Selalunya kita dengar sesi melepaskan anak penyu ke laut, biasanya kena cah bayaran rm5 untuk seekor. Tapi hari ni Ainn buat sesi melepaskan kua2, yang langsung takde caj apa2.
Kura2 ni la yang Ainn nak lepaskan. Dah lepaskan pon sebenarnya pagi tadi, masa nak balik Senai. Takdenya on the way, sebab kena pusing jalan lain semata2 nak lepaskan kura2 ni.
Alkisahnya macam ni. Ainn ngan Oren nak keluar pergi bazar nak beli makanan untuk berbuka. Belum pon keluar simpang Aring 1 terserempak la ngan sekor kura2 ni nak melintas jalan. Ainn pon mintak Oren berhentikan kereta, ambik kura2 tu. Kononnya nak pelihara la. Sebab masa tu kitorang baru je nak pergi bazar kitorang patah balik, letak kura2 tu kat rumah abah. Memang cakap kat abah nak bawak balik senai kura2 tu, nak pelihara kat sini. Ainn letak kura2 tu dalam baldi dekat ngan paip air depan rumah. Sebab takot kura2 tu lari abah letak la dalam sangkar macam kat atas tu. Hihi bukan sangkar tu. Sebenarnya tu lah perangkap tenggiling. Ainn pon baru tau sebenarnya. Hihihi. Dan untuk makanan dia abah bagi kangkung. Senang kat umah abah ada macam2 sayur, ma rajin bercucuk tanam.
Dan bermulanya kesedaran bila Oren tanya, ada pasangan ke kita nak pelihara kura2 tu? Naluri benda hidup nak berpasangan. Haiwan pon ada naluri, bukan kita manusia je. Kita tak boleh seksa batin dia.
Allah! Kenapa la langsung tak terpikirkan pasal ni. Langsung tak terlintas pasal ni. Berdosanya rasa kat kura2 tu. Entah2 kura2 tu dah aqil baligh, dah bernafsu ke arah tu. Lebih teruk lagi entah2 kura2 tu melintas jalan sebab nak pergi dekat ngan pasangan dia. Dekat seminggu jugak duk kurung kura2 tu sekor2 gitu je.
Oren: Nanti bagitau ma ngan abah kita nak bawak balik Senai
Ainn: Kenapa pulak? Tak boleh ke kita cakap je nak lepaskan kura2 tu?
Oren: Nanti diorang tak bagi, diorang pulak nak pelihara!!
Ye lah, Oren lebih kenal family dia. Setakat Ainn kenal pon family dia memang sukakan haiwan. Tak hairan kalau kura2 ni pon nak pelihara jugak.
Oke, awak dah bebas sekarang ni. Saya letak balik tempat saya ambik awak hari tu. Tapi bukan betul2 tempat saya ambik la, saya tolong awak lintas jalan hari tu ya. Saya mintak maaf ye awak kalau awak terseksa selama kena kurung ni. Mintak maaf zahir dan batin ya.

No comments:
Post a Comment