Nuffnang Ads

Monday, December 5, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Aiskrim Kelapa a.k.a Aiskrim Nyior & Mi Cambol

Tiap kali balik kampung tok ayoh mesti nak pekena aiskrim kelapa ni. Atau bahasa kampungnya aiskrim nyior. Dan tiap kali nak merasai kenikmatan aiskrim nyior ni pilihan Ainn semestinya di Restoran Nadieya. Letaknya betul2 belakang bangunan pasaraya PKT Wakaf Bharu.  Sebelom ni Ainn pernah cuba aiskrim nyior ni kat tempat lain, tapi rasanya tak sesedap di Restoran Nadieya.

Pernah nak pekena aiskrim ni kat sini tapi tempah dah penuh, yang menunggu turn pun ramai so kitorang decided try makan kat restoran sebelah dia je. Restoran tu kejap je bukak, sekarang dah takde. Walaupom harganya sama tapi isinya sangat mengecewakan. Setakat air kelapa + aiskrim yang dihidang dalam buah kelapa. Isi kelapanya langsung tak ada, apa lagi accessories lain. Lepas dari kes tu kalau nak pekena aiskrim nyior ni mesti nak kena pergi Restoran Nadieya jugak.

Semalam Ainn ajak hubby pergi rumah mokngoh, ada kerja sikit pasal majlis akikah next week. Dah alang2 nak pergi situ Ainn request la nak lepaskan keinginan Ainn tu. Rasanya hubby tak pernah rasa lagi kot aiskrim nyior ni. Bawak dia makan situ dulu dia order air lain rasanya.

Welcoming drink. Selalunya kat tempat lain hidangkan teh, dalam cawan kecik macam teh Cina. Kat sini pulak air kosong, sejuk oke. Kena tunggu ais tu cair dulu baru Ainn boleh minum. Ngilu gigi minum air sejuk macam ni, guna straw takpe pulak. Hihihi acah2 orang bandar gitu nak guna straw bagai.

Ini dia aiskrim nyior dah sampai. Isi dalam tu macam tak nampak sangat kan. Semestinya ada air kelapa, isi kelapa *kena toreh sendiri* dan aiskrim. Accessories dia ada macam2. Yang paling Ainn suka ada biji kabung. Apa tu biji kabung? Tak kenal ek? Entahlah ye kat sini panggil buah/butir kabung, kat luar biji kabung jugak kot. Hihihi. Dan ada jugak macam jelly kot, kismis, coklat urai sikit.

Dan ada pulut jugak! Dah ada pulut dalam aiskrim ni maknanya ada jugak la ye menu pulut. Ada pulut mangga, pulut durian. Pulut durian tu bermusim la kot. Teringin sebenarnya nak mintak pulut mangga tapi takut Aisy kembung perut pulak kesian Aisy nanti.

Lama sikit la nak kena tunggu untuk menu ni. Inilah namanya mi cambol. Betul ke tak ek ejaannya macam tu? Lantaklah. Cambo ke, cambol ke, camboo ke, janji sebutannya betul. Tapi Ainn punya ni bukannya mi, ini kuetiaw cambol. Hubby punya barulah betul, mi cambol. Minya tu boleh pilih nak mi ke, bihun ke, kuetiaw ke. Nak campur2 pon boleh.

Mi ni lebih kurang macam mi sup je. Ada sayur kangkung sikit, dan lauk frozen cocktail. Boleh nampak kan apa yang ada dalam tu. Aha ada jugak hirisan daging.

Inilah menu wajib Ainn kalau kat sini. Kalau nak pekena aiskrim nyior mesti kat Restoran Nadieya. Dah order aiskrim nyior mesti mintak jugak kuetiaw cambol atau mi campur cambol.

Nak ke Restoran Nadieya ni senang je senenarnya. Dekat je dengan roundabout Wakaf Bharu. Tapi ramai yang confuse akan keluar susur ke Wakaf Bharu. Sebenarnya ke susur depan lagi satu, ke Pengkalan Kubor kalau tak silap Ainn. Kalau dari Kota Bharu atau dari Pasir Pekan ambik pukul12 punya. Jangan keluar yang pukul9 pulak. Nak ke situ pon boleh sebenarnya nanti jalannya boleh pusing ke situ jugak. Tapi senangnya ambik yang pukul12 la. Jalan depan sikit je ada simpang kanan, Restoran tu duk sebelah kiri betul2 depan simpang tu.

Balik dari makan kat situ semalam perasan ada restoran baru bukak. Maggi ketam! Boleh cuba ni. Hubby pon dah bagi hint macam nak pergi situ jugak nanti. Hihi.

No comments:

Post a Comment