Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2016

Berbuka Puasa @ Tomyam Ramai-Ramai

Penat sangat kot tak bangun sahur, dua2 suami isteri tidor tak sedarkan diri. Tahu2 incik suami kejutkan, dah 6pm.

Malas2 pon kena bangun jugak. Kalau tak masak nak berbuka dengan apa? Yang bestnya baru je bukak pintu icebox Oren cakap tak payah masak, bersiap je makan kat luar.

Macam biasalah senang je cakap nak makan kat luar, tapi nak makan kat mana? Selera masing2 pulak tak sama. Ainn teringat ada restoran kat Bandar Putra, lamb chop kat situ sedap. Nak nasi pon ada. Kira oke la nak makan kat situ, dua2 punya selera ada.

Dah 6.40 nih baru gerak dari rumah. Entah ada meja kosong lagi ke tak tak tahulah. Tapi bila dah sampai sana bukan kata meja kosong, restoran tu tak bukak pon. Dah dekat waktu berbuka kitorang chose makan kat Tomyam Ramai-Ramai. Baris situ jugak, betul2 sebelah Pejabat Kadi Kulai.

Selain kat Kulai Tomyam Ramai-Ramai ada cawangan lain, kat pekan Senai dan Senai Utama. Kat pekan Senai tu betul2 kat pekan dia la. Kalau nak hala ke JB dari Kulai restorannya sebelah kiri. Dulu kat situ restoran My Friend kalau tak silap. Satu lagi kat Senai Utama kena masuk ke dalam, dari JB ke Kulai ada simpang kiri. Dah lama cawangan yang ni. Nak senang pergi kat pekan Senai je la, tepi jalan je senang nak cari. Hikhikhik.

Makan kat restoran Thailand menu pilihan semestinya la tomyam. Kalau nak makan kat luar kena pastikan tukang masaknya Siam baru boleh order tomyam. Dan untuk sampingan telur dadar ngan kerabu sotong. Sedap weh kerabu sotong dia. Ngan Oren senang, makan simple2 je. Kat rumah lagi senang, masak 1lauk je pon dah cukup.

Dah banyak hari puasa, dah nak balik kampong dah pon baru merasa berbuka kat luar. For us nothing special puasa kat sini. Oren pon kata 'lapar' puasa kat sini. Tak macam puasa kat kampong, lepas terawih mesti pekena colek. Tak kira la colek buah ke, colek kerang ke, colek keropok ke. Terasa sangat bezanya puasa dengan hari2 biasa.

Ainn pon tak sabar nak balik kampong. Nak tuntut ngan Oren dia janji nak bawak Ainn pekena colek2 ni semua kat Gua Musang. Almaklum masa zaman bujang pekena mana yang jual kat dalam Aring1 tu je la. Tak pernah pon merasa colek kerang Paloh yang orang dok sohor sedap tuh, apa lagi nak pergi sampai ke Gua Musang.

Malam ni nak berbuka kat luar ngan anak2 pulak :-)

Monday, June 27, 2016

Cara Mengatasi Hb Rendah

Risau sangat bila hb rendah. Macam2 petua kawan2 duk share macam mana nak tinggikan hb. Nak kena banyak makan la. Tu je caranya. Tapi bukan makan sebarang ya.

Ingat Melati dulu masa ngandungkan Durrah selalu beli kerang. Katanya kerang boleh tinggikan hb dalam darah. Kak Ain pulak Ainn perasan selalu makan jambu batu. Pon sama, katanya boleh tinggikan hb jugak.

Yang Ainn ikut cara Dila je. Minum air limau kasturi. Tiap kali ada check up Dila mesti minum air limau kasturi waktu rehat tu. Selain senang nak beli, senang nak buat, limau kasturi ni murah je. Lagi pon limau kasturi kan banyak khasiatnya. Lagi baik kalau diamalkan setiap hari. Ainn dah confirmkan dengan nurse masa Ainn buat 1st check up dulu. Tapi kena guna jus limau yang buahnya betul2, bukannya jus yang dalam botol. Alhamdulillah so far hb Ainn oke. Tak pernah kurang daripada 11. Paling rendah pon 11.2.

Dan jugak buah kurma. Ainn pernah baca dalam sebiji buah kurma tu macam2 ada. Antaranya acid folic la.

Masa sembang2 ngan Kak Z ari tu dia cerita nurse bagi macam2 petua kat dia macam mana nak tinggikan hb. Maklumlah hb dia rendah sangat oit. 8.5! Antaranya minum air limau kasturi macam yang Ainn amalkan tu la.

Selain tu nurse suruh Kak Z banyakkan makan hati lembu. Yerk! Hati lembu? Pendapat masing2 la ye. Agama kita kan tak galakkan makan organ dalaman macam ni. So bagi Ainn tak payah la kot ikut yang ni. Tapi terpulang la pada individu. Yang suka exotic mestilah suka makan hati lembu kan? Pssttt nak bisik nih, Ainn pon suka sebenarnya makan organ dalaman ni. Sejak ngandung ni je Ainn tak makan, tak nak ajar anak makan makanan macam ni. Kononnya nak ikut makanan sunnah. Hihikhik.

Sebab Kak Z pon memang tak makan hati lembu, nah nurse suruh makan acid folic tu 2bijik sehari! Hambik kau, nak makan sampai dua bijik. Tau2 la macam mana busuknya bau ubat tu. Makan sebijik je pon sampai termuntah2, apa lagi nak makan 2bijik. Memang tak la.

Tak pon tukar je acid folic tu, makan iberet folic. Tak tahulah kenapa mula2 tahu ngandung dulu excited je Ainn gi beli iberet folic ni. Masa beli tu pharmacist ada cakap yang ni bagus untuk yang hb rendah. Sape2 hb rendah memang doktor galakkan ambil yang ni. Mungkin sebab tu la kot Ainn beli iberet folic tu. Tapi tak makan pon. Membazir je beli mahal2. Sekotak tu RM30++. 

Kak Ain cakap iberet folic tu ubat terkawal. Masa dia nak beli pharmacist mintak surat doktor. Hurm masa Ainn beli takde mintak pape pon. Nak cekau mana surat doktor kot dia mintak pon, masa beli tu buku merah pon belom bukak lagi. Hakhakhak.

Kalau ubat2 yang dah proses macam ni kena ikut aturan la nak makan. Tak boleh makan sebarang macam ubatan alami. Nak makannya mesti masa perut kosong. Pastu kena tunggu at least setengah jam dulu baru boleh suap makanan lain. Kalau tak makanan tu boleh ganggu proses penyerapan ubat tu. Sia2 je la makan ubat ye kalau gitu. Itu yang hb tak naik2 jugak tu.

