Kat Asia Tenggara yang merangkumi beberapa negara ni, semenanjung Malaysia merupakan sebahagian daripada tanah besar benua Asia ini. Sabah Sarawak tak termasuk ya. Itu dikira kepulauan. Dan sebesar2 benua Asia ni tanah yang paling selatan letaknya di Malaysia. Kalau Malaysia negeri apa letaknya di selatan? Johor la. Itu ramai yang tahu. Kalau tanya tempat khusus yang paling selatan? Tak ramai yang tahu.
Ainn sendiri nama aje 7tahun duk Johor, tapi tak pernah lagi jejakkan kaki kat tanah terselatan benua Asia tu. Jangan kata Ainn tak tahu tempat tu kat mana. Cuma takde geng je nak pergi situ. Bila dah kahwin dapat suami kaki jalan, Aisy dah besar sikit ni boleh la pergi.
Bila hubby cakap taknak balik kampung cuti Raya Cina ni terus Ainn plan ke sini. Apa pagi google la tempat2 menarik kat sekitar. Plan nak stay hotel 1malam. Ada la tempat2 yang nak dikunjungi. Yang wajib ada dalam list semestinya tanah terselatan benua Asia, Tanjung Piai. Ada baca 1blog tu ada komen kata Pulau Kukup lebih menarik berbanding Tanjung Piai. Nampak gaya kena pergi jugak ni. Dan beberapa tempat lain; Muzium Bugis, Muzium Nenas, Dataran Diraja, Taman Awam.
Bila dipikir2 balik bukannya jauh pon Pontian tu. Rasanya tak perlu kot nak stay hotel. Pergi balik hari je pon macam oke je. Tak payah pergi semua tempat tu, pergi Tanjung Piai je. Dan semestinya Pulau Kukup.
Semalam tibalah harinya yang dirancang. Lebih kurang pukul 10pagi kitorang bertolak dari rumah. Lebih kurang 1jam perjalan sampai la di tempat yang dituju. Boleh tahan ramai jugak pengunjung yang datang. Kitorang park kereta pon kat belakang2. Mungkin masing2 ambik kesempatan berlibur bersama keluarga di hari cuti ni.
Bila dipikir2 balik bukannya jauh pon Pontian tu. Rasanya tak perlu kot nak stay hotel. Pergi balik hari je pon macam oke je. Tak payah pergi semua tempat tu, pergi Tanjung Piai je. Dan semestinya Pulau Kukup.
Semalam tibalah harinya yang dirancang. Lebih kurang pukul 10pagi kitorang bertolak dari rumah. Lebih kurang 1jam perjalan sampai la di tempat yang dituju. Boleh tahan ramai jugak pengunjung yang datang. Kitorang park kereta pon kat belakang2. Mungkin masing2 ambik kesempatan berlibur bersama keluarga di hari cuti ni.
Yayy kami dah sampai. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Taman Negara Tanjung Piai. Ni belom masuk lagi, masih kat tempat parking.
Tadi selfie dari jauh, tak nampak sangat ucapan 'selamat datang' yang mengalukan pengunjung ke Taman Negara Tanjung Piai ni. Kita close up sikit. Bagi daebap je yang jadi model. Nasib baik sempat snap sebelom dia lari.
Nak masuk tu ada sungai. Bila ada sungai semestinya ada jambatan nak menyeberang. Haa ni belom lagi betol2 masuk.
Nak masuk ke Taman Negara tu kena beli tiket dulu ye. Untuk warganegara dewasa RM5.30 seorang. Ada 30sen ye, taknak cakap lebih sendiri paham je la. Ni akak2 ni tengah qeueu nak beli tiket la ni. Kaunter tiket ni bukannya jauh pon, betol2 seberang jambatan. Kalau tengok kat gambar pertama atas tu boleh nampak dari luar kaunter tiket ni.
Sementara ummi beli tiket abi ngan Aisy 'main2' dengan monyet dulu. Tak tahu la tu monyet ke kera ke. Belasah je la.
Sebelom masuk ke Taman Negara wajib bergambar dengan landmark Tanjung Piai dulu. Sementara orang duk berebut nak bergambar apa kata Aisy bergambar ngan post box ni je dulu. Siap ada monyet bertenggek. Simbolik Tanjung Piai la tu.
Tak perlu duk depan2, dari angle ni pon cantik apa. Tak payah nak berebut2. Dah la panas.
Ni mula2 masuk nak ke Taman Negara. Aisy bukan main excited. Asyik nak berlari je. Aha tiket tadi jangan terus buang ye. Nak masuk sini ada check tiket dulu.
Sebab datang sini nak ke tanah terselatan tu mesti menghala ke arah ni dulu. Bila sampai simpang arah ke kiri untuk ke jetty memancing, kanan pulak nak ke landmark tanah terselatan tu. Hubby semestinya nak ke jetty memancing dulu. Aisy pulak dah mula buat muka penat dia.
Tak cukup kat luar tadi, dalam ni pon ada jugak replika monyet. Aisy ni kenal ke tak 'binatang' sebelah tu?
Yang bestnya kat sini bukan saja boleh tengok pokok bakau, ada jugak kata2 hikmah. Sambil2 menikmati alam nan kehijauan boleh baca dan perah otak tafsir setiap kata2 tu.
