Nuffnang Ads

Tuesday, May 3, 2016

Menyusukan Bayi Membantu Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Oke, semalam Ainn baru je cerita pasal kebaikan BF untuk pengecutan rahim. Satu lagi yang buat Ainn teruja mendengar, BF jugak boleh kurangkan risiko kanser payudara!

Sape tak takot bila dengar kanser payudara, kan? Nak2 pulak yang ada sejarah keluarga. Ainn sempat tengok penderitaan arwah mak ngah Ainn kena kanser ni, sampai kena buang payudara dia. Takot sangat bila tengok depan2 benda tu.

Oke, Ainn tak nak cerita pasal kanser ni, Ainn sendiri pon takot sebenarnya. So Ainn nak cerita antara kaedah nak kurangkan risiko kena kanser ni. Apa lagi? Kan Ainn dah cakap tadi, dengan BF la.

Kalau ikut kata nurse tu, lepas je deliver baby sebaiknya setengah jam selepas tu kita teruskan susukan baby kita. Tapi ada jugak yang seminggu baru boleh susukan. Tak kisahlah, itu lebih baik daripada ada yang langsung taknak susukan anak dia. Jangan kecam Ainn yek, Ainn dah jumpa 2orang yang taknak susukan anak dia dengan alasan nak jaga 'kecantikan' breast dan lebih percaya kebaikan susu formula, kononnya nak anak cerdik. Huh, terpengaruh ngan iklan kat tv la tu!!

Oke lupakan pasal 2orang tu, kita sambung yang tadi. Apa yang Ainn sampaikan kat sini ikut apa yang nurse tu cerita kat Ainn ya. Dalam breast kita ni sebenarnya dah ada susu. Susu yang ada dalam tu kalau tak 'dibuang' akan berisiko kena kanser. That's kita kena susukan baby kita. At least keluarkan susu mana yang ada tu.

Bila ingat balik terpikir jugak sejak bila lagi yek susu tu dah ada? Sejak awal2 pregnant ke, dah dekat nak deliver ke, bila? Masa nurse tu duk bercerita tak terpikir pulak soalan ni. Hihihi nak kena study sendiri la ni ye pasal ni. Study ngan abang google la nampak gaya ;-)

No comments:

Post a Comment