Dah habis seronok menyambut hari guru, kita sambung lagi keseronokan dengan aktiviti bercamping. Bukan camping betul2 pon, just mini camping. Walaupon aktiviti ni makan masa 2hari, tapi tak tidur pon kat khemah. Aktiviti pon berjalan pada waktu p&p je. Ni 1st time PPKI SMKSenai buat aktiviti sebegini!
Bukan tak pernah diorang join mana2 camping, cuma aktiviti yang melibatkan semua murid Pendidikan Khas ni kira julung kalinya kitorang buat. 1st time buat, sampai 2hari. Ambik kau!
Dah nama pon 1st time buat, kita tak kenal sepenuhnya lagi anak2 kita. Nak2 pulak yang baru masuk tahun ni. So kitorang punya aktiviti tu simple je la. Nak tengok setakat mana kemampuan diorang. Nak tengok sejauh mana diorang boleh pergi. Asal ada camping peringkat daerah or negeri asyik muka sama je yang dihantar. Dengan adanya aktiviti sebegini, walaupon sekadar 'mini' at least kita boleh timbal balik penilaian kita terhadap anak2 ni.
Aktiviti yang kitorang buat takde la ikut betul2 macam pengakap buat. Kena adjust sikit ikut kesesuaian. Dah la 'camping' pon kat sekolah je. Tak boleh la nak samakan macam camping kat hutan. Tapi murid2 semua diminta bawak beg dan alatan sama macam diorang pergi camping. Walaupon tak betul2 camping at least dapat jugak rasa sikit pengalaman tu.
1st activity, lepas bahagi kumpulan dan guru pembimbing kitorang buat 'jungle tracking'. Nak jelajah hutan mana? Hihihi. Keluar je gate belakang, pusing Taman Bukit Senang kat belakang sekolah ni, then masuk sekolah semula ikut gate depan. Bukan jalan2 saje2. Sepanjang laluan tu ada 2 check points, dan setiap check point ada tugasan nak kena buat. Dan balik semula tu bukan dengan tangan kosong, setiap kumpulan mesti dapatkan 5benda di sepanjang perjalan. Plastik, ranting kayu, batu, kertas, daun. Ranting kayu dan daun tu kena ambik yang dah mati je, tak boleh rosakkan tanaman.
Sebelom memulakan aktiviti 'jungle tracking' yang takde jungle tu, kena warming up dulu. Cikgu Raudhah request nak buat senamrobik.Cikgu Amer la yang handle, walaupon senamrobik yang dia buat tu entah apa2.
Kat check point 1 senang je. Setiap seorang kena buat tabik hormat kat Cikgu Wahida yang jaga check point tu. Senang 'je' kan? Tapi ramai yang tak tahu nak buat tabik hormat dengan betul. Mana2 ahli yang tahu tu kena la ajar ahli2 yang lain. Sorang tak lepas semua ahli kumpulan tak lepas.
Tugasan kat check point 1 agak 'selesa' so kita 'dera' diorang kat check point 2. Mula2 kena bergayut melepasi monkey bar. Yang ni dah selalu buat kat padang sekolah, tapi ada jugak yang tak kuat tangan dan gayat. Kalau jatuh kena mulakan semula. 10minit tak siap lagi kita bagi laluan kat kumpulan lain, kalau ada kumpulan lain dah menunggu turn. Kalau taknak kumpulan lain potong queue kena la tolong mana2 ahli yang lemah tu.
Tak cukup dengan bergayut kat monkey bar, mintak diorang buat balancing pulak. Yang takde masalah balancing tu 'kacang' je la, macam berjalan atas titi je. Yang gayat tu jalan pelan2 je. Ji An punyalah takut, dah la gayat, balancing lari pulak tu sampai nak kena orang tuntun. Luqman sampai menangis kat penjuru titi tu, takut nak tukar arah. Kalau jatuh kan kena mulakan semula. Yang bagusnya Wan Xuan, walaupon jatuh tergolek sebab kasut licin tak payah cakap apa dia sendiri terus bangun dan buat semula.
Ini contoh kerjasama antara ahli. Ikutkan hati nak je hempuk si Ji An tu. Saje malas nak jalan. Nak dilayankan malas dia tu kan ahli2 lain pon lambat jugak jadinya. Nasib baik Sri kuat nak dukung dia.
Yeayy!! Ini kumpulan pertama yang sampai kat sekolah. Dan tugasan dibuat dengan jayanya! Tengok la ahli2nya, kuat2 je semua. Ni belom Jing Ting join kumpulan ni. Kalau Jing Ting dah join untuk aktiviti ni tergugat jugak masa diorang.
Dan ini kumpulan last yang sampai. Nak salahkan Ji An? Alahai Kak Ima tu kaki selfie. Asyik2 nak ambik gambar je. Kesian Adib ada 2orang sindrom down ahli dia. Takpe Adib, ni baru 1st activity. Pasni ada 2lagi, esok pon ada lagi.
Lepas rehat diteruskan dengan aktiviti simpulan dan ikatan. Plan asal dah buat 2jenis ikatan. Buku sila dan bunga geti. Tapi ye la, diorang ni tak boleh nak dijangka. So terpaksa la buat buku sila je.
Sebelom penilaian dibuat, murid2 berlatih membuat ikatan dulu dengan bantuan guru pembimbing. Setiap murid mesti belajar sampai pandai. Yang bagusnya Shi Young boleh buat 3cara nak buat ikatan buku sila ni. Cara Cikgu Nurul ajar dia boleh buat, yang kebanyakan murid tak faham. Cara Cikgu Amer pon dia boleh buat. Dalam dok buat latihan tu, dok simpul tali ke sana ke sini dia boleh buat cara lain, yang lebih cepat!
