Takotnya nak buat HIV test!!
Takot bukannya takot dengan result yg bakal kita dapat nanti. Ye la kita tau lifestyle kita macam mana, inshaa Allah kita selamat daripada benda2 negatif sebegini.
Yang takotnya bila ingat tang jarumnya tuh!
Seingat Ainn dah besar tua bangka ni 3kali Ainn 'bermain' ngan jarum. 1st masa nak masuk matrix dulu nak isi form part blood group. Nak tau blood group tu kena la ambik darah kan. 2nd kena inject masa period, senggugut la.. hihihi. Tak pasal kena inject kat bontot masa tuh. 3rd baru2 ni la masa nak wat ujian talasemia. Serik weh kiri kanan kena sebab masa buat belah kanan yg mula2 tu nurse tu buat darah xnak kluar, tepaksa la tukar wat kat belah kiri pulak. Adeh...
Masa Ainn cite kat Oren pasal ketakutan Ainn ngan injection ni dia ketawa je. 'Kena 'tembak' je la, dia nak ambik darah siket je. Bukan kena inject!' Yang tau kena tembak ni la yang buat Ainn makin cuak. 3kali kena yang Ainn cite tadi yang sakitnya masa kena 'tembak' nak tau blood group tu la. Yang kena inject kat bontot ngan kat lengan tu tak rasa apa pon.
Apa yg Ainn buat? Hihihi. Nak gi klinik tu Ainn siap bawak fail lagi. Bukan ada apa pon dalam fail tu, setakat borang nak nikah, sijil kursus kawen, surat pengesahan bujang, surat akuan jabatan aka GL. Masa nak kena 'tembak' Ainn tutup la pandangan Ainn pada jari yang nak kena tembak tu dengan fail tu. Terasa la jugak sakit sikit. Tapi kali ni sakit sikit je la, macam kita cucuk jerawat gitu je. Takde kena 'tembak' kuat2 macam 10tahun lepas tu. Alhamdulillah la part tu, cuma lepas kena tu ada la effect rasa lenguh sket kat tangan belah kiri ni. Balik tu drive ngan sebelah tangan je la. Nasib baik dekat je.
Oke, berbalik kepada tajuk apa yang kita nak kena sediakan nak pegi buat HIV test ni? Huwaaa dah berjela2 cite baru nak cakap pasal topic tu ke? Hikhikhikhik letak tangan kat mulut, ketawa pelan2 je ;-)
Yang ni sebenarnya Ainn tak pasti. Mungkin ianya berbeza mengikut negeri. Sebabnya masa Ainn kat Senai nak buat HIV test ni bukan semudah yang disangka. Kebetulan 22Nov jatuhnya pada hari Ahad, so Oren dapat extra cuti la Isnin tu. Hari Isnin tu la kitorang memulakan misi membuat HIV test ni. Ingatkan kena buat kat spital. Bukan main pegi la ke Hospital Kulai tu, apa entah nama penuh hospital tu panjang berjela. Rupanya kena buat kat Klinik Kesihatan je dik non.
Dah kena pegi ke klinik je pusing2 la cari parking kat Klinik Kesihatan Kulai Besar kat sebelah tu. Dah sampai sana nurse kat kaunter tu cakap kalo kat situ diorang buat hari Rabu je. Aih ada hari2 tertentu jugak ke nak buat HIV test ni? Rasanya nak buat tu pegi aje kat makmal, penjaga makmal yang buatkan. Doktor atau MA just sahkan je, macam gitu je kan? Oke, mungkin prosedur test kat sini tak semudah ni.
Bila tanya hari Isnin ada buat kata mana, kena buat dekat klinik apa entah namanya. Tempatnya dekat ngan MPKu, belakang Balai Bomba Kulai. Dah memang hari ni Oren cuti kena ngan hari klinik bukak kena pegi jugak la ke sana. Padahal baru je balik dari sana tukar tiket train Si Oren tu.
