Nuffnang Ads

Sunday, February 18, 2018

Misi Menjejakkan Kaki di Tanah Terselatan Benua Asia

Kat Asia Tenggara yang merangkumi beberapa negara ni, semenanjung Malaysia merupakan sebahagian daripada tanah besar benua Asia ini. Sabah Sarawak tak termasuk ya. Itu dikira kepulauan. Dan sebesar2 benua Asia ni tanah yang paling selatan letaknya di Malaysia. Kalau Malaysia negeri apa letaknya di selatan? Johor la. Itu ramai yang tahu. Kalau tanya tempat khusus yang paling selatan? Tak ramai yang tahu.

Ainn sendiri nama aje 7tahun duk Johor, tapi tak pernah lagi jejakkan kaki kat tanah terselatan benua Asia tu. Jangan kata Ainn tak tahu tempat tu kat mana. Cuma takde geng je nak pergi situ. Bila dah kahwin dapat suami kaki jalan, Aisy dah besar sikit ni boleh la pergi.

Bila hubby cakap taknak balik kampung cuti Raya Cina ni terus Ainn plan ke sini. Apa pagi google la tempat2 menarik kat sekitar. Plan nak stay hotel 1malam. Ada la tempat2 yang nak dikunjungi. Yang wajib ada dalam list semestinya tanah terselatan benua Asia, Tanjung Piai. Ada baca 1blog tu ada komen kata Pulau Kukup lebih menarik berbanding Tanjung Piai. Nampak gaya kena pergi jugak ni. Dan beberapa tempat lain; Muzium Bugis, Muzium Nenas, Dataran Diraja, Taman Awam.

Bila dipikir2 balik bukannya jauh pon Pontian tu. Rasanya tak perlu kot nak stay hotel. Pergi balik hari je pon macam oke je. Tak payah pergi semua tempat tu, pergi Tanjung Piai je. Dan semestinya Pulau Kukup.

Semalam tibalah harinya yang dirancang. Lebih kurang pukul 10pagi kitorang bertolak dari rumah. Lebih kurang 1jam perjalan sampai la di tempat yang dituju. Boleh tahan ramai jugak pengunjung yang datang. Kitorang park kereta pon kat belakang2. Mungkin masing2 ambik kesempatan berlibur bersama keluarga di hari cuti ni.

Yayy kami dah sampai. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Taman Negara Tanjung Piai. Ni belom masuk lagi, masih kat tempat parking.

Tadi selfie dari jauh, tak nampak sangat ucapan 'selamat datang' yang mengalukan pengunjung ke Taman Negara Tanjung Piai ni. Kita close up sikit. Bagi daebap je yang jadi model. Nasib baik sempat snap sebelom dia lari.

Nak masuk tu ada sungai. Bila ada sungai semestinya ada jambatan nak menyeberang. Haa ni belom lagi betol2 masuk.

Nak masuk ke Taman Negara tu kena beli tiket dulu ye. Untuk warganegara dewasa RM5.30 seorang. Ada 30sen ye, taknak cakap lebih sendiri paham je la. Ni akak2 ni tengah qeueu nak beli tiket la ni. Kaunter tiket ni bukannya jauh pon, betol2 seberang jambatan. Kalau tengok kat gambar pertama atas tu boleh nampak dari luar kaunter tiket ni.

Sementara ummi beli tiket abi ngan Aisy 'main2' dengan monyet dulu. Tak tahu la tu monyet ke kera ke. Belasah je la. 

Sebelom masuk ke Taman Negara wajib bergambar dengan landmark Tanjung Piai dulu. Sementara orang duk berebut nak bergambar apa kata Aisy bergambar ngan post box ni je dulu. Siap ada monyet bertenggek. Simbolik Tanjung Piai la tu.

Tak perlu duk depan2, dari angle ni pon cantik apa. Tak payah nak berebut2. Dah la panas.

Ni mula2 masuk nak ke Taman Negara. Aisy bukan main excited. Asyik nak berlari je. Aha tiket tadi jangan terus buang ye. Nak masuk sini ada check tiket dulu.

Sebab datang sini nak ke tanah terselatan tu mesti menghala ke arah ni dulu. Bila sampai simpang arah ke kiri untuk ke jetty memancing, kanan pulak nak ke landmark tanah terselatan tu. Hubby semestinya nak ke jetty memancing dulu. Aisy pulak dah mula buat muka penat dia.

Tak cukup kat luar tadi, dalam ni pon ada jugak replika monyet. Aisy ni kenal ke tak 'binatang' sebelah tu? 