Habis tu bulan puasa ni macam mana? Kalau bukak puasa ngan air je boleh la makan siap2 masa berbuka. Tapi kan lebih afdal kita berbuka dengan kurma. So tak boleh makan la ye ubat ni masa berbuka. Tak pon makan je masa sahur. Make sure kena bangun awal la, kan kena tunggu setengah jam dulu sebelom makan. Nak senang lagi makan je sebelom tidor. Jarak masa berbuka dengan masa nak tidur kan gape jauh. Tapi tak tahulah kalau yang jenis suka ngonyel2 malam2 tu. Pandai2 sendiri la atur waktu nak consume.

Pengalaman Pemeriksaan Kandungan 6 Bulan

Huh, macam skema jek tajuknya! Hikhikhik. Oke, straight to cerita sebenar, saje nak share pengalaman Ainn pegi check up pregnancy last week. Huish pejam celik pejam celik dah 6bulan ya!

Apa yang specialnya check up kali ni? Apa yang lainnya? Jeng jeng jeng.. oke Ainn cite dari awal ya.

Alkisahnya Ainn takde amalkan apa2 ubatan ke, vitamin ke. Pergi check up nurse bagi asid folic ngan iron tablet pon langsung Ainn tak sentuh. Susu lagi la, nurse sendiri tak kasi consume sebab mak Ainn ada kencing manis, Ainn pulak obes. Huh risiko Ainn nak kena kencing manis pon boleh tahan tinggi jugak tu!

Sepanjang tempoh kehamilan ni Ainn amalkan buah kurma je. Petua dari mak mertua Ainn supaya baby tak kuning. Elakkan jugak segala jenis kekacang. Ha yang ni Ainn langgar. Ainn bedal je makan aiskrim, biskut, jem, nak yang kacang. Barulah sedap makan. Hihihi susah nak pantang bab makan nih, nak pulak makanan favourite.

Selain kurma Ainn amalkan jugak kismis. Inshaa Allah dapat anak cerdik. Ainn lebih percayakan kismis berbanding supplemen moden yang ada kat pasaran. Untuk hemoglobin *HB* pulak Ainn amalkan limau kasturi. Sejak awal kandungan lagi Ainn dah amalkan minum air limau kasturi ni. Ada yang takot nak minum, pada Ainn limau kasturi ni ubat, banyak khasiatnya. Kalau limau nipis tu Ainn takot jugak la nak consume, sifat menghakisnya tu boleh tahan. Jadi Ainn memang consume air limau kasturi setiap hari. Jus perah sendiri oke! Kalau limau dah habis stok Ainn akan usahakan seminggu terakhir sebelom check up mesti minum air limau kasturi.

Nak dijadikan cerita limau kasturi kat rumah dah habis. Cuti 2minggu kat kampong langsung tak sentuh limau kasturi ni. Balik sini pulak tiap kali belanja barang dapor asyik lupa je nak beli. Time ingat bendanya takde la pulak. 2,3 hari sebelom check up Oren jumpa beberapa bijik limau kasturi sesat kat dalam ice box. Boleh la buat untuk sekali minum. Tapi sekali tu je la. Dah la sekali, minumnya 2,3 hari sebelom check up pulak tu.

Sehari sebelom check up Ainn ada call Kak Z, sembang2 pasal kandungan masing2. Dia cerita dia punya hb sangat rendah. Average dalam 8.5 je. Mak aii rendah sangat tu. Bawah 11 je pon dah rendah. Kalau ikutkan 11 pon takde bagus, sebaiknya 12 dan ke atas la. Ni yang buat Ainn risau sangat2. Takut sangat kalau hb Ainn pon rendah jugak.

Kat rumah bila mengadu kat hubby pasal kerisauan Ainn pasal hb tu Ainn pulak kena marah. 'Jangan duk takot2, kena yakin semuanya oke!' Takde la kena marah betul2, Oren psiko sikit je. Tak nak Ainn pikir negatif.

Mana tak pikir negatifnya. Dah la tak minum air limau kasturi. Pulak tu bulan puasa ni asyik minum air manis je. Kadang2 sehari tu minum air kosong masa sahur je. Tapi kena pikir positif jugak. Apa yang kita fikirkan itu yang kita akan dapat. Inshaa Allah semuanya baik2 aje. Pujuk diri sendiri.

Dah pergi klinik mula2 nak check urin je pon dah cuak dah. Takot kencing kotor. Bila tunjuk kat nurse dan dia kata oke lega je rasanya.

Pastu kena timbang dan check blood pressure. Yang kelakarnya masa timbang la. Timbang tu kan guna penimbang yang jarum. Ainn ni lambat sikit nak tengok kalau yang guna jarum ni. So dengar je la bacaan yang nurse tu cakap. Sebelom Ainn ada sorang kakak ni dia timbangkan anak dia dan sorang lagi pregnant mother timbang jugak.

Sebelom cek Ainn punya blood pressure nurse tu check pregnant mother tadi dulu. Bila turn Ainn nurse tanya berapa berat Ainn tadi. Ainn cakap je la 81.5, sama macam bacaan yang dia sebut tadi. Sebab lebih 80kg kan nak kena guna pen merah, nurse tu pergi mana entah cari pen merah. Masa nak tulis tu dia pelik, takkan 81.5? Bulan lepas 85kg. Huish 4.5kg nih turun! Alamak, ke Ainn salah dengar. Entah2 dia cakap 85 kot tadi. Hihihi.

Sebab macam meragukan, kena timbang semula. Nurse siap check penimbang tu sebelom Ainn naik, kot2 penimbang tu rosak. Ainn dah naik atas tu pon lama dia tengok bacaan jarum kat penimbang tu. Lama2 gitu sempat la Ainn baca sendiri. Memang betul la 81.5! Huish takkan 4.5kg kot berat turun? Baru 2minggu pose. Ainn pulak tak rasa macam kurus pon.

Hahaha nurse tu cakap kalau badan macam kita2 ni, means yang sado2 ni, setakat turun 5kg memang tak rasa. Nasib baik nurse cakap nanti check baby oke ke tak, kalau baby oke tak payah sibuk2 jumpa doktor. Biasa la bulan puasa, dengan muntah lagi. Berat ibu la tu yang turun.

Saat yang ditunggu2, check hb! Cuak sangat masa ni. Takot weh kalau hb rendah. Tapi kena fokus ke arah positif. 'Hb aku oke!' Dan resultnya, 11.5! Nak bersorak je rasa masa tu. Tapi senyum je la. Hihi.

Baru je tarik nafas lega, nurse cakap hari ni kena inject ya, untuk kancing gigi. Alamak, kena inject ke? Kenapa la tak cakap awal2. Masa last appointment ke, at least dah ready awal2. Ye ke ready awal? Takutnya awal2 lagi dah cuak je. Asyik duk pikir je nak kena inject.

