Nuffnang Ads

Friday, May 13, 2016

Resipi Ayam Bakar Madu

Hari Jumaat my turn la kena masak. Tak tahu nak masak apa. Lauk yang ada hanya ayam je. Ingatkan nak masak ayam masak merah, tapi cili kering pulak dah habis.

Belek2 buku resipi macam nak masak ayam percik. Tengok bahan2 banyak yang takde. Aduh nak masak apa ni? Bakar ayam je la. Buat je la macam mana pon asalkan masak, asalkan boleh makan.

Encik suami dah bersiap2 tu nak pergi masjid, jom perap ayam dulu sekejap sementara dia siap.

Resipi Ayam Bakar Madu

Bahan2:
Ayam
Madu
Sos lada hitam
Sos tiram
Garam
Bawang putih dicincang

Cara2: Gaulkan semua bahan. Perapkan seketika.

Oke, encik suami dah nak pergi masjid. Salam le kejap. Tunggu encik suami balik baru kita bakar ye. Boleh makan panas2. Sementara tu boleh la wat kerja lain dulu.

Dah siap bakar, dah sedia untuk dingap. Macam lebih sesuai untuk buat bbq, nak makan ngan nasi pon boleh la. Dah takde lauk lain kan.

No comments:

Post a Comment