ni? Ke orang yang kerja jaga tangki air? Entahlah, tak kisahlah sape yang bagi tu. Terpaksalah terima hadiah ni jugak.

Bila dah tak boleh masak terpaksalah makan kat luar. Ingatkan nak ajak hubby pergi Chiku je. Belom pon Ainn bagitahu hubby dah ajak pergi Gua Musang. Dan yang bestnya bawak Aisy sekali! Selalu nak pergi mana2 kena tinggalkan Aisy kat rumah ma. Hari ni boleh spend time together dengan hubby and the little one. Walaupon setakat pusing2 bandar Gua Musang. Itu lebih bermakna.

Dah alang2 kat Gua Musang Ainn pergi Bank Islam. Nak buat apa lagi kat situ? Kad ATM dah tukar. Kali ni nak tutup akaun pulak. Terima kasih En. Afiq yang tolong tutupkan akaun saya tu. Akaun dah tak aktif kan buat apa nak simpan buat pekasam. Tiap2 tahun kena caj RM10, tak tahulah kena caj GST ke tak. Dah pernah nak tutup akaun ni kat Bank Islam Kulai, kat sana cakap tak boleh tutup. Tadi boleh je tutup, takde masalah pon. Dan yang bestnya Ainn ingatkan dalam akaun tu ada RM100 je. Sekali transfer ke another akaun yang aktif dapat RM2XX. Tu dah tolak service caj, GST included of course. Kalau takde caj tu rasanya dapat RM3XX. Kalau tak ditutup akaun tu setahun Bank Islam ambik RM10 lesap macam tu je duit Ainn ratus2 tu. Rezeki terpijak on my birthday. Alhamdulillah.

Dan sebelah Bank Islam rupanya pusat rawatan Sinar Permata. Ingat lagi tak Ainn pernah share pengalaman Ainn dapatkan rawatan kat HQ Sinar Permata tahun lepas? Rasanya macam dah serik nak ke situ lagi. Tapi rasa nak try service kat sini pulak. Manalah tahu service kat sini oke kan. Nak try service kat Uda asyik tertangguh je. Yang ni Ainn cerita lebih lanjut kemudian nanti ya. Thanks ye hubby payungkan sy caj rawatan kat sini tadi.  Dan tolong jagakan Aisy sepanjang rawatan yang lama sikit tadi tu. Hihihi dapat hadiah berupa rawatan untuk kesihatan daripada hubby.

Nak balik tadi kitorang belikan KFC. Singgah rumah ma dulu. Yayy dah ada air!!! Bolehlah kemas dapur malam ni. Tapi bila balik kat rumah takde pon air. Bukak paip kat dapur tak keluar air, paip kat tandas pon sama. Angin pon takde keluar. Aduh dapat lagi hadiah daripada Kelantan Water/penjaga tangki air Aring 1.

Hubby keluar beli burger untuk dinner. Nak isi air kat mesin air tu boleh pulak. Kiranya air dah ada la kan? Kat rumah ma tadi pon dah ada air. Kat rumah ni dah malam pon masih tak sampai lagi ke airnya?

Ainn dah pikir lain. Mungkin bekalan air dah kena potong kot. Lagi satu kemungkinan ada la tu sape2 yang tutupkan paip depan rumah ni. Bila mintak hubby tengokkan, ya, paip depan tu tertutup! Ya Allah, sapelah yang rajin sangat nak tutup paip tu? Hadiah birthday paling istimewa la ni kiranya ya.

Kesian hubby penat angkut air masukkan dalam washing machine tadi. Sempatlah 2,3kali angkut. Ainn tadi pon dah bayangkan nak cuci pinggan mangkuk semua tu nampak gaya kena angkut air jugaklah. Disebabkan special birthday gift yang tersangat special inilah Ainn terpaksa buat kerja tu semua hingga lewat malam. Hah ni nak cuci baju rasanya tadi sempat siap baju Aisy je. Nak tidur ni hubby masukkan cadar. Nampak gaya baju ummi dan abi  kena sambung esok la ye.