Tak cukup dengan tu, nurse cakap ni 1st injection. Means pasni ada lagi la ye? Huk aloh. Sekarang dah 6bulan baru 1st injection, 2nd injectionnya bila? Ada berapa injection sebenarnya? Dibuatnya ada 3kali, 4kali? Mati la nak...

Sebenarnya tak sakit pon kena inject tu. Masa nak masukkan jarum je la rasa sakit sikit. Huhuhu gelabah je lebih. Tapi effect selepasnya tu. Lenguh tangan ni weh. Rasa macam duk angkat beban yang sangat berat. 2,3 hari jugak rasa macam tu. Laki pulak suka letak tangan kat situ, asyik menjerit je la kat rumah.

Huuu... tunggu next injection je la yo.

Thursday, June 16, 2016

Timun ke Tembikai

Siap makan nasi tadi mintak Oren tolong potong tembikai. Sedang enak menikmati tembikai yang tak rasa tembikai tu tiba2 teringat kisah Melati masa awal2 dia kawen ngan Hassim dulu.

Kononnya Melati nak ceritakan kisah romantik suami dia la, pandai bergurau depan family. Kisahnya lepas majlis bertandang Melati stay kat kampong Hassim dalam 2,3hari. 1 hari tu masa makan nasi Hassim cakap 'kalau ada timun sedap jugak ni!'

Dengar je si suami cakap macam tu Melati pon potong la timun. Sedap jugak kan makan timun buat ulam cicah budu. Sambil2 makan tu Hassim cakap, 'syg ni abg suruh potong timun pon buat tak tahu je.' Pandai je la Hassim ni buat lawak, padahal dia duk makan timun dari tadi tu apa?

Sampai situ je Melati cerita Ainn dah gelak2 dah. Sempat Ainn tanya apa respon dia. Boleh dia diam aje. Habis tu nak jawab apa? Takkan nak bidas balik kata suami dia? Yang lain semua macam mengiakan je apa yang Hassim tu cakap.

Melati, meh sini Ainn nak explain. Yang Hassim maksudkan tu TEMBIKAI. Bukannya TIMUN yang Melati potong tu.

»Tapi Hassim cakap TIMUN
»»Ye la, orang Kelantan panggil TEMBIKAI tu TIMUN
»abes tu, TIMUN tu panggil apa?
»»TIMUN jugak. Tapi tu TIMUN BATANG. Kalau TEMBIKAI namanya TIMUN CINA.
»Apa pelik sangat orang Kelantan cakap nih!!!

Inilah uniknya Kelantan :-)

Perap Guna Garam Sikit Je

Sahur semalam Oren tegur Ainn masak 'banyak', suruh kurangkan kuantiti masakan tu. Sahur pagi ni Oren tegur Ainn perap daging guna banyak garam pulak.

'Kalau nak perap lama2 letak sikit je garam,' katanya. Mana taknya Ainn perap daging tu dari malam tadi, sebelom tidor. Senang kerja bangun pagi ni tak payah tunggu, boleh terus masak.

Mungkin sebab Oren makan daging je sebab tu la rasa terlebih garamnya. Ainn pulak makan daging sekali ngan sayur, takde la rasa masin. Sedang elok je la sebab Ainn dah tak taruk garam lagi lepas tu, cukup dengan garam yang perap daging je.

Ye la semalam Oren tegur Ainn guna kicap masin dalam ayam masak kicap, padahal Ainn dah perap ayam ngan garam. So pagi tadi Ainn dah tak taruk la garam sebab dah ada garam kat perapan daging tu.

Oren pon satu, penat je Ainn potong carrot tu kasi berbunga2 nak tarik minat dia makan sayur, pon dia makan daging je. Nampak gaya tak boleh namakan daging goreng kunyit la, kena namakan daging goreng carrot bersama kubis pulak. Kena gitu kot baru dia makan sayur2 tu.

Cara Menjawab Salam 'Ramadhan Kareem'

Sedikit perkongsian daripada Ustazah Alawiyah...

Selalunya kita dengar atau baca orang akan bagi salam Ramadhan Kareem sempena memuliakan bulan Ramadhan. Tapi yang menyambut salam ni tak tahu nak jawab macam mana.

Sama juga dengan salam Assalamualaikum ada jawapan Waalaikumussalam, salam Ramadhan Kareem pon ada jawapannya jugak.

Apabila ada sesiapa yang menghulurkan salam Ramadhan Kareem, jawablah 'Allahu Akram!'

Wednesday, June 15, 2016

Masak Sikit Je

Bukannya banyak pon Ainn masak ayam pagi tadi. Dah la 1 menu je, cukup2 untuk 2orang makan. Mungkin sebab Oren nampak ada 4ketul ayam. Pulak tu Ainn taruk kentang lagi dalam ayam masak kicap tadi, lagi la nampak macam banyak. Dia siap pesan lagi tak payah masak banyak2 macam ni waktu sahur, bukannya dia makan banyak pon.

Mana ada banyaknya yang. Syg xtau ke bini syg ni kedekut. Seketul ayam tu sy potong  jadik 4ketul saiz kecik tau. Kalau orang lain masak 2ketul sepatutnya sy kena masak 6ketul, tapi sy masak 4ketul je. Sy masak lagi sikit kan?

Orang tau la tak cukup seketul ayam kecik tu dengan sepinggan nasi. Tahu pon ambik seketul lagi. Ngam2 je lauk tu ngan nasi tu kan?

Gantikan Santan Dengan Susu Dalam Masakan

Kak Ain selalu cerita dia masak guna susu, tak guna santan. Santan kan tinggi kolestrol. Susu pulak bagus untuk golongan darah B. Dah lama Ainn teringin nak try masak guna susu ni, tapi tak pernah nak cuba.

Bila semalam Ainn masak ketam masak lemak, Ainn malas nak pergi beli kelapa kat Johan. Masa ni la Ainn gunakan kesempatan untuk try gantikan santan dengan susu dalam masakan Ainn.

Ainn pernah tanya Kak Ain macam mana sukatannya. Dia kata sukatan macam biasa. Kalau santan 1cawan so guna la susu 1cawan jugak. Bila semalam Ainn guna susu Ainn rasa tekstur susu ni macam lagi pekat dari santan je. So Ainn tambah la air ikut kuantiti susu tadi. Pastu tunggu hingga kuah tu kering sikit sama macam kuantiti susu tadi. Huh macam sama je, kan lebih baik tak payah taruk air. Hahahah.

Banyak Ainn baca kat blog2 kata kalau guna susu kurang rasa lemaknya. Ramai yang kata suami masing2 lebih suka kalau guna santan. Tu yang Ainn awal2 lagi bagitau Oren Ainn gunakan susu.

