Nuffnang Ads

Tuesday, June 14, 2016

Rearrange Menu Berbuka Dan Sahur

Baru je mula dah kantoi dah. Bukan main buat list untuk menu 3minggu puasa ni, belom apa2 lagi dah dah ada yang broken. gara2 pagi tadi la ni lambat bangun sahur. Pulak tu masakan untuk sahur ni leceh, Tak tahulah leceh macam mana, tak masak pon lagi.

Semalam elok je masak untuk berbuka. Walaupon dah pukul 4 baru keluar pergi Econsave, dekat pukul 6 baru sampai kat rumah, sempat je masak untuk berbuka.

Inilah masakan Ainn untuk berbuka semalam. Hahahah setakat ayam masak merah memang la kejap je nak siap. Pulak tu untuk sahur pagi nak masak ketam lemak cili padi? Dah la tak pernah buat masak lemak, nak masak pagi2 pulak tu.

5.05 pagi tadi baru Oren kejutkan. Mana nak sempat nak masak lemak cili padi. Terus takde mood nak sahur Ainn makan kurma je sebijik. Oren goreng telur dadar je. Padan muka Oren dapat bini macam Ainn. Hahahah. Dah la makan nasi dengan telur dadar je, kena masak sendiri pulak tu.

Just continue je la dengan list yang dibuat hari tu, cuma takde la ikut tarikh yang dicadangkan. So untuk berbuka hari ni la Ainn masakkan ketam cili padi tu. Dan follow jugak untuk kuih ondeh-ondeh. Tapi kapur takde, harap2 kat Renga's pasni ada la ye. Allah, lupa pulak tepung beras pom takde nih! Cari la kejap lagi. Banyak kedai runcit kat sini, apa nak risau.

oh ya, nak resipi ayam masak merah Ainn masak semalam? Klik je kat sini.

No comments:

Post a Comment