Nuffnang Ads

Monday, June 27, 2016

Pengalaman Pemeriksaan Kandungan 6 Bulan

Huh, macam skema jek tajuknya! Hikhikhik. Oke, straight to cerita sebenar, saje nak share pengalaman Ainn pegi check up pregnancy last week. Huish pejam celik pejam celik dah 6bulan ya!

Apa yang specialnya check up kali ni? Apa yang lainnya? Jeng jeng jeng.. oke Ainn cite dari awal ya.

Alkisahnya Ainn takde amalkan apa2 ubatan ke, vitamin ke. Pergi check up nurse bagi asid folic ngan iron tablet pon langsung Ainn tak sentuh. Susu lagi la, nurse sendiri tak kasi consume sebab mak Ainn ada kencing manis, Ainn pulak obes. Huh risiko Ainn nak kena kencing manis pon boleh tahan tinggi jugak tu!

Sepanjang tempoh kehamilan ni Ainn amalkan buah kurma je. Petua dari mak mertua Ainn supaya baby tak kuning. Elakkan jugak segala jenis kekacang. Ha yang ni Ainn langgar. Ainn bedal je makan aiskrim, biskut, jem, nak yang kacang. Barulah sedap makan. Hihihi susah nak pantang bab makan nih, nak pulak makanan favourite.

Selain kurma Ainn amalkan jugak kismis. Inshaa Allah dapat anak cerdik. Ainn lebih percayakan kismis berbanding supplemen moden yang ada kat pasaran. Untuk hemoglobin *HB* pulak Ainn amalkan limau kasturi. Sejak awal kandungan lagi Ainn dah amalkan minum air limau kasturi ni. Ada yang takot nak minum, pada Ainn limau kasturi ni ubat, banyak khasiatnya. Kalau limau nipis tu Ainn takot jugak la nak consume, sifat menghakisnya tu boleh tahan. Jadi Ainn memang consume air limau kasturi setiap hari. Jus perah sendiri oke! Kalau limau dah habis stok Ainn akan usahakan seminggu terakhir sebelom check up mesti minum air limau kasturi.

Nak dijadikan cerita limau kasturi kat rumah dah habis. Cuti 2minggu kat kampong langsung tak sentuh limau kasturi ni. Balik sini pulak tiap kali belanja barang dapor asyik lupa je nak beli. Time ingat bendanya takde la pulak. 2,3 hari sebelom check up Oren jumpa beberapa bijik limau kasturi sesat kat dalam ice box. Boleh la buat untuk sekali minum. Tapi sekali tu je la. Dah la sekali, minumnya 2,3 hari sebelom check up pulak tu.

Sehari sebelom check up Ainn ada call Kak Z, sembang2 pasal kandungan masing2. Dia cerita dia punya hb sangat rendah. Average dalam 8.5 je. Mak aii rendah sangat tu. Bawah 11 je pon dah rendah. Kalau ikutkan 11 pon takde bagus, sebaiknya 12 dan ke atas la. Ni yang buat Ainn risau sangat2. Takut sangat kalau hb Ainn pon rendah jugak.

Kat rumah bila mengadu kat hubby pasal kerisauan Ainn pasal hb tu Ainn pulak kena marah. 'Jangan duk takot2, kena yakin semuanya oke!' Takde la kena marah betul2, Oren psiko sikit je. Tak nak Ainn pikir negatif.

Mana tak pikir negatifnya. Dah la tak minum air limau kasturi. Pulak tu bulan puasa ni asyik minum air manis je. Kadang2 sehari tu minum air kosong masa sahur je. Tapi kena pikir positif jugak. Apa yang kita fikirkan itu yang kita akan dapat. Inshaa Allah semuanya baik2 aje. Pujuk diri sendiri.

Dah pergi klinik mula2 nak check urin je pon dah cuak dah. Takot kencing kotor. Bila tunjuk kat nurse dan dia kata oke lega je rasanya.

Pastu kena timbang dan check blood pressure. Yang kelakarnya masa timbang la. Timbang tu kan guna penimbang yang jarum. Ainn ni lambat sikit nak tengok kalau yang guna jarum ni. So dengar je la bacaan yang nurse tu cakap. Sebelom Ainn ada sorang kakak ni dia timbangkan anak dia dan sorang lagi pregnant mother timbang jugak.

Sebelom cek Ainn punya blood pressure nurse tu check pregnant mother tadi dulu. Bila turn Ainn nurse tanya berapa berat Ainn tadi. Ainn cakap je la 81.5, sama macam bacaan yang dia sebut tadi. Sebab lebih 80kg kan nak kena guna pen merah, nurse tu pergi mana entah cari pen merah. Masa nak tulis tu dia pelik, takkan 81.5? Bulan lepas 85kg. Huish 4.5kg nih turun! Alamak, ke Ainn salah dengar. Entah2 dia cakap 85 kot tadi. Hihihi.

Sebab macam meragukan, kena timbang semula. Nurse siap check penimbang tu sebelom Ainn naik, kot2 penimbang tu rosak. Ainn dah naik atas tu pon lama dia tengok bacaan jarum kat penimbang tu. Lama2 gitu sempat la Ainn baca sendiri. Memang betul la 81.5! Huish takkan 4.5kg kot berat turun? Baru 2minggu pose. Ainn pulak tak rasa macam kurus pon.

Hahaha nurse tu cakap kalau badan macam kita2 ni, means yang sado2 ni, setakat turun 5kg memang tak rasa. Nasib baik nurse cakap nanti check baby oke ke tak, kalau baby oke tak payah sibuk2 jumpa doktor. Biasa la bulan puasa, dengan muntah lagi. Berat ibu la tu yang turun.

Saat yang ditunggu2, check hb! Cuak sangat masa ni. Takot weh kalau hb rendah. Tapi kena fokus ke arah positif. 'Hb aku oke!' Dan resultnya, 11.5! Nak bersorak je rasa masa tu. Tapi senyum je la. Hihi.

Baru je tarik nafas lega, nurse cakap hari ni kena inject ya, untuk kancing gigi. Alamak, kena inject ke? Kenapa la tak cakap awal2. Masa last appointment ke, at least dah ready awal2. Ye ke ready awal? Takutnya awal2 lagi dah cuak je. Asyik duk pikir je nak kena inject.

Tak cukup dengan tu, nurse cakap ni 1st injection. Means pasni ada lagi la ye? Huk aloh. Sekarang dah 6bulan baru 1st injection, 2nd injectionnya bila? Ada berapa injection sebenarnya? Dibuatnya ada 3kali, 4kali? Mati la nak...

Sebenarnya tak sakit pon kena inject tu. Masa nak masukkan jarum je la rasa sakit sikit. Huhuhu gelabah je lebih. Tapi effect selepasnya tu. Lenguh tangan ni weh. Rasa macam duk angkat beban yang sangat berat. 2,3 hari jugak rasa macam tu. Laki pulak suka letak tangan kat situ, asyik menjerit je la kat rumah.

Huuu... tunggu next injection je la yo.

No comments:

Post a Comment