Nuffnang Ads

Monday, May 9, 2016

Menyesalnya Kawen!! Hidup Berubah 360° Lepas Kahwin, Perlukah Kehidupan Seperti Zaman Bujang?

"Macam ni rupanya kehidupan lepas kawen?!"

Pernah mengadu 'ketidakselesaan' hidup dia lepas kawen. Apa yang tak selesanya? Bukan apa pon, cuma lepas kawen social life agak terbatas. Nak buat apa2 kena dengan izin suami. Apa2 je kena dahulukan suami.

Mungkin mula2 kawen terasa jugak la life tu berubah 360°. Takde lah sampai 360° pon sebenarnya, paling teruk pon 300° je kot. Sebab tak biasa kot tu yang rasa macam stress sikit. Lama2 oke la tu, alah bisa tegal biasa.

Wahh sedap je think positive kan. Padahal masa tu ada jugak rasa cuak. Almaklum belom kawen lagi, belom lagi lalui apa yang diorang lalui. Harap2 boleh terima semuanya seadanya lah. Harap2 la...

Oke, itu cerita dulu. Cerita sebelom kawen. Sekarang dah kawen, dah ada suami, dah lalui jugak life changed tu. Yes, Ainn akui life Ainn changed, mungkin la dalam 300° macam Ainn cakap tadi.

Mana taknya, sebelom kawen kita duk rumah ni sorang2. Semua kerja kena buat sendiri. Dari bangun tidur, sampai nak tidur malamnya. Nak pakai, nak makan, semua buat sendiri. Nak pergi kerja pon sendiri. Sakit pening kena urus sendiri jugak. Senang kata sangat2 berdikari la masa tu. Cuma bab mengemas rumah je la, time rajin je rumah ni kemas. Hikhikhik.

Dan bila dah kawen. Banyaknya berubah. Antaranya...
1. Sebelom kawen bangun seawal jam 5pagi. Masak makanan nak bawak bekal gi sekolah, iron baju nak pakai, bersiap then pergi sekolah... lepas kawen kejutkan encik suami jam 6pagi, melarat sampai 6.30pagi baru bangun. Sebab dia taknak bangun so kita pon taknak bangun jugak la, dengki! Nak masak? Memang dah tak sempat la. Baju nak pakai pon encik suami jugak yang iron. Ainn tinggal pilih je nak pakai baju mana, tudung mana. Pergi sekolah pon encik suami jugak yang hantar. Dah dia hantar, balik pon berjemput jugak la ye dok.

2. Sebelom kawen makan siap2 kat sekolah, balik perut dah kenyang. Lepas kawen makan breakfast je kat sekolah, tengahari makan kat rumah. Balik tengahari tu makanan untuk lunch dah ready. Kalau tak makan sepinggan, saja nak bermanja mintak dia suapkan.

3. Sebelom kawen kain baju bercuci seminggu sekali. Dikumpul dulu penuhkan washing machine baru dicuci. Lepas kawen tak payah tunggu anniversary mingguan, encik suami dah cucikan. Nak pulak sekarang ni washing machine rosak, Ainn pulak buat hal dengan batuk sampai terkucil. Setiap hari la kerja mencuci dia buat. Bukan setakat kain baju, selimut, toto, semua kena cuci. Manually oke!

4. Sebelom kawen kalau sakit demam kena urus sendiri. Kena sediakan stok ubat at least panadol actifast, panadol soluble, cool fever. Nak pergi klinik pon kena pergi sendiri. Agak2 tengah demam2 tu boleh ke nak drive sorang2? Kena tunggu dah oke sikit baru boleh. Sudahnya tak dapat MC, guna la CRK untuk hari tu. Lepas kawen kalau sakit walaupon sikit2 dia bawakkan ke klinik. Nak jelung kepala pon dia buatkan jugak, tak payah nak susah2kan diri. Sakit sikit je dah suruh rehat. Mana tak lemak badan ni.

5. Sebelom kawen life hanya rumah dan sekolah. Pagi pergi sekolah, tengahari balik rumah. Pagi esoknya pergi sekolah lagi, tengahari tu balik rumah. Macam tu la hari2 yang dilalui. Weekend pulak kalau tak pergi Muar lepak je la kat rumah ni. Kadang2 malas keluar nak beli makanan makan je apa yang ada kat rumah. Pernah makan lempeng kosong aje sebab takde lauk nak masak. Malas nak keluar punya pasal. Lepas kawen tiap2 hari keluar. Kadang2 pusing2 Senai ni je, kadang2 pergi jengah rumah yang tak siap2 lagi, tak pon lepak kat McD. Paling koman pon lepak depan rumah.

Cukuplah Ainn listkan 5 ni. Kalo nak ikutkan wat novel pon kena bersiri, punyalah banyak. Bila difikir2kan Ainn menyesal dengan perkahwinan ni. Memang menyesal Ainn tak terima lamaran dia awal2. Kalaulah Ainn tau bahagianya lepas kawen takdenya setahun baru kawen.

#jodohnya_baru_sampai

No comments:

Post a Comment