Oke keperluan pertama KENAL PASTI HARI UNTUK BUAT HIV TEST.
Dah sampai sana nurse situ mintak borang nikah pulak. Mana nak dapat borang nikah? Kitorang pon baru je plan nak kawen. Balik cuti Deepavali hari tu bagitau family nak kawen, ikutkan nak tunang je dulu. Tup2 Allah kata dah sampai masa untuk kitorang terus jadi suami isteri tu yang nak terus kawen je. Borang tu pon entah ke mana lagi. Nurse tu cakap kalo takde borang tu macam mana nak buat HIV test? Erkkk? Ingatkan HIV test ni nakkan darah je. Hurmmm... balik gitu je la. Nak kena balik kampung dulu la setelkan borang nikah dulu baru pegi klinik.
Oke, keperluan kedua BORANG NIKAH.
Pagi sebelom nak pegi klinik kat kampung ni saja2 borak2 kat group WhatsApp. Lan kata tak payah bawak borang nikah bawak je sijil kursus nikah. Pulak? Bila Lan kata dia sendiri pon dah ingat2 lupa, almaklum anak pon dah besar. Sebaiknya kita sediakan je la jugak kan. Senang kalo tiba2 kat sana nanti mintak bendanya dah ada, dah tak payah balik rumah nak ambik lagi.
Oke, keperluan ketiga SIJIL KURSUS KAHWIN.
Macam biasa la kalau nak pegi klinik mesti nak kena bawak IC. Dan kalo taknak bayar seringgit tu bawak la GL. Dulu Ainn tak kisah pon nak kena bayar tu, sejak zaman GST ni semua benda naik harga walaupon RM1 kena berkira weh.
Keperluan keempat KAD PENGENALAN.
Keperluan kelima SURAT PENGESAHAN JABATAN aka GL atau WANG RM1.
Bila semua keperluan2 tu dah ada moh le kita ke klinik. Baru je nak turun hujan pulak turun dengan lebatnya. Hish drama betol la. Dah memang musim dia kan nak buat macam mana. Tunggu la hujan reda siket.
Taknak cite pasal hujan, kita skip part hujan tu. Dah sampai kat klinik ada 2,3 orang nurses dok borak2 ngan sorang makcik kat area parking. Mungkin dia perasan Ainn macam dok tercari2 arah dituju dia sapa la nak buat apa, then Ainn just jawab la apa yang ditanya. Huih ceritanya macam besar sangat Klinik Kesihatan Aring ni kan. Hakhakhakhak. Jakun betol!
Masuk dalam letak la IC ngan GL kat bakul depan kaunter tu, tunggu dia panggil. Dia bagi kad, tapi nurse tu cakap 'isi borang tu dulu.' Hah? Borang apa? Hihihi tadi tak cakap kat kaunter tu nak buat HIV test, dia pon tak tanya. Pemalu rupanya orang tu.
Dah siap isi borang bawak borang tu ke bahagian makmal. Bagi je kat orang tu borang tu. Pastu kena 'tembak' sikit, tunggu result kejap. Dia tulis result kat form tadi, nurse ambik bagi kat MA untuk sahkan. Then MA masukkan dalam envelop SULIT, kita memang tak tahu apa resultnya. Then balik je la. Jangan lupa envelop SULIT tu nak kena kepilkan sama2 dengan borang nikah nanti.
Kat sini takde apa pon yang dia mintak. Prosedur biasa je. Hanya dengan IC. Extra la GL tu. Yang lain2? Tak payah!
Tapi kena ada extra yang lain jugak. EMOSI kena stabil. Jangan nak takot2. Takde apa pon setakat kena sikit gitu je. Bukan kena tembak dengan gun pon!
Statement orang yang dah kawen:
"Ni baru HIV test. Ngandung nanti berapa jarum nak kena inject kat lengan tu!"
Huh, yang tu cite laen kali la. Kawen pon belom lagi dah nak cite pasal ngandung ke?
No comments:
Post a Comment