Yang bestnya kat sini bukan saja boleh tengok pokok bakau, ada jugak kata2 hikmah. Sambil2 menikmati alam nan kehijauan boleh baca dan perah otak tafsir setiap kata2 tu.

Tadi tak nampak sangat kan? Ni ha angle up sikit. Tadi nak fokus kat hubby je terlepas pandang pulak kata2nya terlindung dek tiang tu.

Boleh nampak kan kanan kirinya dipenuhi pokok bakau. Aisy entah kenapa asyik nak duk tepi tu je. Penat berjalan agaknya. Kalau dah duduk tepi tu boleh rehat kejap sambil tilik pokok bakau tu satu2.

Eh eh ada plot lokam la. Mesti banyak lokam kat sini kan? Kenal tak lokam tu macam mana?

Ni ha akar jengkang tertinggi kat Taman Negara Tanjung Piai ni. Kat situ terang2 dinyatakan tingginya 14kaki. Tapi Ainn nampak macam 13kaki je. Ke tanah makin membukit?

Ni ha jetty memancing tu. Akhirnya sampai jugak. Tapi air tengah naik la. Kalau tak pakai kasut nak aje redah air tu. Sebab pakai kasut kan, nanti tak selesa pulak bila dah basah2.

Dah sampai jetty memancing tak payah patah balik ke tempat asal tadi. Teruskan aje perjalanan kalau nak ke tanah terselatan benua Asia tu.

Kenal tak ini apa? Hubby kata ni la ikan belacak. Belacak? Ke belecak? Mana2 la. Janji ini sejenis ikan.

Tempat jambatan yang melendut sikit tu la ikan belacak tadi naik. Ingatkan nak snap gambar kaki hubby kena pukul dek air tu, time dia lalu situ air xdatang la pulak.

Jeng! Jeng! Jeng! Kat sini pon air melintas lebih paras jambatan la. Huhu tak boleh jugak nak ke penghujung benua Asia tu. Hukhukhuk sedih weh. Takpe2 bukan jauh sangat pon, lain kali kita datang lagi.

Tak dapat sentuh globe tu dapat ambik gambar dari jauh pon jadi la. Nampak ke idok globe tu?

Ummi pon nak jugak bergambar ngan globe. Tadi banyak sangat pokok tak muat nak selit muka. Kat sini jauh sangat la pulak. Globe ngan lubang hidung hubby lebih kurang je saiznya. Ops!

Frust kita balik je la. Aisy siap bukak kasut lagi. Nasik baik tak dibalingnya ke dalam air kasut tu. Dah bukak kasut tu sah2 la dah taknak jalan.

'You'll never walk alone' oke. Bila abi duk depan ummi terpaksa jengketkan kaki. Dan angkat Aisy tinggi2.

Tak jadi terus balik. Nak jugak naik menara pemerhati ni. Mesti boleh tengok kawasan sekitar dari tempat tinggi, best kan? Menara pemerhati ni yang ke2. Yang pertama ada kat kawasan trek denai. Kitorang tak pergi pon situ. Tengok dia wat laluan 1800m, macam jauh je. Dapat naik yang ni pon ok je la. Hubby siap tanya, 'syg nak turun lagu mana nanti?' Ye, tangga tu agak curam. Tapi boleh je Ainn naik dan turun dengan selamatnya.

Dah sampai puncak menara pemerhati. Double frust. Dah la tadi tak dapat sentuh glob kat penghujung benua, panjat tangga penat2 tak dapat tengok apa. Semuanya terlindung dengan pokok bakau yang makin meninggi.

Merajuk ke ni? Suka sangat nak mengintai kat celah2 lantai tu.

Ada pokok bonsai kat depan office. Ajak hubby selfie boleh pulak dikatanya dia tak heran pon ngan bonsai? Takpe, Ainn kisah. Kita selfie sorang2 je pon boleh.

Dah penat2 pon nak jugak ke jetty. Ingatkan jetty yang betul2 ada bot, rupanya den tertipu. Ni bukan Tipah tertipu, tapi Ainn tertipu.

Berehat agak lama jugak kat jetty ni.

Aisy sempat lagi menyusu. Bagi ummi abi je selfie.

Sebelom melangkah keluar dari jetty, sempat bergambar sekejap.

Inilah jetty tu. Tak tahulah hubby guna kamera mode apa, dua2 kabur je gambarnya.

Tengah berjalan nak meninggalkan jetty jumpa 'monyet' lagi. 'Lontong' kata hubby. Aisy lebih berminat kepada lontong tu.

