Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2016

Special Birthday Gifts

Today is my birthday. Hihihi it was yesterday actually. Alah xbest la belom tido lagi dah cakap semalam. Tak payah ikut sangatlah jam tu. Nak jugak cakap hari ni birthday Ainn. Hihihi.

Ikutkan sebenarnya dah lupa dah. Dah busy dengan anak ni tarikh pon dah lupa. Dah tak ingat dah hari ni berapa hari bulan. Ni baru anak sorang, belom lagi 2orang ke 3orang. Sikit lagi tak tahulah macam mana.

Nak tidur malam tadi hubby asyik tanya je dah nak tidur ke? Dia duk menunggu detik 12malam la tu. Nak jadi orang pertama yang wish la ye syg? Terkejut jugak dalam pada nak tidur tu tiba2 hubby wish birthday, siap dengan doa2 dialah. Amiin. Inshaa Allah makbul doa syg.

Sebab terkejut tu satunya Ainn lupa tarikh hari ni. Tarikh birthday Ainn still ingat ye. Keduanya hubby boleh ingat hari ni birthday wife dia! Maklumlah hubby tersangatlah 'romantik'. Tahun lepas nak kena merajuk dulu baru nak ingat. Pulak tu kalau cakap pasal birthday Ainn je dia mesti duk cakap birthday Ainn is on 31st November. November ada 31hari ke syg?

Banyak special gifts yang Ainn dapat hari ni. Ainn share sikit2 ajelah ye. Ni antaranya je lah.

Bangun pagi tadi bukak paip tahu2 je air takde! Aduh nak masak macam mana ni? Pinggan mangkuk dah penuh sinki. Semalam pon takde air jugak, malam baru ada. Tapi malam tu duk layan rasa malas tak terus dicuci semua tu. Periuk kuali semua dah digunakan, dan belom bercuci. Nak makan apa hari ni? Pagi2 lagi dah dapat special gift dari Kelantan Water. Kelantan Water ke yang bagi hadiah ni? Ke orang yang kerja jaga tangki air? Entahlah, tak kisahlah sape yang bagi tu. Terpaksalah terima hadiah ni jugak.

Bila dah tak boleh masak terpaksalah makan kat luar. Ingatkan nak ajak hubby pergi Chiku je. Belom pon Ainn bagitahu hubby dah ajak pergi Gua Musang. Dan yang bestnya bawak Aisy sekali! Selalu nak pergi mana2 kena tinggalkan Aisy kat rumah ma. Hari ni boleh spend time together dengan hubby and the little one. Walaupon setakat pusing2 bandar Gua Musang. Itu lebih bermakna.

Dah alang2 kat Gua Musang Ainn pergi Bank Islam. Nak buat apa lagi kat situ? Kad ATM dah tukar. Kali ni nak tutup akaun pulak. Terima kasih En. Afiq yang tolong tutupkan akaun saya tu. Akaun dah tak aktif kan buat apa nak simpan buat pekasam. Tiap2 tahun kena caj RM10, tak tahulah kena caj GST ke tak. Dah pernah nak tutup akaun ni kat Bank Islam Kulai, kat sana cakap tak boleh tutup. Tadi boleh je tutup, takde masalah pon. Dan yang bestnya Ainn ingatkan dalam akaun tu ada RM100 je. Sekali transfer ke another akaun yang aktif dapat RM2XX. Tu dah tolak service caj, GST included of course. Kalau takde caj tu rasanya dapat RM3XX. Kalau tak ditutup akaun tu setahun Bank Islam ambik RM10 lesap macam tu je duit Ainn ratus2 tu. Rezeki terpijak on my birthday. Alhamdulillah.

Dan sebelah Bank Islam rupanya pusat rawatan Sinar Permata. Ingat lagi tak Ainn pernah share pengalaman Ainn dapatkan rawatan kat HQ Sinar Permata tahun lepas? Rasanya macam dah serik nak ke situ lagi. Tapi rasa nak try service kat sini pulak. Manalah tahu service kat sini oke kan. Nak try service kat Uda asyik tertangguh je. Yang ni Ainn cerita lebih lanjut kemudian nanti ya. Thanks ye hubby payungkan sy caj rawatan kat sini tadi.  Dan tolong jagakan Aisy sepanjang rawatan yang lama sikit tadi tu. Hihihi dapat hadiah berupa rawatan untuk kesihatan daripada hubby.

Nak balik tadi kitorang belikan KFC. Singgah rumah ma dulu. Yayy dah ada air!!! Bolehlah kemas dapur malam ni. Tapi bila balik kat rumah takde pon air. Bukak paip kat dapur tak keluar air, paip kat tandas pon sama. Angin pon takde keluar. Aduh dapat lagi hadiah daripada Kelantan Water/penjaga tangki air Aring 1.

Hubby keluar beli burger untuk dinner. Nak isi air kat mesin air tu boleh pulak. Kiranya air dah ada la kan? Kat rumah ma tadi pon dah ada air. Kat rumah ni dah malam pon masih tak sampai lagi ke airnya?

Ainn dah pikir lain. Mungkin bekalan air dah kena potong kot. Lagi satu kemungkinan ada la tu sape2 yang tutupkan paip depan rumah ni. Bila mintak hubby tengokkan, ya, paip depan tu tertutup! Ya Allah, sapelah yang rajin sangat nak tutup paip tu? Hadiah birthday paling istimewa la ni kiranya ya.

Kesian hubby penat angkut air masukkan dalam washing machine tadi. Sempatlah 2,3kali angkut. Ainn tadi pon dah bayangkan nak cuci pinggan mangkuk semua tu nampak gaya kena angkut air jugaklah. Disebabkan special birthday gift yang tersangat special inilah Ainn terpaksa buat kerja tu semua hingga lewat malam. Hah ni nak cuci baju rasanya tadi sempat siap baju Aisy je. Nak tidur ni hubby masukkan cadar. Nampak gaya baju ummi dan abi  kena sambung esok la ye.

Terpaksa tidur lewat malam ni sebab 'celebrate' birthday dengan special gifts dari hamba Allah yang tutupkan paip depan rumah ni.

No comments:

Post a Comment