Nuffnang Ads

Thursday, December 10, 2015

Sinar Permata, Menjadi Ke?

Dah namanya iklan, sebolehnya dia nak tarik perhatian orang. Nak2 pulak iklan kat Kelantan fm. Siaran radio yg paling banyak iklan setakat Ainn dengar. Nak sedap sikit namanya dipanggil Rancangan Tajaan.

Dalam banyak2 Rancangan Tajaan kat Kelantan fm tu ayah Ainn tertarik la dengan Rancangan Tajaan Sinar Permata. Mana taknya anak dia sorang ni kuat betol masalah resdung. So dia suruh la cuba dapatkan rawatan kat situ. Ye la, dah nama pon iklan kan. Mesti la yang dok citenya yang baik2 aje, yang menjadi aje. Bila dok kata rawatan kat situ dia tarik keluarkan semua lendir2 resdung ni macam menarik jugak la kan.

Agak lama jugak la Ainn ambik masa sebelom buat keputusan nak buat rawatan kat situ. Mulanya terpikir nak ajak Oren lepas kawen nanti. Tapi rasa macam tak berbaloi je nak pegi Kota Bharu semata2 nak gi buat rawatan tu aje. Apa salahnya dah alang2 nak balik kampung ni buat je terus, tak payah tunggu lepas kawen.

Pagi sebelom balik kampung Isnin lepas Ainn mula la search kat internet pasal rawatan kat Sinar Permata ni. Ala2 blog walking la konon2. Dari situ Ainn tau la kos rawatan dia berapa, dapat bayangkan la macam mana rawatan tu dibuat. Yang buat Ainn excited sangat2 semua blog yang Ainn baca semua menzahirkan benda yang baik2 aje. Takkan la blog2 tu pon ditaja jugak kot.

Dengan semangatnya malam tu terus chat bagitau Achik mintak dia temankan pegi buat rawatan kat Sinar Permata tu. Alahai dia pulak sibuk nak jugak. Budak baru habis study, kerja pon belom lagi, sah2 la kita yang nak kena 'payung'. Tak kisah lah asalkan boleh buat rawatan tu.

Esoknya lepas Zuhur mula pencarian mencari Pusat Rawatan Sinar Permata tu. Kalau ikutkan kat radio tu dia cakap betol2 depan Masjid Telipot, letaknya di Bangunan Sukimi. Oke dah jumpa dah Masjid Telipot tapi Bangunan Sukimi ni tak nampak pon. Berhenti je la kat tepi jalan dulu col diorang tanya kat mana. Katanya ada bangunan tinggi warna kuning. Depan sikit aje dari tempat kitorang berenti tu.

Oke la jalan je la ke depan lagi. Kita ni pulak 'cerdik' sangat dok cari Bangunan Sukimi. Memang ada bangunan tiga tingkat warna kuning tapi dia buat kat situ 'WISMA DATIN FATMAWATI'. So bukan la kan? Sebab nak jugak Bangunan Sukimi seperti yang dicanang di stesen radio dan laman web rasmi diorang tu. Jalan ke depan je la lagi, sampai kat Wisma Perkeso. Col lagi, then patah balik la.

Dah dekat nak sampai masjid tu berhenti tepi jalan kononnya nak col diorang lagi sekali. Toleh je ke kanan nampak la PUSAT RAWATAN SINAR PERMATA. Alahai kat sini rupanya. Betul2 kat Bangunan Wisma Datin Fatmawati tadi. Kenapalah dok cakap kat Bangunan Sukimi? Kot ye pon nama bangunan tu dah bertukar tak payah la dok canang ngan nama yang belom ditukar pada bangunan tu. Nak buat alamat surat menyurat boleh la. Entah2 posmen pon pening nak cari.

Dah sampai kat sana kena register dulu. Tak payah dua2 orang yang register salah sorang aje. Dah siap register dia bawak masuk ke bilik rawatan. Mula2 kan nak test je dulu ada resdung ke tak. Saje je padahal dah tahu dah memang dah ada resdung, siap wat rawatan kat HSA lagi.

