Nuffnang Ads

Wednesday, January 31, 2018

Menu Bajet Di Restoran Eman Tomyam

Dah lama rasanya tak makan kat luar. Kebetulan ada terbaca kat group KPK harga makanan kat Restoran Eman Tomyam murah sangat. Ada lagi ke harga nasi goreng RM5? Bukan nasi goreng untuk sarapan pagi yang takde lauk apa2 tu ye, nasi goreng menu masakan panas. Tak kisahlah nasi goreng apa pon. Tak cukup dengan tu katanya ada diskaun 10% untuk menu set ikan siakap. Diskaun tu sehingga 31 Januari je. Apa lagi terus ajak hubby try makanan kat sana.

Lepas maghrib terus pergi. Mula2 hubby tanya kat mana restoran tu laju je jawab 'Bandar Putra'. Nasib baik awal2 lagi tergerak hati nak cari restoran tu kat Google Maps. Bila tengok iklan tu balik rupanya restoran tu kat Taman Gemilang. Dekat sangat la ngan rumah ni. Sederet je ngan Klinik Amir & Rakan2.

Masa kitorang sampai tu takde orang pon. Staff sedang enak menikmati hidangan. Macam biasa la Ainn yang kena pilih menu. So Ainn pilih set je la, kan ada diskaun 10%. Ainn pilih set untuk 3orang makan, set yang ada kerabu mangga. Favourite hubby tu, mana boleh tak ambik yang tu. Air hubby mintak tembikai, Ainn pulak barli panas, tembikai without ais untuk Aisy. Nasi ambik 2 je.

Kerabu mangga menu wajib hubby. Tengok kepada warna mangganya tu dah boleh agak betol2 mangga muda yang digunakan.

Tomyam seafood, campuran udang, sotong, apa yang warna hijau tu? Kepah ek?

Kailan ikan masin.

Ikan siakap 3rasa. Set ni boleh pilih masakan untuk siakap.

Ayam black pepper. Macam pelik je, macam xngam je ngan menu lain. Dah memang termasuk dalam set tu, makan je la.

Untuk menu2 ni, termasuk nasi dan air harganya RM62. Tu harga selepas diskaun 10% ye. Kalau takde diskaun tu pon masih bawah harga RM70.

Soal rasa? Kena la ngan harganya. Tekak masing2 la ye.

No comments:

Post a Comment