Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan untuk tahun ini. 1st time nak berpuasa sebagai isteri, untuk hari pertama jatuh turn rumah Ainn. Masing2 tak tahu nak masak apa untuk bersahur nanti.
Balik petang tadi Wan kata dia dah beli daging untuk sahur. Nak makan daging la tu. Terus request kat Oren masakkan paprik daging. Nasib baik dia oke je. Ainn tambah lauk telur dadar je la sahur esok.
Oke, untuk sahur dah ready. Tinggal nak masak je. Harap2 jaga la dinihari esok. Tinggal untuk berbuka pulak. Pikir esok je la, awal lagi ni nak pikir menu berbuka.
Bila Oren tanya sebelom2 ni siapa yang masak *selepas mak sakit*? Aah la kan, dah lama sebenarnya Ainn tak puasa kat sini. Selalunya dah dekat nak raya baru balik kampong. Tahun lepas terus balik kampong tok ayah. Lagi pon tahun ni baru merasa sambut Ramadhan dalam cuti sekolah. Cuti raya nanti pon sempat jugak 5hari sebelom raya nak berpuasa kat kampong. Kiranya tahun ni banyak berpuasa kat kampong la ya.
Azam tahun ni, nak teruskan azam tahun2 sudah yang tak tercapai. Inshaa Allah nak khatam alquran dalam bulan ni. Harap2 puasa tahun ni dapat puasa penuh la. Mintak2 Allah permudahkan.
Dah lewat malam, esok nak bangun awal nak masak untuk sahur. Kalau tinggal makan je last minute pon takpe. Hihi.
Last,
Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak. Semoga amal ibadat kita bertambah di bulan barokah ini dan segala amalan kita diterima olehNya. Amiin.
No comments:
Post a Comment