Nuffnang Ads

Sunday, May 15, 2016

Jemput2 Lewat Malam

'Nak buat jemput2 tak bagi, nak cuci tupperware (yang) berhabuk dalam gerobok lagi la tak bagi. Siang tadi dia jugak suruh tidur, kita dah jaga pon suruh sambung tidur lagi. Waktu ni celik lagi la biji mata (ni)'.

Dari tadi lagi sebenarnya Ainn dok mengadu lapar. Oren pulak suruh tidur, kononnya bila dah tidur tak rasa la lapar tu. Macam mana nak tidur? Mata ni segar lagi. Alang2 tak ngantuk lagi ni ingatkan nak kemas gerobok, nak cuci la tupperware yang dah berhabuk tu. Pon tak bagi jugak!

Dah takde kerja Ainn post la kat moment wechat. Hihi dapat pon buat jemput2. Nak kena post kat moment wechat dulu baru nak bagi. Yang tokleh blahnya siap pesan jangan letak bawang. Nak jugak la tu. Tak kisahlah takde bawang pon, asalkan syg gi ambik kangkung kat depan tu. Ambik sebatang je cukup la, yang besar tau!

Taraa.. dah siap dah. Kejap je nak buat jemput2 ni. Kalau awal2 tadi dah bagi buat dah kenyang dah pon.

Jom masak sama2. Nak share jugak resipi ni walaupon budak sekolah rendah pon reti nak buat. Hihihi.

Resipi Jemput-Jemput

Bahan2:
5sudu tepung gandum
Segenggam ikan bilis
Sebatang kangkung
Semangkuk kecil air
Secubit serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2sudu minyak masak

Cara memasak:
1. Ikan bilis dibelah dan dibuang kepala dan isi perut. Bersihkan.
2. Potong kangkung. Bersihkan.
3. Campurkan semua bahan, kecuali minyak masak, di dalam mangkuk. Gaulkan.
4. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan.

Kitorang makan cicah ngan cili sos je. Dah kenyang, boleh tidur. Esok sambung cuti lagi, sempena JDT menang bola malam ni lawan PKNS. Tahniah JDT.

No comments:

Post a Comment