Tapi yang dia risaukan bukan sebab lemak ke kurang lemak. Dia duk risaukan rasa muak nanti. Bukannya kitorang tak pernah makan tomyam yang masak guna susu, memang muak. Tak habis pon tomyam tu walaupon dua2 sebenarnya hantu tomyam.

Bila dah makan, nah.... wah siap menambah lagi yang! Takde dah yang kata muak tu. Memang tak rasa muak langsung. Nampak gaya lepas ni boleh la masak guna susu lagi gantikan santan, kan syg?

Macam Mana Nak Buat Jus Pandan

Masa nak buat ondeh2 semalam, kat resipi ada tulis bahan daun pandan, tapi nakkan jusnya. Macam mana nak dapatkan jus pandan yek? Tanya Oren pon sama2 tak tahu. Pandai2 la buat sendiri. Hahaha kita try rebus la dulu pandan ni.

Wangi je air rebusan pandan ni. Tapi takde keluar pon warna hijau. Ondeh2 kan warna hijau. Takde pulak dia cakap nak kena guna pewarna.

Oke, kita try blend pulak. Mana la tahu kot2 blend ni boleh keluarkan warna hijau tu. Lagi pon kalau buat jus buah kan kita blend buahnya. Sama la jugak kan nak buat jus pandan. Hikhikhik. Try je dulu mana tau kot2 menjadi.

Dah hasilnya? Of course la menjadi! Ni la kecik2 dulu tak nak tolong mak kat dapor. Dah ada laki ni baru sibuk nak belajar masak. Nak dapatkan jus pandan pon tak reti ke?

Ondeh-ondeh Guna Tepung Beras?

Balik sekolah semalam nampak sangat Oren penat. Masuk kereta je dah nampak muka penat dia. Balik rumah rehat kejap dia terus tidur. Penat kenapa tak tahulah, kita kat sekolah tak tahu apa yang dia buat kat rumah.

Dah pukul 4 Oren masih lagi tak bangun. Nampak gaya kena pergi sendiri la cari tepung dan kapur nak buat ondeh2 untuk berbuka nanti. Nasib baik tadi dah bagitau Oren siap2 nak keluar beli barang tu kejap lagi. Baik je cakap, 'sy pergi sendiri takpe nanti'. Rupanya memang kena pergi sendiri. Nasib baik Renga's belakang ni aje.

Memang la dekat tapi tak biasa sangat ngan kedai ni tak tahu nak cari barang yang kita nak. Kalau dah tahu kan senang, tuju aje ke tempat tu. Dah jumpa tepung nak cari kapur pulak tak tahu. Macam mana rupa packaging kapur tu pon tak tahu, lagi la susah nak cari. 2kali pusing jugak la kat dalam tu. Last2 surrender je, tak payah guna tepung la. Tapi masa nak bayar tu tanya jugak kay cashier tu ada ke tak kapur. Hahahah, tak nak ngalah jugak...

Adik cashier tu cakap ada, siap bawak lagi pergi tempat rak kapur. Lah kat belakang ni rupanya. Dah nak masuk dah sini tadi ingatkan tu rak untuk stok. Kalau masuk belakang tu jumpa je, besar2 dia tulis kat botol tu KAPIR SIREH. Macam mana la boleh pikir tu kawasan stok, padahal stok dia letak kat tingkat atas. Huhuhu saje je nak buang masa kat sini.

Balik tu semangat je nak buat ondeh2. Bila ditengok bungkusan tepung tu macam familiar je. Kat rumah kan  dah ada, kenapa sibuk nak beli lagi?

Bila tengok resipi balik, Allah, nak kena guna tepung pulut la! Tepung beras ni kan selalu duk buat sotong celup tepung, tak pon pisang goreng ke. Macam mana la nak buat ondeh2 guna tepung beras? Apa la jadinya nanti. Kalau tak rangup keras kejung tak ondeh2 tu. Tak boleh nak bayangkan.

Nasib baik Renga's dekat je, rak tepung pon dah tahu kat mana senang la boleh pergi lagi sekali kejap. Tapi yang tak bestnya bila nak bayat aunt ni penuh troli dia tengah queue nak bayar jugak. Yang bestnya servis kat Renga's ni dia nampak Ainn pegang tepung 1 je dia mintak izin aunt tu kira yang Ainn punya dulu. Thank you aunt kasi I potong queue. Hihihi.

Balik rumah Oren dah bangun dah. Baru bangun la tu. Cerita kat dia salah beli tepung tu pon tak respon apa2. Tak de mood lagi lah tu baru bangun tidur. Huh!

Tuesday, June 14, 2016

Rearrange Menu Berbuka Dan Sahur

Baru je mula dah kantoi dah. Bukan main buat list untuk menu 3minggu puasa ni, belom apa2 lagi dah dah ada yang broken. gara2 pagi tadi la ni lambat bangun sahur. Pulak tu masakan untuk sahur ni leceh, Tak tahulah leceh macam mana, tak masak pon lagi.

Semalam elok je masak untuk berbuka. Walaupon dah pukul 4 baru keluar pergi Econsave, dekat pukul 6 baru sampai kat rumah, sempat je masak untuk berbuka.

Inilah masakan Ainn untuk berbuka semalam. Hahahah setakat ayam masak merah memang la kejap je nak siap. Pulak tu untuk sahur pagi nak masak ketam lemak cili padi? Dah la tak pernah buat masak lemak, nak masak pagi2 pulak tu.

5.05 pagi tadi baru Oren kejutkan. Mana nak sempat nak masak lemak cili padi. Terus takde mood nak sahur Ainn makan kurma je sebijik. Oren goreng telur dadar je. Padan muka Oren dapat bini macam Ainn. Hahahah. Dah la makan nasi dengan telur dadar je, kena masak sendiri pulak tu.

Just continue je la dengan list yang dibuat hari tu, cuma takde la ikut tarikh yang dicadangkan. So untuk berbuka hari ni la Ainn masakkan ketam cili padi tu. Dan follow jugak untuk kuih ondeh-ondeh. Tapi kapur takde, harap2 kat Renga's pasni ada la ye. Allah, lupa pulak tepung beras pom takde nih! Cari la kejap lagi. Banyak kedai runcit kat sini, apa nak risau.

oh ya, nak resipi ayam masak merah Ainn masak semalam? Klik je kat sini.

Monday, June 13, 2016

Hukum Mandi Wajib Selepas Subuh Untuk Yang Berpuasa

Ada yang post kat moment wechat tadi tanya apa hukumnya dia belom mandi wajib lagi, pagi tadi dia bangun sahur. Sah ke tak puasa dia?