Terpaksa tidur lewat malam ni sebab 'celebrate' birthday dengan special gifts dari hamba Allah yang tutupkan paip depan rumah ni.

Tuesday, November 29, 2016

Bayi Enggan Menetek, Apa Harus Ibu Buat?

Sedih sangat bila tahu ada mommies yang sanggup berikan formula milk kepada baby. Alasannya baby taknak menetek!

Mommies, Ainn bukannya nak cakap besar sebab Aisy nak menetek dengan Ainn. Ainn bukannya nak bangga bila susu Ainn banyak. Ainn juga pernah alami sendiri macam mana 'sakitnya' bila Aisy taknak menetek. Menangis Ainn masa tu. Memang dari awal lagi Ainn dah nekad nak susukan Aisy secara eksklusif sehingga dia 6bulan.

Masih lagi Ainn ingat, tengahari Ainn balik dari hospital terus ke rumah ma. Ya, Ainn berpantang dengan mertua. Nanti Ainn ceritakan pengalaman Ainn berpantang dengan mertua yang dianggap seperti berpantang sendiri oleh kebanyakan orang.

Oke, sambung cerita. Masuk je simpang Aring Aisy menangis. Dari simpang tu nak ke rumah lebih kurang 15-20minit perjalanan dengan kereta kalau ikut pemanduan biasa. Sebab Ainn baru lepas bersalin, dengan luka berjahit hubby drive perlahan je. Lagilah lama masa diperlukan nak sampai rumah tu. Aisy nangis kuat sangat. Ainn dengan hubby tak tahu nak buat macam mana. Ainn cuba susukan Aisy tapi Aisy taknak. Mungkin dia taknak menyusu kot, itu anggapan kami ibu ayah norvis.

Dah sampai kat rumah ma Aisy masih lagi menangis. Ma suruh Ainn susukan Aisy, dia lapar tu. Ainn cuba bagi lagi sekali, Aisy tetap taknak. Ma tengok puting Ainn tak keluar. Patutlah Aisy taknak menetek, puting takde. Macam mana Aisy nak hisap.

Nak try pump guna breast pump ada pulak tool yang tak lengkap. So tak boleh nak tarik betul2 puting tu. Moknik cuba perah guna tangan, yang keluarnya susu putih cair, setitik jr macam getah timun. Moknik cakap biasanya susu tu dah keluar awal2 masa pregnant. Tapi Ainn punya setahu Ainn takde keluar apa2 pon. Means Ainn ada 2masalah penyusuan. Puting tak keluar, susu pon tak keluar.

Aisy pulak makin kuat nangis. Ma suruh bagi formula milk je. Aus punya masih ada lagi. Hati ibu masa tu dah berbelah bahagi. Nak diberi formula milk tak sampai hati, belom masanya lagi. Tak diberikan pulak kesian Aisy kelaparan. Lagilah tak sampai hati. Ainn diam je masa tu. Hubby pon tak respon apa2. Akhirnya Aisy menetek dengan moknik. Nasib baik Syawal masih lagi menyusu dengan mama dia, taknak formula milk walaupon dah setahun lebih.

Sebab susu Ainn langsung tak keluar hari tu jugak moknik panggilkan bidan untuk urut. Rupanya susu Ainn banyak je, tapi susu tu berkumpul kat atas tu je. Tak mengalir sampai ke puting. Kalau tak urut nak harapkan pam aje memang susu tak keluar. Sekadar nak tarik puting keluar boleh la. Tapi hari tu susu belom keluar lagi. Mengikut bidan tu lusanya baru susu akan keluar dengan banyak.

Ainn dah mula stess. Menangis aje tahu. Alhamdulillah hubby selalu tenangkan Ainn, selalu bagi semangat kat Ainn, selalu ingatkan Ainn supaya jangan stress takut nanti susu lagi taknak keluar.

Bila hubby belikan breast pump, Ainn pon dah mengurut, Alhamdulillah esoknya susu dah mula keluar. Dan Aisy mula menyusu dengan Ainn sehingga hari ni. Inshaa Allah nak susukan Aisy sehingga 2tahun.

