Ada nampak macam rendang tak? Selalunya rendang banyak rempahnya, daging pulak dipotong dadu kecik2. Ini rendang cara Ainn. Masaknya ikut selera sendiri yang nak makan. Dagingnya tu dihiris besar tapi nipis. Rempahnya pon sikit je, sebab nak makan dagingnya je. Hihihi.
Agak2 kalau Ainn share resipi rendang daging Ainn ni ada yang nak try tak?
Bahan2 yang diperlukan: daging lebih kurang 100g, 1biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, setengah jengkal serai, halia, 2 biji cili kering, 1tbs rempah kurma, 1tsp kerisik, 3tbs santan, garam, gula, asam keping, serbuk kiub ayam Knorr, 1helai daun limau purut.
Sukatan tu Ainn agak2 je. Entah2 daging tu 50g je kot. Senang cakap untuk 2orang makan je la. Bawang putih tu Ainn ambik ulasan yang belah dalam, yang kecik je. Serai pulak Ainn ambik yang bahagian belakang. Yang kecik sikit saiznya berbanding yang bahagian bawah. Halia lebih kurang saiz kuku kelingking. Santan Ainn guna santan kotak je. Asam keping tu Ainn ambik sekeping belah 4, kiranya 1/4keping je.
Caranya sangat2 senang. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan serai. Gaulkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi dengan daging yang dah dihiris nipis. Gaul sama2 dengan semua bahan kecuali daun limau purut. Panaskan minyak sikit je. Gorengkan daging hingga masak. Sambil2 tu boleh la hiris halus daun limai purut. Ainn buang dia punya tulang tengah yang keras tu. Bila daging dah masak baru masukkan daun limau purut tadi. Gaul rata2, dah siap.
Inilah hasilnya rendang daging cara Ainn. Serai tu Ainn tumbuk panjang gitu je, senang nak ketepikan masa nak makan nanti. Rasanya memang sedap. Daun kunyit? Kita guna bahan mana yang ada je, yang penting sedap.
No comments:
Post a Comment