Ainn ada pengalaman lebih kurang macam ni. Masa zaman sekolah dulu, Ainn dah suci dari haid. Pagi esoknya mak kejutkan suruh bangun sebab dah boleh puasa. Dengan sejuk2 macam tu, bayangkanlah nak mandi ngan air bukit sejuknya macam mana. Mak kata yang penting mandi wajib dulu, sahur tu sunat je.

Lepas tu tak silap masa form5 Ustaz Abdul Wahab bagi tazkirah pasal ni kat surau asrama. Katanya boleh je nak mandi wajib tu kemudian. Sahur tu je nak kena sebelom habis waktu sahur. Kiranya dalam kes Ainn tadi sepatutnya makan la dulu, kalau dah azan pon boleh mandi wajib tu kemudian. Kalau dah azan Subuh nak makan memang dah tak boleh dah.

Masa tu confuse jugak, biar betol ustaz ni. Betul la kan mak cakap, sahur tu sunat je. Kalau tak makan pon takpe. Nak puasa kan kena suci dari haid dan nifas, antata syarat sah puasa. Sehinggalah Ainn dengar satu ceramah agama pasal ni jugak. Dah lupa sape penceramah tu, tapi bukan calang2 orang la.

Ustaz ni kata Aisyah ra pernah meriwayatkan, Nabi saw pernah mandi wajib lepas azan Subuh. Dan ketika itu adalah bulan Ramadhan. Dan Nabi saw meneruskan puasa baginda macam biasa.

Kat sini kira betul la apa yang Ustaz Abdul Wahab cakap tu. Mandi wajib lepas Subuh pon takpe. Sebaik2nya mandi la sebelom habisnya waktu Subuh, supaya kita boleh menunaikan solat Subuh.

Habis tu kawan yang tanya tu baru je tanya, Subuh dah lepas dah. Kira macam mana?
Tu dah masuk bab solat la. Hukumnya kena qada la solat Subuhnya tu, sebab dia dah kering daripada haid Subuh tadi tapi tak mandi wajib lagi.

Macam mana pulak dengan syarat sah puasa tu? Bukan ke kena suci dari haid dan nifas?
Selagi belom masuknya waktu berbuka, atau selagi belom habisnya waktu puasa untuk hari tu kita boleh lagi mandi wajib dan meneruskan puasa kita macam biasa. Asalkan dalam tempoh puasa tu kita tak buat perkara2 yang membatalkan puasa dah la.

Dan ada jugak yang mengatakan situasi ini, mandi wajib selepas fajar, tak boleh dilakukan untk mandi wajib  kerana haid dan nifas. Macam kisah Nabi saw tadi, sah2 la Nabi saw mandi wajib tu bukan sebab haid atau nifas. Kan syarat sah puasa kena suci daripada haid dan nifas sepanjang hari, bukannya sekerat2 hari.

Nak lebih kepastian kena tanya yang lebih pakar la jawabnya. Huhuhu.

Cara Membuat Telur Rebus Separuh Masak, Tiga Suku Masak, Masak Sedang Elok

Dah buat list menu untuk bersahur dan berbuka, pagi tadi ikut list tu. Nasi kerabu dengan telur asin. Takot jadi macam semalam, lewat bangun so Ainn rebus telur siap2. Kejap je, telur sebijik je Ainn rebus. Oren tanya dah masak ke? Ainn yakin je jawab dah masak.

Pagi tadi Oren kata nak rebus lagi telur tu takut tak masak. Ikutkan Ainn memang dah yakin telur tu dah masak, betul2 masak.

Macam mana nak tahu telur tu dah masak? Ini cara Ainn.

Rebus telur sama2 dengan air. Agak2 telur tu tenggelam. Ye la telur belum masak memang timbul, sebab tu la cakap 'agak2' tadi. Ada yang rebus air dulu, bila air dah menggelegak baru dimasukkan air. Cara Ainn taruk dua2 sekaligus; air dan telur. Bila air tu dah menggelegak tutup api, dan tutup periuk dengan penutup. Biar sejuk sendiri. Air yang masih panas tu berfungsi lagi nak masakkan telur tu.

Dan bila dipotong telur tu cantik elok je masaknya. Takde hitam pon kat telur kuning tu. Walaupon ada yang kata telur jadi hitam sebab telur tu sejuk, Ainn pulak pernah baca telur kuning tu jadi hitam sebab terlebih masak.

Kalau nak buat telur half cook pon cara yang sama. Cuma bila air dah menggelegak terus dikeluarkan telur tu, tak payah direndam dengan air yang panas tu. Kalau nak buat telur tiga suku masak pulak, tunggu air tu suam2 dulu baru dikeluarkan telur tu.

Ni cara Ainn. So far menjadi la dengan cara ni. Nak diterangkan secara saintifik memang tak tahu lah. Tapi ni je cara yang Ainn buat dan hasilnya memang memuaskan. Selamat mencuba!

Sunday, June 12, 2016

Roti John Tanpa Bawang

Hihihi sempat nyelit update belog jap, sebelom ke misi seterusnya.


Tengah sibuk duk wat list untuk menu berbuka tadi Ira datang antar roti john. Roti john ni antara menu yang Kak Ina selalu buat la bila puasa. Dan roti john ni antara feberet Ainn jugak. Oren pulak duk pertikai apa yang specialnya roti john tu. Susah betul la kalau jenis tak suka makan makanan macam ni, mesti nak kena makan nasi je ke tiap2 ari?

Dekat nak berbuka tadi Kak Ina whatsapp bagitau lupa nak taruk bawang. Ahahaha bagus sangat la tu Kak Ina, Farid ni kan alergik dengan bawang. Dah masuk mulut pon ludah balik. Dah mayang halus pon, dah cincang halus pon boleh perasan kalau ada bawang. Tajam je mata dia kalau bawang.

Lah, tadi kata Oren tak suka roti john. Apa nak kisahkan ada bawang ke tak? Hihihi nak jugak dia rasa roti john ni walaupon sikit. Tengok la nanti jam berapa baru nak disentuhnya. Kalau tak bersentuh jugak alamatnya Ainn bedal sorang2 la.

Menu Berbuka dan Bersahur Sepanjang di Perantauan

Rasa macam susah pulak nak puasa tahun ni. Hihihi. Bukan susah apa pon, mana nak pikir menu nak berbuka, mana nak pikir menu sahur. Masa bujang dulu senang aje, beli taufu fa sebekas ngan nasi sebungkus cukup la. Taufu fa untuk berbuka, nasi untuk sahur esok. Tu kalau rajin pergi bazar. Kalau malas makan je apa yang ada kat rumah. Sahur goreng nasi simple je, just tumis bawang takde sayur takde lauk pon takpe.

