Ishhh geram betol la main ngan internet slow nih. Baru guna tak sampai 2minggu dah habes dah data langgan 2gb. Nak topup ambik pakej baru macam sayang pulak, still boleh guna lagi. Setakat nak main whatsapp, wechat, telegram tuh boleh la. Tapi kalo nak search pape kat google la yang jadik slow. Naseb baik Ainn tak main facebook, kalo tak lagi la menyirap je rasa amarah ni. Hahaha gini la kalo kedekut nak langgan internet baru. Selagi tak cukup sebulan selagi tu la dok guna je internet slow ni. Harapkan signal semata je la H+ tu.
Oke2 taknak cakap panjang pasal keslowan internet ni. See? "Keslowan" oke! Boleh pulak guna imbuhan awalan + akhiran kat English word. Hahaha lantak la. Oke jom sambung cite pagi tadi, pasal enpon kesayangan nih.
Bila tetiba je enpon kesayangan ni meragam, mula2 tu kira oke je la lagi. Cuma kat bagian touch screen yang bawah tu dah mula menunjukkan keegoan dia untuk berfungsi. Susah sket la la touch back, home, apa entah 1lagi function tuh kat belah kiri. Nak kena touch banyak2 kali la baru dia nak ikut arahan ujung jari kita ni. Selang 2,3 ari bagian keypad kat baris bawah pon susah jugak nak berfungsi. Susah la nak nak tukar kepada keypad nombor, nak guna koma, titik, enter, nk main voice, nak wat space pon tak boleh!
Aih selang 2,3 ari lepas tu langsung dia taknak ikut arahan?! Buat derk je. Langsung tak berganjak. Bila kat bagian bawah tu dah tak boleh nak touch susah la nak guna. Nak reply chat la yang paling tak boleh. Orang antar chat kat whatsapp kita hanya boleh give them the blue thicks je la. Nak reply nak kena tekan dulu kat bagian bawah tu.
2minggu jugak la dok guna enpon kesayangan yang dalam nazak tu. Nasib baik jugak ada buat gesture mode untuk wechat, whatsapp, telegram, camera. Boleh jugak guna. Kalo takde gesture mode ni alamatnya takleh guna langsung la. Dah la kat homescreen takde letak pape melainkan untuk nak lock screen je.
Nak diceritakan Ainn ni tak penah beli enpon semahal ni. Masa guna Samsung Galaxy SII dulu pon Ainn beli masa tengah offer je. Takde la terasa sangat membelinya walaupon masa tu harganya tetap 1k++, tapi ++ tu dalam 200 je kot. Disebabkan ni la the 1st time Ainn beli enpon dengan rege 1.5k memang sayang gile2 la. Mungkin murah bagi orang lain, sebab dok guna iphone. I pon memamg tak mampu nak beli iphone. Tak berbaloi weh bagi Ainn nak beli enpon mahal2.
Disebabkan sayang giler kat enpon nih sanggup nih nak baiki, even masa tu warranty dah abes dah. So search la internet dia punya service center kat area Johor ni. Oke dah tau dah lokasinya kat area Taman Nusa Bestari. Kebetulan pulak petang tu su col, cite la kat dia. Rupanya Nusa Bestari ni dekat ngan Best Mart kat area Bukit Indah sana nu ha. Patut la alamat dia guna poskod Skudai. Area situ aje rupanya. Ingatkan belah JB sana nu.
Oren balik keje petang tu walaupon tengah penat pegi jugak hala ke sana. Search kat gps kete takde jumpa pulak Jalan Bestari 6/2 tu. Cuba la jugak redah kat area Jalan Bestari 7/4 yang ada kat gps tu. Puas pusing takde jumpa pon. Disebabkan hari pon dah nak Maghrib balik gitu aje la. Takde jumpa tempat yang nak dituju pon. Kalo dah tutup pon at least dah tau tempat senang nak pegi esoknya kan. Dah bukan rezeki nak buat macam mana.
Nak dijadikan cerita, minggu last sekolah tu Ainn cite la masalah enpon kesayangan Ainn kat Wei Jie. Dia pulak bermurah hati bagi pinjam dia punya iPhone. Dapat la jugak merasa guna iPhone kejap. Kebetulan pulak hari tu kitorang buat program kunjungan muhibbah sempena Deepavali, pegi beraya kat rumah Mohan je kat Taman Impian Jaya. Abes program tu ajak anak2 yang boleh diharap temankan Ainn pegi cari lagi Oppo Service Centre ni. Wei Jie semestinya kena ikut. Kali ni ikut maps yang ada kat laman web Oppo tu la. Hasilnya? Memang tak jumpa jugak. Ada ralat sikit ngan lokasi kat maps tu. Dia bawak ke Jalan Bestari 7/2 pulak.
Masa tengah pusing2 ni la Wei Jie try search ngan iPhone dia. Yes, Jalan Bestari 6/2 memang ada! Rupa2nya tempat ni dekat ngan Giant Bukit Indah tu ha. Ke depan sikit je dari Giant tu.
Sebab nak sangat baiki enpon kesayangan ni sanggup ni pusing cari parking. Takpe la park mangosteen jauh sket pon, redah je la ujan yang lebat tu pon takpe! Semuanya kerana enpon kesayangan ni.
Sekali pegi jumpa pekeje kat situ dia kata sebab dah abes warranty period kan kena la bayar rm480. 480? Gulp! Telan air liur kejap. Oke cash ada rm200, Wei Jie pon cakap dia ada rm200 jugak. Still tak cukup, need rm80 more. Dia kata sejam boleh siap. Huh kena tipu je kat orang jual enpon kat Giant IOI Mall, 2minggu baru boleh siap katanya! Tapi disebabkan cash tak cukup + rasa macam banyak jugak tu nak kena modalkan just mintak diri je la, bincang2 dulu macam mana.
Walaupon ramai yang kata better beli yang baru je la kalo mahal cenggitu. Tapi su pulak kata better baiki je yang ni, kalo beli yang baru dengan rm480 takkan dapat yang macam ni. Kalo nak macam ni jugak bukan setakat kena modalkan rm480, kena extra lagi 1k. So Ainn pon pilih la untuk baiki.
Esoknya lepas Oren balik keje pegi la lagi kat Oppo Service Centre tu. Bila dah sampai sana dengan orang lain la pulak. Dia tengok katanya kena bayar rm680. Pulak? Semalam ngan orang lain cakap rm480 je!? Huhuhu dia cakap 'owh Find7a. Ingatkan Find7 je. Kalo Find7a memang rm480 je, Find7 yang rm680 tu.' Huh nasib baik Ainn suarakan jugak pasal tu. Rm200 weh extra nak kena bayar tu.
Dan sebenarnya tak sampai sejam pon. Dalam 15minit je gitu dah siap dah. Pastu dia offer screen protector, yang tempered glass punya la. Dia bagi rm20. Bukan ke tu memang harga dia ke? Bukan offer pon kan? Dah alang2 kat sini ada ambik sini je la terus. Melayang la rm500 untuk enpon kesayangan ni.
And here is the invoice:
Kat sini memang tak dinyatakan pon pasal screen protector tu, just motherboard je ;-)
No comments:
Post a Comment