Sebelom keluar kita bergambar lagi. Sepatutnya awal2 tadi masa mula2 masuk dah bergambar kat sini. Dah keluar baru nak bergambar dapat muka penat je la.

Memang susah nak ambik gambar Aisy sorang2.

Mula2 masuk tadi confuse jap. Nak gi Pulau Kukup boleh pergi dari sini ke? Hakhakhak.

Ya, hutan bakau membantu memerangkap sampah.

Buktinya banyak sampah yang terperangkap kat Taman Negara Tanjung Piai ni. Tak tahulah sama ada botol2 tu dari buangan pengunjung kat sini atau sampah yang dibawa oleh air. Siap ada botol softlan lagi.

Oke dah penat. Makan pon belom lagi. Masa Ainn pergi semalam ada 2 gerai bukak. Tapi hubby tak kasi beli. Nak beli sebelom masuk awal2 lagi dah tertera larangan bawa masuk makanan. Nak beli bila dah keluar dah lapar sangat, nak cari makanan berat je terus. Moh le kite cari makan.

Friday, February 16, 2018

Elakkan Memilih Grill Macam Ni

'Aisy dah memanjat sekarang ni.'
Pernah Ainn mengadu kat kawan2 pasal Aisy. Anak2 tengah membesar banyak benda yang nak dicubanya. Termasuk jugak panjat-memanjat.

'Sebab tu aku tak pilih grill yang melintang!'
Aduh, tak terpikir pulak masa tu. Yelah masa nak pasang grill Aisy baru 6bulan, jalan pon belom pandai lagi. Apalagi nak memanjat.

So ambik pengajaran kat sini ye. Ainn memang melarang sekeras2nya untuk pilih grill yang melintang macam ni. Kalau tak nak anak memanjat pilih ke corak grill yang menegak. Lagipon corak menegak memberi ilusi rumah nampak tinggi.

Sekarang ni Aisy dah setahun lebih lagi la kuat memanjat. Tadi sempat snap gambar dia duk memanjat. Boleh tahan tinggi kali ni. Konon2 duk tunggu abi balik dari masjid la tu.


Agak2 kalau abi tahu Aisy panjat tinggi macam ni, Aisy yang kena marah ke ummi yang kena marah?

Monday, February 12, 2018

Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Anugerah Kecemerlangan

Skema tak tajuk kali ni? Nasib baik tak penuh je.

Oke, ini cerita 2hari lepas. Macam biasa majlis2 yang melibatkan ibu bapa mesti buatnya hari Sabtu. Kalau bukan hari Sabtu nak buat hari apa pulak ye? Jumaat sekejap je nanti nak Solat Jumaat. Lagipon parents yang kerja swasta mesti la kerja.

Bukan nak cerita pasal mesyuarat agung tu pon sebenarnya. Sejujurnya Ainn sendiri tak masuk dewan pon. Datangnya dah lewat, lepas tu lepak je kat luar. Dengar dari luar je ucapan2 orang2 penting tu. Termasuk jugak semasa pembubaran jawatankuasa. Ainn tolong Kak Ain handle murid2 Pendidikan Khas nak terima anugerah kecemerlangan.

Pemilihan kali ni tak susah pon, sebabnya kami dah bagi penghargaan ni hujung tahun lepas masa majlis akhir tahun. Jadi kami ambik dari list tu je la. Untuk sahsiah je nak kena pilih.

Sementara menunggu masa untuk penganugerahan belajar dulu macam mana nak ambil hadiah tu nanti. Ain ngan Zairul dah selamat kat dalam, yang ni je sempat bergambar. Sempat Cikgu Linda memyelit. Dah la dah gemok, dalam gambar ni lagi la nampak gemoknya tu.

Persembahan teater, selingan antara mesyuarat agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan.

Diteruskan dengan persembahan koir.

Dah masuk nak tengok persembahan baru perasan, boleh tahan ramai jugak yang datang kali ni. Oke teruskan dengan penerima2 anugerah kecemerlangan.

Ahmad dapat Anugerah Kokurikulum Pendidikan Khas lelaki. Dah ke SMPK VIP, harap2 bertambah aktif la ye kat sekolah baru.

Ain pulak untuk kategori perempuan. Tahun depan nak apply VIP jugak ke Ain?

Gambar Shi Young kat pentas tak menjadi. So kita ambik lagi sekali gambar Shi Young sorang2 ye. Coklat bouquet tu daripada Cikgu Ain. Shi Young terima anugerah untuk kategori sahsiah.