Tadi tak nampak sangat kan? Ni ha angle up sikit. Tadi nak fokus kat hubby je terlepas pandang pulak kata2nya terlindung dek tiang tu.
Boleh nampak kan kanan kirinya dipenuhi pokok bakau. Aisy entah kenapa asyik nak duk tepi tu je. Penat berjalan agaknya. Kalau dah duduk tepi tu boleh rehat kejap sambil tilik pokok bakau tu satu2.
Eh eh ada plot lokam la. Mesti banyak lokam kat sini kan? Kenal tak lokam tu macam mana?
Ni ha akar jengkang tertinggi kat Taman Negara Tanjung Piai ni. Kat situ terang2 dinyatakan tingginya 14kaki. Tapi Ainn nampak macam 13kaki je. Ke tanah makin membukit?
Ni ha jetty memancing tu. Akhirnya sampai jugak. Tapi air tengah naik la. Kalau tak pakai kasut nak aje redah air tu. Sebab pakai kasut kan, nanti tak selesa pulak bila dah basah2.
Dah sampai jetty memancing tak payah patah balik ke tempat asal tadi. Teruskan aje perjalanan kalau nak ke tanah terselatan benua Asia tu.
Kenal tak ini apa? Hubby kata ni la ikan belacak. Belacak? Ke belecak? Mana2 la. Janji ini sejenis ikan.
Tempat jambatan yang melendut sikit tu la ikan belacak tadi naik. Ingatkan nak snap gambar kaki hubby kena pukul dek air tu, time dia lalu situ air xdatang la pulak.
Jeng! Jeng! Jeng! Kat sini pon air melintas lebih paras jambatan la. Huhu tak boleh jugak nak ke penghujung benua Asia tu. Hukhukhuk sedih weh. Takpe2 bukan jauh sangat pon, lain kali kita datang lagi.
Tak dapat sentuh globe tu dapat ambik gambar dari jauh pon jadi la. Nampak ke idok globe tu?
Ummi pon nak jugak bergambar ngan globe. Tadi banyak sangat pokok tak muat nak selit muka. Kat sini jauh sangat la pulak. Globe ngan lubang hidung hubby lebih kurang je saiznya. Ops!
Frust kita balik je la. Aisy siap bukak kasut lagi. Nasik baik tak dibalingnya ke dalam air kasut tu. Dah bukak kasut tu sah2 la dah taknak jalan.
'You'll never walk alone' oke. Bila abi duk depan ummi terpaksa jengketkan kaki. Dan angkat Aisy tinggi2.
Tak jadi terus balik. Nak jugak naik menara pemerhati ni. Mesti boleh tengok kawasan sekitar dari tempat tinggi, best kan? Menara pemerhati ni yang ke2. Yang pertama ada kat kawasan trek denai. Kitorang tak pergi pon situ. Tengok dia wat laluan 1800m, macam jauh je. Dapat naik yang ni pon ok je la. Hubby siap tanya, 'syg nak turun lagu mana nanti?' Ye, tangga tu agak curam. Tapi boleh je Ainn naik dan turun dengan selamatnya.
Dah sampai puncak menara pemerhati. Double frust. Dah la tadi tak dapat sentuh glob kat penghujung benua, panjat tangga penat2 tak dapat tengok apa. Semuanya terlindung dengan pokok bakau yang makin meninggi.
Merajuk ke ni? Suka sangat nak mengintai kat celah2 lantai tu.
Ada pokok bonsai kat depan office. Ajak hubby selfie boleh pulak dikatanya dia tak heran pon ngan bonsai? Takpe, Ainn kisah. Kita selfie sorang2 je pon boleh.
Dah penat2 pon nak jugak ke jetty. Ingatkan jetty yang betul2 ada bot, rupanya den tertipu. Ni bukan Tipah tertipu, tapi Ainn tertipu.
Berehat agak lama jugak kat jetty ni.
Aisy sempat lagi menyusu. Bagi ummi abi je selfie.
Sebelom melangkah keluar dari jetty, sempat bergambar sekejap.
Inilah jetty tu. Tak tahulah hubby guna kamera mode apa, dua2 kabur je gambarnya.
Tengah berjalan nak meninggalkan jetty jumpa 'monyet' lagi. 'Lontong' kata hubby. Aisy lebih berminat kepada lontong tu.
Sebelom keluar kita bergambar lagi. Sepatutnya awal2 tadi masa mula2 masuk dah bergambar kat sini. Dah keluar baru nak bergambar dapat muka penat je la.
Memang susah nak ambik gambar Aisy sorang2.
Mula2 masuk tadi confuse jap. Nak gi Pulau Kukup boleh pergi dari sini ke? Hakhakhak.
Ya, hutan bakau membantu memerangkap sampah.
Buktinya banyak sampah yang terperangkap kat Taman Negara Tanjung Piai ni. Tak tahulah sama ada botol2 tu dari buangan pengunjung kat sini atau sampah yang dibawa oleh air. Siap ada botol softlan lagi.
Oke dah penat. Makan pon belom lagi. Masa Ainn pergi semalam ada 2 gerai bukak. Tapi hubby tak kasi beli. Nak beli sebelom masuk awal2 lagi dah tertera larangan bawa masuk makanan. Nak beli bila dah keluar dah lapar sangat, nak cari makanan berat je terus. Moh le kite cari makan.
No comments:
Post a Comment