Nuffnang Ads

Tuesday, May 17, 2016

Sedikit Penghargaan Murid2 Pendidikan Khas

Malu, sedih sebenarnya nak cerita. Kat sekolah Ainn Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) bukanlah program yang menjadi tumpuan/topik perbincangan di kalangan guru2. Dalam meeting, langsung tidak disentuh isu Pendidikan Khas, walaupon meeting PIBG. Apa lagi dalam group telegram sekolah.

Bila semalam anak2 Pendidikan Khas ni membuat persembahan sempena hari guru, dan selepas itu mereka memberi sedikit cenderamata untuk guru2 yang tidak pernah menjenguk mereka di kelas, apa lagi mengajar mereka, ia menarik perhatian seorang cikgu. Mungkin tidak seberapa bagi orang lain, tapi bagi kami cikgu2 PK penghargaan sebegitu sangat bermakna.

Ustazah Huda share moment dia dengan salah seorang murid Pendidikan Khas di salah satu group telegram sekolah.

Diupload jugak hadiah yang diterima. Bunga dan kad hasil tangan murid2 Pendidikan Khas. Walaupon hadiah 'murah' ada jugak yang menilainya dengan 'harga' yang 'mahal'. Terima kasih Kak Huda :-)

No comments:

Post a Comment