Untuk kecemerlangan akademik pulak tak cukup. Zulhelmi takde, datang lewat. Walaupon majlisnya selepas mesyuarat agung tapi pendaftaran tetap jugak awal2 pagi. Sudahnya takde dalam list penerima anugerah. Bagi belakang tabir je.

Suhada cemerlang akademik untuk kelas Mutiara 1. Siap lambai2 audiens lagi masa naik stage, semua orang bersorak.

Azli penerima anugerah cemerlang akademik untuk kelas Mutiara 4.

Wei Ming terima anugerah cemerlang akademik untuk kelas Mutiara 3

Zairul terima anugerah cemerlang akademik untuk kelas Mutiara 2.

Wajib! Memang acara wajib bergambar dengan cikgu. Aduhh Cikgu Nurul bukam main pose sengetkan badan, nampak jugak gemoknya tu.

Okelah anak2 semua, Cikgu Nurul doakan kalian terus cemerlang.

**Baru perasan tag kat gambar tu alamat blognya salah 🤦

Thursday, February 1, 2018

Rendang Daging Mudah Dan Sedap

Ada nampak macam rendang tak? Selalunya rendang banyak rempahnya, daging pulak dipotong dadu kecik2. Ini rendang cara Ainn. Masaknya ikut selera sendiri yang nak makan. Dagingnya tu dihiris besar tapi nipis. Rempahnya pon sikit je, sebab nak makan dagingnya je. Hihihi.

Agak2 kalau Ainn share resipi rendang daging Ainn ni ada yang nak try tak?


Bahan2 yang diperlukan: daging lebih kurang 100g, 1biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, setengah jengkal serai, halia, 2 biji cili kering, 1tbs rempah kurma, 1tsp kerisik, 3tbs santan, garam, gula, asam keping, serbuk kiub ayam Knorr, 1helai daun limau purut.

Sukatan tu Ainn agak2 je. Entah2 daging tu 50g je kot. Senang cakap untuk 2orang makan je la. Bawang putih tu Ainn ambik ulasan yang belah dalam, yang kecik je. Serai pulak Ainn ambik yang bahagian belakang. Yang kecik sikit saiznya berbanding yang bahagian bawah. Halia lebih kurang saiz kuku kelingking. Santan Ainn guna santan kotak je. Asam keping tu Ainn ambik sekeping belah 4, kiranya 1/4keping je.

Caranya sangat2 senang. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan serai. Gaulkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi dengan daging yang dah dihiris nipis. Gaul sama2 dengan semua bahan kecuali daun limau purut. Panaskan minyak sikit je. Gorengkan daging hingga masak. Sambil2 tu boleh la hiris halus daun limai purut. Ainn buang dia punya tulang tengah yang keras tu. Bila daging dah masak baru masukkan daun limau purut tadi. Gaul rata2, dah siap.

Inilah hasilnya rendang daging cara Ainn. Serai tu Ainn tumbuk panjang gitu je, senang nak ketepikan masa nak makan nanti. Rasanya memang sedap. Daun kunyit? Kita guna bahan mana yang ada je, yang penting sedap.

Wednesday, January 31, 2018

Menu Bajet Di Restoran Eman Tomyam

Dah lama rasanya tak makan kat luar. Kebetulan ada terbaca kat group KPK harga makanan kat Restoran Eman Tomyam murah sangat. Ada lagi ke harga nasi goreng RM5? Bukan nasi goreng untuk sarapan pagi yang takde lauk apa2 tu ye, nasi goreng menu masakan panas. Tak kisahlah nasi goreng apa pon. Tak cukup dengan tu katanya ada diskaun 10% untuk menu set ikan siakap. Diskaun tu sehingga 31 Januari je. Apa lagi terus ajak hubby try makanan kat sana.

Lepas maghrib terus pergi. Mula2 hubby tanya kat mana restoran tu laju je jawab 'Bandar Putra'. Nasib baik awal2 lagi tergerak hati nak cari restoran tu kat Google Maps. Bila tengok iklan tu balik rupanya restoran tu kat Taman Gemilang. Dekat sangat la ngan rumah ni. Sederet je ngan Klinik Amir & Rakan2.

Masa kitorang sampai tu takde orang pon. Staff sedang enak menikmati hidangan. Macam biasa la Ainn yang kena pilih menu. So Ainn pilih set je la, kan ada diskaun 10%. Ainn pilih set untuk 3orang makan, set yang ada kerabu mangga. Favourite hubby tu, mana boleh tak ambik yang tu. Air hubby mintak tembikai, Ainn pulak barli panas, tembikai without ais untuk Aisy. Nasi ambik 2 je.