Nak test tu dia bagi 2putik kapas. Kat putik kapas tu dia letak cecair apa entah. Kat belah yang ada cecair tu la dia suruh masukkan ke dalam lubang telinga. Pastu dia bagi serbuk kena sedut ngan hidung. Ain ni bersin2 la lepas sedut tu. Takde la teruk sangat bersin tu 2,3 kali aje. Achik pulak langsung tak bersin mata aje yang berair. Dalam telinga ni ada la bunyi2 sikit.

Dalam 2,3 minit tu kakak tu masuk balik tanya ada bersin ke tak. Kalau bersin ke mata berair ke tu tandanya ada resdung. Pastu dia tanya nak buat rawatan ke tak. So kitorang decided dua2 nak buat la, dah memang pegi situ nak wat rawatan bukan setakat nak check.

Dia masukkan putik kapas yang dia letak cecair apa entah ke dalam lubang hidung. Perit sangat masa tu, dia main jolok aje. Lubang hidung Ainn ni kecik aje, pakar kat HSA pon pelan2 aje masukkan rod masa buat rawatan dulu, dapat ngan dia ni jolok gitu aje. Perit weh. Dan2 aje mata berair. Sekali ngan bersin2 la. Meleleh air hingus keluar. Cecair resdung la tu kot.

Dalam 5minit pastu dia datang lagi dia urut2 kat kening dan hidung dalam 10saat, pastu keluarkan putik kapas tu. Ingatkan tu aje, rupanya lagi sekali kena. Kali kedua ni lagi perit, lagi dalam dia tusuk putik kapas tu. Yang belah kiri aje, belah kanan tak sedalam yang belah kiri.

Dah siap tu dia spray kat mata. Pastu buat urutan mata ngan mesin dalam 3-5minit. Total masa buat rawatan tu ada la 15minit. Oke dah siap!

Pastu nak buat bayaran tu dia suggest la 2jenis ubat. Dia tak paksa pon, kalo nak buat rawatan je pon takpe. Disebabkan Ainn ni kurang berdisipilin dalam bab pemakanan tak payah la nak bazirkan duit beli ubat2 tu.

Apa yang Ainn rasa lepas buat rawatan tu? Memang rasa lega, ada rasa ringan sikit kepala ni. Yang tak bestnya bila ada side effect. Tak pasti ni jadi kat semua orang atau jadi kat Ainn ngan achik je.

Lepas rawatan tu hidung ni rasa gatal sangat2. Achik kata mungkin lendir tu tak keluar habis kot. Dan semestinya kat hidung belah kiri ni terasa sakit yang amat. Sape tak sakit kalau kena jolok gitu? Malam pulak nak tidur jadi susah. Sebelom2 ni elok je bernafas, tiba2 je malam tu kena bernafas kot mulut. Mana taknya hidung dah la sakit, tersumbat pulak tu. Bangun pagi esoknya sah2 la kering tekak 1malam dok bernafas kot mulut je.

Achik dok bebel je tak puas hati ngan servis tu. Membazir aje bayar rm100. Memang la kalo ikutkan ngan servis yang diberikan macam tak berbaloi. Buat kerja sambil lewa aje. Kalau kena bayar rm10 je takpe la pulak ngan servis gitu aje.

Bila ingat balik belog2 yang Ainn dok baca tu rata2 buat rawatan kat Melaka yang dok cerita servis yang baik tu. Takkan nak pergi Melaka pulak kot? Bila cerita kat Oren dia suruh try kat Bandar Baru Uda pulak nanti. Kalau servis macam ni je jugak terpaksa la melupakan nak buat rawatan kat Sinar Permata lagi.

