Ini amaran untuk kenderaan2 yg konon2nya besar tu yek. Besar le tu kononnya, padahal takde la besar sangat. Mungkin la ngan aku nih korang lagik besar, tapi kena ingat sebesar2 korang ada lagik yang lebih besar.
Hah, selalunya korang suka ambik port untuk kenderaan2 kecik macam kitorang kan? Hamboii mentang2 la korang tu lagi besar suka2 ati je korang park kat port kitorang ye. Korang ingat korang besar korang boleh suka2 ati la ye ambik port kitorang? Tau la kitorang ni kecik, jangan suka2 ati bapak tiri laki mak kau ye nak buli kitorang.
Kalo korang sedar korang tu besar patutnya korang boleh pikir secara rasional la. Sebijik korang park kat port kitorang entah berapa bijik antara kitorang dah tak boleh nak park. Hah, tu baru sebijik, tambah sebijik je lagi, sah2 langsung takde port kitorang nak park. Dah la port kitorang tak besar mana, korang ambik pulak lagi la takde. Marah nih, marah!!
Ha, nak tunjuk kemarahan aku nih aku nak 'ajar' kome sume hari ni. Ye la aku ni kan kecik je, nak main kasar2 sah2 la aku yang kalah. Halus je aku ajar ye. Alah kejap aje, aku pon sebenarnya bukannya berani sangat pon nak wat camni. Nan buat ni pon puas pikir tau. Almaklum aku nih mentimun, korang tuh durian. Aku golek aku sendiri cari sakit, kalo korang yang golek lagi la hancur aku dibuatnya.
Amacam? Oke tak aku wat macam nih? Walaupon aku kecik je abes satu petak tu aku 'sapu' tau! Sekecik2 korang pon dah tak boleh nak celah. Nak celah masuk sikit pon dah tak boleh. Nak cilok kanan? Ada member korang. Cilok kiri? Member korang jugak. Nak block aku? Huh aku park ujung2 je ngan garis petak. Muncung sikit je pon korang tokleh masuk.
Yang bestnya dalam sekejap waktu ni banyak betol antara korang tertipu ye. Banyak jugak yang cuba nak masuk park kat sini. Kau rasa? Boleh ke? Batalkan aje la niat tu ye sayang. Alah lagipon port korang kan banyak lagi, setakat aku yang kecik nih mampu ambik SATU je. Tak luak apa pon.
Macam aku cakap tadi, aku park pon kejap je kat situ. Sama2 kita jaga hak masing2 ya lepas ni. Kalo kita taknak orang ambik hak kita sama la kita pon jangan la ambik hak orang jugak. Bukan nak gaduh pon, just mintak sama2 pikir. Jangan rasa kita besar kita dah cukup hebat.
Bukan korang je yang suka wat hal, kaum aku nih pon banyak jugak wat hal macam korang. Beramai2 ambik port korang. Tapi macam aku cakap tadi la kitorang ambik pom satu, dua je. Tak luak apa pon. Haha nak jugak bela kaum aku kan? Oke. Peace y'all!
No comments:
Post a Comment