Ada yang post kat moment wechat tadi tanya apa hukumnya dia belom mandi wajib lagi, pagi tadi dia bangun sahur. Sah ke tak puasa dia?
Ainn ada pengalaman lebih kurang macam ni. Masa zaman sekolah dulu, Ainn dah suci dari haid. Pagi esoknya mak kejutkan suruh bangun sebab dah boleh puasa. Dengan sejuk2 macam tu, bayangkanlah nak mandi ngan air bukit sejuknya macam mana. Mak kata yang penting mandi wajib dulu, sahur tu sunat je.
Lepas tu tak silap masa form5 Ustaz Abdul Wahab bagi tazkirah pasal ni kat surau asrama. Katanya boleh je nak mandi wajib tu kemudian. Sahur tu je nak kena sebelom habis waktu sahur. Kiranya dalam kes Ainn tadi sepatutnya makan la dulu, kalau dah azan pon boleh mandi wajib tu kemudian. Kalau dah azan Subuh nak makan memang dah tak boleh dah.
Masa tu confuse jugak, biar betol ustaz ni. Betul la kan mak cakap, sahur tu sunat je. Kalau tak makan pon takpe. Nak puasa kan kena suci dari haid dan nifas, antata syarat sah puasa. Sehinggalah Ainn dengar satu ceramah agama pasal ni jugak. Dah lupa sape penceramah tu, tapi bukan calang2 orang la.
Ustaz ni kata Aisyah ra pernah meriwayatkan, Nabi saw pernah mandi wajib lepas azan Subuh. Dan ketika itu adalah bulan Ramadhan. Dan Nabi saw meneruskan puasa baginda macam biasa.
Kat sini kira betul la apa yang Ustaz Abdul Wahab cakap tu. Mandi wajib lepas Subuh pon takpe. Sebaik2nya mandi la sebelom habisnya waktu Subuh, supaya kita boleh menunaikan solat Subuh.
Habis tu kawan yang tanya tu baru je tanya, Subuh dah lepas dah. Kira macam mana?
Tu dah masuk bab solat la. Hukumnya kena qada la solat Subuhnya tu, sebab dia dah kering daripada haid Subuh tadi tapi tak mandi wajib lagi.
Macam mana pulak dengan syarat sah puasa tu? Bukan ke kena suci dari haid dan nifas?
Selagi belom masuknya waktu berbuka, atau selagi belom habisnya waktu puasa untuk hari tu kita boleh lagi mandi wajib dan meneruskan puasa kita macam biasa. Asalkan dalam tempoh puasa tu kita tak buat perkara2 yang membatalkan puasa dah la.
Dan ada jugak yang mengatakan situasi ini, mandi wajib selepas fajar, tak boleh dilakukan untk mandi wajib kerana haid dan nifas. Macam kisah Nabi saw tadi, sah2 la Nabi saw mandi wajib tu bukan sebab haid atau nifas. Kan syarat sah puasa kena suci daripada haid dan nifas sepanjang hari, bukannya sekerat2 hari.
Nak lebih kepastian kena tanya yang lebih pakar la jawabnya. Huhuhu.
No comments:
Post a Comment