Oke, itu cerita Ainn. Kita berbalik kepada tajuk yang nak dibincangkan. Kalau baby taknak menetek apa yang perlu kita buat?

Mula2 kita kena identify dulu kenapa baby taknak menyusu. Lepas tu pikirkan penyelesaiannya. Ini Ainn share pandangan Ainn ya. Harap2 ianya bermanfaat untuk semua.

Kalau baby taknak menyusu sebab susu tak keluar, kita kena urut. Yang pandai urut sendiri tu boleh urut sendiri. Yang tak pandai urut boleh minta orang lain tolong urutkan. Husband ke, mak ke, adik2 ke, tak pon mintak tolong yang pakar. Macam Ainn guna khidmat bidan. Sebaiknya masa pregnant lagi dah boleh mula urut. Takdelah jadi macam Ainn, anak dah nangis lapar baru nak urut.

Kalau baby taknak menyusu sebab puting takde, kena tarik keluar la puting tu. So far Ainn tahu caranya dengan guna breast pump. Untungnya kalau takde masalah yang 1st tadi susu pon keluar jugak. Ainn hari tu pump keluar angin aje. Mula2 memang sakit. Mana tak sakitnya bila puting ditarik2, tahan je la untuk kebaikan si kecil kita jugak. Untuk yang ni Ainn suggest guna electronic pump. Kalau guna yang manual paham2 la tenaga kita yang baru lepas bersalin ni macam mana je. Kalau boleh buat pon kan lebih baik jangan direnyah sangat, jaga dalaman tu.

Ada jugak bila hadapi masalah kedua banyak kali kena pam barulah puting tu keluar elok. Bila nak tetekkan baby je baby dah mula tak nak, sebab dah biasa dengan puting tiruan. Maklumlah menyusu direct dengan ibu kan nak kena rangsang dulu, barulah susu keluar. Tak macam puting tiruan, sekali hisap je terus keluar susunya.

Bila jadi macam ni jangan give up, jangan panik. Pelan2 ajar baby dengan puting ibu. Ada kawan Ainn dia memang agak 'keras' dengan anak dia. Kalau anak dia taknak dia takkan bagi. Alasannya nanti anak dia betul2 lapar dia akan hisap jugak. Kalau nak try cara ni pon boleh. Kalau Ainn dalam situasi macam ni Ainn pon tak pasti Ainn sekuat dia ke tak nak buat macam ni kat Aisy. Usul Ainn ajar pelan2. Ajar biasakan baby dengan puting ibu, walaupon masa tu baby taknak menyusu. Masukkan aje puting dalam mulut dia, pelan2 dia akan mula hisap. Lama kelamaan inshaa Allah baby akan terbiasa dengan puting ibu.

Masa baby taknak menetek tu jangan terus bancuh formula milk pulak. Ambik masa sekejap untuk pump breast. Sekejap aje, lebih kurang macam nak bancuh formula milk jugak. Awal2 kelahiran baby tak perlukan banyak susu. Lagipon masa baby tengah merengek nak susu tu breast ibu dah dirangsang. Cepat je nak pump tu.

Tak perlu tunggu baby merengek atau menangis nakkan susu dulu baru nak pump. Masa baby tengah tidur pon pump jugak. Simpan buat stok. Kalau pump dapat sikit je, dont give up. Keep pumping. Ainn pernah pump dapatnya tak sampai pon suku oz. Pernah tu bawah botol tu pon tak tutup habis, susu duk melingkar kat tepi botol je. Punyalah sikit masa tu. Ingat ye jangan stress. Nanti pump untuk nextnya inshaa Allah susu akan bertambah.

Bila dah ada stok susu ni senang bila baby nak susu boleh panaskan susu tu. Ingat ye, masa baby nak menyusu tu rangsangan kat breast ibu ada jugak. Jangan lupa pump ye masa tu. Sambil2 ajar baby biasa dengan puting ibu takdelah masalah susu kurang, atau susu kering timbul.

Kalau yang ada masalah susu kurang penyelesaiannya pon senang aje. Makan aje sumber makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Google je. Ingat ya, setiap orang berbeza. Ada yang sesuai dengan sawi, ada yang makan sawi banyak pon tetap susu kurang jugak. Ada yang sesuai dengan lobak putih. Try je, jangan cepat give up.