Kerabu mangga menu wajib hubby. Tengok kepada warna mangganya tu dah boleh agak betol2 mangga muda yang digunakan.

Tomyam seafood, campuran udang, sotong, apa yang warna hijau tu? Kepah ek?

Kailan ikan masin.

Ikan siakap 3rasa. Set ni boleh pilih masakan untuk siakap.

Ayam black pepper. Macam pelik je, macam xngam je ngan menu lain. Dah memang termasuk dalam set tu, makan je la.

Untuk menu2 ni, termasuk nasi dan air harganya RM62. Tu harga selepas diskaun 10% ye. Kalau takde diskaun tu pon masih bawah harga RM70.

Soal rasa? Kena la ngan harganya. Tekak masing2 la ye.

Yang Ditunggu-Tunggu


Posting yang menimbulkan spekulasi, 'Aisy dah nak dapat adik ke?'

Lama sangat ke tunggu? Aisy baru setahun 4bulan. Masih lagi menyusu badan. Macam mana agaknya kalau dah dapat adik nanti? Maunya berebut susu ngan adiknya. Sekarang ni pon abi acah2 je terus ngap. Hihihi trick yang sangat berguna kalau Aisy main2 je masa menyusu. Abi acah2 je terus tak lepas.

Aisy baru setahun 4bulan, takkan lahir je terus menunggu 2nd pregnancy? Agaknya apa la ye yang ditunggu2 tu. Ada yang nak teka tak? Tak payah la, biar Ainn bagitau je.

Ingat lagi tak Ainn cerita pasal Ainn mintak ubat turun darah itu hari? Masa Ainn post pasal tu ubat dah habis, tapi tak period pon lagi. Akhirnya, selepas beberapa hari darah kotor tu dah keluar!

Tengah duk santai2 ngan hubby tunggu azan Isyak ada rasa tak selesa. Rupanya ada benda. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Excited, nervous, happy. Semua lah. Last period on last April, lama tu!

Mungkin sebab lama sangat, darah tu agak gelap warnanya. Tak banyak, tak macam period sebelom2 ni. Warnanya tu yang menakutkan. Dan badan pon rasa sangat2 penat. Balik sekolah petang semalam melepek aje. Hari ni tak payah cerita la. Nasib baik cuti, boleh rehat puas2. Tak puas sangat la bila ada si daebap yang tengah membuas tu. Hihi.

Petang tadi warna darah dah merah2. Harap2 esok tenaga dah kembali pulih. Yang bestnya hubby siap bakar tungku lagi. Walaupon batunya kecik je, boleh la nak kurangkan sakit. Tq syg 😘

Friday, January 26, 2018

Bila Doktor Minta Kurangkan Berat Badan

'Sebab nak ngandung ke?'

Rata2 itu respon yang Ainn dapat bila Ainn ceritakan pasal doktor mintak kurangkan berat badan. Hurmm nak kurus sebab nak ngandung je ke? Ada banyak faktor lain kan?

Alkisahnya last Tuesday Ainn pergi jumpa doktor. Sebabnya sakit kepala, mungkin kuat sangat melantak udang galah gamaknya. Cerita udang galah tu Ainn cerita kemudian ye. Hish dah banyak sangat dah ni cerita2 tertangguh.

Dah alang2 jumpa doktor tu Ainn mintak le sekali ubat 'turun darah'. Sebabnya dah lama sangat tak datang period. Last period bulan April tahun lepas. Lepas lahirkan Aisy 2 kali je Ainn period.

Kenapa Ainn nak sangat ubat ni? Sebab tak selesa la. Rasa macam banyak sangat toksik terkumpul dalam badan ni. Perut pon buncit semacam je. Tak tau la itu penyebabnya ke tidak. Just try.


Inilah ubatnya tu. Tak dapat banyak pon. 6 biji untuk 3hari. Sekali makan sebijik, sehari makan 2kali. Cukup ke ni? Entahlah, tengok la nanti macam mana. Ni Ainn dah habis makan dah pon.

Kenapa pulak doktor suruh kurangkan berat badan? Mungkin sebab berat berlebihan, itu yang buat badan lemau aje. Kiranya 2faktor la yang menjejaskan kesihatan Ainn sekarang ni. Tak period dah lama, dan obesiti.

Tak banyak yang doktor nasihatkan pasal kena kurangkan berat badan tu. Last meal on 6pm. Itu je. Dan sedikit tambahan, aktifkan diri. Jangan nak pasif aje. Pastikan jugak tidur mencukupi.