"Dah lama sy teringin nok make tupak sutong,"
(Dah lama sy teringin nak makan ketupat sotong)
Saje merengek ngan Oren, walaupon dah tau dia tak pandai nak masak. Plus dia tak suka makan pulut. Dan itulah jawapan yg dia bagi. Nak beli kat sini tak tahulah pulak kat mana ada jual, tu kan makanan orang Kelantan.
(Rasa nak makan ketupat sotong tapi tak pandai nak masak)
Sambil2 duk layan Dangdut Star malam tadi Ainn saje2 je post kat moment wechat. Ada sorang kawan tu nak tolong ajar Ainn masak ni. Tak best la kalau Ainn jugak yang kena masak sendiri kan, nak la dia yang masak. Hihihi.. takpe Ika aku balik nanti aku tuntut la.
Yang bestnya bila akak ipar komen. Weee mak mentua nak masakkan balik nanti? Dia cerita kat mak dia la tu. Malu pulak rasa. Tapi takpe la asalkan boleh makan.
Tak lama lepas tu Oren pulak chat kat WhatsApp, siap screenshots lagi laman web dia jumpa resipi nak masak ketupat sotong nih.
Rasa disayangi sangat2. Si mak nak masakkan, si anak pon nak masakkan. Tapi sebelom dapat rasa yang mak masak kita try yg anak punya dulu ya ;-)
No comments:
Post a Comment