Posting yang menimbulkan spekulasi, 'Aisy dah nak dapat adik ke?'
Lama sangat ke tunggu? Aisy baru setahun 4bulan. Masih lagi menyusu badan. Macam mana agaknya kalau dah dapat adik nanti? Maunya berebut susu ngan adiknya. Sekarang ni pon abi acah2 je terus ngap. Hihihi trick yang sangat berguna kalau Aisy main2 je masa menyusu. Abi acah2 je terus tak lepas.
Aisy baru setahun 4bulan, takkan lahir je terus menunggu 2nd pregnancy? Agaknya apa la ye yang ditunggu2 tu. Ada yang nak teka tak? Tak payah la, biar Ainn bagitau je.
Ingat lagi tak Ainn cerita pasal Ainn mintak ubat turun darah itu hari? Masa Ainn post pasal tu ubat dah habis, tapi tak period pon lagi. Akhirnya, selepas beberapa hari darah kotor tu dah keluar!
Tengah duk santai2 ngan hubby tunggu azan Isyak ada rasa tak selesa. Rupanya ada benda. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Excited, nervous, happy. Semua lah. Last period on last April, lama tu!
Mungkin sebab lama sangat, darah tu agak gelap warnanya. Tak banyak, tak macam period sebelom2 ni. Warnanya tu yang menakutkan. Dan badan pon rasa sangat2 penat. Balik sekolah petang semalam melepek aje. Hari ni tak payah cerita la. Nasib baik cuti, boleh rehat puas2. Tak puas sangat la bila ada si daebap yang tengah membuas tu. Hihi.
Petang tadi warna darah dah merah2. Harap2 esok tenaga dah kembali pulih. Yang bestnya hubby siap bakar tungku lagi. Walaupon batunya kecik je, boleh la nak kurangkan sakit. Tq syg 😘
No comments:
Post a Comment