Dah berdua ni selera tak sama. Encik suami nak makan nasi jugak untuk berbuka. Nak taknak kena ada nasi untuk berbuka. Sahur pulak Ainn pon kena makan nasi jugak. Dia lagi la, tak cukup berbuka sahur pon nak nasi jugak.

Dah servey2 resipi kat Mr. Google tadi, terlebih rajin siap ngan kuih dan air you I carikan resipi. Harap2 menjadi la plan ni. Bukan lama pon, 3minggu je. Pastu dah balik kampong sambong berpuasa kat kampong. Horeyyy!!!!

Oke, ni list menu yang Ainn dah buat untuk kami berdua. Untuk mula2 ni makan mana ada aje la ya. Hihi tak sempat nak belanja barang dapur. Esok ye baru start masak :-)

Hari ni, 12hb Jun:
Kerabu yang ma bekalkan semalam ada lagi so boleh makan nasi kerabu dengan daging goreng. Daging of course kerja encik suami yang masakkan. Pencuci mulut dengan puding triffle yanb moknik bagi semalam pon ada lagi. Dan untuk air minum je air oren yang beli semalam.

Esok, 13hb Jun:
Sahur: Nasi kerabu dengan telur masin
Berbuka: Ayam masak merah
Pencuci mulut: Cheese cake, pon yang moknik bagi semalam
Air: Habiskan air oren semalam

14hb Jun:
Sahur: Masak lemak ayam cili api
Berbuka: Ondeh2, chicken chop grill, ayam masak kicap halia, teh o ais limai

15hb Jun:
Sahur: Daging goreng kunyit
Berbuka: Pau sambal, nasi kerabu ayam goreng, smoothie yogurt buah naga dan epal

16hb Jun:
Sahur: Nasi kerabu dengan ikan goreng berempah
Berbuka: Karipap, nasi ayam, sirap selasih

17hb Jun:
Sahur: Skewer daging dan ayam
Berbuka: Kuih sagu, nasi minyak, blue ocean

18hb Jun:
Sahur: Udang masak serai wangi
Berbuka: Popia sayur, ikan siakap kukus, fair lady

19hb Jun:
Sahur: Daging merah ala Thai
Berbuka: Mi kari, ayam panggang bermadu, air mata kucing

20hb Jun:
Sahur: Ikan masak berlada
Berbuka: Kuih seri muka, ikan kerapu masak asam manis, milky rambutan

21hb Jun:
Sahur: Ayam masak cendawan ala Cina
Berbuka: Kebab daging, ikan bawal emas goreng, mi hailam, jus kedondong asam boi

22hb Jun:
Sahur: Ketam bertelur
Berbuka: Roti mentega kacang, ayam kepak masak minyak bijan, jus tembikai bernata

23hb Jun:
Sahur: Kari kepala ikan
Berbuka: Roti bakar keju, ayam masak ungkep, mi rebus, air tembikai

24hb Jun:
Sahur: Gulai tempoyak ikan kembung
Berbuka: Cheese sosej roll, nasi ayam hakka, air jagung

25hb Jun:
Sahur: Ikan tiga rasa
Berbuka: Roti bakar telur mata, Tomyam, air bandung

26hb Jun:
Sahur: Asam pedas tumis
Berbuka: Puding tembikai susu, ayam golek seri pahang, air mata kucing

27hb Jun:
Sahur: Nasi paprik
Berbuka: Popia sardin, masak pedas ikan kembung, balck pepper steak, jus jambu batu

28hb Jun:
Sahur: Ayam serai masak ketumbar
Berbuka: Tortilla telur hancur, soto ayam, air katira

29hb Jun:
Sahur: Ayam masak lemak cili api
Berbuka: Icebox cake, nasi dagang, teh bunga

30hb Jun:
Berbuka: Roti jala, ayam madu yogurt berempah, air kelapa muda

Macam ada yang tak kena je ngan padanan menu ni. Takpe, pandai2 la adjust semula nanti. Yang makan nasi ngan lauk tu, sayurnya mana? Adeh tak complete jugak lagi list untuk menu kali ni. Pikir kemudian je la sayur tu. Hihihi.

Dah, gi mayang ulam nak makan nasi kerabu. Tokleh layan Perfect Match malam ni. Huhuhu.
Oke, dah siap buat list ni boleh print. Nak tengok nanti senang. Dah boleh print ke? Nak follow list ni je ek? Hurmm entahlah. Lantak la kena ke tak kena  slow2 belajar ye syg.

Saturday, June 11, 2016

Sesi Melepaskan Kura2

Selalunya kita dengar sesi melepaskan anak penyu ke laut, biasanya kena cah bayaran rm5 untuk seekor. Tapi hari ni Ainn buat sesi melepaskan kua2, yang langsung takde caj apa2.

Kura2 ni la yang Ainn nak lepaskan. Dah lepaskan pon sebenarnya pagi tadi, masa nak balik Senai. Takdenya on the way, sebab kena pusing jalan lain semata2 nak lepaskan kura2 ni.

Alkisahnya macam ni. Ainn ngan Oren nak keluar pergi bazar nak beli makanan untuk berbuka. Belum pon keluar simpang Aring 1 terserempak la ngan sekor kura2 ni nak melintas jalan. Ainn pon mintak Oren berhentikan kereta, ambik kura2 tu. Kononnya nak pelihara la. Sebab masa tu kitorang baru je nak pergi bazar kitorang patah balik, letak kura2 tu kat rumah abah. Memang cakap kat abah nak bawak balik senai kura2 tu, nak pelihara kat sini. Ainn letak kura2 tu dalam baldi dekat ngan paip air depan rumah. Sebab takot kura2 tu lari abah letak la dalam sangkar macam kat atas tu. Hihi bukan sangkar tu. Sebenarnya tu lah perangkap tenggiling. Ainn pon baru tau sebenarnya. Hihihi. Dan untuk makanan dia abah bagi kangkung. Senang kat umah abah ada macam2 sayur, ma rajin bercucuk tanam.

Dan bermulanya kesedaran bila Oren tanya, ada pasangan ke kita nak pelihara kura2 tu? Naluri benda hidup nak berpasangan. Haiwan pon ada naluri, bukan kita manusia je. Kita tak boleh seksa batin dia.

Allah! Kenapa la langsung tak terpikirkan pasal ni. Langsung tak terlintas pasal ni. Berdosanya rasa kat kura2 tu. Entah2 kura2 tu dah aqil baligh, dah bernafsu ke arah tu. Lebih teruk lagi entah2 kura2 tu melintas jalan sebab nak pergi dekat ngan pasangan dia. Dekat seminggu jugak duk kurung kura2 tu sekor2 gitu je.