Kalau Ainn sendiri susu Ainn cepat proses dengan sayur sawi. Masa dalam pantang tu ma selalu masakkan sup sawi. Tiap kali makan je mesti terasa breast membengkak. Dan lagi satu, semestinya kurma! Awal2 dulu Ainn selalu makan kurma sebelum pump. Sekarang ni susu asyik menitik je dah kurang makan kurma. Ainn pernah makan kurma sebelum tidur, malam tu Aisy jaga nak susu punyalah penuh breast sampai keras!

Kalau nak senang lagi dapatkan aje supplements yang sesuai. Banyak je milk booster kat pasaran sekarang ni. Google je macam2 pilihan ada. Tapi Ainn lebih percaya dengan pemakanan alami.

Bila susu dah ada tu keep feeding/pumping. Bila takde susu keluar ia memberi isyarat kepada otak yang anak kita tak perlukan susu. Jadi susu yang terhasil sedikit. Lagi banyak susu keluar lagi banyak susu baru dihasilkan. So takde alasan susu kurang lagi lepas ni.

Yang paling Ainn tak boleh terima ada yang bagi formula milk dengan alasan baby ada jaundice. Please mommies, dont ever do that. Kenapa Ainn cakap macam tu? Sebabnya susu ibu adalah ubat terbaik kepada jaundice. Mommies bagi formula milk supaya baby cepat/banyak berak? Tak betul caranya tu. Formula milk dengan susu ibu tak sama.

Macam ni Ainn terangkan dengan bahasa yang mudah je ye. Memang baby minum susu ibu sikit je, berbanding kalau minum formula milk. Sebabnya susu ibu buat baby cepat kenyang, sedangkan formula milk sebaliknya. Sebab itu baby perlukan sikit je susu ibu. Tapi susu ibu cepat dihadam, sedangkan formula milk lambat dihadam. Sebab itu baby yang menyusu dengan susu ibu akan cepat lapar berbanding baby yang menyusu dengan formula milk. Bila dah cepat hadam so cepatlah baby berak.

Apa jadi bila baby diberikan formula milk? Susu tu lambat hadam, kuranglah baby berak. Pulak tu baby lambat lapar lagilah dah taknak menyusu. Macam sia2 je kan bagi formula milk. Sedangkan bila baby jaundice ni dia kena banyak berak, kena buang najis2 yang kehitaman tu. Macam mana nak kasi baby cepat/banyak berak? Dengan bagi sumber yang cepat hadam. Apa dia? Yes, susu ibu!

Memang Ainn perhatikan baby2 yang diberikan formula milk ni jaundice dia agak lama. Sepatutnya 2, 3 hari je tapi dah terbawa ke tempoh berminggu. Kesian anak tu, kecik2 lagi asyik kena ambik darah je. Ada tu sampai lebam tangan kaki si kecil. Kesian.

Maaflah ya entry kali ni agak panjang pulak berleternya. Ikutkan emosi memang rasa nak marah sangat2 kat mommies yang bagi formula milk kat baby. Yang mengajar suruh bagi formula milk ni pon Ainn nak marah jugak. Lagi bertambah2 nak marah bila ada mommies yang awal2 lagi dah belikan formula milk untuk baby, sebelom lahir lagi! Apa ni?

Harap2 entry kali ni boleh jadi panduan kepada mommies kat luar sana, new mommies especially. Semestinya ingatan untuk Ainn sendiri jugak. Inshaa Allah. Kalau ada fakta yang tak betul tu atau nak tambah apa2 jangan malu2 bagitahu je Ainn ye. Ruangan komen ada kat bawah. Kita give and take. Untuk si kecil kita jugak.

Breakfast Untuk Hubby

Hubby: Sedapnya nasi berlauk. Siap dengan sambal, timun, terliur pulak tengok!
Ainn: Syg nak makan ke? Nanti sy buat.
Hubby: Syg pandai ke masak gulai?

