"Tadi akak tanya Faridah, Ainn tu ngandung ke? Tengok muka dia lain macam je..."
Patut la masa kat atas stage tu Kak Ayu dok pandang2, senyum2. Dia ada cakap tapi tak dengar. Mana la nak dengar dengan semua cikgu2 berkumpul kat atas stage tu. Dah la masing2 bising mengalahkan anak2 murid.
Dah 5bulan dah kak Ainn ngandung. Hihihi. Ramai yang terkejut bila cakap dah 5bulan. Mana taknya tak nampak pon lagi perut ni. Elok je lagi Ainn pakai baju kurung moden tu.
Senyum je Kak Ayu bila Ainn iakan. "Orang tua, Ainn. Pandai la tengok..."
Dah tua ke kak? Takde la tua sangat. Cuma dah berpengalaman la, berbanding Ainn ni. Baru setahun jagung.
No comments:
Post a Comment