11 comments:

  1. Assalamualaikum...mmg x ok ke rawatan sinar permata tu..sya igt nk bwk ank umur 8 thun tp bla baca blog awk ne sya jd risau plak nk bwk ank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... sbelom sy gi rawatan tu sy ada servey jgk kat blog2 lain. Byk yg positif. Mungkin bergantung kpd org yg bagi servis, mungkin jugak bergantung kpd individu yg trima rawatn tu, bbeza2. Masa sy pergi hari tu ada jugak kanak2 baya lbh kurang ank puan buat rawatn kat situ. Kalau tengok pada dia memang akn tpikir kita yg dah besar ni pon xtahan sakit apa lagi budak2. Macam sy cakap td mungkin servis kat tempat puan lebih baik, terutama utk kanak2 spt anak puan. Saya sekadar berkongsi pengalaman saya, mungkin ianya berbeza dgn pengalaman org lain. Sy cadangkan puan servey dulu servis kat tempat puan, tanya dulu staf kat situ, mungkin lbh jelas

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya pernah buat rawatan resdung sama macam nie. Tapi bukan sinar permata. Subhannallah. Memang berkesan. Hilangkan resdung. Saya pun mengalami kesan² seperti yang awak dan adik awak alami. Alhamdulillah. Allah berikan saya ilmu pengetahuan tentang resdung nie. Org yang buat itu ada bagi penerangan tentang resdung. Resdung nie setiap org ada. Tak kira kanak2 atau dewasa. Pasti ada. Sama ada banyak atau sikit. Bergantung cara permakanan kita. Saya difahamkan. Jika buat rawatan resdung secara menggunakan asap. Resdung xkluar bnyak dan saki baki yang tertinggal seperti lendir. Ya. Lendir itu hanya boleh di keluarkan melalui hidung sahaja. Kalau tengok anatomi tengkorak manusia. Hidung adalah tulang lembut. Yakni tulang yang boleh dimakan oleh ulat2 resdung. Jika dibiarkan terlalu lama. Ada kemungkinan batang hidung sesorang tu akan lenyap di bahagian muka. Subhanallah. Ngeri kan. Alhamdulillah. Bersyukur saya dapat info tentang resdung nie di usia 23 tahun. Saya pergi buat kali ke 2. Untuk rawatan resdung pada semua ahli keluarga saya. Dan org itu menceritakan pada saya. Selepas dari saya wat rawatan resdung tu. Ada 2 wanita berpurdah. Datang ke tempat tu. Untuk buat rawatan. Tapi sayang nya. Sudah terlambat. Hidung nya telah dimakan ulat resdung. MasyaAllah. Sebenarnya kenapa mereka melakukan sesi menjolok lubang hidung untuk untuk periksa dalam hidung. Jika ada ketulan darah di bahagian hidung. Jika dibiarkan terlalu lama. Darah itu akan jadi ketulan daging. Dan akan menyebabkan. Mata menjadi rabun,silau dan migrain. Jika nak buang ketumbuhan di hidung di hospital kos rawatan agak tinggi beribu2 nak dibandingkan dengan rm50. Selepas dijolok. Lubang hidug sebelah kiri. Memang terasa sakit. Tapi saya tahan sebab memang ada ketulan darah. MasyaAllah. Mula memang tak percaya. Alhamdulillah. Lepas semua ketulan darah keluar. Sekali dengan lendir. Terasa hidung lapang sangat2. Nk bernafas tak rasa langsung ada halangan. SubhanAllah. Rawatan resdung secara tradisonal memang banyak manfaat nya. Saya sarankan kepada semua pembaca entri blog ini. Menjaga pemakanan. Sayangilah tubuh badan kita. Kerana tiada penganti. In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian. Ye Ainn pon percaya pemakanan nak jaga. Lagi satu, kebersihan. Inshaa Allah semoga bermanfaat kpd semua yg membaca komen encik/cik/puan ni

      Delete
  3. Saya buat okay je. So far alhamdulillah. Sinar permata memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... last year Ainn try lg tp kat branch Gua Musang. Nanti ada masa sy share pengalaman kat sana pulak

      Delete
  4. Replies
    1. Saya bru buat minggu lepas..staff permata sinar bandar baru uda jb the best..!!alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

      Delete
    2. Saya dah cuba kat gua musang, alhamdulillah pengalaman sgt2 bbeza. cuma belom ada masa je nak share dlm ni. mcm nk try jgk tu kat bbu

      Delete
  5. hi macam mana nak contact awak ye? saya nak tanya macam mana nak consult resdung dekat hospital. Hm

    ReplyDelete