Nuffnang Ads

Wednesday, May 4, 2016

Jus Kurma Atau Buah Kurma? Kenapa Buah Kurma Jadi Pilihan?

Jus kurma atau buah kurma? Masih ada yang bertanya mana yang lebih antara dua ni.

Jujurnya Ainn bukan nutritionist untuk dijadikan bahan rujukan. Ini cuma pilihan Ainn. Ainn tetap pilih buah kurma. Walaupon dikatakan jus kurma tu dalam bentuk cecair, means senang untuk 'dialirkan' ke seluruh badan.

Kenapa Ainn pilih buah kurma berbanding jus kurma?

Pertama, sebab jus kurma adalah makanan yang dah diproses. Daripada buah kurma ia diproses jadi jus kurma. Habis tu, buah kurma kat sini kan dah dikeringkam, means dah proses jugak la kan? Oke, kalau buah kurma kat sini semua dalam bentuk 'kering', you all rasa kilang2 yang proses jus kurma tu guna buah kurma segar ke? Ainn yakin diorang sume duk guna kurma kat sini jugak nak proses jadik jus tu. Means guna buah kurma kering jugak. Antara buah kurma yang lalui sekali proses dengan jus kurma yang lalui 2kali proses mana yang lebih baik?

Kedua, apa yang korang akan taruk bila buat jus? At least akan letak air + gula kan? Haa nampak tak kat situ adanya penambah perasa? Bahan tambahan ni la yang akan mengurangkan khasiat kurma tadi. Kan dah rugi kat situ.

Dua2 ni teori Ainn semata je tau. Apa yang terlintas je, betol ke salah tu tak taulah. Macam jawab soalan exam, belasah aje jawabnya. Main ikut logik je. Korang yang baca nih jadi examiner la ye, nilai sendiri nak terima ke tak.

Oke, sebab ada yang kata jus kurma senang badan nak serap, minum je la air banyak2 lepas makan kurma. Bolela air tu 'angkut' khasiat2 kurma tu ke seluruh badan kita. Takde masalah kan?

No comments:

Post a Comment