Penilaian untuk simpulan dan ikatan ni ikut masa. Buat by group. Yang dikira hanya 2orang terawal je dapat buat ikatan buku sila tu.
Seterusnya bantuan kecemasan. Kita fokus cara menggunakan kain anduh je, untuk lengan dan kepala. Kali ni kita bagi masa 5minit tengok setakat mana diorang boleh buat. Satu kumpulan je dapat siapkan dalam masa 5minit tu. Sedih.
***
Oke dah habis aktiviti untuk hari pertama. Diteruskan aktiviti di hari kedua. Ahli kumpulan tetap sama. 1st activity mendirikan khemah. Aktiviti ni buat kat dewan, takut nak buat kat padang. Masing2 masih terbayang2 ular yang patuk murid kat Kelantan. Lepas tu sekolah bawah pulak ada jumpa ular, lagi la takut bila jiran sendiri yang jumpa ular.
Masing2 semangat je, nak cepat siap. Ketua siap bagi arahan kat semua ahli buat kerja. Buat sama2 cepat la siap.
Kumpulan pertama yang siap mendirikan khemah. Jangan tak tahu Azlee yang banyak bagi arahan kat ahli2 yang lain. Dengan sebutan yang tak jelasnya tu paham ke diorang apa yang Azlee cakap? Tak kisahlah, janji siap. Yoke Ling pon beria bukan main, nak pulak bila dah siap. Dia yang susah nak bergambar bukan main excited.
Dah puas bergambar, landing sekejap kat khemah masing2 kemas balik la ye. Tak siap kemas tak boleh makan.
Lepas rehat diteruskan dengan aktiviti 'masakan rimba'. Takde buat banyak2 pon, buat roti lilit je. Setiap kumpulan buat satu doh. So kita mintak murid2 Melayu je yang uli doh tu. Bukan nak racist, cuma nak jaga pemakanan anak2 Islam jugak. Kita tak tak tahu diorang sentuh apa, dibuatnya ada yang sentuh najis mughallazah takdenya diorang samak dulu. Nak pastikan makanan tu halalan thoiyiba kita mintak je murid Islam yang buat.
Nama je masakan rimba, tapi guna arang je. Ha ni la tugasan untuk murid2 bukan Islam. Yang kelakarnya elok je api tu hidup ada sorang cleaner datang tabur dia punya sampah kat dalam api tu. Tercengang la semua. Bila ditanya kenapa buat macam tu dia sengeh aje. Bukan daun kering je, siap ada plastik lagi. Bahaya weh asap bakar plastik tu. Nasib baik satu unggun je yang kena bakar sampah.
Untuk majlis perasmian penutup pengetua dan YDP PIBG je yang datang. Kak Mas tak boleh datang sebab cuti, Dr Liew ada meeting dengan AJK Disiplin, En Masa'ud pulak ada meeting kat PPD. 1st time jemput YDP PIBG untuk aktiviti Pendidikan Khas, siap mintak dia merasmikan lagi. Terharu sangat bila PIBG nak menyumbang RM200 untuk program ni. Walaupon dah lepas at least kita boleh guna duit sumbangan tu untuk program lain pulak. Mula2 kan tak tahu nak dapat sumbangan ni so hadiah yang disediakan pon sabe budget je la.
Adib dapat anugerah pemimpian kumpulan terbaik. Walaupon nak kena handle 2orang sindrom down dalam kumpulan dia memang nampak ciri2 kepimpinan tu. Tak sia2 Adib dah pergi agonoree dan jamboree, sampai peringkat antarabangsa tu. Ingat murid2 aliran perdana je ke yang boleh.
Azlee dapat anugerah peserta lelaki terbaik. Yang ni memang tak dijangka. Sangat2 tak dijangka. Dalam kelas dia blur je, respon tak sama macam apa yang ditanya. Buat kerja pon lambat. Tapi dua hari ni dia menyerlah sangat. Setiap aktiviti dia dapat buat dengan baik, mengalahkan ahli2 yang lain. Dia pulak yang ajar ahli2 kumpulan dia. Good job Azlee.
Nadia pulak dapat anugerah peserta perempuan terbaik. Memang tak ada orang lain. Dengan perempuannya yang tak ramai, dia je la yang nampak menyerlah sikit. Nadia pon pernah join camping sama dengan Adib masa sekolah rendah, tapi setakat peringkat daerah je.
Dan hadiah hamper ni untuk semua. Ikutkan asalnya nak bagi hadiah2 ni ikut aktiviti, kumpulan mana yang menang. Memandangkan setiap aktiviti diorang berusaha dengan bersungguh2 nak siapkan aktiviti tu rasa lebih baik kalau kita hargai usaha diorang tu.
Siap majlis perasmian penutup kita bergambar dulu sebelom makan.
Hihi, inilah barisan guru2 dan PPM yang menjayakan program Mini Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas SMK Senai 2016. Harapnya program ni akan jadi program tahunan untuk PPKI SMK Senai.
*Walaupon penat, banyak kekurangan yang perlukan penambahbaikan, Cikgu Nurul happy sangat buat program kali ni. Pertama kalinya Cikgu Nurul handle program sebegini. Dari buat kertas kerja, mintak sign boss, beli barang, sediakan hadiah, buat surat jemputan, hantar surat jemputan, buat tuntutan kewangan, sendiri buat :-)