Masuk hari ni dah 3hari Ainn pakai pampers. Tiap kali nak pakai mesti teringat apa yang dia cakap masa mula2 nak pakai hari tu.
'Muda2 lagi dah pakai pampers!'
Deep? Dendam? Geram?
Mungkin orang akan berkecil hati bila suaminya lemparkan kata2 begitu. Sikit pon takde rasa kecik di hati Ainn, bahagia ada la!
Tak semua dapat pasangan yang suka bergurau. Walaupon gurauan tu agak kasar. Inilah cara kami. Bergurau kasar. Hari2 'gaduh'. Ini yang eratkan kasih sayang antara kami. Nak kecik ati? Bila bergurau tapi pasangan take it serious, masa tu la kalau nak kecik ati pon. Nak gurau sikit pon tak boleh.
Kalau ikutkan nak ke pakai pampers ni? Sebab kesian kat dia la kita berkorban pakai pampers tau. Kalau tak pakai pampers tu banyak benda nak kena bercuci. Towel, toto, selimut, kain, seluar. Setakat pakai pad mana la boleh nak menampung air kencing yang bergelen2 ni.
'Ala, boleh cuci kan? Lagi pon mesin basuh kan dah nak siap baiki!'
Sampai bila nak cuci bekas kencing je. Bukannya senang nak cuci semua tu. Syg sihat boleh la nak wat semua tu. Kalau syg demam ke macam mana? Lagi pon banyak lagi kerja lain syg boleh buat. Takpe lah, dah ini bahagian sy, terima je la. Bukan sy tak sabar dengan ujian ni. Sabar pon tetap jugak kena jaga. Bukannya sabar je tapi boleh suka2 hati nak kencing kat mana2.
'Jangan lepas ni dok mengadu gatal2 dah la...'
Laa rupanya dia tak bagi pakai pampers ni sebab takot gatal rupanya. Sabar je la kalau gatal2 pon.
Memang gatal pon ek pakai pampers ni. Baru sekali pakai dah berkeruk2 dok menggaru. 'Sy tokse oyat gapo2, nak buat jah. Syg kata jangan ngadu jah kan?'
Pagi tadi pon lepas mandi dia panggil dekat ngan dia. Tengok dan gosok2 kat bijik2 kesan gatal pakai pampers. Takpe lah, nanti oke la ni. Inshaa Allah kejap je ni sy pakai.
Yang ni baru la betol2 deep. Dia sanggup nak cuci bekas kencing isteri dia daripada isteri gatal sebab pakai pampers. Ya, bukan suami Ainn aje yang macam ni. Tapi ramai jugak yang dapat suami yang lebih suka isteri pakai pampers daripada kena cuci bekas kencing isteri sendiri, walaupon boleh guna washing machine!
Sama la sya pon kena pakai pampers jgk...mula2 memang x selesa dah lama nanti ok la
ReplyDeleteAlhamdulillah Ainn tak lama pon pakai pampers tu, tak sampai seminggu pon batuk2 tu. Balance pampers tu Ainn guna lepas bersalin, nak menampung darah yang banyak keluar
Delete