Nak beli benang nak jahit langsir je sebenarnya. Disebabkan sebelah kedai runcit tu ada orang jual burger Achik mintak la nak burger. Untuk Achik ngan Alang double beef burger, untuk Kak Chiknya nih semestinya nak double beef special burger. Biarlah baru makan pon, saje je nak compare ngan double beef special yang beli kat rumah my sayam.
Elok aje burger kat sini. Cantik terletak kat dalam polisterin. Tapi sayang ia menyumbang kepada pencemaran alam. Lama tuh nk lupuskn benda alah ni. Sos dan sayur dia pon tak semeriah burger kat rumah my sayam. Cuma yang ni ada extra daun salad.
Achik biasa la ngan komplen dia tu. Tapi ada betulnya jugak yang dia cakap. Tak puas kan makan burger macam ni. Kalo dia wrap ngan kertas burger je kan senang nak makan boleh pegang ngan kertas tu. Nikmat sangat!
Yang lebihnya kat sini harganya lebih murah la. Untuk double beef special ni baru rm3.50, jimat 50¢ berbanding kat rumah my sayam.
Part paling tak best tapi melucukan:
Kakak dan abang jual burger tu suruh Ainn duduk dulu sementara dok tunggu burger dia tu. Elok sangat Ainn pakai dress ngn perut muncit ni. Nak kata Ainn pregnant lettew :-P
No comments:
Post a Comment