Hamboii sesedap mulut dia je nak mengata kita ya. Tak pandai boleh je belajar. Pembetulan ek, bukannya tak pandai. Belum pandai. Lagi pon boleh belajar apa. Sekarang ni semuanya di hujung jari. Apa yang kita nak semuanya boleh google.

Pagi ni Subuh2 lagi dah masuk dapur. Nak sahut cabaran hubby. Ingat kita ni macam dia ke, masak sup pon tak menjadi. Dah ikut resipi tu, tak menjadi jugak. Tak tahu rasa apa. Hahaha.

Sebab takde santan Ainn gantikan santan dengan susu. Sebelom ni Ainn pernah guna susu masak lemak ketam, menjadi je. So kali ni tanpa ragu2 Ainn nak gunakan susu ganti santan.

Bahan2 Gulai Ayam:
Kerompes ayam *kaki, kepak, leher, pedal, hati*
Bawang putih - blend
Bawang merah - blend
Cili kering - blend
Serbuk kari
Sup bunjut - bukak ikatan ambik sikit je
Susu cair
Air
Minyak masak

Cara Memasak Gulai Ayam:
~panaskan minyak. Kemudian tumis bahan blend bersama2 sup bunjut dan serbuk kari.
~apabila pecah minyak masukkam ayam. Gaul rata.
~masukkan air. Tunggu hingga menggelegak.
~masukkan susu. Kacau sehingga menggelegak. Atau sehingga kuah sedikit kering mengikut kepekatan yang diingini.

Taraa!!! Inilah dia hasilnya Ainn masak gulai ayam tadi. Nampak tak ketul2 pada kuah tu? Hubby tanya jugak tadI. Entahlah Ainn pon tak tahu kenapa jadi ketul2 macam tu. Maybe sebab Ainn tak selalu kacau kot lepas masukkan susu tadi.

Apa komen hubby? Dah menjadi dah gulai ni. Cuma tak suka bila guna susu. Yelah syg, pasni sy try masak lagi guna santan pulak ya. *smile*

Eh2 ini apa pulak? Hihihi kononnya nak dijadikan menu penyelamat lah ni. Semalam awal2 lagi hubby dah pesan jangan kecik hati pulak kalau dia tak makan, bila Ainn cakap nak guna susu aje.

Lepas masukkan susu dalam gulai tadi nampak macam tak menjadi je gulai tu. Kenalah masak lauk lain. Dibuatnya betul2 tak menjadi gulai tu macam mana? Makan nasi kosonglah jawabnya kami suami isteri. Tapi Alhamdulillah dua2 menu ni menjadi. Oke Ainn tepek jugak resipi ayam goreng kunyit yang simple ni kat sini.

Bahan2 Ayam Goreng Kunyit
Ayam - potong kecil
Kunyit hidup
Garam
Kacang buncis - potong serong
Bawang besar - potong bulat
Cili padi - potong serong
Minyak

Cara Memasak Ayam Goreng Kunyit
~ kunyit dan garam ditumbuk bersama, kemudian dilumurkan pada ayam. Perap sekejap
~ panaskan minyak. Kemudian gorengkan ayam tadi. Gunakan minyak sikit sahaja. Selalu gaulkan ayam supaya tidak melekat pada kuali.
~ masukkan bawang besar, kacang buncis dan cili padi. Gaul sekejap. Siap!

Menu tengahari ni daging black paper. Pagi2 lagi Ainn dah perap. Tunggu hasilnya nanti.

Sotong Celup Tepung vs Chicken Butter

Dah banyak hari rasanya Ainn cerita pasal keinginan Ainn nak makan sotong celup tepung ni. Tapi semalam baru buat ni. Selain Aisy yang meragam asyik nak diriba aje, masalah lainnya sotong takde. Huhuhu macam mana nak buat kalau sotongnya takde. Kalau tukar dengan benda lain tak jadilah SOTONG celup tepung.

Selalunya time hujan kita pekena ubi kayu rebus. Kali ni tukar selera, sambil layan bunyi hujan kat luar tu kita nikmati sotong celup tepung yang rangup ni. Macam tak cukup je sepinggan ni, kongsi ngan hubby.

