Bukannya banyak pon Ainn masak ayam pagi tadi. Dah la 1 menu je, cukup2 untuk 2orang makan. Mungkin sebab Oren nampak ada 4ketul ayam. Pulak tu Ainn taruk kentang lagi dalam ayam masak kicap tadi, lagi la nampak macam banyak. Dia siap pesan lagi tak payah masak banyak2 macam ni waktu sahur, bukannya dia makan banyak pon.
Mana ada banyaknya yang. Syg xtau ke bini syg ni kedekut. Seketul ayam tu sy potong jadik 4ketul saiz kecik tau. Kalau orang lain masak 2ketul sepatutnya sy kena masak 6ketul, tapi sy masak 4ketul je. Sy masak lagi sikit kan?
Orang tau la tak cukup seketul ayam kecik tu dengan sepinggan nasi. Tahu pon ambik seketul lagi. Ngam2 je lauk tu ngan nasi tu kan?
No comments:
Post a Comment