Oren: Nanti bagitau ma ngan abah kita nak bawak balik Senai
Ainn: Kenapa pulak? Tak boleh ke kita cakap je nak lepaskan kura2 tu?
Oren: Nanti diorang tak bagi, diorang pulak nak pelihara!!

Ye lah, Oren lebih kenal family dia. Setakat Ainn kenal pon family dia memang sukakan haiwan. Tak hairan kalau kura2 ni pon nak pelihara jugak.

Oke, awak dah bebas sekarang ni. Saya letak balik tempat saya ambik awak hari tu. Tapi bukan betul2 tempat saya ambik la, saya tolong awak lintas jalan hari tu ya. Saya mintak maaf ye awak kalau awak terseksa selama kena kurung ni. Mintak maaf zahir dan batin ya.

Sahur Yang Sayu, Teguk Sky Juice Tarik

Belom puas rasanya duk kat kampung, esok dah kena masuk kerja. Means hari ni dah kena balik Senai. Huwaaa nak duk lama2 lagi kat kampung...

4.30 Oren kejutkan siapkan tuk sahur macam malas je. Dah tahu dah lepas sahur kena bersiap nak balik Senai pulak. Nak duk kampung lagi! Nak duk kampung lagi!! Nak duk kampung lagi!!!

Walaupon sahur kat rumah wan, tapi makan masakan ma. Hihihi dua2 ambik kenangan hari last sahur ni sebelom sambung puasa kat kampung lagi 3minggu. Dekat nak berbuka semalam moknik antar kerabu pauh *kerabu mangga* ngan ikan keli goreng pakpik. Sedap kerabu pauh ma buat kali ni, sebijik rasa macam mak buat. Terliurnya ikan keli goreng pakpik la, selalunya che chik masak tak masak dia tumis. Ma masak kena ngan selera kita, bahan pon guna bahan sini bukan bahan dari Siam. Pukul 10lebih malam tadi pokngoh pulak antar gulai ayam pencen. Untung kan nih rumah mertua dekat je. Hikhikhik.

Nak dijadikan cerita, menambah sayu sahur kali ni air masak yang dah sejuk pulak takde. Sejak mak sakit ni memang apa2 kena buat sendiri. Kalau takde maknanya memang takde la. Tak tahu kenapa Ainn boleh pulak habiskan air masak malam tadi. Pastu tak jerang siap2. Air yang selalu buat stok dalam botol kat bilik pon tiga2 botol dah habis. Sudahnya takde la air masak yang dah sejuk.

Dah nak habis makan Oren cakap nak sejukkan air, ada lebihan bancuh air milo. 'Syg nak teguk air pasni takde air.' Dia tarik air panas tu ala2 teh tarik, tapi sebenarnya sky juice tarik je. Hihihi. Dapat la teguk air kosong sekole. Terharu sangat dapat layanan sebegini daripada encik suami.

Terima kasih Allah kurniakan aku suami yang sangat caring. Walaupon dia tak mewahkan aku dengan harta benda, tapi dia mewahkan aku dengan kasih sayang. Terima kasih syg buat sy jadi wanita terbahagia di dunia.

Ermmm nak nangis la pulak rasa. Tahan2, Oren tengah drive kat sebelah ni je. Malu pulak kalau dia perasaan Ainn nangis. Asyik nangis kerjanya! Menangis bahagia syg :-)

Tuesday, June 7, 2016

Alahai Suami

Tiap kali mandi tak pernah dia sental bahagian belakang dia. Alang2 ada orang tolong sentalkan abaikan je la bahagian tu. Amboi ambik jalan mudah nampak. Kita yang tangan pendek ni pon sental jugak sendiri sebelom mintak tolong dia sentalkan kat tempat yang tokleh capai tu. Dia senang2 je biarkan terus bahagian tu, bagi kita je yang setelkan tempat tu.

Memang suami Ainn je ke yang mengada macam ni atau semua suami jenis mengada macam ni?

1st Day Puasa

6.6.16
1st day puasa as a wife
1st day puasa dengan encik suami
1st day bangun 4.30am masak untuk sahur
1st day rasa pening kepala fikirkan menu berbuka
1st day berbuka puasa dengan nasi, kononnya nak teman suami. Sudahnya diri sendiri yang merana
1st day tinggalkan rumah @22:30 balik rumah mentua

6.6.16 16:XX
1st day suami mulakan contest dengan exness
1st day dapat habiskan 1juzuk bacaan alquran

7.6.16
1st day bersahur dengan family mertua, bangun makan je tak tolong masak langsung :P
1st day nak berbuka sama2 ngan family mertua

6.6.16 14:29
Tak tau duk merapu gapo, puah wehh!!!! Nok update belog pon tak tau nak cite pasal gapo. Idea mari la meta, tengoh puah nih

Monday, June 6, 2016

Selamat Bersahur

Dalam duk rasa takot tak jaga sahur pagi ni, asyik terjaga aje. Paling awal jaga tadi 3.15am. Huh awal sangat lagi tu. Sambung tidur lagi la, niat dalam hati nak bangun awal nak masak nak makan sahur.

4.30 baru kejutkan Encik Hubby. Ketung ketang ketung ketang, masak la dua menu seperti yang dijanjikan.

Paprik daging yang tak macam paprik. Dah nak tidur baru teringat takde daun limau purut. Nak gi ambik kat rumah ma pon dah lewat. Sayur pon harapkan kacang panjang je. Tak kisahlah, resipi masing2 kan. Janji masak, boleh makan. Tu yang penting. Oh, abaikan warna ala2 hangit kat telur dadar tu ye. Malu sebenarnya nak ngaku tu hasil air tangan sendiri. Wink.

Oke hari pertama nak puasa, jangan lupa niat puasa. Dari kecik mak ajar niat puasa sebulan, selamat kot2 dibuatnya terlupa nak niat.

Dah makan kenyang2 jangan sambung tidur lagi ye sayang2 semua. Dekat nak imsak ni minum air banyak2, supaya takde jadiknya dehydration. Teguk selagi boleh teguk.

Selamat berpuasa semua.

Salam Ramadhan

Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan untuk tahun ini. 1st time nak berpuasa sebagai isteri, untuk hari pertama jatuh turn rumah Ainn. Masing2 tak tahu nak masak apa untuk bersahur nanti.

Balik petang tadi Wan kata dia dah beli daging untuk sahur. Nak makan daging la tu. Terus request kat Oren masakkan paprik daging. Nasib baik dia oke je. Ainn tambah lauk telur dadar je la sahur esok.

Oke, untuk sahur dah ready. Tinggal nak masak je. Harap2 jaga la dinihari esok. Tinggal untuk berbuka pulak. Pikir esok je la, awal lagi ni nak pikir menu berbuka.