Sotong celup tepung tadi untuk ngonyel2 sambil layan rintik hujan. Untuk alas perut aje. Untuk penuhkan perut pulak kena makan nasi la. Lauknya Ainn nasak chicken butter je. Selalu makan yang Syafika masak aje, try masak sendiri kali ni.

Tak menjadi sebenarnya. Kuahnya pekat sangat, dan takde kuah pon. Ayam tu pon Ainn potong besar2. Daun kari pon takde. Tengok pon tak menarik. Hubby siap cakap, pasni tak payah masak ni lagi. Muak rasanya dengan tepung lagi, telur lagi. Huhuhu sedih mendengarnya. Ingatkan nak masak lagi sekali nak betulkan mana yang tak menjadi tu, dan nak try salut tepung terus tanpa salut dengan telur terlebih dahulu. Tapi bila hubby cakap dia tak suka lauk bersalut tepung macam ni terpaksalah akur. Walau sedap macam mana pon hubby taknak jugak sebab bertepung.

Ini pulak balance telur yang Ainn gunakan untuk masak chicken butter tadi. Sayang nak buang macam tu aje. Dadarkan ajelah. Senang hubby punya telur dadar memang kosong macam ni aje.

Nak try masak menu bertepung ni? Ambik resipi asalnya ya. Tengok gambar pon dah terliur. Sotong celup tepung yang rangup ni atau chicken butter. Nantilah kalau rajin Ainn share style Ainn masak pulak macam mana.

Friday, November 25, 2016

Yang Dicari Selama Ini Telah Kutemui

Yayy!! Suka, suka, suka! Suka sangat !!! Resipi yang Ainn duk cari2 selama ni akhirnya Ainn jumpa jugak! Bukan senang nak cari ni.

Dah lama sebenarnya teringin nak makan sotong celup tepung ni. Masa dalam pantang lagi. Dan bukannya Ainn tak pernah buat langsung menu ni, dah banyak kali. Tiap kali beli sotong hubby mesti request buatkan sotong celup tepung. Kadang2 sotong tu tak sempat masak menu lain semuanya habis digoreng dengn tepung.

Sebab hubby suka sangat sotong celup tepung ikut resipi tu so Ainn nak buat kali ni pon ikut resipi tu jugaklah. Tapi dah lama tak buat itu yang lupa sukatan bahannya tu. Hubby dah mula kenakan Ainn, banyak kali buat pon masih tak ingat jugak lagi. Yelah masak memasak ni bukannya seni untuk Ainn. Sahkan nak ingat sukatan sotong celup tepung, masa zaman sekolah dulu kalau mak mintak tolong bancuh air untuk wan pon asyik tanya je sukatan gula dan teh, walaupon baru semalam dah dibagitahu.

Puas cari resipi tu tapi tak jumpa2. Dah lupa dah keywords yang Ainn guna masa cari resipi tu dulu. Yang Ainn ingat Ainn pernah search guna keywords lain, lepas tu ada suggestion lain then Ainn pilih keywords yang suggested. Keywords tu lagi lah dah lupa apa dia.

Ainn try search 'sotong celup tepung' rata2 resipi yang Ainn jumpa guna telur. Seingat Ainn takde guna telur pon. Dan resipi yang Ainn jumpa tu langsung tak guna air. Seingat Ainn jugak Ainn ada guna air. Air tu air sejuk dari peti ais.

Dah ada dah idea nak guna keywords apa, barulah jumpa. Nak kena guna 'air sejuk' tu, barulah jumpa. Hihihi. Dah ada ni simpan elok2 ye resipi celup tepung yang sedap sangat2 ni. Kalau ada masa nanti boleh la buat. Kalau Aisy tak meragam bolehlah cuba buat tengahari ni.

Tapi Ainn takdelah ceduk habis2an resipi ni. Ikut resipi guna 2jenis tepung, Ainn pulak guna sejenis je tepung. Tiap kali nakkan masakan goreng2 untuk ngonyel2 macam ni mestilah nak rangup, crunchy gitu. So Ainn prefer guna tepung beras.

Rasanya tepung beras takde ni, nak kena beli dululah nanti.