Bila Oren tanya sebelom2 ni siapa yang masak *selepas mak sakit*? Aah la kan, dah lama sebenarnya Ainn tak puasa kat sini. Selalunya dah dekat nak raya baru balik kampong. Tahun lepas terus balik kampong tok ayah. Lagi pon tahun ni baru merasa sambut Ramadhan dalam cuti sekolah. Cuti raya nanti pon sempat jugak 5hari sebelom raya nak berpuasa kat kampong. Kiranya tahun ni banyak berpuasa kat kampong la ya.

Azam tahun ni, nak teruskan azam tahun2 sudah yang tak tercapai. Inshaa Allah nak khatam alquran dalam bulan ni. Harap2 puasa tahun ni dapat puasa penuh la. Mintak2 Allah permudahkan.

Dah lewat malam, esok nak bangun awal nak masak untuk sahur. Kalau tinggal makan je last minute pon takpe. Hihi.

Last,
Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak. Semoga amal ibadat kita bertambah di bulan barokah ini dan segala amalan kita diterima olehNya. Amiin.

Sunday, June 5, 2016

Air Tangan Isteri vs Air Tangan Ibu, Yang Mana Jadi Pilihan?

Kerabu mangga buatan air tangan mak mertua Ainn, kerabu sotong buatan air tangan Ainn :-)

'Air tangan kita lah!'
Huh ada jugak nak menyelit. Yela2 dia yang mayang ulam2 tu kan, dia yang taruk garam kat sotong tu kan. Ainn buat yang lain2 je.

Bukan main pagi tu cakap  'sy nak buat kerabu sotong ari ni. Terliur tengok resipi dalam enpon syg.'
Bila tengok sotong tu kena stim terus tak tahu nak buat. Stim macam mana? Rebus ke? Hahaha.

Makan tengahari kat rumah Oren semalam mak dia buatkan kerabu mangga. Untuk makan malam pulak kat rumah Ainn, kitorang buatkan kerabu sotong pulak. Makan kerabu je semalam.

Yang bezanya tengahari makan ngan ayam goreng, malam pulak makan ngan ikan goreng. Yang bezanya jugak kerabu mangga tu pro yang buat, kerabu sotong ni budak baru bertatih yang buat.

Nak balik rumah Ainn petang semalam mak mertua Ainn bungkuskan sikit, kasi besan dia. Mak ayah Ainn makan la dua2 kerabu tu. Oren? Makan kerabu sotong je, langsung tak disentuh kerabu mangga mak dia. Tengahari tadi dah habis semangkuk besar, takkan tak cukup lagi kan.

Untuk 1st time buat, nak pulak 'pro' yang buat kerabu sotong ni, kira sedap la. Asal cukup semua rasa; masam, masin, manis, pedas.

Bila nasi dah nak ratah kerabu mangga sedap je rasa. Bila nak ratah kerabu sotong rasa macam tak kena je. Makan ngan nasi je rasa sedap.

Kerabu mangga jugak yang jadi pilihan.

Friday, June 3, 2016

Continuous Activity: Eco-Flora

Lepas berkenalan dengan fauna kat zoo kita berkenalan pulak dengan flora. Hari ni dah tak naik bas macam semalam, kita naik kereta je.

Disebabkan lesen Cikgu Nurul dah mati, terpaksa la mintak tolong Mr. Hubby drive bawak anak2 ni. Dah dekat setahun pon sebenarnya lesen tu mati, mati2 duk ingatkan hujung tahun ni. Ni duk tunggu Cikgu Wahida, dia ada check up, sempat selfie jap. Turn dia dah tinggal sorang je lagi q, dia nak ikut jugak la.

Dah sampai jangan lupa register dulu ya. Dapat pakai 'gelang'. Lupa pulak nak snap pic 'gelang' mahal tu. Hihihi. Macam tak biasa pulak pakai 'gelang' mahal. Pergi Zoo Negara, Sunway Lagoon, kan dia bagi 'gelang' tu.

Banyak bunga2 kat situ. Macam2 jenis bunga. Bunga tahi ayam pun ada. Cantik apa bunga tahi ayam. Nak pulak bila berbunga mekar macam ni.

Biar pun hanya tanam dalam polybag bila susun elok2 macam ni cantik apa? Nak pulak bila susun ala2 waterfall macam ni. Looks like bunga2 tu keluar terjun dari pasu besar atas tu.

Wahhh bunga matahari pon berbunga cantik, besar2 pulak tu. Yang ni tanam kat tanah terus. Tapi macam pelik je bunga ni. Macam ada yang tak kena je. Apa yek?

Bunga tulip pom ada? Tapi dia buat kat situ LED TULIP. Macam mana tulip boleh ada LED pulak? Huh sama macam bunga matahari tadi, plastik rupanya! Malam2 la baru ada cahaya LED tu. Tengahari terang benderang macam ni mana nak dapat tengok cahaya LED tu. Tokleh lawan cahaya matahari ciptaan Ilahi.

Bukan bunga tulip je yang bercahaya, pelita/tanglung pon ada! Hasih kalau datang malam nih kompem cantik tempat ni. Dipenuhi cahaya lampu warna warni. Ni yang geram nak ajak Oren datang lagi malam nanti.

Payung nyonya. Ada yang panggil payung kubur. Huh menakutkan je nama pon. Takot tak takot, hias simple macam ni pon cantik. Perasan tak rumah kat belakang tu? Alahai bestnya kalau dapat rumah ni. Dapat view secantik ni giler tak suka. Untung yang dapat rumah baris ni.

Bukan main happy lagi ye main ngan bunga orked. Wangi sangat ke bunga2 tu?

 Sebenarnya bunga2 orked tu disusun dalam terowong ni. Pon sama jugak, bunga plastik. Tak kisahlah plastik je pon, dalam gambar ianya cantik.

Sepatutnya awal2 masuk tadi ambik gambar kat pintu gerbang ni. Dah nak balik pon boleh la. Huh nasib baik tak bau ketiak masam Eric, elok je muka Cikgu Nurul dekat ngan ketiak dia. Berpeluh pulak tu!

Sebelom balik tempat wajib bergambar mesti la kat tempat yang ada namanya ni. Anak2 tak ready lagi Cikgu Nurul dah sibuk nak snap. Hahaha.

Singgah jap kat sini. Sini je dapat ambik gambar ngan Oren. Masa duk pusing2 dalam tu tadi dia duk dalam kereta je, buat kerja apa entah. Effect guna hendphone 'mahal' gelap la sikit ya.

Sebenarnya pesta eco flora ni dah berakhir 31May lepas. Nanti2 dia buat lagi mungkin lagi besar. Sebab kecik je lagi tak jadi nak ajak Oren pergi lagi sekali. Tunggu next fiest la.